Saya tertarik dengan perkongsian Master Trainer Ahmad Fadzli Yusuf, mengenai ‘Kuasa Ajaib Orang Berjaya’ tentang kuasa bertindak insan berjaya dan cemerlang.
Ia menjelaskan mengapa ada orang yang berjaya melakukan banyak perkara, sedangkan ramai lagi melakukan banyak kerja tanpa menyelesaikan banyak perkara.
Sememangnya semua orang mahu berjaya dan cemerlang, namun adakah mereka yang berjaya dan cemerlang itu mempunyai kuasa ajaib?

Kuasa Bertindak Insan-Insan Berjaya
Ya… ada satu kuasa yang dimiliki mereka yang sangat cemerlang terutamanya usahawan, ahli perniagaan dan insan-insan berjaya. Kuasa yang kurang dimiliki oleh kebanyakan yang biasa-biasa.
Kuasa ini dikenali sebagai ‘Kuasa Bertindak’
Realiti membuktikan usahawan atau insan yang berjaya memiliki perbezaan utama daripada mereka yang kurang berjaya. Iaitu kemampuan bertindak melaksanakan perancangan mengikut arah tuju impian yang dicitakan.
Sayangnya ramai diantara kita yang berimpian dan berazam tetapi tidak mahu merancang dan keluar dari kepompong selesa untuk benar-benar bertindak merealisasikan rancangan.
Pemikiran Negatif Halang Perancangan Melemahkan Tindakan
Tidak dinafikan, kita semua pasti mempunyai perasaan negatif ‘musyikil’ terhadap kemampuan diri sendiri. Ia biasa dilihat dalam kebanyakan sesi keusahawanan dan pembangunan diri apabila peserta diminta menulis impian masing-masing.
Semua peserta teruja dengan apa yang ditulis, namun realitinya ada yang kurang komited dan tidak bertindak merealisasikan apa yang mereka sendiri tulis. Akhirnya, kembali untuk selesa dengan situasi yang sepatutnya mereka ubah pada awalnya.
Mereka bukan tidak percaya pada potensi diri tetapi tidak memulakan rancangan bertepatan hasrat yang dinyatakan dan bertindak merealisasikannya.
Berbeza insan berjaya. Mereka bertindak, menggali ilmu dan fokus membina kekuatan cita-cita walaupun menempuh kegagalan, dugaan dan cabaran. Itulah nilai kejayaan dan kecemerlangan dalam erti hidup mereka.

Bertindak Atas Percaya Membentuk Keyakinan
Sesungguhnya perancangan dan tindakan dipengaruhi dengan kepercayaan diri.
Jika kita ingin mencapai kecemerlangan yang diimpikan, kita perlu mengubah iltizam bertindak melakukan yang sepatutnya dengan sepenuh keyakinan.
Insan berjaya pasti pernah menempuh kegagalan dan pelbagai cabaran, tetapi mereka tetap percaya, yakin dan terus bertindak. Allah tidak sesekali menghampakan hambanya yang senantiasa berusaha ke arah kejayaan tanpa mengenal erti kegagalan dan menyerah diri.
Justeru, menjadi peringatan diri ini juga, bahawa kita perlu ubah melihat setiap perkara dan bertindak atas kepercayaan diri sebagai landasan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diusahakan.
Kita perlu bertindak, faham kepentingan ilmu, erti bantu usaha, ‘movement and performance’ dan membina amalan kuasa bertindak insan berjaya demi merealisasi kejayaan cemerlang dunia dan akhirat, in shaa Allah.


A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
doa merancang tawakkal dan usaha….
Sungguh benar kata KK, Kuasa bertindak untuk menggapai kejayaan. Dan ada lagi beberapa kuasa yang sangat berkuasa, Kuasa untuk tidak mengatakan TIDAK, NANTI dan TUNGGU DULU.
Sorry..lama dah tak ke sini.
Susah nak dpt duduk berblogging depan notebook. Tak tau kenapa..tak boleh komen kalau guna hp or tab…:(
Dream big, set goals and take action
semakin hari semakin hebat tuan..semoga berkongsian memberi manfaat kepada kita semua..
setuju sangat khir…kalau hanya merancang tapi tiada tindakan ….tidak akan menjadi semuanya…kuasa bertindak tu amat penting…terima kasih atas perkongsian khir…
Setujuu. Nak berjaya aura2 positif kena ada 😀
setuju bro…pada pendapat aku ialah kebanyakkan orang susah nak bertindak/berfikir secara terbuka. ramai usahawan yang aku kenal kebanyakkan bersikap dan bertindak secara positif walaupun kadang2 ujian melanda…
Regards,
-Strider-
kejayaan yg diharapkan perlukan usaha berterusan…
Alhamdulillah bila dah ceburi bidang bisnes ni sentiasa positif.
saya setuju
sifat positif adalah kunci pada semua kejayaan
moga terus success ye
Usaha tangga kejayaan… kena bersifat positif selalu..
cahayacinta.com
nak berjaya bukan mudah tapi nak kekuatan sokongan dulu..moga usaha mudahkan
Kuasa bertindak Zumal tak kuat lagi
betul, impian besar tapi tidak seiring dengan tindakan, tak ke mana-mana jugak
setuju! percaya pada diri sendiri, yakin boleh!
good EQ right EQ to be successful Entrepreneur.