MAHA 2016Ekspresi 

MAHA 2016: Ceria Sekeluarga Dengan Ilmu

MAHA – Ekspo dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show) merupakan ekspo dan pameran yang menjadi tumpuan ramai di musim cuti sekolah ini. MAHA 2016 diadakan di tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, pada 1 hingga 11 Disember dengan pelbagai pengisian bermanfaat yang memang berbaloi dikunjungi seisi keluarga.
Tahun ini saya sekeluarga berpeluang bersama-sama rakan blogger Malaysia ke MAHA 2016 dengan tema ‘Our Food Our Future’. Ia merupakan satu komitmen negara dalam usaha menyokong kemajuan industri Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan.
Perjalanan menerokai pelbagai lokasi pameran dari pagi hingga ke malam merupakan pengalaman yang sarat dengan pengisian ilmu. Sebenarnya kalau diikutkan, sehari suntuk belum cukup untuk menerokai keseluruhan pameran. Setiap lokasi yang dilawati mempunyai nilai informasi dan estatika yang membuatkan kami terhenti dan teruja!

Jurnal Seharian Penuh Ilmu Di MAHA 2016

Nafas Cube MARDI di MAHA 2016
Nafas Cube, Mardi, Maha,
Nafas Cube, MARDI, MAHA 2016,
Bermula lokasi pertama ke Nafas Cube @ Mardi untuk bersarapan dan melawat persekitaran telah membuka minda tentang keunikan senireka bangunan… cantik, kreatif dan ‘eco-system friendly’. Datang mood romantika di pagi hari dengan puan mem… awaklah nafas saya, chewah.
Waktu sarapan kami juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.B Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani. Haaa.. saya pun mula menggunapakai ilmu ‘menyelit berswafoto’ dengan Bro Framestone dan Pak Menteri… Y.B. sangat sempoi :).
Bro Framestone, Saberi Cheek, Khir Khalid,
Perjalanan eksplorasi ekspo kami diteruskan dengan meninjau lokasi NAFAS Agro Youth Camp di Taman Rekreasi MARDI. Saya difahamkan kem remaja wanita ini diadakan untuk menyuntik generasi remaja dengan ilmu dan informasi sebagai bekalan kehidupan. Seperti ‘summer camp’, pelbagai pengisian aktiviti perkemahan diadakan buat semua para peserta kem ini.
Laman Agro Youth MAHA 2016,
Laman Agro Youth MAHA 2016,
My DOF Valley Laman Jabatan Perikanan Malaysia
Laman Perikanan My DOF Valley merupakan inisiatif Jabatan Perikanan Malaysia berkongsi maklumat untuk kesedaran orang ramai tentang sektor perikanan negara. Info yang sangat bermanfaat terutamanya buat anak-anak dalam membantu pembelajaran mereka. Kak Cik dan Ucu pula dapat hadiah ikan Pelaga sebab dapat jawab soalan di MyDOF Tropicarium… balik masing-masing bela ikan.
My DOF Valley MAHA 2016,
My DOF Valley MAHA 2016, arowana, kelisa,
My DOF Valley MAHA 2016,
Pelbagai makanan laut hasil perusahanan sektor perikanan yang telah dikomersilkan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia ini. Selain itu, terdapat juga info kesedaran awam tentang Kempen Tak Nak Sirip Ikan Yu dan informasi berkaitan ikan Yu serta kehidupan laut untuk diketahui.
My DOF Valley MAHA 2016,
My DOF Valley MAHA 2016,
My DOF Valley MAHA 2016,
My DOF Valley MAHA 2016,
Blogger MAHA 2016, My DOF Valley,
Laman Padi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Laman Padi menyediakan informasi berkaitan industri beras negara. Bukan sekadar itu, terdapat juga pameran mengenai fungsi dan kegunaan beras selain memasak nasi. Paling istimewa, terdapat sawah padi di persekitaran Laman Padi ini yang sedikit sebanyak mampu memberikan pengalaman suasana berada di bendang dan sawah padi.
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Nanas @ Pusat Informasi Nanas
Pameran dan jualan pelbagai produk berasaskan nanas ada tersedia di Laman Nanas. Paling seronok bertamu ke Pusat Informasi Nanas ini ialah apabila bertemu dengan rakan dan kenalan yang bertugas di sini. Puan mem dapat jumpa kawan sekampung dan ada seorang rakan blogger Hazman Fadzil yang kini menjadi pengusaha nanas dengan jenama Jus Bob Nanas, berniaga di sini.
Pusat Informasi Nanas MAHA 2016,
Pusat Informasi Nanas MAHA 2016,
Pusat Informasi Nanas MAHA 2016,
Jus Bob Nanas, Hazman Fadhil, Laman Nanas,
Laman Armada Jentera MAHA 2016
Bila dengar nama ‘armada’ terasa macam nak berperang pula. Maklumlah minda ini sudah terbiasa mengaitkan armada dengan jentera peperangan. Namun, Laman Armada Jentera telah membuka minda saya sendiri tentang kepentingan mesin dan jentera dalam menjayakan transformasi industri pertanian. Satu perjuangan penting dalam merealisasikan wawasan ke arah negara maju.
Laman Armada Jentera MAHA 2016,
Laman Armada Jentera MAHA 2016,
Laman Armada Jentera MAHA 2016
Laman Ternakan Dan Pusat Perdagangan Agro Pelancongan
Lembu Sado yang popular sempena MAHA 2016 berada di sini. Kami turut diberi penerangan tentang teknik kacukan lembu-lembu ini. Keseluruhan kawasan pun agak luas dengan ruang pameran dan juga gerai makanan daging lembu dan kambing selain produk tenusu segar dari ladang.
lembu sado Maha 2016,
Laman Agro Perlancongan MAHA 2016,
Laman Sayur Dan Ladang Mini Madu Kelulut
Walaupun hujan di waktu petang, eksplorasi diteruskan dengan berkunjung ke Laman Sayur dan Ladang Mini Madu Kelulut. Kami juga diberi penerangan tentang keadaan semasa sektor sayuran serta bagaimana mengusahakan sayur-sayuran sebagai usahawan dan petani moden. Di Ladang Mini Madu Kelulut pula kami berpeluang merasa sendiri rasa madu kelulut terus dari sarangnya.
Laman Sayur MAHA 2016,
Laman Sayur MAHA 2016,
Laman Sayur MAHA 2016,
Laman Balkoni MAHA 2016,
Ladang Mini Madu Kelulut,
Ladang Mini Madu Kelulut,
Flora World Dan Kampung Durian Runtuh Upin Ipin
Flora World merupakan lokasi taman bunga-bungaan di dalam taman dengan lanskap yang cantik dan menarik. Ia diibaratkan seperti laman botani yang dihiasi bunga-bungaan. Terdapat juga replika dinasor yang kreatif dan unik diperbuat menggunakan botol-botol plastik terpakai.
Flora World MAHA 2016,
Maha, Flora World,
Bagi kanak-kanak di sekitar lokasi Flora World ini pasti bertambah teruja bila dapat terlibat dengan aktiviti di Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin. Antara aktiviti adalah memilih tanaman dan tanah. Kami semua pilih benih jagung dan ditanam dalam pasu yang diberikan untuk dibawa pulang… tengoklah nanti, pokok jagung siapa yang tumbuh dahulu.
MAHA 2016, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
MAHA 2016, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
MAHA 2016, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
Kampung Mak Cun MAHA 2016
Kampung Mak Cun menyediakan persembahan dan juga kawasan menjamu selera ala tradisional. Kami hanya lalu berjalan kaki di sini untuk ke lokasi seterusnya. Pada ketika itu tiada persembahan sedang dibuat. Medan selera juga sangat penuh dengan pengunjung ekspo menikmat pelbagai hidangan masakan.
Mok Cun, MAHA, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
MAHA 2016, Mok Cun, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
Laman Food Empire MAHA 2016
Bagi penggemar makanan, ada lebih 160 menu pilihan disediakan di laman Food Empire. Penyediaan makanan dipantau sepenuhnya oleh MAHA 2016. Hanya penyedia makanan yang layak berdasarkan kriteria pertandingan masakan terbaik dari seluruh negara sahaja ditawarkan menyertai Food Empire ini. Justeru, masakan dan minuman sememangnya sedap dan terjamin.
Food Empire, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
Laman Ekspo Dan Pameran MAHA 2016
Sesungguhnya, MAHA 2016 bukan calang-calang ekspo dan pameran. Semakin petang semakin ramai pengunjung memenuhi keseluruhan luar dan dalam kawasan MAEPS. Sebagai blogger yang menyertai Day Out ini, saya amat berbesar hati atas segala layanan pemamer dan pihak bertugas yang sentiasa sudi berkongsi informasi dan ukhwah silaturrahim.
Maha, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
Maha, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
Terima kasih kepada MAHA 2016 atas segala ‘hospitality’ sepanjang lawatan menerokai hampir keseluruhan lokasi ekspo dan pameran. Satu pengalaman dan perolehan ilmu yang bermanfaat dan amat bermakna. Penghargaan buat Blog Retis atas undangan, juga rakan-rakan blogger yang sama-sama berkongsi kecerian sepanjang hari.
Blogger, MAHA,
Jika diikutkan, banyak lagi coretan yang ingin dikongsi sepanjang lawatan MAHA 2016. Ekspo dan pameran MAHA diadakan setiap 2 tahun sekali. Semoga berjumpa lagi pada 2018 dengan pengisian tambahan baru demi memajukan lagi industri Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan negara.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada MAHA 2016 di atas penganjuran acara yang amat bermakna ini serta berjaya menarik tetamu sehingga mencecah 3.7 juta pengunjung.
Jom layan video di bawah dan saksikan sendiri jutaan pengunjung ke MAHA 2016… tahniah!

Info lanjut MAHA 2016 boleh di layari di: http://maha.gov.my/

Related posts

15 Thoughts to “MAHA 2016: Ceria Sekeluarga Dengan Ilmu”

  1. Perghhh "Awak lah nafas saya…"..memang romantik nyee khir ni ya…hahaha. Tapi mmg best lah kalau dpt dok kat Nafas Cube tu kan..:D

    1. Sesekali mood romantik dtg kak Hanny hehehee.. Nafas Cube tu kreatif, unik dan cantik. Seronok klu dpt bermalam.. best.. 🙂

  2. Syok kan…duh! rasa macam x puas berjalan tapi tak larat dah rasanya 🙂

    1. A ah.. sedar tak sedar jauh juga berjalan.. nasib baik tram pun dikhaskan. Taklah penat sgt bab transport kene tunggu hehee 🙂

  3. tiap tahun dok tgk kemeriahan yg kawan2 kongsikan ja..tak berkesempatan nak pergi ..

    1. In shaa Allah, 2018 mana tau dpt pergi.. mmg seronoklah kak Kam.. anak2 pun seronok je 🙂

  4. Seronok berada di MAHA ruangnya yg luas xmampu nk diliputi semuanya

  5. Salam singgah sini KK….bestnya dapat berkunjung ke Maha 2016..

  6. Meriahhh. Nani tak berkesempatan nak ke MAHA tahun ni

  7. Tak pernah ke MAHA lagi tapi nampak menarik..

  8. Banyak habiskan masa kat Kampung Durian Runtuh je. 🙂

  9. sronoknya tgk rakan blogger rami ke MAHA aritu….meriah…thn ni tk bertugas….2thn sudah ada bertugas…siap ada makcun ye mesti havoc

  10. saya teringin nak cuba CUBE tu… sebab nmpk lain drpd yg lain…

  11. Dengar cerita meriah MAHA tahun ni… pengunjung pun bertambah…tapi bunda tak pergi pun.

Leave a Comment

CommentLuv badge