Lawatan Department of Probation ThailandPortfolio 

Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL

Pada Selasa (25/3/2014), bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia, telah menjadi tuan rumah kepada lawatan delegasi “Department of Probation”, Kementerian Kehakiman Thailand ke Rumah Perantaraan W.P Kuala Lumpur.
Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.
Kredit Gambar – Parol WPKL

Department of Probation, Thailand.

Department of Probation, adalah jabatan dibawah Kementerian Kehakiman Thailand yang menjadi perintis dalam melaksanakan percubaan kaedah dan langkah-langkah berasaskan perundangan dalam perkara yang melibatkan pembangunan koreksional dan sosial di Thailand.

Dalam usaha mereka untuk memperkasa sistem perundangan serta mengurangkan kadar jenayah yang berlaku, delegasi ini berhasrat membuat lawatan ke beberapa jabatan dan agensi kerajaan di Malaysia termasuk Jabatan Penjara Malaysia dan Rumah Perantaraan WPKL ini. Ia bertujuan untuk mengkaji dan meneliti kaedah terbaik untuk dilaksanakan di negara mereka.

Lawatan ke Rumah Perantaraan WPKL

Justeru, tujuan utama lawatan ke Rumah Perantaraan WPKL adalah untuk mereka melihat dan meninjau sendiri prasarana dan segala kelengkapan yang ada di sini. Taklimat dan sesi soal jawab juga telah diadakan agar mereka mendapat penerangan dan pencerahan terperinci tentang segala maklumat serta matlamat utama Rumah Perantaraan ini diwujudkan.
Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Fungsi dan kewujudan Rumah Perantaraan belum lagi dilaksanakan di Thailand. Penglibatan usahasama antara pihak kerajaan, NGO dan swasta di Malaysia dalam menjayakan peranan Rumah Perantaraan ini dengan berkesan sememangnya merupakan satu usaha yang menarik perhatian mereka.
Berdasarkan kadar statistik jenayah berulang dan residivism tempatan yang terendah dirantau Asia, kewujudan Rumah Perantaraan di Malaysia ini dilihat amat releven dalam mencapai objektif yang disasarkan. Ia juga menjadi satu contoh yang baik kepada Thailand demi mengurangkan kadar pengulangan salahlaku jenayah dan penyalahgunaan dadah dalam masyarakatnya.

Maklumat Department Of Probation, Thailand Berkaitan Isu Sosial Dan Koreksional

Bagi saya yang berpeluang menghadiri program ini sebagai badan bebas, sempat juga berkongsi beberapa maklumat berdasarkan pandangan dari beberapa individu terhadap isu berkaitan sosial dan koreksional di Thailand. Sesungguhnya, ia adalah satu pengetahuan baharu termasuk juga pengetahuan tentang wujudnya satu jabatan yang diberi nama “Department of Probation” ini.
Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia, Blogger kesedaran sosial Malaysia
Lawatan yang bermula pada jam 2 petang itu berakhir pada sekitar jam 4:30 petang. Ia diadakan dalam suasana sederhana tetapi penuh dengan maklumat dan ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan kedua-dua negara.
Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Oppss… Peace From Thailand… 😀
Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Gambar kenangan lawatan delegasi “Dept of Probation” Thailand & Parol
Semoga dengan lawatan serta jalinan silaturrahim yang terbina ini dapat mewujudkan kesefahaman kerjasama yang lebih erat diantara Malaysia dan Thailand dalam memperkasa isu koreksional dan sosial demi kebaikan masyarakat kedua-dua negara termasuk juga di seluruh rantau Asia Tenggara amnya, in shaa Allah.

Artikel Lain Yang Berkaitan :

> Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL

***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
W.P. Kuala Lumpur
.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah
terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Related posts

70 Thoughts to “Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL”

    1. memang terbaiklah bro..dapat berkenalan dengan orang Thailand!

      Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

  1. Pendedahan yang baik khir…Nway negara mana yang mempunyai rekod jenayah yang paling rendah berbanding population ya? Boleh dapat tips dari dia orang kan..

    1. In shaa Allah.. akan cuba dptkan maklumat tersebut nnti.. 🙂

  2. Nampaknya usaha mengadakan Rumah Perantaraan ini menarik minat negara luar utk dijadikan contoh. Bagus! Kita pun wajar melawat negara2 lain yg berjaya utk menambah baik apa yg telah ada.

    1. Mmg betul tu BM.. apa yg baik kita jadikan ikutan & yg buruk kita jauhkan, utk kebaikan kita bersama semua…

  3. Semoga semua yg baik dpat dikongsi bersama bkn utk malaysia je..utk seluruh negara..hehe..nice sharing..menabung kt sini.. 😉

    1. Betul tu Niesa… mudah2an kita semua beroleh kebaikan bersama.. T kasih.. 🙂

  4. Assalamualaikum. wahh baguslah .. depa amik ilmu daripada lawatan ni. singgah menabung ford sini~~~

    1. Waalaikummussalam Sheila.. in shaa Allah, mudah2an membawa kebaikan utk semua. T kasih.. 🙂

  5. penglibatan agensi dari luar memang sangat dialukan. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ye abg khir 🙂

    1. Mudah2an membawa kebaikan utk semua.. t kasih kenit.. 🙂

  6. lawatan sebegini bagus untuk memperbaiki perkhidmatan agensi dari negara thailand itu.. menabung 2kali inti, 2kali lenovo, 2kali ford.. 😀

    1. Mmg betul tu Aiza.. kita pun dpt belajar ttg negara mereka juga.. t kasih.. 😀

    2. betul tu khir.. saling bertukar idea.. menabung 3kali digi, 3kali ford.. 😀

  7. wahhhh dari thailand? uishh. 😀
    betul tu, biar lah lagi rapat thai dan malaysia~~

    qila click 5 digi!! 😀

    1. Mudah2an membawa kebaikan utk semua.. t kasih qila.. 😀

  8. dari thailand tu, semoga penglibatan ini mengakrabkan lagi hubungan antara malaysia dan thailand

    1. In shaa Allah Acik… mudah2an membawa kebaikan bersama kita semua… 🙂

  9. hebat2 aktiviti2 yg Abg Khir join… kagum dan jeles dgn pengalaman and ilmu yg abg Khir dpt.. thanks for sharing!

    1. Alhamdulillah Ain.. ada peluang sikit2 & berkongsi utk pengetahuan serta kebaikan kita bersama semua.. 🙂

  10. amboi en khir, ambil gambar yang palin cun aje tu!
    naugthy ni…hehe

    1. Hahaa… buat penyeri blog jugak tu Yana.. 😀 😀

  11. Thanks atas perkongsian Khir.

  12. Lawatan sebegini baik untuk ukhwah kedua2 negara disamping dapat berkongsi ilmu yang ada…

    1. Betul tu Idah… mudah2an membawa kebaikan buat semua, in shaa Allah.. 🙂

  13. sesama berkongsi antara negara-negara dunia yang lain……dapat juga mengeluarkan fikiran bernas melaui perkongsian..Btw nice sharing En.Khir…:D

    isi tabung sini…:))

    1. Mudah2an ia membawa kebaikan kpd kita semua juga.. t kasih Ikhwan.. 🙂

  14. wah.. jauh tu dari luar negara…

  15. Pencegahan jenayah bukan sekadar penguatkuasaan undang-undang semata-mata. Langkah-langkah koreksional seperti ini juga penting untuk memahami dan membendung kegiatan jenayah supaya ianya tidak menular dan menjadi barah kepada masyarakat.

    1. Mmg betul tu… mudah2an dgn cara ini dpt membantu memerangi jenayah dari peringkat akar umbi serta pencegahan.. in shaa Allah…

  16. seronoknya dpt berkongsi buah fikiran kan..lya terus menabung cne

    1. Alhamdulillah.. t kasih Asha.. 🙂

  17. Adalah menjadi kebanggan apabila negara luar belajar drp kita , menjadikannya sebagai contoh serta menjadi sesuatu yang menarik minat mereka . psst … cun awek thai tuh … terjah infiniti car di sini .

    1. Mmg betul tu Vee… semoga manfaatnya dpt dirasa bersama seluruh msyk juga nnti.. in shaa Allah..
      Betul juga ttg awek thai tu huhu.. T kasih Vee.. 😀 😀

  18. semoga sesi lawatan spt ini akn terus diadakan pd masa akan dtg.

    1. In shaa Allah Abe Kie.. mudah2an.. 🙂

  19. menjadi contoh kepada negara luar…bagus…semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat mengeratkan lagi hubungan kedua2 negara

    1. Betul tu Noe.. mudah2an hubungan kerjasama negara kejiranan bertambah erat lagi.. 🙂

  20. Assalamualaikum dan salam singgah sini Khir…semoga kedua2 negara saling berkerja sama dengan baik…

    1. Waalaikummussalam Mardiah.. mudah2an membawa kebaikan kedua2 negara kejiranan.. 🙂

  21. bagus….semoga dengan lawatan ni dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara…

    1. Betul tu Wan.. semoga membawa kebaikan bersama.. 🙂

  22. Terbaik…… leh kenal2 ngan orang siam kan…ekekekekekekeke… kulit gebu2… 😀

    1. Hahaa… bab kulit gebu tu yang… hahaa.. 😀 😀

  23. waa..kiranya malaysia dijadikan contoh la ni… hebat..

    1. Mmg betul tu Pha Is.. ok lah tu.. alhamdulillah.. 🙂

    2. waa.. bangga jadi rakyat malaysia.. 🙂

  24. insyaAllah ada manfaat yang diperoleh oleh kedua2 negara ; Malaysia dan Thailand kan khir :))

    1. Mmg betul ika.. mudah2an bermanfaat buat semuanya… 🙂

  25. Satu jalinan muhibbah antara dua negara yang baik. Harus diteruskan.

    1. Betul tu cikgu Helmi.. mudah2an berterusan utk kebaikan bersama.. 🙂

  26. Macam hubungan diplomatik plak

    1. Masa awal kedatangan mereka pun saya ada terfikir mcm tu Wafi.. 🙂

  27. Kerjasama yang baik harus diteruskan bersama negara jiran..hasilnya akan menguntungkan kedua-dua belah pihak

    1. Mmg itulah harapannya Zila..in shaa Allah.. aamiin.. 🙂

  28. Moga memberi manfaat pada kedua-dua negara..

    1. In shaa Allah, Nurul… aamiin.. 🙂

  29. klik lazada utk Khir 🙂
    teringin nk join program cenggini.

  30. wah! terbaik…bila ada kemesraan dengan negara luar…negara kita di kenali…

  31. wow.. dari jauh tu datang… menariknya…

Leave a Comment

CommentLuv badge