Ekspresi 

LinkedIn Local Professional (Series 1) – Penjenamaan Dan Profesionalisme

LinkedIn Local Professional (Series 1) – Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang aspirasi dan kebolehpercayaan media sosial dalam memperkasa kerjaya dan keusahawanan.
Atas galakan rakan industri dan memperkasa potensi kerjaya dalam era digital kini, saya terpanggil mendapatkan kefahaman antaranya tentang platform laman sosial LinkedIn. Saya berpeluang menghadiri sesi ilmu LinkedIn Local Professional (Series 1) – Discussion: Personal Branding and Employee Advocacy yang diadakan di Uppercase Bangsar pada 8 Februari 2018.
LinkedIn Local Professional (Series 1),

LinkedIn Local Professional (Series 1)

LinkedIn Local Professional (Series 1) menampilkan beberapa ‘industry’s professionals’ sebagai panelis yang membincangkan melalui sesi perkongsian dan soal jawab tentang idea bagaimana membangunkan penjenamaan peribadi sebagai sokongan kerjaya yang mampan. Merupakan topik yang menarik dan sememangnya bersesuaian buat diri ini.
Para Panelis terdiri daripada para profesional yang telah berjaya mencipta penjenamaan diri melalui laman media sosial terutamanya LinkedIn;Badrie BOB Abdullah University Fellow and Fellow of CMI, Director of Corporate and Executive Education at UUM School of Business, juga Founder and CEO of Centre for Leadership and People Management Malaysia Cen4Leap.

Nadiah Tan Abdullah
Chief Human Resources Officer at SP Setia Berhad

Azleen Abdul Rahim
Marketing Strategist, Content Developer, Editor dan Partner di NSE PLT dan Columnist Utusan Malaysia

Joy Abdullah
Tersenarai antara Malaysia’s 10 Most Engaged Folks on LinkedIn 2015, Strategic Storyteller membangunkan perbualan yang berupaya menjana social capital untuk kedayaupayaan organisasi.

Bagi yang belum mengetahui, LinkedIn mempunyai keistimewaan dan potensi tersendiri berbanding kebanyakkan laman sosial yang lain. Ia diketahui sebagai platform media sosial pilihan kebanyakkan para professional, usahawan, pelabur, ahli perniagaan, korporat dan yang seangkatan melalui jaringan perhubungan seluruh dunia.
Atas aspirasi tersebut juga merupakan sebab menghadiri sesi ini bagi mendapatkan idea terbaik melalui perkongsian pengalaman mereka yang telah berjaya membina penjenamaan peribadi.
LinkedIn Local Professional (Series 1),

Membina Perhubungan Melalui Platform LinkedIn

Sebagai blogger yang terlibat dalam industri online dan mempunyai beberapa rangkaian media sosial, ini adalah antara laman ilmu yang patut saya pelajari. Tambahan lagi ini juga merupakan pengalaman pertama saya menyertai sesi berkaitan LinkedIn ini.
Antaranya, saya berpeluang bertemu mesra beberapa individu yang sebelum ini hanya dikenali di LinkedIn, juga menambah jaringan perkenalan dengan yang baru. Malah begitu juga dengan para panelis yang sebelum ini hanya mengikuti konten yang dikongsikan di LinkedIn. Inilah kali pertama bersua muka, berjabat tangan dan saling kenal mengenali.
Saya juga berbesar hati kerana dapat bertemu saudara Azleen Abdul Rahim, salah seorang panelis yang merupakan Marketing Strategist dan aktif di LinkedIn. Saya merupakan antara subscriber website www.azleen.com mengikuti pelbagai panduan berkaitan pemasaran.
LinkedIn Local Professional (Series 1), Azleen, Khir Khalid,LinkedIn Local Professional (Series 1),
Justeru, bagaimana membina penjenamaan peribadi yang dapat membantu menyokong kerjaya atau mencapai hasrat yang disasarkan?
Ada beberapa cara yang dikongsi melalui pengalaman para panelis yang boleh dijadikan panduan.
Ia merupakan usaha jangka panjang yang melibatkan pengisian konten secara konsisten. Menulis dan terus menulis secara konsisten. Pastikan juga apa yang ditulis dapat memberi nilai tambah yang bermanfaat kepada pembaca. Berinformatif walaupun santai dan yang penting bukanlah perkongsian yang bercorak negatif, tetapi sesuatu yang membina.
Perkongsian konten yang baik dan bermanfaat mempamerkan siapa kita dalam hubungan membina penjenamaan peribadi juga menyokong profesionalisme kerjaya.
LinkedIn Local Professional (Series 1),
Kita sebenarnya perlu merancang corak penulisan, membina dan mengenalpasti pembaca. Menyusun jadual perkongsian konten juga merupakan faktor yang amat digalakkan. Seperti yang dikongsikan saudara Azleen, beliau berkongsi 2 konten sehari di LinkedIn tentang perkara berkaitan pemasaran.
Selain itu, kepentingan laman web dan blog dalam menyokong kerjaya juga memainkan peranan penting. Ia platform utama dalam membina kepercayaan pasaran dan industri terhadap diri kita hasil dari perkara yang dikongsikan di media sosial.
Kebolehpercayaan laman web dan blog sebagai sokongan kerjaya dan keusahawanan akan saya kongsikan lagi pada artikel yang lain nanti, in shaa Allah.
LinkedIn Local Professional (Series 1),
Sesi LinkedIn Local Professional (Series 1) ini sememangnya memberi suntikan ilmu dan juga semangat buat diri ini untuk lebih prihatin dalam merancang perkongsian konten bermanfaat dan mempunyai impak dalam membina penjenamaan diri dan juga memperkasa kerjaya.
Sesungguhnya ilmu yang dikongsikan ini juga sebenarnya amat berguna untuk dipraktikkan bukan sahaja di LinkedIn, tetapi di semua media sosial, bergantung kepada kemampuan serta pemahaman sendiri tentang siapa dan apa hasrat yang ingin direalisasikan.Perkara utama adalah kejujuran kepada diri sendiri dalam penghasilan konten untuk dikongsikan adalah tools penting bagi seorang profesional. Perlu tahu siapa dan apakah tujuan kita berkongsi informasi dan konsisten dengan perkongsian bermanfaat kepada pembaca yang disasarkan.

Terima kasih kepada para panelis atas perkongsian berharga, juga tahniah kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat menjayakan majlis ilmu ini.
LinkedIn Local Professional (Series 1),
Kredit Foto: Azleen Abdul Rahim
Buat masa ini saya aktif berkongsi aspirasi di facebook, instagram dan blog ini, dan masih berdiam diri di LinkedIn. Hanya membaca dan mengikuti perkongsian pakar industri dan professional disamping membina kenalan dengan berkongsi pendapat melalui komen di status Connections.
Namun seperti rakan industri lain, saya juga perlu membina konten di LinkedIn yang dapat dimanfaatkan untuk membina penjenamaan peribadi demi kebaikan kerjaya.
Jom kita berhubung di LinkedIn > Khir Khalid

Related posts

23 Thoughts to “LinkedIn Local Professional (Series 1) – Penjenamaan Dan Profesionalisme”

  1. Jaringan Media social yang pelbagai secara tidak langsung ianya menghubungkan kita dengan ramai khalayak.

  2. Samalah bos, saya pun kurang aktif di linked. Sebab rasa macam linked ni fokus on career.

    Tengah cari macam mana nak dapatkan titik pertembungan antara linked dengan sosial media kain. Pssst! Takut majikan tahu pulak kita buat apa di sosial media, hahaha

  3. Sampai sekarang saya tak tahu nak gunakan linked ni.

    Tapi katanya banyak boleh networking. Saya yang tak aktif pun byk yg nak connect kt sini.

    Ramai juga kawan yg dapat kerja dari Linked ni

  4. kurang mahir sangat dengan linkedin tapi i think it's a really good socmed to connect with a lot of people especially those in professional field.

  5. Tq for sharing.
    Khusyuk saya membaca entri ni. And sgt berminat tahu lebih mendalam.
    Byk perkara kita tahu bila attend majlis ilmu gini. Berkaitan plak kita-kita yg menggelar diri as a blogger.

  6. LinkedIn nisangat2 membantu dalam membina kerjaya..jaringan dari seluruh dunia kan..SA sendiri tak gunakan lagi..insyaallah lepas baca entry ni terpanggil untuk mendaftar..tak selamanya kita dengan kerjaya yg sedia ada kan..maybe dh boleh bertukar ke arah kerjaya yg lebih baik..

  7. Memang tak pandai guna linkedin. Hehe betul juga tak nak bos tahu juga. tapi sebenar linkedin bagus sebab orang headhunting dari situ

  8. wow….semakin hebat Tuan KK sekarang.

    percapaian yang amat menggalakkan

  9. Wow banyak ilmu nya saudara khir ini, saya Ada juga akaun linkedln ni, tapi hanya sekadar akaun yang saya boleh ping artikel blog, itu je tak lebih.

  10. Great piece of info here mate. The event is truly beneficial to all of us. Not so sure about Linked'in but I am sure that nowadays people has been using it alot, for business individual as well as corporate.

  11. Bila baca entri ni, baru teringat yang saya pun ada akaun Linkedin..tapi dah lama tak update. Platform ini best sebenarnya, sebab golongan2 professional dan boss juga rujuk benda untuk create network..

  12. Uiiu,terus teringat emi punya linkedin dah lama tak berupdate. Esok lepas kerja nak update la kasi cantik sikit.

  13. Waah, ini sih udah banyak pengalamannya ya. Kapan kapan sharing dong ya biar network kita bisa luas dan melebar.

  14. Terbaikla bro khir, membuka mata sy ttg linkedin. Mungkin sy akn join jg

  15. network yg mcm ni kita nak sebenarnya.. bagus utk bisnes dan marketkan diri. hehe

  16. Thanks for sharing this, I wanted to start on linkedin but not sure how to and what to do, think I should start networking. Might do me some good.

  17. saya ada account linked in tapi senyap seribu bahasa,, hahahha… nanti nak tengok2x laa sampai banyak mana dah sawang membiak. hehe

  18. Alamak..dulu ada tapi tak aktif. Nampaknya kena pikirkan balik ni

  19. Wow! I don't have LinkedIn account yet, going to start one soon.

  20. dari dulu lg org suh sy sign in acc linkedin ni tp masalahnya sy x gn sgt… acc yg sedia ada pn terabai hahahaha

  21. Saya ada LinkedIn ni lama dah tapi dulu tak tahu nak guna macam mana.

    Bila baca artikel ni rasa semangat semula nak on Linked.

    Thanks sharing abang Khir.

  22. Agak lama tak update akaun LinkedIn ini. Sebenarnya banyak faedah dengan memanfaatkan LinkedIn. Memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

  23. GV tgk kat Linkedln banyak pensyarah, businessman, dan pekerja bidang perhotelan yang aktif. huhu.

Leave a Comment

CommentLuv badge