Mentor Tindakan Luar BiasaMotivasi 

Kuasa Ilmu, Mentor, Sistem Dan Tindakan Luar Biasa

Kita perlu tindakan luar biasa dari kebiasaan sekiranya ingin berjaya. Usaha dengan tindakan yang luar biasa mampu menghasilkan kejayaan yang pastinya luar biasa.

Inspirasi dari mentor-mentor yang telah berjaya, saya terpanggil berkongsi hikmah tindakan luar biasa dari pengalaman sendiri. Moga menjadi motivasi bermanfaat buat semua termasuk diri ini juga untuk sentiasa berusaha sebaiknya, in shaa Allah.

Kepentingan Ilmu Kejayaan Alam Pengajian

Sewaktu zaman persekolahan, saya bukan pelajar yang cemerlang. Saya selalu leka dan suka main-main. Saya tidak nampak pentingnya menuntut ilmu atau belajar selain untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus setelah tamat persekolahan nanti.
Selepas SPM, arwah bapa menyarankan saya memilih jurusan di kolej berdasarkan kelayakan dan minat. Itulah kali pertama saya pilih saluran ilmu yang saya yakin untuk perjalanan hidup.

Hidup merantau belajar di Kuala Lumpur juga telah membuatkan saya sedar kepentingan ilmu, dan mengubah cara berfikir dan belajar dengan cekal dan tindakan yang luar biasa. Memperuntukkan waktu kepada pelajaran dengan lebih fokus dan berbeza dari sebelumnya.

Alhamdulillah, berkat usaha yang istiqamah berbekalkan doa dan keyakinan, saya berjaya mencapai sesuatu yang tidak saya terfikir sebelumnya dalam akademik. Lulus cemerlang dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Pencapaian berharga bagi saya yang tak berapa pandai ini bila berjaya memperolehi ijazah. Ia tidak datang bergolek tanpa usaha dan tindakan.
Kuasa Ilmu, Mentor, Sistem Dan Tindakan Luar Biasa,

Kepentingan Ilmu Dan Bimbingan Kerjaya

Bila memasuki alam kerjaya, saya hanya bekerja selama 2 tahun setelah yakin untuk menceburi bidang keusahawanan.

Beberapa tahun terawal adalah waktu yang memenatkan tetapi berkat doa ibu bapa, usaha yang istiqamah dengan ilmu dan tindakan luar biasa telah menganugerahkan saya pencapaian bisnes yang memuaskan. Namun dunia sentiasa berubah dengan persaingan industri. Tanpa ilmu dan rakan yang sentiasa positif pasti menjadikan kita ketinggalan.

Cabaran keusahawanan yang ditempuhi secara langsung menjadi ilmu yang sangat berguna untuk senantiasa memperbaiki diri walaupun adakala memeritkan. Cabaran dan ujian jatuh bangun juga tidak akan mampu saya tangani tanpa ilmu, bimbingan dan sokongan, berserta usaha dan tindakan luar biasa. Belajar dari insan-insan berjaya dan berjiwa luar biasa untuk terus maju kehadapan.

Kuasa Ilmu, Mentor, Sistem Dan Tindakan Luar Biasa,
Namun bagi kesemua di atas juga tidak akan berlaku jika bukan dengan izin Illahi, doa restu ibu bapa dan juga persekitaran yang positif.

Faktor rakan, kenalan atau sesiapa juga yang ada bersama kita mengusahakan sesuatu itu juga amat penting dan perlu diambil kira dalam proses merealisasikan impian. Ia menjadi aura tenaga yang mengukuhkan lagi tindakan kita untuk kejayaan.

Sesungguhnya Allah tidak menghampakan hambaNYA jika yakin dan berusaha. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang istiqamah, doa serta tindakan yang luar biasa. Jika sebelum ini kita berusaha 8 jam sehari, mungkin kita tambahkan 12 jam dengan lebih fokus dalam mengusahakan sesuatu.

Yakinlah, kita pasti beroleh kejayaan berbeza dengan tindakan yang luar biasa itu. Tatkala ramai masih ‘struggle’, kita sudah mampu tersenyum menikmati kejayaan, in shaa Allah.

Related posts

18 Thoughts to “Kuasa Ilmu, Mentor, Sistem Dan Tindakan Luar Biasa”

  1. bertindak secara luarbiasa akan menghasilkan kejayaan luar biasa…tiada pilihan lain selain cuba menjadi terbaik..
    tahniah tuan dan semoga terus sukses

    1. In shaa Allah… semoga kita semua terus sukses dgn tindakan positif yg luar biasa… aamiin

  2. ketepikan suara2 negatif…insya allah pasti akan berjaya

    1. In shaa Allah… yg penting kita perlu tahu kenapa kita lakukan dan buat sebaiknya.. t kasih Anies… 🙂

  3. jadi katak pekak, tapi memang betul nak berjaya kena ada mentor, sistem, ilmu dan terus bertindak

    1. Ikut yang sudah terbukti berjaya, in shaa Allah kita berjaya juga.. t kasih saudari Raihanah. Salam ukhwah dan ceria selalu… 🙂

  4. Setiap kejayaan bukan dikecapi dengan mudah.. Semuanya pasti bermula dengan kepayahan dan usaha berterusan tanpa mengenal erti putus asa.. Setuju sangat, untuk berjaya kena ada mentor..

  5. makin berjaya nmpaknya en. Khir Khalid kita nih.. hehehe

  6. dan semoga akan terus berjaya dlm bisnis.

  7. All the best KK. Zumal pun target kejayaan dalam 2016 nie

  8. Assalamu'alaikum Khir.. semoga 2016 membawa seribu kejayaan.. in shaa Allah

  9. Usaha dan Ilmu merupakan 2 elemen penting dalam menentukan sejauh mana kejayaan seseorang…All the best bro Khir untuk tahun 2016 bro khir..

    Regards,
    -Strider-

  10. tahniah khir..teruskan usaha…dalam segala hal…ilmu amat penting…

  11. tahniah khir..teruskan usaha…dalam segala hal…ilmu amat penting…

  12. Semoga terus sukses KK…

  13. Moga lebih suksess di tahun 2016.
    Masih boleh wish happy new year ke? 😀

  14. assalam selamat bercuti CNY…

  15. Tahniah bro KK, semoga terus cemerlang untuk tahun yang akan datang…mentor perlu dalam kejayaan kita kan…

Leave a Comment

CommentLuv badge