Kumpulan Puisi Karya Ijamala MN

Kumpulan
Puisi Karya Ijamala MN
– Dinihari nan nyaman menyuburkan minda untuk KK
menulis memanjangkan perkhabaran buat sahabat pembaca yang dihormati sekelian.
Karya puitis seorang penyajak tanah air,
saudara Ijamala MN
disatukan dalam sebuah buku buat santapan minda
peminat-peminat puisi seluruhnya.
Sang Lelaki Di Lorong Malam karya Ijamala MN

Puisi Karya Saudara Ijamala MN

Kumpulan Puisi
Sang Lelaki Di Lorong Malam
karya saudara Ijamala MN telah KK terima sebagai cenderahati silaturrahim yang
amat berharga buat diri ini. Sebagai seorang yang meminati bidang penulisan dan
kesenian, pastinya KK meminati karya-karya puisi. Beberapa nukilan karya ciptaan sendiri juga ada KK abadikan di blog ini. Namun, tidaklah setanding karya nukilan insan
yang KK hormati ini.
Saudara Ijamala
MN
adalah sahabat, rakan dan kenalan. Bukan sekadar itu sahaja… secara
jujur, KK terlebih dahulu mengenali nama saudara Ijamala MN melalui karya beliau di dada-dada akhbar dan majalah sebelum
mengenali orangnya. Atas qada’ dan qadar, Allah swt mempertemukan KK dengan
beliau, mengikat jalinan silaturrahim hingga ke hari ini.

Mengenali Karya Dan Penyajak Ijamala MN

Saudara Ijamala
MN
bertugas di bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara
Malaysia. Merupakan seorang anggota yang berdedikasi disamping bergiat aktif
dalam menukilkan karya puisi juga merupakan penyajak yang berpengalaman dan
disegani dalam arena puisi tanah air.
Sang Lelaki Di Lorong Malam - Prakata
Menyoroti biodata yang terpahat dibuku Sang Lelaki Di Lorong Malam, anak
kelahiran Kuala Kangsar, Perak tahun 1967 ini telah akrab menukang karya sejak
berumur 17 tahun lagi. Beliau mula menghantar karya pada tahun 1987 ke Radio
Senandung Malam Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu.
Saudara Ijamala
MN
semakin aktif menulis ketika bertugas di Penjara Pulau Jerjak pada tahun
1988. Karya beliau kerap berkumandang di corong radio Pulau Pinang. Apabila
beliau dipindahkan ke Penjara Pudu, beliau bergiat aktif dengan menyertai
Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM).
Ijamala MN, Kumpulan Puisi Sang Lelaki Di Lorong Malam
Kenangan santai bersama saudara Ijamala MN
Karyanya banyak disiarkan di Bacaria, Mingguan
Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera serta pernah memenangi hadiah
penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2002. Beliau aktif sehingga
kini… membaca puisi, bersajak dan terlibat dalam pelbagai
kegiatan seni dan sastera.

Kumpulan Puisi Sang Lelaki Di Lorong Malam Karya Ijamala MN

Sekadar menyebarkan kebaikan dari sahabat kepada sahabat…

Kepada yang meminati puisi sebagai halwa minda, dapatkan buku Kumpulan Puisi Sang Lelaki Di Lorong Malam karya Ijamala MN di kedai-kedai buku terpilih. Buku terbitan Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia Berhad ini merupakan karya nukilan berdasarkan intrepertasi dan ekspresi dari pengalaman, pastinya menjadi inspirasi yang menyentuh jiwa dan menjadi renungan kita sebagai insan yang kerdil… yang hanya menumpang di bumi Illahi…

Related posts

25 Thoughts to “Kumpulan Puisi Karya Ijamala MN”

  1. kagum dengan orang yang pandai berpuisi. mereka memang kreatif 😀

  2. wah seronok dapat bersahabat dengan orang kreatif ni.

  3. Saya suka juga baca puisi..terbaiklah…

  4. Entah kenapa…lately ni minat lak dgn puisi. Macam menguji minda dab vocab pun ada….

  5. dulu mama minat jugak puisi ni, bersastera katakan.. sekarang, minat ke lain dah.. jarum dengan kain saja.. hihi

  6. sangat puitis..saya tak kenal penulis ni sebenarnya tapi entri KK membuka mata saya..

  7. As'salam KK..patutlah cara penulisan sangat tertib rupanya KK ni berbakat besar..luas pengetahuan dan pengalaman dalam berkarya. Macam best tajuk buku tu..menjurus rasanya cerita tentang lelaki..kongsikan lagi ya..hal buku tu

  8. Blog KK dah masuk di Bloglist Ikon Gratify ..tahniah

  9. wah!..KK juga berminat dalam sastera ..terbaik gitu

  10. seronok dengar bahasa-bahasa puisi.. tapi xpandai nk mngarang puisi

  11. KK as'salam ..kiranya dengan membeca puisi ni pasti akan banyakm ilham berblog..pasti sangkut beberapa item momentum kan blogging…)

  12. salam khir…blog khir dah berubah wajah…tahniah…

    sekali sekala layan puisi bes juga…ini org2 berjiwa seni…promoted content tuk khir

  13. Tak sangka beliau seorang yang puitis sebab tengok pada riak wajah macam garang jew…

  14. AvatarAnonymous

    Wah..memang best layan puisi..

  15. Sesekali boleh layan puisi…tapi maklumlah, sastera bukan bidang ku…

  16. Orang puisi ni orang seni la sangat ..Hehehhe seronok jugak berpuisi kan KK..Boleh lagi kalau nak layan sikit2 tapi kalau lama2 lain jadinya..Sebab ayat2puisi ni adakala susah btol kita nak faham dan jiwai ..

  17. Saya masih berminat melayan puisi sesekali.

  18. saya minat baca puisi tapi tak tahu nak menulis cuma kadangkala yg saya tulis biasa2 jer org kata itu puisi … adeh … rhb .

  19. Deno minat puisi tapi tak pandai berpuisi.. tahu lukis je…. Kagum sgt dengan org yg pandai berpuisi….. 🙂

    – Dayang Deno –

  20. x minat puisi baca berulang kali pun masih x faham…itu sbb skrg ni lebih selesa bekerja dgn komputer je 🙂

  21. Patut laaa bro KK seorang yang puitis..rupa2nya berkawan dgn orang seni.. hihihihihi… 😀

  22. cn bukan orang seni, tak faham benda2 puitis ni..hehe

  23. Rakan sy Ijamala bukan saja punyai darah seni berpuisi tetapi suaranya yang garau bergema amat indah tatkala membaca puisi… anak sy pun terkejut terima panggilan dari Ijamala katanya suaranya macam menteri… vviplah tu.

Leave a Comment

CommentLuv badge