Manhajj Apps, Manhajj Mutawwif,

Berziarah ke tanah suci sememangnya menjadi aspirasi setiap umat Islam. Begitu juga buat diri ini yang masih mengingati saat-saat di hadapan Kaabah, Taman Syurga dan Makam Rasulullah SAW… subhanallah… melihat Kiswah Kaabah pun sudah cukup menimbulkan perasaan sayu.

Kini segala persediaan yang rapi mampu dilaksanakan dengan mudah agar ibadah umrah dapat ditunaikan dengan lebih selamat, lancar dan sempurna. Itulah komitmen yang dinyatakan sempena Pelancaran Aplikasi Manhajj dan program realiti TV Manhajj Mutawwif Musim Ke-2 pada 28 Oktober 2018 di Menara Korporat, IDCC Shah Alam.

Manhajj Apps, Pelancaran Aplikasi Manhajj, Manhajj Mutawwif Musim ke-2,
Pelancaran Manhaj Apps & Program Realiti TV Manhajj Mutawwif Musim Ke-2

 

Pelancaran Manhajj Apps Dan Manhajj Mutawwif Musim Ke-2

Bertepatan era informasi di hujung jari, Manhajj Brothers Sdn Bhd telah mempelopori pendekatan baru dalam menyediakan kemudahan dan bimbingan terhadap permasalahan ibadah umrah kepada umat Islam di Malaysia dengan Aplikasi Manhajj (Manhajj Apps).

Manhajj, perkataan Arab yang bermaksud ‘jalan hidup yang lurus dan terang dalam beragama menurut pemahaman para sahabat Rasulullah SAW’. Manakala Mutawwif ialah ‘orang yang mengajar dan membimbing jemaah semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah’.

Selaras dengan maksudnya, Manhajj Apps merangkumi perkhidmatan bimbingan, pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan kepada pengguna dan bakal jemaah umrah.

Manhajj Apps, Ustaz Abd Halim Ikhsan, Manhajj Brothers Sdn Bhd,
Ustaz Abd. Halim bin Ikhsan, CEO, Manhajj Brothers Sdn Bhd.

 

“Idea menghasilkan Aplikasi Manhajj tercetus apabila menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan yang timbul. Ia merupakan satu langkah Manhajj Mutawwif bagi membantu bakal jemaah mempersiapkan diri menunaikan umrah. Aplikasi Manhajj ini bakal menjadi tunjang utama medium pembelajaran sepanjang hayat untuk komuniti Manhajj” – Ustaz Abd. Halim bin Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif, Manhajj Brothers Sdn Bhd.

 

Manhajj Apps direka khas untuk pengguna telefon pintar bagi memberi pendidikan secara berterusan dan memastikan layanan yang memuaskan dan efektif. Ia juga menghubungkan pengguna aplikasi dengan pelbagai laman hiburan yang bermanfaat dan berinformatif.

Kelebihan Manhajj Apps, menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan pengurusan umrah, informasi pendidikan dan pembangunan masyarakat termasuk;

  • Panic Button yang menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku sebarang kecemasan sepanjang menjalankan ibadah umrah.
  • Membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah.
  • Kursus Umrah Lengkap secara atas talian melalui ikon Eksklusif.
  • Mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah umrah yang dikenali sebagai My Umrah Diary.
  • Saling berhubung dengan muat naik status di ikon Komuniti Manhajj.
  • Pelbagai informasi menarik yang dibekalkan melalui E-Library.

Lebih istimewa dengan pembayaran deposit sebagai pendaftar serendah RM300, pengguna berpeluang menikmati aplikasi penuh yang eksklusif termasuk butang kecemasan (panic button). Manhajj Apps boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Playstore atau Apps Store.

Saya sudah pun muat turun Manhajj Apps. Mudah dan sangat menarik, malah ada pelbagai lagi halaman rujukan antaranya Flight Tracking, Manhajj TV, galeri, perkongsian kata-kata hikmah (Kalam Minhajj), waktu solat dan qiblat, informasi kembara serta rujukan untuk manfaat setiap hari.

Muat turun di sini > Aplikasi Manhajj<

 

Muat turun Aplikasi di Google Playstore,
Muat turun Manhajj Apps secara percuma di Google Playstore dan Apps Store

Pelancaran telah disempurnakan tetamu kehormat, YBhg. Datuk Rashidi Bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama Ustaz Abd Halim Bin Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif Manhajj Brothers Sdn Bhd dan Penerbit Manhajj Mutawwif.

Selain itu, majlis turut menyaksikan termaterinya MoU antara Manhajj Brothers Sdn Bhd dan NARSCO Travel & Tours Sdn Bhd dalam inisiatif memantapkan lagi perkhidmatan pengurusan ibadah umrah. Semoga kerjasama yang terjalin membawa rahmat buat sekelian ummah… aamiin.

Manhajj Brothers Sdn Bhd, NARSCO Travel & Tours Sdn Bhd,
MoU antara Manhajj Brothers Sdn Bhd dan NARSCO Travel & Tours Sdn Bhd

 

4 Negara Rebut Kejuaraan Manhajj Mutawwif Musim Ke-2

Majlis dimeriahkan lagi dengan pelancaran program realiti TV Manhajj Mutawwif Musim Ke-2 yang menampilkan elemen pembaharuan lebih menarik kerana ia bakal melibatkan pertandingan dikalangan 4 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Program realiti musim ke-2 ini menyediakan tenaga pengajar berpengalaman serta panel juri berkaliber dan berwibawa. Antara elemen baru lain bakal diperkenalkan adalah ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat dan memberi ilmu pengetahuan kepada penonton.

Seperti musim lalu, para peserta musim ke-2 ini akan bersaing dalam 8 konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupas persoalan berkaitan umrah serta permasalahannya.

Laungan azan Masjidil Haram oleh Sheikh Karem sempena pelancaran
Laungan azan Masjidil Haram oleh Sheikh Karem sempena pelancaran

Ustaz Abd. Halim selaku Penerbit Manhajj Mutawwif turut menyatakan komitmen mengangkat profesion Mutawwif. Harapan beliau melalui rancangan ini, peranan Mutawwif yang merupakan satu pekerjaan mulia dan bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah akan lebih dikenali dan dihargai masyarakat.

Program Manhajj Mutawwif Musim Pertama menobatkan Ahmad Syafiq Samat sebagai juara, membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi. Naib juara, Muhammad Syafiq Abdul Rashid (RM50,000 dan trofi), tempat ke-3 Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki (RM30,000 dan trofi) dan ke-4, Muhammad Mustakim Abd. Rahim (RM10,000 dan trofi).

Program Realiti Manhajj Mutawwif Musim Ke-2 akan memulakan pencarian ujibakat bermula November ini dan akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2019.

Manhajj Apps, Pelancaran Aplikasi Manhajj, Manhajj Mutawwif Musim ke-2,

 

Manhajj Apps Dan Manhajj Mutawwif Perkasa Ilmu Dan Ummah

Pelancaran Manhajj Apps dan Program Realiti Manhajj Mutawwif Musim Ke-2 berlangsung dengan pengisian menginspirasikan. Ia juga satu penghargaan buat diri ini kerana berpeluang mengimarahkan usaha memperkasa ilmu dan pembangunan ummah ini… alhamdulillah.

Manhajj Apps, Pelancaran Aplikasi Manhajj, Manhajj Mutawwif Musim ke-2,

Justeru, sama-sama kita manfaatkan platform informasi dan ukhwah Manhajj Apps untuk pelbagai rujukan ilmu pengetahuan bermanfaat disamping membantu memudahkan segala perancangan dan pengurusan dalam menunaikan ibadah umrah.

Mudah-mudahan, Allah swt permudahkan segala hasrat perancangan serta urusan buat kita semua dalam melaksanakan ibadah umrah, in shaa Allah.

Info lanjut Manhajj Apps dan Manhajj Mutawwif Musim Ke-2, sila layari;
Laman Web: www.manhajj.com
Facebook: www.facebook.com/manhajjmutawwif
Instagram: www.instagram.com/manhajjmutawwif

Kongsikan artikel ini>

17 Thoughts to “Manhajj Apps Platform Digital Permudahkan Urusan Umrah”

  1. Alhamdulillah..semakin mudah untuk mengutip ilmu dan info.Ini juga mengurangkan rasa risau atau tidak yakin pada sesiapa yang mahu menunaikan umrah..rujukkan sudah ada..moga semua dipermudahkan.Aamin.

    1. Betul tu PC.. semoga dpt memudahkan lagi buat sesiapa jua, in shaa Allah.

  2. Asalam KK..tahniah dapat buat liputan yg amat2 bermanfaat ini..Subahanallah. Mohon kita padaNya agar dapat sampai ke sana dengan izinNya

    1. Waalaikumussalam.. mudah2an cikgu Etuza, in shaa Allah… aamiin.

  3. Dengan adanya aplikasi ini akan semakin memudahkan jemaah menjalankan ibadahnya selama di tanah suci. Masya Allah…

    1. Betul tu mmg memudahkan, malah membantu memudahkan segala persiapan sblum dan sewaktu menunaikan umrah juga

  4. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua…

    1. In shaa Allah, moga membawa manfaat buat kita semua.. aamiin

  5. Sebuah aplikasi yang sangat bermanfaat buat kita

    1. Betul tu.. mmg bnyk manfaatnya

  6. good sharing.. ramai boleh guna

    1. Betul tu.. platform rujukan yg bermanfaat

  7. skrg semua benda dah mudah…download je 😉

  8. Terima kasih di atas perkongsian menarik daripada tuan punya blog

    Cara Sembuhkan Kayap Dengan Cepat dan Berkesan

  9. Bagusnya ada aplikasi ni. Memudahkan para peserta umrah untuk membuat persiapan sebelum dan semasa menjalankan ibadah umrah. Moga ada rezeki Ana sekeluarga jejakkan kaki ke tanah suci. Amin.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.