Bersempena Ramadan yang mulia, iM4U fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017 telah memulakan lokasi pertama majlis berbuka puasa bagi meraikan golongan kurang bernasib baik. Majlis berbuka puasa di Sunway Resort Hotel & Spa ini turut memberi kegembiraan dengan pemberian koleksi pakaian raya baharu dan Pusat Kebajikan yang telah dibaikpulih.
![]() |
Majlis Berbuka iM4U fm Fabrik Kasih Bersama Sunway |
Majlis Berbuka iM4U fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017 Meraikan Warga Pusat Kebajikan
Majlis berbuka puasa ini merupakan rentetan aktiviti yang pernah saya nukilkan sebelum ini > iM4U fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017 Meraikan Warga Pusat Kebajikan. Ia berlangsung dengan pelbagai pengisian antaranya pertunjukan fesyen, persembahan nyanyian artis naungan Warner Music; Bella Nazari, Payslip dan Andi Bernadee dengan koleksi lagu raya serta penyampaian sumbangan kepada warga pusat kebajikan.
Program ini adalah inisiatif iM4U fm dengan kerjasama Kumpulan Sunway serta tajaan fabric dan aksesori dari PKNS Real Estate Company (PREC). Menggabungkan elemen pendidikan dan menampilkan 3 pereka fesyen; Tengku Syahmi, Zakwan Anuar dan Fuzana Mokhtaza sebagai mentor pelajar rekaan fesyen GIATMARA Malaysia dan Kolej Vokasional, menyediakan koleksi pakaian raya untuk 9 pusat kebajikan di 3 negeri iaitu Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang.
iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 ini juga merupakan usaha persiapan selama 3 bulan yang melibatkan sesi perbincangan tentang rekaan, sesi ukur pakaian dan suai pakai di Pusat kebajikan terpilih. Justeru, majlis berbuka puasa ini dimeriahi dengan warga Pusat Kebajikan anak-anak yatim, warga emas dan Pusat Autisme yang turut memperagakan pakaian raya yang diperolehi.
![]() |
Peragaan fesyen menggayakan pakaian raya warga pusat kebajikan |
![]() |
Peragaan fesyen mengayakan pakaian raya warga pusat kebajikan |
![]() |
Penyampaian cenderahati penghargaan sempena majlis berbuka puasa Fabrik Kasih |
![]() |
Penyampaian sumbangan kepada warga pusat kebajikan terpilih |
Majlis berbuka iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 ini juga turut memberi peluang berkongsi kegembiraan warga pusat kebajikan dan menyelami kepentingan program seperti ini untuk manfaat sosio-masyarakat seluruhnya. Selain itu, tidak ketinggalan berpeluang mengenali
individu yang dihormati dan yang menjayakan program serta memperkukuh ukhwah bersama yang hadir.
individu yang dihormati dan yang menjayakan program serta memperkukuh ukhwah bersama yang hadir.
![]() |
Bersama Tan Sri Datuk Sri Razman M. Hashim Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sunway |
![]() |
Bersama En Rudy Malik Ketua Pegawai Eksekutif iM4U |
![]() |
Bersama antara warga pusat kebajikan terpilih |
![]() |
#SunwayForGood |
Penghargaan iM4u fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada iM4U fm dan Kumpulan Sunway atas undangan dan kepercayaan serta segala usaha menjayakan program yang bermakna ini. Sesungguhnya, majlis berbuka puasa bersama program yang dijayakan ini secara tidak langsung menyuntik inspirasi buat diri ini untuk terus memperkasa aspirasi pembangunan sosial yang mampan.
Majlis Berbuka iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa ini merupakan acara yang pertama diadakan bersempena Ramadan untuk lokasi Kuala Lumpur. Majlis seterusnya akan diadakan di Sunway Lost World Hotel, Ipoh pada 8 Jun 2017 dan Sunway Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 15 Jun 2017.
Justeru, info lanjut mengenai iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 ini boleh diikuti melalui siaran iM4U fm di 107.9 FM di Lembah Klang atau layari www.iM4Ufm.my.

SIC PARVIS MAGNA ~”Greatness from small beginnings”
I’m into e-commerce, content writing and motovlogging.
My Bio > PROFILE & BIO
meriah betul
Syukur Alhamdulillah ramai yg prihatin kpd mrk yg memerlukan bntuan utk meraikan Ramadan n meeriahkn Aidilfitri kelak.
meriahnya, alhamdulillah bagus juga ajak mereka untuk kongsi rezeki dengan kita