Kumon Expert Roundtable SessionPendidikan Portfolio 

KUMON: Tahun-Tahun Awal Penting Dalam Membina Potensi Kanak-Kanak

Program pendidikan ‘after-school enrichment’ terbesar di negara ini, Kumon Malaysia berpendapat, tiada kanak-kanak yang lahir sebagai seorang genius atau pintar. Namun, tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan peringkat penting dalam memastikan tumbesaran otak dan pembangunan pembelajaran dapat mencapai potensi sepenuhnya.
Tahun-tahun sebelum persekolahan (prasekolah) atau ‘peringkat awal kanak-kanak’ merupakan peringkat pembangunan paling penting kerana peringkat tahun-tahun awal inilah minda kanak-kanak mula menyerap pelbagai input melalui pengalaman persekitaran yang akhirnya membentuk kemahiran hidup yang penting buat mereka.
Kumon | Limitless Potential in Kids: Truth vs Myths,

Kumon Malaysia National Instructors’ Summit

Pada Rabu, 25 Julai 2018, saya telah menyertai input sesi meja bulat bersama pakar bertemakan ‘Limitless Potential in Kids: Truths vs Myth’ (Potensi Tanpa Had Bagi Kanak-Kanak: Fakta vs Mitos), anjuran Kumon Malaysia dalam Kumon National Instructors’ Summit 2018.
Instructors’ Summit diadakan setiap tahun diperingkat nasional dan antarabangsa sebagai platform perkongsian pengetahuan dikalangan Pembimbing Kumon. Tahun ini, ia juga diadakan sempena meraikan Ulang Tahun Kumon yang ke-60 dan dihadiri seramai 150 pembimbing daripada lebih 200 pusat Kumon dari seluruh negara.
Semasa ucaptama, Mr Yosuke Sugawa, Pengurus Besar Kumon Malaysia menyatakan; “Di Kumon, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi tersendiri. Selama lebih 60 tahun kami menyokong ibu bapa, penjaga, pembimbing dan pelajar dalam mencungkil potensi setiap individu di lebih 50 negara seluruh dunia. Kami akan terus berusaha membimbing pelajar untuk mempelajari cara berfikir, mengenalpasti dan mencapai potensi mereka sepenuhnya”.
Kumon ditubuhkan di Malaysia pada 1997. Kini merupakan ‘after-school enrichment programme‘ Matematik dan Bahasa Inggeris terbesar negara. Sesi meja bulat pakar ini juga merupakan antara usaha kesedaran Kumon Malaysia dibawah kempen “Discovering Limitless Potential”
Kumon | Limitless Potential in Kids: Truth vs Myths | Yosuke Sugawa,

Potensi Tanpa Had Bagi Kanak-Kanak (Fakta vs Mitos)

Sesi meja bulat bersama pakar menyaksikan peneraju industri mengupas pelbagai fakta dan mitos, berkongsi kepakaran dan pandangan tentang potensi tanpa had kanak-kanak dalam hubung kait pembelajaran, bimbingan dan pembangunan kanak-kanak.
Panel sesi diwakili Datuk Dr Chiam Heng Keng, Presiden Pengasas bagi Majlis Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Care and Education Council); Cik Katyana Azman, Pakar Psikologi Kanak-Kanak di Hospital Pantai, Kuala Lumpur dan Mr Yosuke Sugawa, Pengurus Besar Kumon Malaysia.
Datuk Dr Chiam menegaskan, tahun-tahun pembangunan kanak-kanak bukan sahaja bermula
semasa zaman persekolahan, tetapi sejak dilahirkan.
Saiz otak mencapai 80% saiz dewasa menjelang umur 3 tahun. Pada tahun-tahun awal, kanak-kanak lebih suka meneroka pengalaman sendiri. Ini memerlukan neuron dan sel otak untuk berhubung dan membentuk laluan neural bagi pembangunan minda.
Kumon | Limitless Potential in Kids: Truth vs Myths | Datuk Dr Chiam Heng Keng,
24 bulan pertama dalam kehidupan merupakan tempoh paling sensitif untuk pembangunan optimum kepintaran emosi bagi pembangunan menyeluruh kanak-kanak membesar. Ini adalah antara faktor penting yang memerlukan keperihatinan bagi memastikan kanak-kanak dapat memaksimumkan keupayaan pembelajaran sepenuhnya.
Menurut Cik Katyana Azman pula; kita memang mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan pelajar, tetapi mereka kadang-kala menghadapi cabaran yang menyebabkan mereka sukar mencapai potensi sepenuhnya. Sesetengah cabaran ini dapat kita perhatikan dalam bilik darjah.
Setiap kanak-kanak adalah unik dan memiliki personaliti, latar belakang, kelemahan dan kekuatan berbeza. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti kaedah pengajaran dan bimbingan yang paling sesuai. Komunikasi positif amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang menggalakkan bagi kanak-kanak agar merasa selamat, selesa dan bersemangat untuk belajar.
Kumon | Limitless Potential in Kids: Truth vs Myths

Sistem Pendidikan, Modal Insan Dan Kerjaya Masa Hadapan

Memetik Laporan Modal Insan 2017, kebanyakan sistem pendidikan yang ada pada hari ini tidak memiliki kemahiran yang diperlukan untuk pasaran kerja semasa. Laporan Kerjaya Masa Depan pula menunjukkan, kemahiran amat penting sebagai asas masa depan kanak-kanak termasuk daya menyelesai masalah, pemikiran kritikal dan kreativiti.
 
“Hari ini kita dapati buku teks disediakan sebagai penyelesaian ‘satu saiz untuk semua’. Kanak-kanak diberi
bahan dan diajar mengikut sukatan pelajaran dan kategori umur yang sudah ditetapkan. Kumon menekankan pembelajaran sendiri dimana kanak-kanak diberi keupayaan untuk belajar, mencuba cabaran secara bebas dan pada masa yang sama dilengkapi dengan kemahiran hidup yang kritikal seperti kemahiran fizikal,
sosial, kognitif dan emosi. Tahun-tahun awal penting dalam memastikan kanak-kanak dapat bermula dengan betul bagi mencapai potensi sepenuhnya”
. – Mr Yosuke Sugawa
Di Kumon, para pelajar perlu menjalani ujian diagnosis untuk menilai keupayaan mereka belajar.
Pembimbing kemudiannya akan menyediakan rancangan khusus bagi setiap pelajar untuk mengukur kemajuan dan
mengenal pasti cabaran. Kaedah ini memberi manfaat jangka panjang kerana ia menggalakkan pelajar menyerap pengetahuan lebih mendalam mengikut tempo kemampuan sendiri, membina motivasi dan tahap displin yang lebih tinggi.
Kumon | Limitless Potential in Kids: Truth vs Myths,
Kesimpulan
Menjaga kanak-kanak setiap hari bukan perkara mudah, kerana setiap individu memiliki perangai dan personaliti berbeza. Perubahan cara pendidikan kanak-kanak daripada kaedah tradisional kepada cara baru disebabkan kemajuan teknologi digital juga mempengaruhi keupayaan pembelajaran kanak-kanak terutama semasa tahun awal mereka.
Bagi saya, Kumon sememangnya mempunyai modul pembelajaran yang efektif dalam menyokong proses pembangunan potensi minda kanak-kanak secara konstruktif dan terancang. Sesi ini juga membuka minda dan menyuntik inspirasi diri ini untuk terus memperkasa aspirasi pembangunan sosio pendidikan negara yang lebih mampan.

Related posts

8 Thoughts to “KUMON: Tahun-Tahun Awal Penting Dalam Membina Potensi Kanak-Kanak”

  1. Kumon ni boleh juga menjadi salah satu pilihan ibu bapa merangsang kebolehan diri anak-anak sedari awal selepas kelahiran yang sebelumnya didikan bermula dari alam rahim lagi..

  2. KUMON membawa pedakatan menarik dlm amali pendidikan awal kanak2

  3. menarik sangat kumon, jika ada berdekatan digalakkan hantar anak-anak ke sana ^_^

  4. Setuju dengan ucapan Mr Yosuke Sugawa bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi tersendiri. Program pendidikan KUMON Malaysia memang menarik untuk pembinaan awal potensi kanak-kanak pra persekolahan.

  5. Memang bagus KUMON…anak saya kata dia mengira di otak..hihi

  6. Banyak jugak baca feedback positif daripada parents pasal Kumon ni.

  7. Kumon melatih anak2 supaya lebih berdisiplin selain dari manambah kemahiran.

  8. kenapa laa lumon ni xde zaman sy dulu

Leave a Comment

CommentLuv badge