Pada Jumaat (5/9/2014), telah diadakan majlis solat hajat SK Tasik Puteri 2 bertempat di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Majlis solat hajat ini diadakan sebagai salah satu usaha SK Tasik Puteri 2 untuk persediaan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR bermula pada 9 September ini.
Majlis Solat Hajat sempena peperiksaan UPSR ini dihadiri oleh ibu bapa, guru dan pelajar terutamanya calon-calon UPSR termasuk penduduk sekitar qariah masjid ini. Majlis dimulakan dengan solat maghrib dan bacaan Ya’asin yang dipimpin oleh Imam 1 Masjid  Bandar Tasik Puteri. Pihak sekolah turut menyediakan botol-botol minuman untuk dibacakan Ya’asin dan diagihkan kepada ibu bapa serta pelajar yang terlibat. Solat hajat pula dikerjakan sejurus selepas solat Isyak dan selesai sekitar jam 9:30 malam.
Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2

Majlis Solat Hajat SK Tasik Puteri 2

Saya sekeluarga turut hadir dalam majlis solat hajat ini kerana anak lelaki kami juga akan menghadapi peperiksaan UPSR. Ia juga merupakan pengalaman kedua sebagai ibu bapa menghadapi anak yang menduduki peperiksaan UPSR selepas anak sulung kami pada tahun 2012. Apa yang membezakan dahulu dan sekarang ialah kerenah persediaan antara anak lelaki dan perempuan. Kalau diikutkan dari soal pembelajaran sememangnya anak lelaki agak sedikit mencabar.. huh.. nama pun budak lelaki kan… 😀
Apa pun, itu hanyalah pandangan sendiri sebagai seorang bapa yang mungkin berbeza dari pengalaman orang lain. Beberapa bulan lepas, anak saya telah pun mendaftar kad pengenalan. Kini sedang melewati saat akhir persediaan menghadapi peperiksaan UPSR dan sedikit waktu lagi pula akan menempuhi gerbang alam remaja. Secara peribadi, cabaran sebagai seorang bapa semakin dirasai. Semoga Allah jua yang memberi kekuatan dan dipermudahkan segalanya, in shaa Allah…

Gambar Sekitar Majlis  Solat Hajat SK Tasik Puteri 2

Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2
Suasana sebelum bacaan surah Ya’asin bermula
Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2
Menutup botol-botol yang telah selesai dibacakan Ya’asiin
Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2
Suasana selepas selesai menunaikan solat hajat
Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2
Turut menerima makanan untuk dibawa pulang
Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2
All the best guys… Semoga berjaya!!!
Semoga majlis solat hajat SK Tasik Puteri 2 ini beroleh perkenan serta keberkatan Allah swt. Justeru, kesempatan melalui artikel ini, saya memohon kepada sahabat pembaca sekelian agar sudi mendoakan kejayaan buat anak kami dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Tidak lupa juga, bersama-sama kita mendoakan kejayaan seluruh anak bangsa kita yang akan menghadapi peperiksaan UPSR ini di mana jua, semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang… aamiin.

Selamat Menduduki Peperiksaan Kepada Semua Calon-Calon UPSR SK Tasik Puteri 2, Rawang, Selangor… Semoga Berjaya!

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

56 Comments

  1. good luck tuk anak khir dan juga semua calon UPSR…bila exam ni…emak yg terlebih risau…hehehe…biasanya ayahnya relax jer…ramai juga yg hadir…bagus..

    1. Alhamdulillah mmg ramai sis.. mmg maknya lagilah terlebih risau hehee.. 😀

  2. Beli 2 kotex kt sini..hehehe

  3. Assalamualaikum dan singgah ptg Khir…kat Sekolah Rendah Kebangsaan Kota Kinabatangan pun mengadakan solat hajat untuk pelajar yg akan menduduki UPSR…semoga anak Khir bejaya dalam UPSR..

    1. Waalaikummussalam.. semua sekolah dh bersedia kan.. t kasih Mardiah.. 🙂

  4. Good luck untuk anak en.khir..

    1. Aamiin.. t kasih AB.. 🙂

  5. all the best anak²..

    1. salam..nak inform kepada rakan bloglist blog Diari Resipi,kathy dah bertukar link blog baru. link baru kat bawah… 🙂

      http://kathy78rbain.blogspot.com

    2. Aamiin.. ok roger Kathy. T kasih.. 🙂

  6. semoga berjaya kepada anak khir … usaha , doa dan solat adalah gabungan yg lengkap

    1. In shaa Allah Vee.. aamiin. T kasih.. 🙂

  7. Good luck untuk anak bro yer ^_^

    1. In shaa Allah.. aamiin. T kasih Zumal.. 🙂

  8. All the best……
    Semoga beroleh kejayaan cemerlang. …in shaa Allah..aamiin

    1. Aamiin.. t kasih Fidah diatas doa.. 🙂

  9. ramai juga yg hadir tu.. semoga anak bro berjaya, insyaAllah..

    1. Aamiin.. Alhamdulillah.. mmg ramai yg hadir. T kasih diatas doa Hairul.. 🙂

  10. semoga semuanya dipermudahkan!

    1. Aamiin.. t kasih abg Neo.. 🙂

  11. dulu masa sekolah slalu jugak join macam ni… meriah je.. rindu pulak zaman sekolah.. hihi

    1. A ah betul.. teringat zaman2 sekolah dulu kan.. 🙂

  12. Meriahnya. Chegu doakan kejayaan … selamat menjawab upsr esok

    1. Aamiin.. t kasih chegu Zam.. 🙂

  13. meriah tempat tu bro..semoga berjaya nanti..

    1. In shaa Allah.. aamiin. T kasih bro.. 🙂

  14. moga mendpt keputusan cemerlang
    teringat zmn sekolah rendah dulu
    betapa berdebarnya duduk exam besar
    moga semuanya sukses

    1. Nostalgia kan.. In shaa Allah.. aamiin. T kasih Yumida.. 🙂

  15. semoga anak bro khir berjaya… good luck yee..buat betul2 upsr

    1. Aamiin.. t kasih Acik.. 🙂

  16. Goodluck bt anak en.khir.. semoga menjadi anak yg soleh dan solehah, cemerlang dunia khirat. amiinn.. 🙂

    1. Aamiin..t kasih Wawa.. 🙂

  17. Salam Isnin Khir..Semoga berjaya…Keep praying..

    1. Aamiin.. t kasih Raudzah.. 🙂

  18. Idah ada anak lelaki dan ppuan… setuju dengan khir… mendidik anak lelaki lebih mencabar lagi…

    Semoga anak2 kita berjaya dengan cemerlang dalam UPSR nanti… ameenn…

    1. Mmg betul kan Idah.. In shaa Allah.. semoga anak2 kita berjaya dlm UPSR nanti.. aamiin.. 🙂

  19. Semoga berjaya adik2 semua.. cikgu2 juga

    1. Ye.. semoga berjaya semuanya… aamiin.. 🙂

  20. ramainya….

    alahaiii…memori ms amik upsr dulu berlegar2

    1. Mmg nostalgiakan Anies.. 😀

  21. Semoga anak bro dapat menjawab exam dengan tenang dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

  22. Semoga berjaya serta peroleh keputusan yg dihajati…aamiin

  23. Semoga anak saudara Khir berjaya dalam peperiksaan ini nanti…amiin.

  24. Salam Khir..semoga anak Khir akan beroleh kejayaan dlm UPSR..semoga dapat menjwp dgn tenang dan sabar…insyaallah berjaya..

  25. Ramai juga yg hadir..program sebegini seharusnya dilaksanakan oleh semua sekolah…

  26. Nanti maybe hantar Fisha belajar disini jika x belajar dekat Perak

    http://www.broframestone.com

  27. semoga calon2 upsr tahun ni beroleh kejayaan yang cemerlang..insyaAllah 😉

  28. gudluck utk anak2 bro khir!

  29. anak en khir sebaya adik bongsu saya, anis
    sekarang tengah struggle untuk UPSR
    harap dia mampu mengharungi walau saya tak dapat jumpa dia buat masa sekarang
    all the best untuk anak en khir juga

    p/s-supportive parents sekolah tu ye, punya ramai yang menghadiri solat hajat

  30. good luck and all the best for all yg akan ambik UPSR termasuk adik JM yg bongsu 🙂

    1. good luck to adik Kak JM gak ^^,

  31. ha, bandar tasik puteri????????????? family pak cik saya pun tinggal situ.

    mak cik saya cikgu dekat skolah bandar tasik puteri. tapi kalau x silap, sekolah menengah. hehehe.

    good luck for UPSR ^^,

  32. Semoga anak bro Berjaya dgn cemerlangnya.. 😀

  33. Moga ank en.khir cmrlng dlm pperiksaan..

  34. Pengalaman anak2 bunda juga suatu ketika dulu…kini semua dah lepas…semoga anak KK beroleh kecermerlangan dalam akdemik….aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.