Majlis Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang anjuran Komuniti Hai Blogger! di Central Kitchen Sajian d-Hidang, Seksyen 15, Shah Alam. Ia merupakan salah satu majlis tahunan wajib yang diadakan bagi memberi manfaat dan peluang untuk dikongsi bersama rakan-rakan blogger pada tahun kedua ia diadakan ini pada 1 Ogos 2016.
Lokasi Sajian d-Hidang ini dipilih kerana ia merupakan penaja utama majlis. Berpengalaman selama 14 tahun dalam industri makanan dan catering, Sajian d-Hidang (M) Sdn Bhd telah menguruskan pelbagai catering termasuk majlis orang-orang kenamaan dan pemimpin negara.
Ini juga menjadi titik permulaan kerjasama Sajian d-Hidang dengan blogger untuk melebarkan sayap perniagaan mereka kepada prospek pelanggan yang mencari informasi perkhidmatan katering melalui carian google dan penulisan blog. Rakan kerjasama Komuniti Hai Blogger! iaitu CVS Production yang berkepakaran dalam bidang foto dan produksi video turut merakamkan kenangan majlis ini.
Majlis Blogger Raya 2016
Majlis Blogger Raya 2016 anjuran Komuniti Hai Blogger! Ini bukan sahaja disediakan hidangan penaja Sajian d-Hidang yang sedap-sedap dan marvels, malah dimeriahkan lagi bersama rakan-rakan blogger dalam suasana ekslusif yang santai dan ceria, menambah kenalan dan mengeratkan silaturrahim yang sudah terjalin.
Kesempatan juga bergambar bersama-sama yang hadir agar dapat diabadikan di blog sebagai satu lagi kenangan manis bersama rakan-rakan blogger di Malaysia.
Penghargaan Rakan-Rakan Blogger
Penghargaan terima kasih kepada rakan blogger Halim Brothers selaku pengasas Komuniti Hai Blogger! atas undangan. Tahniah juga kepada beliau dan seluruh team AJK majlis termasuk penaja-penaja yang menjayakan Majlis Blogger Raya 2016 yang cukup meriah ini.
Semoga dapat bersua lagi bersama rakan-rakan blogger tanah air disamping meraikan kemeriahan majlis seperti ini di waktu-waktu akan datang nanti, in shaa Allah… 🙂 🙂

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
kenal 2-3 org je dlm pic ni 😉
Kenal saya tak hehee.. 🙂 🙂
meriahnyeee 🙂
A ah.. meriah… sesekali jumpa, makan pun sedap… seronok… 🙂 🙂
Meriah!
Klu awak n family dtg lagi meriah… boleh la saya sembang2 ngan hubby.. 🙂 🙂
meriah sungguh.
A ah… klu tuan ada, kompem kita wefie… 🙂 🙂
Wahh ramainyee..meriah!! Huhu
Meriah Shiqin.. klu awak ada lagi meriah ni.. 🙂 🙂
aktif btul bro khir dlm aktiviti blogger..
tahniah..
Alhamdulillah.. seronok berblog ni. Ada kelapangan mmg suka join jumpa kengkawan blogger. Tambah inspirasi blog dan semangat kerja juga, in shaa Allah.. 🙂 🙂
MERIAHNYA MAJLIS RAYA BERSAMA BLOGGER..NAMPAK RIANG MASING2
Alhamdulillah… mmg meriah kak.. seronok.. 🙂 🙂
Meriah !
Seronok… bila la dpt jumpa Nani ni hehee.. 🙂 🙂
meriahnya raya
Meriah… seronok rasa setiap kali jumpa kengkawan blogger ni.. 🙂 🙂
salam singgah
Waalaikumussalam.. tengkiu Ija.. 🙂 🙂
bila tengok yang ni, aku teringat kat saloma bistro. bukan majlis raya la tapinya. majlis berbuka puasa..
hehe.
Pakai baju ala2 pak arab eh hehee.. kenangan tu kan.. best.. 🙂 🙂
Seronoknya…subhanAllah…suka PC tengok ?
Alhamdulillah… syukurlah dpt jumpa mcm2 ni.. 🙂 🙂
meriahnya. seronok tengok majlis maam ni dan dapat juga berkumpul dengan blogger lain,
Seronok dpt jumpa mcm2 ni… harap kita pun dpt jumpa nanti bro Arz.. 🙂 🙂
Dapat juga berkongsi idea dan ilmu kan…
kacak bro KK bersampin 🙂
Tauke yg pakai sampin tu.. saya tak, cuma kacak mungkin la hahaa.. 😀 😀
Meriah nampak
Seronok… mmg meriah.. 🙂 🙂
Meriah nampak
Ada peluang lain kali jom la join… ajak hubby sekali, boleh kenal2 sembang2.. 🙂 🙂
bila dpt jumpa bro KK lak ni ;p
Tulah… bila kita nak jumpa ni JM hehee… 🙂 🙂