Komuniti Straight Edge
Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini – Straight Edge atau juga dikenali dengan ringkasan “sXe”, xXx, atau “Edge” adalah satu sub-budaya yang terwujud daripada cetusan revolusi muzik memberontak “rebel” seperti Punk, Rocker dan Metal. Ia merupakan satu pergerakan sub budaya seluruh dunia yang menentang permasalahan sosial seperti gengsterisme, penyalahgunaan dadah dan gejala seks bebas bermula dari peringkat terawal. Secara tidak langsung ia bertindak sebagai asas pencegahan membendung permasalahan sosial sebelum menjadi kesalahan undang-undang dan permasalahan negara yang membebankan.

Komuniti Straight Edge

Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini
Straight Edge adalah gaya hidup, ideologi, falsafah, “attitude”, pendirian atau pegangan yang diinspirasikan daripada pengaruh penggiat dan peminat muzik keras “Hardcore Music” yang tidak menyokong gejala permasalah sosial. Sungguhpun muziknya keras, lirik-liriknya berunsur nasihat yang
lebih mudah diserap oleh masyarakat muda terutamanya bagi mereka yang terdedah kepada permasalahan sosial dan sukar dicapai oleh kebanyakan aktivis sosial biasa. Pendirian falsafahnya menjadi pengaruh sihat yang meresap melalui unsur pemberontakan jiwa dan menanamkan etika minda
untuk menentang segala penyalahgunaan dadah, minuman keras, seks bebas malahan juga tidak merokok dan menghormati agama, alam sekitar serta budaya setempat.
Namun ada diantara kita yang kurang senang dengan kewujudan komuniti Straight Edge ini kerana ia datang dari pengaruh revolusi positif sosial barat. Tetapi, isu-isu permasalahan sosial yang timbul disebabkan kealpaan sebahagian masyarakat kita dalam membangunkan sistem perlindungan psikologi kekeluargaan yang positif sebenarnya tanpa kita sedari telah menjemput anasir negatif dari barat bertapak lebih kukuh dan menyebabkan banyak remaja yang terdorong ke arah yang negatif. Sehingga kini tiada antidote yang lebih sesuai untuk dijadikan ikon semulajadi yang lebih berkesan.
Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini
Pop Fest 2012 – Drug Free Youth Association Malaysia

Straight Edge Dan Trend Masa Kini

Berdasarkan pengalaman, tarikan utama remaja yang terdorong ke arah gejala negatif kebiasaannya berdasarkan kehendak sendiri. Muzik dan segala ideologi didalamnya amat mudah dicerna oleh kebanyakan remaja tanpa dipaksa. Pengaruh yang ada seperti pop, rock, indie, punk, metal dan sebagainya bukanlah penyebab yang negatif, tetapi tanpa kekangan melalui pengaruh kesedaran sivik dan kekeluargaan, kebarangkalian untuk mereka terjerumus ke arah yang negatif adalah teramat besar.

Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini
www.onelifeonechance.com
Ia sebenarnya menjadi sesuatu yang amat sukar
kepada kerajaan, pihak bukan kerajaan (NGO), aktivis keusahawanan sosial mahupun
pendakwah untuk membenterasnya. Bayangkan, sekiranya didatangkan pendakwah atau
pun badan-badan beruniform berwajib kepada kumpulan remaja-remaja yang sedang
duduk berkumpulan dan berpeleseran untuk menyedarkan mereka tentang kehidupan
positif.. apa yang akan terjadi. Kebarangkalian mereka akan lari atau pun
sekadar “layannn”.. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri…
Straight Edge Sebagai Pilihan Kehidupan Positif
Dalam pancaroba dunia kini yang semakin mencabar, dengan pelbagai pengaruh anasir-anasir bebas dari barat mahupun sub-budaya negatif timur, Straight Edge sebenarnya berkesan sebagai pencegahan semulajadi menangani kanser sosial dalam masyarakat. Ramai penggiat Straight Edge di Malaysia kini mempunya latar belakang yang boleh dibanggakan dan dijadikan ikon untuk acuan kita sendiri. Ada diantaranya ahli perniagaan, doktor, arkitek, peguam, guru, siswa siswazah, pelajar sekolah dan sebagainya. Mereka lebih dihormati dan suara mereka lebih didengari oleh kebanyakan remaja dan insan-insan yang memberontak jiwanya. Pengaruh Straight Edge amat membantu menarik mereka mempraktikkan etika positif seterusnya mendekati perkara-perkara agama dan kekeluargaan melalui sokongan dan pendekatan pihak-pihak lain yang berwajib.
Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini
Ihsan Drug Free Youth / Intoxicated.com
Melentur buluh biarlah dari rebung dan mencegah lebih baik daripada mengubati.

***Komuniti Straight Edge di Malaysia akan aku kupas lagi di entri-entri yang akan datang.

66 Thoughts to “Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini.”

  1. AvatarMohd Selim Zainal

    Assalammualikum… khir,

    terkesima mselim3 membacanya, memng kita x dapat nafikan remaja2 lebih cenderung kpd muzik2 'hard' atau muzik3 berat dan sukar mendampingi majlis ilmu. Remaja lebih dekat dan mempercayai kata2 rakan sebaya berbanding ibu bapa maupun ustaz2… mselim3 setuju kata2 kenit cenonet bahawa peranan ibu bapa adalah amat penting dalam mendampingi anak2 agar terbentuk jiwanya menjadi muslim sejati..

    mselim3

    1. Walaikummussalam.. mselim.. mmg betul.. peranan ibu bapa sgt penting sbb klu tidak dididik anak2 dari awal mmg sukar utk kita serapkan ilmu & kefahaman agama secara terus. Tiada minat & memberontak dlm mempelajari ilmu agama pun satu masalah juga..
      Semoga menjadi peringatan buat kita semua utk menghidupkan institusisi kekeluargaan bermula dgn keluarga sendiri dahulu.. ia mmg penting kerana bila dah berumur 15 keatas.. susahlah.. suruh pergi surau pun silap2 dia memberontak & boleh lari rumah.. wallahualam.

  2. Avatarpiqa da bajitos

    nak jadi pencegah2 ni kena kuat semangat
    kalau nak hangin satu badan tak leh nasihat org
    hehe

    1. Mmg betul tu piqa.. umpama menarik rambut dlm tepung tu.. 🙂

  3. AvatarMizz Aiza (Dunia Kecil)

    salam jumaat khir.. pengetahuan yang baru untuk aiza..

    1. T kasih Aiza.. Salam Jumaat juga 🙂

  4. AvatarFizi Zaidi

    memula baca ingat komuniti ini x berapa baik..rupanya sebaliknya..fizi baru tahu mengenai ini..teruskan mengupas bro..

    1. T kasih Fizi.. mudah2an membawa kebaikan utk kita semua 🙂

  5. perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat kita hari nie..salam jumaat khir..

    1. Mmg betul tu Aida.. Salam Jumaat juga 🙂

  6. it's always good to have this type or NGO's and youth organisations in order to educate the youngsters to stay away from drugs. Namun begitu, peranan ibubapa perlu seiring dengan masyarakat. Dekatkan diri kita dan anak-anak kita dengan Islam dan kebaikan kerana Islam itu sendiri telah lama menggariskan panduan hidup yang lebih baik dunia akhirat. Wallahualam (^_^)

    1. Mmg betul tu kenit.. peranan ibu bapa sebenarnya amatlah penting bermula dari peringkat kecil anak2 agar ilmu agama dpt diserapkan dgn lebih baik tanpa memerlukan elemen pengaruh lain utk menarik mereka kearah kebaikan. Semoga kita semua sbg ibu bapa sentiasa beringat & memainkan peranan yg betul utk kebaikan anak2 kita utk dunia & akhirat, in shaa Allah.. amin.

  7. Anda juga salah seorang ahli komunitinya ?

    1. Tidak juga begitu, cuma minat saya dlm muzik & aktiviti kesedaran sosial mendekatkan sy kepada komuniti mereka. Selalu bersama mereka sbg sahabat.
      Dalam kaedah pencegahan permasalahan sosial remaja & dewasa, golongan komuniti ini banyak yg terlibat turun padang dari masalah sosial PPRT, lorong2, termasuk sekolah2 hingga keperingkat akar umbi.Sesuatu yg tidak dpt diselesaikan dgn hanya berceramah shj. Suka dgn kaedah mereka dlm membendung dan menangani gejala sosial..

  8. Avataryana aina

    assalamualaikum … melentur buluh biarlah dari rebung !! yana baru tahu mengenai nie bila baca entry khir … tgh cuba memahami ^^ hehheh

    1. Waalaikummussalam yana.. institusi kekeluargaan adalah amat penting sbb bila anak2 dibiarkan tanpa bimbingan sebaiknya & bila dah besar mmg susah nk didik ikut cara biasa.. nnti disuruh ke masjid, silap2 lari rumah pulak.. itulah kdgkala kena ada unsur lain yg dpt menawan hati dia org ke arah kebaikan..

  9. Info yang menarik…salam Jumaat Khir =)

    1. T kasih Izan.. Salam Jumaat juga.. 🙂

  10. Salam Jumaat Khir. Peranan ibubapa memang penting utk menangani isu remaja. Disamping itu, sokongan dan kerjasama dari masyarakat juga amat diperlukan. Pada pendapat saya, pendekatan yang betul, sesuai dan boleh diterima oleh remaja (get their buy in) adalah satu cara utk membendung gejala negatif ini..

    1. Mmg betul tu, klu sedari kecil dibiarkan tanpa bimbingan.. mmg sukar utk menyuruh mereka terus kearah kebaikan. Kdg kala boleh menjadi persoalan kpd mereka ttg apa itu baik & mcm2 lagi.. T kasih.

  11. AvatarLynn Munir

    Kupasan yang mantap Khir. Well done.

  12. AvatarNorhasniza Khalid

    salam jumaat en khir… 🙂

    1. Salam Jumaat juga Mama.. 🙂

  13. wah.. ada jugak ea ? taw R&B je. hahaha,

    1. Mmg ada Liza.. R&B pun layan juga.. asalkan muzik.. 🙂

  14. perkongsian yang menarik..aku pun tatau pasal Straight Edge sebelum nie..hehe

    Regards,
    -Strider-

    1. T kasih Strider.. mudah2an membawa kebaikan utk semua.. 🙂

  15. AvatarAnonymous

    salam jumaat khir…informasi yang baik..

    1. T kasih Kathy.. Salam Jumaat juga 🙂

  16. Thanks for the info bro. Nice sharing. Baru tau pasal ni & 1st time dengar.

  17. AvatarHuny eda

    salam jumaat khir…bru dpt terjag blog sini sebab line ternet slow sangat…info yg menarik dr khir ..

    1. its ok eda.. x pe. t kasih.. Salam Jumaat juga ye 🙂

  18. AvatarRaudzah Z

    Salam Jumaat Khir…Bila baca title i thot its another "straight" community…nway is good to get them involved as everyone loves music especially teenagers..easily diluted..

    1. Wkmsalam.. hehee.. not that "straight" :D.. Betul tu Raudzah.. nothing perfect, tp bila budak2 dah masuk kealam remaja, nk ditarbiah mengikut cara kebiasaan mmg susah.. so far, cara ni mmg nampak kesannya.. mmg easily diluted..

  19. Salam Khir..baru tahu pasal ni..tunggu kupasan selanjutnya dari Khir..:)

    1. Wkmslm.. in shaa Allah.. T kasih Sura.. 🙂

  20. AvatarBin Muhammad

    Satu inisiatif yang bagus sekali. Mendekatkan diri kita dengan mereka dan cuba memahami dan memberi nasihat secara halus sebagai sahabat. Mereka ini bukan boleh di beri nasihat secara tegas dan boleh di bawak berbincang. Semoga ianya berhasil…

    1. Mmg betul tu BM.. klu dah sedari sekolah rendah hingga keperingkat awal remaja cenderung kepada pengaruh luar, mmg sukar nak ditarbiahkan mengikut cara kebiasaan.. in shaa Allah, t kasih diatas doa utk anak bangsa seagama kita..

  21. wahh kalau dapat join best nie.. aktiviti seperti ini yang kita perlukan 🙂

    1. Betul tu Acik, boleh je.. elemen yg baik kita ambil utk kebaikan semua.. in shaa Allah.. 🙂

  22. Salam jumaat en khir..baru tau jugak ni..sllu sya ni sentimental soul je ni,.

    1. Sentimental soul tu kira mmg romantik lah hehee.. Salam Jumaat juga 🙂

  23. Pendekatan yang bagus utk anak2 muda bagi menagani masalah sosial.. first time dengar..thanks for sharing..:)

    1. Mmg betul tu Fatin.. harap2 dpt mengurangkan permasalahan gejala sosial terutamanya dikalangan remaja.. T kasih 🙂

  24. Bagusnya ada NGO mcm ni. Boleh bagi kesedaran kpd youngsters. Youngsters pada zaman sekrang ni lain sikit perangainya. Sampai saya sendiri pun takut.

    1. Mmg betul tu Scha..pendekatan kpd dia org pun mmg kena cara berlainan juga, yg boleh minda mereka terima.. mmg takut dgn masalah sosial skrng ni..

  25. Khir banyak buat perkongsian yang menarik 🙂

    1. T kasih IM.. mudah2an membawa kebaikan kpd kita semua.. 🙂

  26. Assalamualaikum…perkongsian yang sangat baik..

    1. T kasih Bunda.. semoga membawa kebaikan buat semua.. 🙂

  27. Avatarblogger lelaki

    band mana tu bro

    1. Straight Edge tu satu ideologi digunakan utk membendung gejala sosial dikalangan remaja & dewasa.. Klu band di Malaysia yg memperjuangkannya boleh kata bnyk juga, salah satu yg popular dikalangan Straight Edge namanya "Second Combat"..

  28. AvatarYumida Huda

    aah zaman skrg remaja mudah terikut2 budaya barat
    muzik 'hard' segalanya
    klo tidak dibendung akan menjejaskn masa depan mereka
    yumida isi tabung Nuffnang sini – nestle – selamat menabung 🙂

    1. Mmg betul tu Yumida.. klu x dibendung mengikut kaedah yg mereka boleh terima, mmg susah. T kasih ye 🙂

  29. Menarik isu ni Tuan Khir. Saya cadangkan, Tuan Khir cuba tulis artikel lengkap dan cuba hantar ke majalah Dewan Masyarakat.

    1. T kasih cikgu Helmi diatas cadangan & nasihat.. bagus juga mcm tu. In shaa Allah, sy akan cuba ikhtiarkan.. t kasih 🙂

  30. Avatar~Kak Nah Backyard (^_^)~

    salam jumaat Khir. pendidikan bermula dari rumah dan ibu bapalah yang memainkan peranan yang sepatutnya sebagai teladan terbaik buat anak2….melentur buluh biarlah dari rebungnya. n3 yang amat bagus Khir. thanks sharing =)

    1. Wkmsalam… mmg betul tu.. institusi kekeluargaan mmg sgt penting bagi memastikan keharmonian msykt.. tiada yg lebih baik dari mencegah & straight edge ini juga diformulasikan diatas tujuan mencegah kanser msykt.. T kasih kak Nah 🙂

  31. Alhamdulillah =) 1perkongsian yg bgus dan baru bagi sy..sblum tak thu pula sy tentang kumpulan ni..nmpak bnda positif yg dibawa..sy skong komen cikgu Helmi ni..salah 1 medium utama utk perkenalkn kepada masyarakat..

    1. T kasih Fais.. semoga membawa kebaikan buat kita semua.. in shaa Allah.. mmg betul apa yg cikgu Helmi katakan tu..

  32. baru tahu.. terima kasih atas perkongsian ilmu…

    1. Mudah2an membawa kebaikan buat kita semua, in shaa Allah..

  33. Aku sokong sebab aku straight edge! Jyeahh! #NoSmoke #NoDrugs #NoAlcohol #NoToxic #WeAreStraightEdge!!

    1. Yeah terbaik.. salute!! All the best khairul… all the best straight edge!.. 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.