Majlis Tandatangan Rakan Perniagaan Datum JelatekGaya Hidup 

Majlis Menandatangani Rakan Perniagaan Datum Jelatek

Majlis Menandatangani Rakan Perniagaan Datum Jelatek – Setiap kali berada di sekitar Datuk Keramat, pasti mata kita akan tertumpu kepada projek pembangunan Datum Jelatek yang sedang giat membangun. Pada masa artikel ini ditulis, ia telah 65% siap dengan 70% residensi yang sudah terjual.

Datum Jelatek merupakan projek pembangunan DatumCorp International, sebuah subsidari milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), merangkumi pembangunan residensi dan komersil yang bakal menyaksikan perkembangan prospek hartanah di Kuala Lumpur.

Atas aspirasi tersebut, saya telah menghadiri undangan eksklusif ke Majlis Menandatangani Rakan Perniagaan Datum Jelatek yang diadakan di Datum Galleria pada 23 April lalu.

Majlis Menandatangani Rakan Perniagaan Datum Jelatek

Majlis Menandatangani Rakan Perniagaan Datum Jelatek

Majlis menyaksikan termaterinya perjanjian Sales and Purchase (SPA) diantara Pengarah MyAngkasa Az Zahra Sdn Bhd, En. Muhamad Shaharul Haji Mohamad Shariff dengan Pengerusi DatumCorp International, Hajah Norita Mohd Sidek, bagi pembelian 379 unit di Tower B dan Tower C dibawah Rent to Own (RTO) scheme.

Ia disaksikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Shari, yang turut ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS baru yang dilantik, YBhg. Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain, dan Ketua Pegawai Eksekutif DatumCorp, En. Shytul Shahryn Mohamad Shaari.

Selain itu, turut menyaksikan majlis menandatangani seramai 40 rakan perniagaan baru Datum Jelatek Mall sebagai komponen pusat perniagaan di pembangunan Datum Jelatek ini.

Majlis Menandatangani Rakan Perniagaan Datum Jelatek

Datum Jelatek Pembangunan Hartanah Strategik

Sempena Majlis Menandatangani Rakan Perniagaan Datum Jelatek, saya turut berpeluang melihat model prasarana pembangunan integrasi ‘transit oriented’ bernilai RM1.2 billion yang menghubungkan Stesen LRT Jelatek secara terus melalui ‘link bridge’ dari Datum Jelatek Mall.

Ia juga merangkumi 712 unit residensi seluas 5.65 ekar prima hartanah bersama 319,000 kaki persegi (NLA) 4 tingkat retail mall. Setiap menara residensi Datum Jelatek iaitu Daneeya, Ayaana, Basheera, Careema pula disambungkan di tingkat 27 dengan senibina unik ‘sky-ring’ pertama Malaysia untuk panorama Kuala Lumpur 360 darjah yang mengagumkan.

Pembangunan Datum Jelatek ini juga telah menerima anugerah Green Building Index (GBI) dan 3 Asia Pasific Property Awards, iaitu Best Residential Renovation/Redevelopment Malaysia, Best Mixed-Use Development Malaysia, dan Best Mixed Used Architecture Malaysia.

Datum Galleria, Jalan U Thant,

Saya juga berpeluang meninjau persekitaran dalaman rumah contoh residensi Datum Jelatek yang terdapat di Datum Galleria ini. Tertarik dengan suasana yang tenang dan nyaman… feels so homey!… selesa sangat. Saya difahamkan ia juga fully-furnished, lengkap dengan perabot pilihan.

Pilihan residensi disediakan dalam 3 saiz suit studio iaitu one-bedroom, two-bedroom dan three-bedroom suites, dengan saiz build-up bermula sekitar 557 kaki persegi hingga 1,657 kaki persegi. Setiap unit juga dicipta bagi memberikan suasana yang ‘luxury’ dan sofistikated.

Justeru, saya kongsikan beberapa gambar ruangan dalaman residensi contoh Datum Jelatek ini.

Datum Jelatek
Datum Jelatek
Datum Jelatek

Para residen Datum Jelatek juga turut disediakan dengan pelbagai fasiliti termasuk kawasan riadah seperti rock-climbing, private alfresco lounge, syncronized fountain, games room dan audio yang serba lengkap, mini putting green, perpustakaan, gym dan kawasan BBQ.

Setiap unit residensi dilengkapi dengan 2 hingga 4 tempat letak kereta, bergantung saiz dan keperluan setiap unit. Ciri-ciri keselamatan juga sentiasa dikawal rapi (six tiers of security), dengan setiap 4 menara mempunyai lobby dan point keselamatan masing-masing.

Lokasi Datum Jelatek dikelilingi pelbagai kemudahan seperti KLCC, Gleneadles Medical Centre, Prince Court Medical Centre, Prince Embassy Park, Royal Selangor Golf Club, Pavilion dan 2 sekolah antarabangsa. Ia juga mudah diakses melalui Jalan Ampang, AKLEH, MRR2 dan Jalan Tun Razak.

Datum Galleria Jalan U Thant
Interior Datum Jelatek
Datum Jelatek Residensi

Datum Jelatek Mall Bakal Dibuka Pada Suku Pertama 2020

Majlis Menandatangani Rakan Perniagaan Datum Jelatek ini juga menyatakan komitmen DatumCorp International dalam memastikan pembangunan yang mampan melalui kepelbagaian kemudahan kepada residensi dan komuniti persekitaran.

Buat masa ini juga, kependudukan perniagaan di Datum Jelatek Mall sudah pun mencecah 60% dan bakal dibuka bermula suku pertama tahun 2020. Ia bakal menempatkan jenama ‘retail conceps’ baru Pacific Marketplace dan Pacific Concept Store yang merupakan anchor tenant Datum Jelatek Mall.

Selain pelbagai lagi retail outlet, jenama Pak Tam, sebuah restauranteur dan katerer perkahwinan terkemuka juga akan dibuka bagi mengendali Event Hall yang boleh memuatkan 600 tetamu (seating capacity) di Datum Jelatek Mall.

DatumCorp International

Sepertimana saya nyatakan tadi, sehingga kini sebanyak 70% residensi Datum Jelatek telah pun terjual. Berdasarkan pengalaman picisan diri ini dalam meninjau sektor hartanah selama beberapa tahun juga mendapati, prospek hartanah Datum Jelatek ini merupakan prospek yang bakal terus berkembang.

Residensi eksklusif serba lengkap dengan pelbagai kemudahan di lokasi strategik Kuala Lumpur.

Sekiranya anda berhasrat membeli rumah dan sedang meninjau-ninjau prospek hartanah pilihan, bolehlah riki prospek Datum Jelatek ini… mungkin ia pilihan terbaik untuk gaya hidup anda.

Info lanjut Datum Jelatek, boleh layari www.datumjelatek.com.my

Baca info terkait;

DatumCorp Lancar Datum Tap Sempena Kempen #DatumHomesForAll

Related posts

14 Thoughts to “Majlis Menandatangani Rakan Perniagaan Datum Jelatek”

  1. AvatarMarzuki Rmn

    Tak dinafikan terdapat pelbagai fasiliti di Datum Jelatek apabila ia siap dan bakal mengubah landskap persekitaran juga nanti.. ada kelapangan boleh shopping juga sbb tak jauh dari tempat sy. Nice info.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu.. saya pun teringin juga nak singgah shopping sini bila dah siap nanti. Pastii meriah!.. thanks.

  2. AvatarPerdu Cinta

    Dua minggu lepas PC dan En suami lalu kawasan ni..tengok luarannya memang cantik..lama tak ke KL..sekali turun ke KL dah nak siap.Allahu cepat sangat.Berkenan dengan designnya.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Kerja2 mcm ni mmg kena develop cepat kan.. nnti, pejam celik kejap je dah siap hehee

  3. Kediaman mewah yg selesa dihuni cantik keberadaannya buat mrk yg berurusan dgn kesibukan kota

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul kak.. selain memudahkan, ada ketenangan yg tersendiri bila menghuni di sini setelah penat berurusan.

  4. ni memang area strategik… yg x tahan jammed je hahaha

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Bab jemm tu mmg takleh nak elak.. tp harap2 bila dah siap sepenuhnya, keadaan jalan pun setidaknya lebih lagi teraturlah hendaknya hehee

      1. hrp projek DUKE 3 tu selesai cpt barulah jln jelatek tu kembali normal hehe

        1. Khir KhalidKhir Khalid

          A ah.. utk long term pun makin bnyk akses yg memudahkan nnti ni

  5. Antara pembangunan yang ditunggu2 utk siap. Skrg ramai developer yg offer rumah jenis fully furnish kan. Kesannya ramai buyer yang tertarik utk beli. Add on lokasi pun strategik.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu Ana.. rumah fully furnished lebih memudahkan bagi sesetengah pembeli. Lagi pun lokasi mmg strategik.. dekat dgn semua lokasi penting di KL.

  6. pada tahun 95 ke 97 pernah tinggal di area AU3 jadi Jln Jelatek tu laluan utama nak ke pusat bandaraya. Kalau pi sana skrg mesti sesat kan?

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Mmg banyak dah berubah klu mcm tu Abam Kie.. pasti bnyk nostalgia tinggal di AU3 tu. Sekarang yg selalu lalu pun boleh tersilap jalan hehe

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.