Bersempena sesi diskusi dewan perbandaran baru-baru ini, Kumpulan Sunway telah menyumbangkan dana sebanyak RM100,000 kepada Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) Selangor dalam usaha memperkasa program pencegahan jenayah di Selangor.

Ia juga merupakan komitmen Sunway dalam menyokong usaha kerjasama yang terjalin diantara MCPF Selangor dan Polis Diraja Malaysia, agar dana tersebut dapat dimanfaatkan untuk pelbagai program pencegahan jenayah berteraskan komuniti diseluruh 16 daerah polis di Selangor.

Penyerahan sumbangan ini turut disaksikan Timbalan Pengerusi MCPF Selangor, Dato’ Seri A. Thaveegan; Ketua Polis Selangor dan Penasihat MCPF Selangor, Dato’ Noor Azam bin Jamaludin; dan Senior Managing Director Sunway Group, Dato’ KL Tan, bersama lebih 700 para hadirin.

Sunway Sumbang RM100,000 perkasa program cegah jenayah Selangor

Kumpulan Sunway Perkasa Pencegahan Jenayah Selangor

Matlamat MCPF Selangor adalah membangunkan kerjasama erat bersama komuniti seluruh peringkat merangkumi pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi, residivis, penghuni penjara, termasuk sektor korporat dalam usaha pencegahan jenayah yang lebih holistik.

Melalui kerjasama ini, orang awam seluruhnya boleh terlibat dalam pelbagai kempen kesedaran, seminar, diskusi dewan perbandaran, ceramah pencegahan jenayah dan aktiviti-aktiviti berkaitan.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah yang juga Pengerusi MCPF turut menyatakan; “Negara kita berhadapan pelbagai ancaman setiap hari. Selain jenayah seperti rompakan bersenjata, kita juga berhadapan ancaman berbahaya termasuk ekstrimis yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan budaya. Mencegah jenayah bukan hanya tanggungjawab polis semata-mata, ia memerlukan kerjasama seluruh peringkat masyarakat memainkan peranan. Bersama kita jadikan Malaysia sebuah negara yang lebih selamat.”

Pelan Perancangan Strategik Pencegahan Jenayah

Diskusi dewan perbandaran ini juga satu platform dalam usaha menggalakkan perhubungan 2 hala antara polis dan komuniti di Petaling Jaya. Ia merupakan inisiatif di bawah Pelan Perancangan Strategik 2019 Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), dimana setiap kontigen menganjurkan diskusi yang serupa bagi menangani isu dan cabaran berkaitan pencegahan jenayah.

Majlis dihadiri hampir 700 penglibatan yang mewakili kepentingan awam termasuk PDRM, Dewan Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Integrasi dan Perpaduan Awam (JPNIN), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Pendidikan Selangor, BOMBA, Rukun Tetangga (KRT), Skim Patrol Sukarela (SRS), Persatuan Penduduk, Polis Bantuan dan Majlis Belia Malaysia Selangor.

Baca lagi:

Sunway Education Group Platform Baru Yunus Social Business Centre

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

4 Comments

  1. Moga sumbangan ini dimanfaatkan betul-betul dengan sehabis baiklah.Setiap sennya sangat bernilai..sangat bererti.

  2. Bila keadaan setempat semakin maju, perkara2 spt ni mmg tak boleh dipandang sepi. Bagus usaha ni jadi contoh juga kpd sykt2 lain yg mampu utk kebaikan semua

  3. semoga bisa mengurangi penjenayajh di selangor program ini semoga berkah
    jalan dan makan recently posted…Cara Membuat Tumis Udang Galah LezatMy Profile

  4. usaha baik yang harus dicontohi pihak korporat yang lain
    anies recently posted…Butterworth Unicorn 5KM Fun Run 2019My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.