Lawatan Menteri Kanan Singapura ke Rumah Perantaraan WPKL
Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL Pada 4 Disember 2013, saya telah menghadiri majlis lawatan kerja TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Negara Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Luar Negeri Singapura ke Rumah Perantaraan WPKL. Tujuan lawatan selain berkongsi pandangan mengenai isu koreksional ialah untuk melihat sendiri kawasan dan kemudahan yang disediakan di Rumah Perantaraan W.P. Kuala Lumpur ini.
Lawatan TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad ke Rumah Perantaraan WPKL
 

Rumah Perantaraan Sebagai Tapak Sokongan Lanjutan



Rumah Perantaraan (Halfway House) merupakan tempat tinggal dan pembelajaran sementara yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama badan NGO bagi menempatkan bekas banduan insaf yang baru dibebaskan setelah tamat menjalani hukuman penjara.

Rumah yang disediakan lengkap dengan kemudahan asas termasuk makan dan minum adalah untuk mereka yang tiada keluarga atau yang mempunyai keluarga tetapi enggan menerima mereka kembali. Mereka akan dibimbing dan dibantu untuk memperolehi pekerjaan yang bersesuaian sebelum berpindah menjalani kehidupan yang normal didalam masyarakat.

Rujukan info lanjut> Rumah Perantaraan WPKL

Kejayaan Rumah Perantaraan Melalui Sokongan Pelbagai Pihak

Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri selaku tuan rumah, Jabatan Penjara, Parol dan Perkhidmatan Komuniti WPKL, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Badan Pencegahan Jenayah dan badan-badan NGO sosial yang berkaitan.
Lawatan TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Singapura ke Rumah Perantaraan.
Lawatan TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Singapura ke Rumah Perantaraan
Adalah menjadi harapan dengan jalinan kerjasama negara kejiranan ini dapat membantu membina pembentukan sosio-budaya yang lebih baik untuk kehidupan masyarakat sejahtera, in shaa Allah. Lawatan kerja yang penuh dengan ukhwah dan ilmu ini berakhir pada jam 1 tengah hari.
Lawatan TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Singapura ke Rumah Perantaraan

Rumah Perantaraan Untuk Kesejahteraan Masyarakat

Berdasarkan pemerhatian sendiri, banyak usaha sehingga ke peringkat kerjasama antarabangsa telah diketengahkan untuk membantu dan memberi peluang kepada golongan banduan insaf ini. Usaha untuk meyakinkan pihak swasta dan masyarakat seluruhnya juga sedang giat dilakukan agar peluang yang bersesuaian dapat diberikan sepenuhnya kepada mereka yang berkelayakan.

Namun, jika ada diantara mereka sendiri yang tidak mahu memanfaatkannya untuk memperbaiki dan memajukan diri sendiri… tiada apa lagilah yang dapat diperkatakan…

***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah
terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

57 Thoughts to “Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL”

  1. ikhwan yusuff

    mengerat silaturahim sesama jiran dua negara..:D

    1. Mudah2an membawa kebaikan bersama.. 🙂

  2. MyCherita

    cantik heading tu bang… boleh tolong buat kan saya satu… hehehe 😉

    1. Hehee.. t kasih.. boleh je.. 😀

  3. Sylarius Yusof

    Nampaknya, sistem koreksional Malaysia dapat perhatian negara luar. Banduan kat Malaysia masih lagi berpeluang untuk insaf dengan sokongan dari Jabatan Penjara. Kat US, banduan yang masuk belum tentu akan insaf. Silap-silap boleh jadi lagi teruk ada la.

    1. Betul tu.. di sini rasanya, klu x insaf juga dgn peluang yg diberikan oleh pelbagai pihak, mmg mereka dikategorikan sbg yg mmg betul2 teruk.. wallahualam..

  4. waa.. sambut menteri luar la nih..

  5. Tak nak komen entri….komen heading…heading cantik…heading baru.

  6. Sekurang kurangnya mereka masih ada tmpt berlindung. Adakah pihak ini akan memberikan jaminan atau menjadi referral kepada mereka yg tlh insaf utk mendapatkan pekerjaan? Mungkin cara ini boleh menambahkan 'weightage' dlm keputusan pihak2 tertentu utk mengambil mereka bekerja. Wallahua'lam.
    Another one thing, banner cun. Mak suka 🙂 🙂

    1. Mmg menjadi tugas bagi jabatan penjara & parol utk membantu dlm mendapatkan pekerjaan yg bersesuaian buat mereka agar mereka dpt menjalani kehidupan yg normal.. t kasih.. 😀

  7. mmg banyak usaha utk kembalikan kesedaran banduan insaf… byk faktor buat diorg kembali ke zaman gelap diorg antaranya, mentaliti masyarakat yg ssh nk terima golongan banduan insaf ni… yg jahat dikatakan slamanya jahat… dan ada juga pengaruh dari rakan2 yg tak tertangkap… tu yg buat diorg kmbali buat jenayah…tmbh2 klu smngt dan iman diorg msih dalam proses nak baik pulih..

    1. Mmg betul tu pn Maria, faktor kawan2 lama sebagai pendorong mmg bnyak berlaku. Apabila keluarga mengambil mudah & msykt bnyk memandang serong terhadap mereka.. tempat yg sesuai bagi mereka meluahkan & mengadu nasib adalah rakan2 syubahat lamanya sy sudi menerima mereka kembali utk ke jalan yg x baik.. menjadi salah satu tugas di rumah ini utk menerapkan nilai jati diri yg berterusan kpd mereka.. in shaa Allah..

  8. thanks for sharing tentang ni khir…by the way…nampak lain pada bahagian header.ramai yang tegur….heheh

    1. Hehee.. t kasih Aida.. 😀

  9. baru perasan en.khir dah tukar header.nice.klik2

    1. hihii.. t kasih Asha.. 😀

  10. beru tahu tentang ni.. eloklah ada rumah perlindungan seperti itu.. terima kasih atas perkongsian en.khir.. 🙂

    1. T kasih kembali wawa.. 🙂

  11. Yumida Huda

    wah nampak meriah dgn kehadiran org ramai
    moga kehadirannya akan mengeratkan lg hub sesama kita
    isi tabung nuff sini-zakat

    1. In shaa Allah.. mudah2an. T kasih Yumida.. 🙂

  12. bagus projek macam ni..
    moga2 banduan2 yang ditempatkan dipenempatan ni betul2 boleh insaf..

    1. Mudah2an mereka dpt menyumbang kembali kpd pembentukan msykt kita yg sejahtera, in shaa Allah..

  13. Lynn Munir

    Moga kerjasama ini akan membawa perhubungan yang lebih cemerlang antara 2 negara.

    1. In shaa Allah.. mudah2an membawa kebaikan bersama semua..

  14. Raudzah Z

    Is a good effort by both side cuma kita tak expect Singapore interested coz I think this isu is not so much them on them..what is the stat like Khir?

    1. Setakat yg sy tahu kurang dari 3% dari mereka yang terpilih untuk program pemulihan spt ini di Malaysia, kembali mengulagi kesalahan dahulu spt dadah & jenayah.. alhamdulillah.. so far so good. Mudah2an bertambah baik lagi nnti, in shaa Allah..

  15. Raudzah Z

    churp-churp & cursor mania for you..

  16. alhamdulilah semoga diberkati usaha2 mcm ini bro khir..
    klik di sini 🙂

    1. Mudah2an, in shaa Allah.. T kasih bro Sobri.. 😀

  17. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    semoga kerjasaa yang terjalin memberi kesan yang positf kepada kedua-dua negara iaitu malaysia dan singapura.. menabung taylor dan taylor.. 😀

    1. In shaa Allah.. mudah2an membawa kebaikan bersama. T kasih Aiza.. 😀

    2. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

      sama-sama.. menabung 2kali transitions.. 😀

  18. terima kasih kerana berkongsi cerita… pekara ini merapatkan lagi hubungan antara 2 negara

    1. Mudah2an membawa kebaikan bersama buat kita semua juga, in shaa Allah..

  19. Yep yep..sya pun nmpk header baru yg warna warni ceria ni..hehehe

    1. Hihii.. ceria2 selalu.. t kasih sya.. 😀

  20. thanks for sharing the story..kita dan singapura pada asalnya tak banyak beza dari segi budaya…

    Regards,
    -Strider-

    1. Mmg betul tu Strider.. kerjasama pun diharap dpt lebih mudah utk kebaikan bersama, in shaa Allah..

  21. memmetlenggeng

    Suka atau tidak dengan Singapura, mereka adalah jiran terdekat kita. Dari segi sosio budaya pun tidak ada jauh bezanya. Berbaik-baik sesama jiran sangatlah mulia dan dapat membantu negara menjadi lebih aman.

    1. Betul tu..Dlm pelbagai isu terutama melibatkan keselamatan & msykt, mudah2an dpt berterusan utk kebaikan bersama semua, in shaa Allah..

  22. In sya Allah…usaha murni pasti diberkati. Semoga berjaya jalinan ini.

    1. In shaa Allah.. mudah2an BM.. aamiin.

  23. Golongan yang nak berubah macam ni patut dibantu, diberi semangat dan galakan. Persepsi negatif masyarakat yang melemahan semangat mereka. Moga mereka diberi kekuatan. Nak tegur jugalah pasal header. Header baruuu. Hehe

    1. In shaa Allah.. mudah2an. T kasih IM.. 😀

  24. tq share 🙂
    betul2… mereka ni patut dibantu… lagipun,mereka nak berubah ke arah kebaikan… 🙂

    1. T kasih kembali Fatanah.. 🙂

  25. Anonymous

    semoga berjaya apa yg di usahakan..

    1. In shaa Allah Kathy.. aamiin.

  26. beri peluang kepada banduan utk berubah.. tak salah rasanya

    1. Mmg betul tu.. bukan semuanya yg layak utk beroleh peluang mcm ni…

  27. Satu bentuk kerjasama dan jalinan erat antara dua negara yang baik untuk manfaat kepada mereka ini. Harus diteruskan.

    1. Mudah2an membawa kebaikan bersama semua, in shaa Allah..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.