Baru dapat menyiapkan artikel perkongsian santai kekeluargaan sewaktu cuti sekolah yang lalu. Setelah beredar dari Taman Botani Negara, kami juga berkesempatan melawat Kompleks Taman Seni Islam Selangor yang terletak diseberang jalan bersebelahan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Pada mulanya kami ke masjid menunaikan solat Zohor, namun memandangkan lokasi kompleks yang berhampiran, kami sempat singgah sebelum ke rumah makcik.
Kompleks Taman Seni Islam
Kompleks Taman Seni Islam ini juga dikenali dengan nama Yayasan Restu dan merupakan pusat perkembangan seni Islam. Ia merupakan satu-satunya kompleks seni Islam seumpamanya di dunia hasil perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor dibawah inisiatif kerajaan negeri Selangor.
Ia bukan sahaja mempamerkan hasil seni Islam seperti khat dan tulisan jawi malah turut menyediakan pelbagai jenis bengkel dan kelas latihan yang berkaitan dengan kesenian Islam.
Konsep yang diketengahkan di kompleks ini berteraskan falsafah โpusat penawar inspirasi kehidupanโ yang berunsurkan kesenian sebagai medium dakwah dengan elemen senibina sebagai tarikan umum pelbagai lapisan masyarakat yang menghargai dan meminati seni. Terdapat beberapa tingkat dan bahagian yang memperjelaskan siri perkembangan ketamadunan dan seni Islam di dunia.
Milestones Al Quran
Pameran Sejarah dan Kesenian Islam
Memandangkan tiada sebarang acara khusus sedang berlangsung sewaktu kedatangan kami, kompleks ini tidak begitu sibuk dan memudahkan kami berjalan-jalan melawat persekitaran.
Tarikan Kompleks Taman Seni Islam ini adalah galeri-galeri yang mempamerkan perkembangan ketamadunan Islam sejak mulanya wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw sehinggalah cabaran yang dihadapi dunia Islam moden.
Terdapat pelbagai replika dipamerkan yang kebanyakkannya adalah hasil tangan penuntut-penuntut Yayasan Restu. Ia membantu memberi pendedahan praktikal terutama kepada anak-anak berkaitan pembelajaran sejarah dan ketamadunan Islam. Namun pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar dalam galeri pameran.
Saya hanya dapat berkongsi beberapa gambar dibahagian luar sekitar kompleks ini sahaja untuk diabadikan sebagai kenangan.
Cenderamata yang terdapat di bahagian pintu masuk
Taman Seni Islam di tengah-tengah perkarangan kompleks
Peraturan lawatan
Antara tarikan lain yang berkaitan dengan seni Islam adalah Galeri Al Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Grafik, Design, Pewarnaan dan Penerapan Emas termasuk Galeri Cenderamata. Terdapat pelbagai jenis kesenian khat termasuk warisan kesenian dari Timur Tengah yang berlandaskan Al Quran turut dipamerkan.
Bonda tercinta di salah satu pintu masuk galeri pameran
Seni ukiran perabot dengan ayat Al-Quran
Bonda bersama cucunya di mimbar
Teratak Baginda Rasulullah Di Kompleks Taman Seni Islam
Terdapat satu galeri yang dicipta untuk menggambarkan keadaan di gua Hira’ semasa wahyu diturunkan. Terdapat juga replika bahtera Nabi Nuh a.s., saiz badan Nabi Adam a.s berbanding manusia biasa serta pelbagai peralatan kesenian termasuk jenis-jenis warna dan dakwat. Sebagai seorang yang menghargai seni, saya amat tertarik dengan apa yang dipamerkan.
Apa yang paling menarik perhatian saya adalah replika kediaman Baginda Rasulullah saw bersama Siti Khadijah r.a. yang dibina berpandukan pelan asal. Walaupun saiz pembinaan tidak sama seperti skala sebenar, tetapi kita berpeluang merasai suasana masuk ke dalam rumah tersebut. Terdapat beberapa bilik yang teratur sederhana tetapi menarik. Sangat bagusโฆ boleh ambil konsep rumah Rasulullah saw untuk kediaman sendiri.
Santai selepas melawat Kompleks Taman Seni Islam
Secara keseluruhan, kompleks ini senantiasa menyampaikan mesej kepada pengunjungnya tentang tingginya nilai seni dalam kemakmuran dunia ketamadunan Islam. Ia juga menyuntik kesedaran dalam menghargai nilai warisan seni Islam serta peranan Muslim sebagai duta Islam melalui daya kreativiti demi memartabatkan keindahan serta kesucian Islam.
Kami di sini sekitar 2 jam sebelum beredar meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju.
Kompleks Taman Seni Islam beroperasi setiap hari kecuali Isnin bermula jam 9:30 pagi sehingga 5:30 petang. Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan. Suasana persekitaran dalam sungguh sejuk dan tidak memenatkan untuk berjalan sekeluarga ke setiap pelusuk galeri untuk menghargai nilai kesenian dalam ketamadunan Islam.
Alamat : Yayasan Restu, Kompleks Taman Seni Islam Selangor Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor Tel: 03 55119001 Faks: 03 5512 3788
Justeru, sekian sahaja perkongsian kali ini. Salam ceria selalu buat anda semua.. ๐
As Salam Bro KK, lama rasanya tak singgah… sejak awal tahun hari tu sibuk jer…hihihihihi.. :D. Aku tak pernah lagi datang sini bro… thanks for sharing bro.. nanti leh singgah.. ๐
Waalaikummussalam sahabat.. biasalah tu. Aku pun ada masa mcm tu jugak. Tempat ni tak adventerous mcm tmpt2 yg biasa bro pergi tu.. tapi khusyuk gak layan seni2 kat sini hehee.. ๐
Seronok dapat meluangkan masa menghayati keindahan kesenian Islam. InshaAllah ada kesempatan boleh singgah nanti sebab pertengahan bulan ni ada urusan di Shah Alam.
Senang je JM.. dekat seberang masjid biru shah alam. Klu dari simpang 4 dpn concorde tu terus menghala ke masjid.. simpang pertama sblum masjid dia terletak di corner simpang tu. Klu pusing jln raya keliling pagar masjid tu pasti jumpa punya.. ๐
Alhamdulillah,seronok kan KK dapat melawat tempat tempat sebegini bersama keluarga,saya ingat ia terletak di melaka dulu KK,salah fakta dan salah dengar agaknya,thanks for sharing KK,hopefully dapat buat lawatan ke sini nanti InshaAllah,.
Mmg seronok Eyfa.. saya mmg minat benda2 seni ni termasuklah yg mcm ni. Apatah lagi ia free pulak tu.. menarik. Klu ada kelapangan mmg bagus juga pergi ni.. ๐
Selain dari bawa ahli keluarga untuk melawat tempat2 sebegini…pihak sekolah dan instiusi pengajian tinggi juga patut datang…banyak ilmu bolwh dapat… terima kasih share KK..
baguslah kan . bkn sekadar muzium menyediakan peluang pada pelajar melalui yayasan restu . suka seni khat tu . nampak halus dan cantik … pagi2 ni klu x sempat bfast kat umah , singgah MC donald pun ok juga …
Cantik tempatnya ..Sero ok tgk KK sekelyuarga ke sana..gambar2 pon menarik … InsyaAllah ada masa ada kelapangan ada ruang yang boleh dicelah akan sampai juga kat sana nanti..Thanks atas perkongsian ini..
As Salam Bro KK, lama rasanya tak singgah… sejak awal tahun hari tu sibuk jer…hihihihihi.. :D. Aku tak pernah lagi datang sini bro… thanks for sharing bro.. nanti leh singgah.. ๐
Waalaikummussalam sahabat.. biasalah tu. Aku pun ada masa mcm tu jugak. Tempat ni tak adventerous mcm tmpt2 yg biasa bro pergi tu.. tapi khusyuk gak layan seni2 kat sini hehee.. ๐
mn replika rumah Rasulullah tu? nk tgk jg ๐
Tak dpt nk ambil gambar Anies.. klu tak mmg nk sgt share rumah Rasulullah saw tu.. ๐
tak pernah sampai lagi sana. kalau berkesempatan nanti boleh lah pegi ๐
Klu ke masjid shah alam dah dekat sgt tu Inani. Mmg patut singgah sbb seberang jln je tempat ni… ๐
ada masa boleh lawat….
Boleh sangat ni MKL.. tak jauh pun kan.. ๐
Kita patut memberi sokongan keapda aktiviti berunsur Islam…
Sangat setuju dgn kenyataan tuan.. ๐
Seronok dapat meluangkan masa menghayati keindahan kesenian Islam. InshaAllah ada kesempatan boleh singgah nanti sebab pertengahan bulan ni ada urusan di Shah Alam.
Elok sgt tu CP.. smbil2 urusan boleh juga jln2 sini waktu kelapangan.. ๐
Pergi jangan ak pergi CikPinz…
Kena pergi tu CP hehee
Kena pergi nie.. Zumal belum pernah sampai lagi… Zumal suka tulisan2 khat nie…
Sini ada mcm2 jenis khat.. yg tak pernah tahu pun ada. Yg best.. masuk free tu DZ.. ๐
Kompleks Taman Seni Islam…best jgk tempat ni serba sedikit dalam ilmu berkenaan sejarah islam
Tulah.. seronok juga tngok mcm2 jenis kesenian Islam ni.. best.. ๐
2 jam kat dalam tu…wahhh..lamanya….
Klu tak boleh lagi lama kat sini JM.. seronok tengok seni2 nie hihii.. ๐
bro KK..lebih tepat lagi di mana lokasinya tu…area Shah Alam
Senang je JM.. dekat seberang masjid biru shah alam. Klu dari simpang 4 dpn concorde tu terus menghala ke masjid.. simpang pertama sblum masjid dia terletak di corner simpang tu. Klu pusing jln raya keliling pagar masjid tu pasti jumpa punya.. ๐
eh, adik saya pun ada pergi haritu. program sekolah dia. saya dah 23 tahun duduk shah alam tapi x pernah lagi jejak ke sana. aiyark
Selalu mcm tulah kan Amy.. klu dah dekat biasanya mmg tak berkesempatan je nak pergi.. saya pun ada mcm tu jugak hehee.. ๐
Alhamdulillah,seronok kan KK dapat melawat tempat tempat sebegini bersama keluarga,saya ingat ia terletak di melaka dulu KK,salah fakta dan salah dengar agaknya,thanks for sharing KK,hopefully dapat buat lawatan ke sini nanti InshaAllah,.
Mmg seronok Eyfa.. saya mmg minat benda2 seni ni termasuklah yg mcm ni. Apatah lagi ia free pulak tu.. menarik. Klu ada kelapangan mmg bagus juga pergi ni.. ๐
Teringinnya Kathy nak pergi..
Klu ada ke shah alam boleh juga singgah Kathy.. ๐
Suka dengan rangkai kata falsafah "โpusat penawar inspirasi kehidupan"… sejajar dengan maksud dan konsepnya..
Selain dari bawa ahli keluarga untuk melawat tempat2 sebegini…pihak sekolah dan instiusi pengajian tinggi juga patut datang…banyak ilmu bolwh dapat…
terima kasih share KK..
Cantik seni ukiran perabot yang penuh dengan awan larat yang ada di sini Khir, tapi saya belum pernah sampai lagi.
nak ke tempat macam ni nak kena ada rakan yg berjiwa sama…kalau g sorang rasa macam pelik pulak…
nice sharing Khir! ๐
baguslah kan . bkn sekadar muzium menyediakan peluang pada pelajar melalui yayasan restu . suka seni khat tu . nampak halus dan cantik … pagi2 ni klu x sempat bfast kat umah , singgah MC donald pun ok juga …
Menarik tempat ni..
Cantik tempatnya ..Sero ok tgk KK sekelyuarga ke sana..gambar2 pon menarik … InsyaAllah ada masa ada kelapangan ada ruang yang boleh dicelah akan sampai juga kat sana nanti..Thanks atas perkongsian ini..
meanarik ni.boleh pergi ni.tq for sharing
Macam Best Je