Malaysia Social Media Week (MSMW) sememangnya acara yang tidak asing lagi dikalangan pengamal media sosial. Ia merupakan platform perkongsian ilmu dan penghargaan kepada penggiat-penggiat media sosial di Malaysia.
Tahun 2016 (#MSMW2016) ini merupakan kali yang ke-5 ia diadakan dan dihadiri oleh strategis media sosial, penulis blog, usahawan online, jurnalis, pengurus jenama, artis, penggiat teknologi dan pakar media dari pelbagai latarbelakang industri.
Malaysia Social Media Week | MSMW 2016
Tahun ini saya berpeluang ke persidangan MSMW 2016 yang berlangsung pada 8 hingga 11 Mac di University Lim Kok Wing, Cyberjaya. Persidangan yang diadakan sepanjang hari itu menghidangkan pelbagai pengisian bermanfaat dari pengamal media sosial dari Malaysia dan antarabangsa.
Bagi penggiat media sosial pasti tahu majlis anugerah MSMW 2016 yang memberi penghargaan kepada penulis-penulis blog terpilih melalui pengundian. Majlis penyampaian berlangsung pada malam Rabu (9 Mac 2016) di Glasshouse, Seputih.
Selain menimba ilmu bersama rakan-rakan blogger yang tidak asing dalam industri blog tanah air, saya juga berpeluang bertemu Shane Dallas yang terkenal dengan jurnal kembara di blog The Travel Camel. Beliau juga antara panel speaker dalam persidangan MSMW2016 ini.
Bukan itu sahaja, malah ada dikalangan ahli pemasaran yang saya kenali sejak penglibatan pada sekitar 90an yang turut sama hadir bersama beberapa kakitangan dalam memantapkan lagi perniagaan yang diusahakan. Secara tidak langsung, ia menyuntik inspirasi untuk kembali fokus membangunkan kerjaya pemasaran disamping berblogging.
Media Sosial Sebagai Platform Profesionalisme
Tahun 2016 juga merupakan tahun ke-5 saya berkecimpung dalam dunia berblogging. Bermula blog Khirwords pada 2010 dan blog baharu KhirKhalid.com pada penghujung 2012 sehingga kini, ini merupakan antara pengalaman berharga dalam industri online. Penghargaan terima kasih buat Denaihati Network kerana berkongsi peluang ini.
Malaysia Social Media Week adalah antara platform perkongsian ilmu pengalaman dan meluaskan jaringan perhubungan bersama pengamal media sosial profesional tanahair dan juga antarabangsa. Ia menjadi antara acara yang membantu pengukuhan kerjaya pengamal media sosial dan usahawan online.

SIC PARVIS MAGNA ~”Greatness from small beginnings”
I’m into e-commerce, content writing and motovlogging.
My Bio > PROFILE & BIO
nampaknya khir dah banyak menceburkan diri dalam social media ni..moga terus maju hendaknya
lebih ramai kita jumpa orang lebih luas dan ertambah ilmu..dengan syarat jumpa orang yang betul pada saluran yang betul…in sha Allah..moga terus success ya..amin..
seronok kan! ada banyak input yg dapat…sayangnya tak dapat join pulak lagi tahun ni…
Memang seronok dapat berkumpul bersama blogger2 hebat kan KK..:)
selamat maju jaya….memang anda penggiat tegar.
Moga suksess selalu Khir. Aamiim
Moga suksess selalu Khir. Aamiim
Pasti best dapat jumpa ramai blogger yang lain 🙂
pergh.. makin hebat Khir Khalid dalam dunia sosial media.. tahniah..
saya ni macam dulu dok takat tu ja.. heheh
wah..hebat juga visi dan misi tuan..
tahniah kerana masih sebagai blogger walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai pengamal media dan usahawan online.
TAHNIAH KK BANYAK YG DIPEROLEHI SBG BLOGGER DGN ILMU YG DIMILIKI MOGA TERUS SUKSES.
Uncle tak pernah pon berpeluang hadir ke event tu….
wahhh abe kids ade!
Wah…mesti bes…tmoga khir terus maju jaya
Hebat dan semakin hebat..semoga terus maju dan melangkah jauh ..
kerjaya blogger ni semakin diiktiraf oleh masyarakat kan…tahniah bro KK semoga terus sukses
KK,seharusnya saya mengagumiKK,banyak yang boleh belajar dengan KK yang berpengalaman ni,dan bertuah nya jika dapat menyertai acara sebegini kan KK hehe