Leadership Excellence Awards Des Prix Infinitus Media dilancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.

Malam Gala Leadership Excellence Awards telah menyaksikan 70 anugerah berprestij dianugerahkan kepada para usahawan, perniagaan dan pemimpin industri dari seluruh Asia yang berjaya mencapai kejayaan dalam pelbagai kategori.

Fokus Leadership Excellence Awards Des Prix Infinitus Media ini adalah untuk memberi pengiktirafan ke atas perkembangan, pembangunan serta pencapaian perdagangan oleh para pemimpin industri dari seluruh Asia.

Ia juga merupakan satu platform yang mengiktiraf para pemimpin utama diatas pencapaian luar biasa dan usaha keras mereka dalam membentuk serta membangunkan pasaran.

Leadership Excellence Awards Des Prix Infinitus Media, One World Hotel, Kuala Lumpur.

Leadership Excellence Awards

Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan, yang berlangsung di One World Hotel, Kuala Lumpur.

Menurut Hagenz Choo, Pengarah Urusan Des Prix Infinitus Media, objektif penganjuran Malam Gala Leadership Excellence Awards Des Prix Infinius Media adalah untuk memperkasa golongan usahawan dan pemimpin perniagaan, selain menetapkan piawaian yang diperakui di seluruh benua Asia.

Proses pemilihan setiap penerima anugerah dijalankan secara komprehensif dengan prosedur ditetapkan. Ia melibatkan penyerahan trek rekod organisasi dan pengurusan strategik yang sudah terbukti, janaan perolehan dan pembangunan perniagaan, pembuatan keputusan bersifat inovatif yang memberi impak, kesan pantas kepada industri, pembangunan komuniti serta kriteria lain.

“Kami sangat berbesar hati kerana Des Prix Infinitus Media menyokong Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sebagai satu badan akreditasi bebas dan tulen. Anugerah-anugerah ini akan menarik minat para pemimpin terkemuka dari seluruh Asia untuk berhubung serta memperkasa usahawan dan ahli perniagaan lain, pada masa yang sama meletakkan Malaysia sebagai paksinya” – Yang berhormat Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.

Mengiktiraf Pemimpin Industri Dan Perniagaan Dari Seluruh Asia

Sebanyak 5 kategori berasaskan pelbagai kriteria yang berbeza iaitu; C-Suite Leadership Excellence Awards, Innovative Leaders of the Year, Passionate Icons of the Year, Community Leaders of the Year dan Emerging Leaders of the Year.

Calon-calon dipilih dari beberapa negara seluruh Asia termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Vietnam, Taiwan dan China. Sebagai platform yang membuka rangkaian hubungan dalam kalangan para pemimpin utama, ia menggalakkan dialog rentas industri di antara individu-individu penting, dan sekali gus membuka peluang kerjasama yang mampu mengubah industri, dalam atau luar Malaysia.

Dengan Malaysia memacu inisiatif ini ke seluruh Asia, Leadership Excellence Awards dijangka menerima lebih banyak penyertaan dari rantau ini berbanding tahun-tahun akan datang.

Info lanjut boleh layari www.dpimedia.com.my.

Baca lagi: Apa Kata JT Foxx Tentang Personal Branding.

4 Thoughts to “Leadership Excellence Awards Iktiraf Pemimpin Industri Dan Perniagaan Seluruh Asia”

  1. Satu penghargaan yang sekaligus menjadi motivasi.

    1. Inspirasi dari mereka yg berjaya utk berusaha atas landasan yg betul.

  2. Tahniah kepada yg terpilih moga makin suhses dlm bisnis yg diceburi

  3. Tahniah buat mereka yang berjaya. Bukan senang dapat award besar macam ni

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.