Kaji selidik perspektif remaja di Malaysia mendedahkan fakta terkini mengenai remaja dan generasi muda di Malaysia. Pembentangan laporan ‘Youth Perspectives’ telah berlangsung di The Penthouse @ Rev Asia Berhad anjuran Perspective Strategies dengan kerjasama AIA Berhad, Kumpulan Nippon Paint Malaysia, Centre of Strategic Engagement (CENSE) dan organisasi peneraju remaja terbesar dunia AIESEC.

Fakta Perspektif Remaja Malaysia

Kaji selidik Perspektif Remaja ini telah dilaksanakan ke atas lebih 2000 pelajar institusi pengajian tinggi dan tingkatan 6 seluruh Malaysia. Ia memfokuskan kepada 3 lapangan utama iaitu mengenai Tabiat Penggunaan Media (media consumption habit), Tingkahlaku Membeli (Purchasing behavior) serta Bakat dan Kerjaya (talent and career).
Kumpulan sasaran kajiselidik adalah golongan remaja Malaysia yang akan memasuki dunia pekerjaan dalam tempoh jangka masa 12 hingga 24 bulan akan datang. Justeru, hasil kajiselidik rasmi mendedahkan 3 fakta utama seperti berikut:
  1. 62.3% remaja bersetuju bahawa ibu bapa mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka.
  2. 77.0% akan berbincang dan mendapatkan pandangan dari keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan dalam kerjaya mahupun kehidupan.
  3. Terdapat hanya 9.2% remaja sahaja yang benar-benar mempercayai sebarang maklumat yang diperolehi melalui media sosial.
Kajiselidik Perspektif Remaja Malaysia
Keluarga dan rakan adalah sumber rujukan yang paling dipercayai remaja

Kajiselidik Perspektif Remaja Dan Sosio-Ekonomi

Menurut Mr Andy See selaku Pengarah Urusan Perspektif Strategies, fakta pengkajian ini mempengaruhi permintaan pekerjaan, trend pasaran dan sosial Malaysia.

Kajiselidik menunjukkan pengaruh ‘word-of-mouth’ keluarga dan rakan merupakan sandaran utama majoriti remaja kini. Mereka mengambil kira pandangan keluarga dan rakan sebagai rujukan paling dipercayai sebelum mengambil keputusan penting berkaitan kewangan dan kerjaya.

Seperti yang dijangka juga, kebanyakan remaja Malaysia merupakan pengguna tegar media sosial dan mendapati seramai 53.5% remaja ber’online’ melebihi 5 jam sehari. Sungguh pun begitu, fakta menunjukkan hanya 9.2% generasi ‘hiper-connected’ yang benar-benar ambil peduli dan mempercayai maklumat yang disampaikan melalui media sosial.

Kajiselidik Perspektif Remaja, Perspective Strategies,
Panelis (dari kiri) : Ms Rita Sim (Pengarah & Co-Founder CENSE), Mr Shamzi Ali (Pengarah HR Pfizer Malaysia),
Mr Andy See, Ms Canny Lee (Presiden AIESEC Tailor’s University) dan Mrs Tan May Lee selaku moderator.
Generasi muda ‘hiper-connected’ Malaysia cenderung mendapatkan kepastian tentang sesuatu informasi di media sosial melalui rujukan lanjut seperti laman web, blog, akhbar, majalah termasuk ‘word-of-mouth’ sumber terdekat yang dipercayai.

Justeru, organisasi yang terlibat dalam pasaran berkaitan perlu mengkaji semula dan meningkatkan mutu penyampaian maklumat bagi menarik perhatian serta kepercayaan generasi muda masa kini.

Faktor Bahasa Dan Pengaruh Pasaran Pekerjaan

Faktor bahasa dan ‘interpersonal skills’ juga merupakan kriteria dalam bersaing merebut peluang pekerjaan ideal. Seramai 41.2% remaja meletakkan kemahiran ‘soft skill’ sebagai cabaran terbesar yang menghalang mereka memperolehi pekerjaan.

Seramai 51.0% remaja Melayu tidak berkeyakinan dalam bahasa Inggeris berbanding 37.0% Cina dan 16.0% India. Selain itu, 38.0% Melayu dan 39.0% India mendapati kelemahan berbahasa Cina menjadi
cabaran merebut peluang kerjaya.

Kajiselidik Perspektif Remaja Malaysia
Cabaran terbesar remaja dalam dunia pekerjaan
Sebahagian besar (70.4%) remaja Malaysia juga meluahkan keinginan untuk bekerja di luar negara. Antara punca tersebut, 45.2% – keadaan politik dan sosial, 45.2% – peluang kemahiran tertentu yang hanya terdapat di luar negara dan 42.1% mendapati prospek kerjaya yang lemah di Malaysia.

Namun untuk jangka panjang, sebahagian besar remaja mahu pulang dan tetap mahu menjadi warganegara Malaysia walaupun bekerja di luar negara.

Punca utama remaja memilih untuk bekerja di luar negara

Kaji Selidik Remaja Sebagai Pelan Tindakan Strategik Era Digital

Laporan Kajiselidik Perspektif Remaja Di Malaysia
ini mengetengahkan fakta yang perlu dikenalpasti setiap organisasi dalam memperkasa reputasi pemasaran, penjenamaan dan ruang pasaran pekerjaan termasuk penawaran sosio-ekonomi agar beroleh pencapaian sewajarnya daripada kluster remaja dan generasi muda masa kini.
Penjelasan ini turut saya kongsikan dalam pelbagai program dan modul melibatkan pembangunan sosio-remaja sebagai landasan aspirasi sosio-pendidikan negara.

Info terkait: Kaji Selidik Generasi Z di Malaysia.

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

14 Comments

  1. ASSALAM…REMAJA PERLU BIMBINGAN IBU BAPA DAN MRK YG LBH BERPENGALAMAN DLM APA SAJA PILIHAN JLN HIDUP/KERJAYA YG AKAN MRK CEBURI DEMI MASA DEPAN MRK YG TERBAIK….

  2. Seramai 51.0% remaja Melayu tidak berkeyakinan dalam bahasa Inggeris

    yg ni saya setuju sgt2 esp remaja yg tggl di pedalaman…

  3. Ramai juga remaja yang masih memohon pendapat ibubapa dalam memilih kerjaya..bagus la

  4. Pendapat dari orang ua memang perlu kan 🙂

  5. Ada juga remaja yang ingin bekerja di luar negara untuk mendapat pengalaman dan 'exposure' yang lebih.
    Faktor penguasaan bahasa inggeris dan keyakinan diri (untuk public speaking contohnya) juga mempengaruhi peluang pekerjaan.

  6. Kebanyakan remaja di negara kita ni di pengaruhi oleh ibubapa mereka dalam pemilihan kerjaya mereka..Pendapat ibubapa adalah paling penting buat mereka..

  7. Maklumat yang amat penting dalam melihat pasaran kerjaya di Malaysia…

  8. kat msia ni kena pandai banyak bahasa. lagi banyak peluang pekerjaan. banyak silibus kena add dalam pembelajaran sejak dari sekolah rendah untuk naikkan kualiti next generation supaya remaja next generation, lebih baik dari remaja yang ada kini

  9. Nampaknya ibubapa masih menentukan kerjaya anak-anak mereka. Perkembangan baik anak-anak remaja sudah mula nampak kemantangan. Penguasaan bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan dikalangan anak Melayu terutama yang bersekolah di luar bandar.

  10. Sebenarnya boleh lagi nak memantapkan bahasa inggeris tp mungkin sbb faktor tempat . Saya dari kampung pendalaman n disebabkan saya ditanggung biasiswa ke universiti , So mungkin ini menyebabkan faktor utama saya menguasai bahasa inggeris .

    Hurm teringin nak bantu mereka tp ape yang perlu juga adalah "motivate" kan mereka bahawa bahasa inggeris ini adalah "Fun things to learn as well"

  11. Agar bahasa inggeris dikalangan anak bangsa kita dipertingkatkan lagi bersaing dengan anak2 bangsa asing yang lebih kearah itu..

  12. Pandangan ibu bapa sangat berpengaruh di jiwa anak-anak. Betapa pentingnya mereka memainkan peranan yang sepatutnya agar anak-anak dapat mencorakkan masa depan yang terbaik

  13. Syukurlah peranan ibu bapa masih lagi dihargai. Semoga berterusan begini..

  14. poor career prospects in msia? YES!!! setuju..kerajaan must do something

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.