Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Hassan Din – Kelapangan pada malam Rabu (19/11/2014), saya berkesempatan menghadiri kuliah maghrib perdana yang disampaikan oleh Ustaz Dato’ Dr Abu Hassan Din Al Fadhil. Kuliah yang bertajuk ‘Nilai Seorang Mukmin Dan Muslim’ berlangsung selepas solat maghrib di Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Intipati Kuliah Ustaz Hassan Din
Intipati kuliah penceramah undangan yang dikenali dengan panggilan Ustaz Hassan Din menjelaskan
perbezaan antara seorang Muslim dan Mukmin. Seorang Muslim dapat diintrepretasikan dengan mudah melalui pengucapan syahadah. Namun, cabaran mengekalkan syahadah sehingga ke akhir hayat menjadikan seseorang itu Mukmin. Secara mudah, Mukmin itu beriman. Status seorang Muslim boleh diwarisi tetapi tidak dengan iman.
perbezaan antara seorang Muslim dan Mukmin. Seorang Muslim dapat diintrepretasikan dengan mudah melalui pengucapan syahadah. Namun, cabaran mengekalkan syahadah sehingga ke akhir hayat menjadikan seseorang itu Mukmin. Secara mudah, Mukmin itu beriman. Status seorang Muslim boleh diwarisi tetapi tidak dengan iman.
Seseorang yang Muslim tidak semestinya Mukmin. Cara hidup mempengaruhi nilai seorang Muslim dan Mukmin. Berdasarkan definasi tersebut beliau memperincikan lagi tentang maksud Mukmin dalam konteks kehidupan seharian. Sesungguhnya, menjadi peringatan yang mendalam apabila beliau berpesan “Tidak akan berzina, minum arak, berjudi, mencuri, menipu, rasuah dan pelbagai perbuatan mungkar seorang Muslim itu sekiranya dia Mukmin”. Astagfirullah…
Suasana Kuliah Maghrib Perdana Di Madrasah As Siddiqin
Kuliah perdana di Madrasah As Siddiqin berlangsung selama 2 jam dengan pengisian tentang tingkatan solat yang perlu sentiasa diperbaiki bagi membentuk keperibadian Mukmin. Selain itu menjelaskan juga tentang perkara wajib dan sunat yang menjadi kekeliruan dalam budaya masyarakat kita. Kuliah berakhir sekitar jam 10 malam dengan solat Isyak berjemaah.
“Apabila kita mengejar akhirat, dunia pasti akan mengikut kita”… hadir bersama orang yang berilmu itu bukan sahaja tempias ilmunya, malah bersamanya rezeki kepada sesetengah yang lain… Subhanallah.
Kuliah Nilai Seorang Muslim Dan Mukmin Sebagai Peringatan Bersama
Secara jujur, saya memandang Ustaz Hassan Din ini sebagai insan yang berkeperibadian sederhana namun tinggi ilmunya. Cara penyampaian kuliah yang santai namun penuh dengan suntikan kesedaran, keinsafan dan pengharapan.
KK panjangkan pesanan dalam Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Hassan Din tentang satu cara agar kita membimbing diri untuk menjadi Mukmin. Senantiasalah kita memikirkan “Apakah perkara wajib yang belum kita laksanakan dan apakah perkara haram yang belum kita tinggalkan”… mudah-mudahan kita senantiasa mencari solusi memperbaiki kehidupan ini diatas jalan yang diredhai… aamiin.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Lama tak dengar ceramah Ustaz Hassan Din ni. Suka sangat dengar beliau ceramah. Penuh hemah dan penuh hikmah
Betul tu Ainim.. dari penyampaian beliau pun mmg nampak ketinggian ilmunya… subhanallah..
Alhamdulillah, terima kasih di atas perkongsian ini… Ustaz Hassan Din ni lama jugak Farah tak dengar ceramah beliau…
Alhamdulillah Farah.. sekadar berkongsi secebis pengetahuan utk kebaikan bersama kita semua, in shaa Allah..
Alhamdulillah..dah macam dengar tazkirah Ustaz Harun Din kat sini…Moga kita semua termasuk dalam golongan mukmin yang disayang Allah…Aminn..
INTI untuk Khir..
Aamiin.. Secara jujur, saya mmg amat terkesan dgn ceramah beliau. Sgt2 mendalam ilmu & pengalamannya… subhanallah. T kasih Raudzah.
seperti berada ditaman2 syurga…Alhamdulillah..
Subhanallah walhamdulillah kak Nah..
seronoknya bila mendengar ceramah ni.. sejuk rasa hati.. kerdil rasa diri..
allahuakbar, satu perkongsian yang baik..
Mama Niza
Ceramah beliau mmg membuatkan diri ini terasa sgt2 kerdil… subhanallah..
alhamdulillah, kita memang kena selalu pergi majlis ilmu macam ni..feel dia tak sama dengan dengar kat radio or tengok TV kan.Aura seorang ulamak tu boleh buat hati kita lembut. salam hari Jumaat
Alhamdulillah… semoga sentiasa diberi kelapangan utk hadir ke majlis2 ilmu spt ini buat kita semua Sal.. aamiin.
betul. kadang-kadang bila x sempat, layan kat TV or youtube la… daripada x de usaha langsung nak wat pape kan…
alhamdulillah. ramai juga ye datang..
Salam Jumaat KK…
kagum dengan Ustaz Hassan Din dari segi penyampaiannya yang mesra dan lembut…walaupun bunda tak pernah menghadiri live ceramah beliau…tapi bila tengok kat tv tu pun sudah rasa aura seorang penceramah yang otai dan banyak pengalaman agamanya…
Allahuakbar..
Mmg betul tu Bunda.. secara jujur, cara penyampaiannya mmg menusuk ke jiwa. Mmg bnyk pengalaman & tinggi ilmu beliau.. subhanallah..
suka dengan kata2 ni
“Apakah perkara wajib yang belum kita laksanakan dan apakah perkara haram yang belum kita tinggalkan”…
Kata-kata tu mmg memberi peringatan buat diri ni. Sbb itu saya berhasrat utk panjangkannya di sini utk kebaikan bersama, in shaa Allah..
tertarik dengan ungkapan. "apabila kita mengejar akhirat. dunia pasti akan mengikut kita."
mendalam sangat…..
subahanallah..
Mmg terkesan sgt dgn kata-kata tu.. terasa kerdil diri ini.. subhanallah. T kasih PB..
Allahuakbar … beruntungnya abg khir dapat bertemu dengan Ustaz Hassan Din. Terima kasih atas perkongsian ini … semoga kita semua tergolong dalam golongan mukmin insyaAllah 🙂
Alhamdulillah… aamiin Hanim.. mudah2an membawa kebaikan buat kita semua juga, in shaa Allah..
wah best…
Alhamdulillah.. mmg best. Terasa 2 jam itu sgt singkat..
rasa sungguh kerdil
Betul.. itulah yg saya rasakan.. subhanallah…
Salam Jumaat KK..Alhamdulillah ..hati rasa tenang dan damai jer bila dgr ceramah .. Banyak pula ilmu yang kita boleh bawak balik ke rumah ..Semoga bermanfaat untuk sama2 kongsikan ilmu ..
Waalaikummussalam Lya.. Alhamdulillah syukur sgt2. Itulah tujuan KK panjangkan di blog ini. Mudah2an menjadi peringatan utk kebaikan bersama kita semua, in shaa Allah..
perkongsian yang menarik 🙂
Alhamdulillah, Inani.. t kasih.
Lama tak jenguk sini.. Terima kasih atas perkongsian En Khir.. Semoga dirahmati Allah selalu.. 🙂
Semoga bersama kita semua sentiasa dirahmati Allah selalu… aamiin. T kasih Wawa.
mm betul…kerap dgn kata-kata ini “Apabila kita mengejar akhirat, dunia pasti akan mengikut kita” ..pernah dgr dari mulut Ustazah Nurhafizah Musa
Indah ungkapan tu kan.. tapi amat susah utk kita dapatkannya… subhanallah.. Semoga Allah sentiasa permudahkan segalanya… aamiin.
“Apakah perkara wajib yang belum kita laksanakan dan apakah perkara haram yang belum kita tinggalkan” ? huhuhuh…nampaknya perlu lebih b=muhasabah diri dan berubah kerana rasa masih tidak sempurna
Bersamalah kita semua sentiasa bermuhasabah diri.. mmg terasa diri ini kerdil & serba kekurangan… subhanallah..
Perkongsian yang menarik KK.
Alhamdulillah, T kasih AB.
moga2 menjadi seorg mukmin yg di redhai,
masih mencari-cari kejln Allah Swt…
thanks info yg bernas….
Aamiin.. mudah2an amalan kita sentiasa diterima & dipermudahkan jln menjadi seorang Mukmin… aamiin.
Terima kasih atas peringatan Khir..
"Apabila kita mengejar akhirat…dunia akan mengikut kita."..
Bestnya dapat gi kuliah yg penuh pengisian macam tu…
Alhamdulillah Fidah… mudah2an membawa kebaikan bersama buat kita semua… aamiin.
Seronok dgr beliau berkata2
Btw nnt check mobile template ye. Sbb mcm xbrpe ok la. 😉
Belog Miss Balqis
Alhamdulillah.. mmg seronok. syukurlah…
Mobile template mcm lari2 antara komen dgn reply & buat dia jadi kurus eh.. hmmm tak taulah kenapa, masih dalam bedah siasat lagi ni hehee.. T kasih Cik Balqis.. 🙂
Gua nampak muka owner rumah lama gua dalam gambar diatas
http://www.broframestone.com
Oh ye ke Bro hahaa.. 😀
alhamdulilah..sudah tentu banyak intipati yang di timba…thanks mr.kk for sharing.
Pengisian yg padat dgn ilmu.. syukur alhamdulillah.. 🙂
Alhamdulillah… majlis ilmu yang baik… semoga ramai mendapat manfaatnya… 🙂
Alhamdulillah Idah.. semoga membawa kebaikan bersama semua… aamiin. 🙂
Dunia dikendung, akhirat dijunjung. Moga kita semua mendapat keampunanNYA dengan
menghadirkan diri di majlis ilmu.
dah lama xdgr ceramah dri ustaz harun din..
Alhamdulillah walaupon saya xdpat pergi sama. tapi bila baca di blog nie dapat juga input berguna.. terima kasih
Suka dgn ceramah Ustaz Hassan Din yang lembut dan sederhana tetapi mendalam dan tepat pengisiannya.
suka dgn peringatan yg terakhir tu … semoga kita sentiasa beringat … mcm best lak Altelnativ tu .
Terima kasih atas perkongsian intipati ceramah Ustaz Hassan Din. Zumal pun suka ceramah Ustaz Hassan Din sebab ceramah beliau tak mengantuk…
terima kasih atas perkongsian khir…dah tau dgn jelas perbezaan muslim dan mukmin…sama2 kita berusaha utk menjadi seorang mukmin..
Seronoknya dapat join…. satu2nya ustaz yang sha masih kagumi dan hormati… harrun & hassan din 🙂
alhamdulillah, cn suka dgn ustaz hassan din 😉
saya belum pernah berkesempatan mendengar ceramah beliau
secara dekat seperti ni
biasa melalui medium elektronik sahaja
apapun pesanan beliau diperenggan terkahir tu amat berkesan di hati saya
Perkongsian yg bagus, Thanks KK.