Anugerah Pereka Muda Asia 2016 (Asia Young Designer Award 2016 – AYDA) merupakan pertandingan yang memberi pengiktirafan kepada pereka muda Asia dalam bidang Senibina dan Senireka Dalaman.
Tahun 2016 ini merupakan majlis penganugerahan kali ke-9 diadakan dengan tema ‘Be Bold, Be Free, Be You’, anjuran Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint) bersama IJM Land Berhad (IJM Land).
Anugerah Pereka Muda Asia 2016
Pada Jumaat, 11 November 2016, saya telah menyertai majlis penganugerahan AYDA 2016 di Victorian Ballroom, Holiday Villa Subang Jaya. Pertandingan tahun ini menyaksikan seramai 1,200 penyertaan dari 50 fakulti pengajian tinggi termasuk para professional yang sedang meningkat naik di dalam industri senibina dan senireka dalaman.
David Nee Zhi Kang dari Universiti Teknologi Malaysia telah terpilih dalam kategori pelajar sebagai pemenang ‘Gold Award’. Beliau juga turut merangkul anugerah Pilihan Warna Terbaik (Best Colour Choice) dan anugerah Inovasi Hijau Terbaik (Best Green Innovation) bagi segmen Senibina, manakala Chai Min Lee dari Taylor’s University memenangi ‘Gold Award’ dalam segmen Senireka Dalaman.
Tahun 2016 ini juga mengetengahkan kategori ‘Emerging Professional Category’, kepada pereka bawah 35 tahun sebagai platform profesional muda mengasah bakat dan skill ke peringkat yang lebih baik. Maryam Zamalik dari Asas Architects dan Goh Sow Yee dari Turn Design telah dinobatkan pemenang ‘Gold Award’ bidang Arkitek dan Senireka Dalaman.
Ketua juri AYDA 2016 bagi Kategori Pelajar Arkitek ialah Ar Sarly Adre Sarkum dari Sarly Adre Sarkum Architecture Sdn Bhd, manakala Kategori Pelajar Senireka Dalaman diwakili Mr Lai Siew Hong , Ketua Pengarah Jurureka Blu Water Studio. Ar Serina Hijjas dari Hijjas Kasturi Associates dan Profesor Keat Ong, Nota Design Group adalah ketua juri bagi ‘Emerging Professional Category’.
AYDA – Platform Mengasah Bakat Pereka Muda Asia
AYDA merupakan penjenamaan semula Nippon Paint Young Designer Award (NPYDA) sebagai langkah strategik Nippon Paint memperkasa ke peringakt Asia. Sejak bermula pada 2008, AYDA kini beroleh penglibatan 15 negara Asia iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Bangladesh, Thailand, Pakistan, Indonesia, Papua New Guinea, Vietnam, China, Japan, Hong Kong, Taiwan, India dan Sri Lanka.
AYDA turut disokong pelbagai agensi dan rakan industri seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Green Building Index (GBI), Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB), Malaysia Green Building Confideration (MGBC) termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).
Info lanjut, anda boleh layari: www.asiayoungdesigneraward.com

SIC PARVIS MAGNA ~”Greatness from small beginnings”
I’m into e-commerce, content writing and motovlogging.
My Bio > PROFILE & BIO
salam khir…tahniah pada mereka yang berjaya…bukan senang nak dapat award ni kan…
Penghargaan dan pengiktirafan bakat muda ni Bro KK..menjana kreativiti gen Y agar lebih produktif mencerna idea yang segar dalam bidang senibina dan senireka dalaman..terbaiklah..
nice sharing
tahniah kepada mereka yang menang, bukan mudah ni sebenarnya
Tahniah kepd pemenang rajin n berminda kreatif
Org muda yg hebat! Tahniah
tahniah
woww..hebatt
harap2 lps ni lg ramai bakat baru dilahirkan…
tahniah. hebat hebat orang muda..
err..tiada pgalaman dlm senibiina ni bro khir..blur skit..hehe..apa2 tahniah pmenang..
wow.. AYDA… macam pick up line.. "ayda lama minat kat u"