KL Edge Day 2013
KL Edge Day 2013KL Edge Day 2013 telah diadakan pada 26 Oktober 2013 bertempat di Alt HQ, Fahrenheit88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia acara yang diadakan di seluruh dunia untuk menarik lebih ramai penglibatan remaja, dewasa dan penggemar muzik “hardcore” kepada ideologi “Straight Edge”.
Apa itu Straight Edge (sila klik link dibawah)
Acara yang diadakan di Malaysia agak sedikit berbeza kerana selain daripada sekadar persembahan mini konsert “gigs” oleh band-band berhaluan Straight Edge, ianya juga disulami dengan memperkenalkan isu-isu kesedaran sosial, motivasi diri, kesedaran sivik, kekeluargaan dan keagamaan kepada semua yang hadir.

KL Edge Day Dan MyHarapan

Turut terlibat dalam KL Edge Day 2013 ini adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali dengan nama My Harapan sebagai tapak kumpulan sokongan dalam membentuk jati diri positif kepada remaja dan membuka peluang untuk kesedaran kerjaya, keusahawanan sosial serta mewujudkan etika kehidupan yang harmoni. Acara ini diserikan dengan cabutan bertuah melalui pengisian kertas soal jawab peribadi untuk tujuan rekod dan kaji selidik serta telah mendapat liputan serta sokongan positif oleh syarikat penyiaran Astro.

Adalah menjadi harapan, melalui acara-acara seperti ini dapat menarik lebih ramai golongan remaja dan juga dewasa agar menjauhi gejala permasalahan sosial, membenci dadah, alkohol, merokok, gengsterisme, vandalisme, seks bebas dan yang berkaitan dengannya melalui unsur-unsur yang dapat dicerna oleh minda mereka sendiri tanpa sebarang paksaan.

Gambar-Gambar KL Edge Day 2013

KL Edge Day 2013KL Edge Day 2013
KL Edge Day 2013
KL Edge Day 2013, My Harapan
KL Edge Day Dan Kumpulan Sokongan

Mudah-mudahan juga melalui kaedah ini, unsur-unsur kehidupan yang positif dapat diserapkan melalui kesedaran sendiri. Selain itu, agar dapat menarik keterbukaan lebih banyak pihak-pihak NGO berasaskan perpaduan komuniti yang bersesuaian sebagai kumpulan sokongan (community support group) untuk kebaikan masyarakat seluruhnya…

KL Edge Day 2013 aktiviti ke arah kehidupan yang positif!

60 Thoughts to “KL Edge Day 2013”

  1. AvatarHuny eda

    god job….entry yang menarik utk remaja akan dtg…mlm khalid

    1. T kasih eda.. mudah2an membawa kebaikan kpd semua..
      p/s: eda.. khalid tu nama bapa sy.. nama sy khir.. 😀

    2. AvatarHuny eda

      heee…sori tersilap nama..hahahahak…khir

  2. AvatarYumida Huda

    bagus la my harapan ni, especially sekarang ni bermacam kes yg kita dgr
    moga remaja masa kini pandai menilai n berfikir secara bijak
    beznye klo dpt join program mcm ni
    isi tabung nuffnang sini-golden cinema thor

    1. Mudah2an.. setakat ni mmg nampak ada aliran positif yg berjaya diserapkan.. in shaa Allah, semoga lebih ramai lagi golongan yg spt ini dpt dtg mengubah jiwa mereka.. T kasih Yumida 🙂

  3. AvatarNorhasniza Khalid

    macam-macam aktiviti remaja boleh buat , salah satunya yang ini lah..

    1. Mmg betul tu Mama.. sekurang2nya ada sesuatu yg bermanafaat dlm aktiviti2 yg mereka minat.. 🙂

  4. Semoga pendekatan yg begini dapat membantu lebih ramai remaja di luar sana terutamanya remaja yg bermasalah. Mereka mungkin memerlukan perhatian dan bimbingan dari org2 yg boleh dipercayai. Thanks for the info Khir 🙂

    1. In shaa Allah.. semoga diberi ketabahan kpd kami semua dlm merintis segala kaedah secara terus kpd semua kumpulan2 sasaran utk kebaikan seluruhnya.. aamiin.

  5. semoga remaja mendapat manfaat. jangan hangat2 tahi ayam sudah.

    1. In shaa Allah.. mudah2an.. selagi tiada campur tangan politik utk kepentingan dari mana2 pihak, in shaa Allah berterusan dgn positif..

  6. Avatarblogger lelaki

    banayk band yg baru aku dengar ni..hu3

    1. Mmg banyak.. band2 underground pun sebenarnya pun bnyak.. tumbuh mcm cendawan selepas hujan.. 😀

  7. bgusnya…rasa mcm nk je hntr anak murid sy g programcm ni… sbb tgkatan1 dan2 pun dh terlibt dgn gjala sosial mlmpau… huhu

    1. Sy ada bergerak bersama2 satu NGO yg mula merintis utk menyerap minda perlindungan positif kpd anak2 sekolah juga, bernama Drug Free Youth Association.. nnti ada kesempatan lain ada juga pengalaman yg nk sy kongsikan bersama mereka. In shaa Allah, ada peluang boleh ke sekolah puan juga nnti..
      p/s: maaf x ziarah blog puan beberapa hari ni.. sy cuba mengodek2 g+ & ada beberapa blog yg x masuk notificationnya.. bila sy perasan, baru sy sedar dah missed beberapa entri.. maaf sgt2.. mmg x de niat yg x ikhlas tau.. 🙂

  8. nmpak ganas je smua ni hu3..tp kalau tgok secara tersirat ada mnfaatnya..inshaa'Allah pasti ada kesedaran oleh phak2 NGO utk memberi sokongan tntng ni..bnda yg baik..pasti ada yg melihatnya..

    1. Ada yg lebih ganas lagi tau Fais.. ini golongan ganas yg masih cenderung utk dilentur kpd kebaikan.. ada lg yg keras ganas yg sedang dicari kaedah utk "combat" sifat2 underground negatif yg ada.. yg golongan tu mmg x makan saman.. ada punkers yg sekadar minat dan matang serta baik, tp ada juga punk yg digelar oi oi.. "hook tuiihh".. itu lagi ganas.. 😀

  9. Rasa nya acara mcm ni boleh dperkenalkn di sekolah2…sbb dgn pdekatan seperti dpt mbantu masalah sosial dikalangan pelajar sekolah…

    1. Mmg betul tu Izan.. buat masa ini, mmg kami sedang merancang utk menjadikan pelajar sekolah sbg subjek yg utama.. buat masa ini, ada satu NGO (Drug Free Youth Association) yg sedang bergiat utk melindungi pelajar sekolah melalui kekuatan minda.. boleh cari laman pagenya di fb.. semoga segala usaha ini dipermudahkan.. aamiin.

  10. baguslah…pendedahan kepada remaja…ada jugk aktiviti yg boleh dilakukan..

    1. Mmg betul tu Aida, sekurang2nya aktiviti yg ada pemantauan & sokongan utk bimbingan kearah kebaikan yg boleh mereka2 ini terima.. 🙂

  11. AvatarBahrain

    Semoga menyertai program ini dapat memanfaatkan masa yang ada..

    1. Mudah2an dpt menyuntik jiwa positif kearah kebaikan kpd mereka.. aamiin..

  12. sangat bagus event seperti ini terutama untuk anak muda

    1. Mmg betul tu Acik.. ini shj cara yg dilihat sbg pintu utk mereka masuk ke arah kebaikan tanpa perlu dipaksa utk mereka masuk.. 🙂

  13. AvatarAnonymous

    entri yang bermanfaat dan event yang baik…

    1. T kasih Kathy.. mudah2an ada jalan kebaikan utk disampaikan kpd golongan2 spt ini.. in shaa Allah..

  14. Moga masa lapang anak muda akan terisi dengan perkara-perkara yang positif.

    1. Mmg betul.. mudah2an menjadi sbg penghubung utk mereka kearah kebaikan.. in shaa Allah..

  15. AvatarMizz Aiza (Dunia Kecil)

    setiap dari mereka yang bermasalah pasti pernah melalui pengalaman silam yang perit (kepincangan dala keluarga atau masalah krisis dalaman diri sendiri).. menjadi tanggungjawab kita semua (NGO dan individu) untuk memberi bimbingan dan bantuan motivasi kepada mereka agar menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara..

    1. In shaa Allah mudah2an Aiza.. mudah2an juga dpt membawa kebaikan kpd keharmonian seluruh msykt nnti.. aamiin..

  16. dulu2 pernah juga terlibat dgn aktiviti mcm nie.. support kwn2 band.. wpun mereka rock star, tapi ada wawasan… hehe….

    1. Wah.. hebat tu hehee.. mmg betul, wawasan itulah yg cuba diterapkan kpd setiap remaja & dewasa, especially yg masih x nampak ttg apa perlunya wawasan dlm kehidupan.. x nk mereka berterusan jadi loser.. 🙂

  17. Kehidupan sekarang banyak pancaroba. Susah nak cari yang benar-benar bermanfaat. 🙂

    1. Mmg betul.. klu tiada pihak yg sudi turun padang dan membimbing mmg akan jadi satu masalah besar kpd mskt seluruhnya nnti..

  18. wah..god job..buat kerja2 yang bgus utk membantu org lain.. tahniah bro 🙂

    1. T kasih bro Sobri.. mudah2an membawa kebaikan utk msykt, in shaa Allah.. 🙂

  19. Harap2 dgn ada program cmni takdakla byk sgt masalah sosial kat negara kita kan en khir..

    1. mmg betul tu.. mudah2an.. cara yg sesuai utk dicerna oleh minda mereka sendiri.. 🙂

  20. AvatarMohd Selim Zainal

    Assalammualaikum…khir,

    bagus aktiviti macam ini secara x langsung dapat mengelakkan remaja2 kita daripada terjebak aktiviti tidak bermoral. Teruskan usaha murni ini. bagus sangat2. Takper khir kerja baik nie mmg dugaannya tetap ada..usaha yang murni moga2 ada keberkatanNya k.

    mselim3

    1. Betul tu mselim.. mudah2an membawa kebaikan utk keharmonian seluruh msykt juga nnti, in shaa Allah.. T kasih 🙂

  21. AvatarIja Rased

    aktiviti yang sihat mampu menjana budaya yang sihat. kan.sekrang ini ija tengah belajar sosio budaya peringkat master. entry ini sgt menarik untuk ija jadikan bahan. mohon izin yer abang khir

    1. boleh je ija.. perkara yg baik mmg sepatutnya disebarkan.. mudah2an melalui pengkajian ija dpt bertemu kaedah yg lebih baik nnti.. in shaa Allah.
      Semoga terus sukses ye.. aamiin..

  22. AvatarLynn Munir

    Semoga ramai yang mendapat manfaat dari program yang dijalankan ini. Kadang-kadang untuk merawat tak semesti gunakan 'ubat' betul tak Khir ?

    1. Mmg betul tu kak Lynn.. mencungkil semangat positif jiwa tu yg penting.. tp mmg agak susah sikit & memerlukan masa, tp x merosakkan badan.. 🙂

  23. AvatarNurul Hidayah

    Mudah2an aktiviti sebegini membantu mengurangkan gejala sosial yang semakin membimbangkan dalam masyarakat kita

    1. In shaa Allah, mudah2an… mmg itulah harapannya..

  24. objektif yg cukup bagus..

    1. in shaa Allah.. t kasih pha is.. 🙂

    1. Mmg menyeronokkan juga tengok aksi2 bertenaga.. 🙂

  25. aktiviti yg dpt menarik ramaja utk join.. great job 🙂

    1. T kasih Nina.. mudah2an dpt melahirkan kebaikan dari jiwa mereka sendiri.. 🙂

  26. kalau dapat membantu meningkatkan kemajuan diri, agama dan bangsa rasanya tidak salah. janji tak terpesong kan. Saya belia benci dadah, rokok dan sebagainya yg keras itu

    1. In shaa Allah.. mudah2an berjaya utk kebaikan msykt kita semua..

  27. Avatarmunirah rahman

    program macam ni la yg patot diadakan… good job 🙂

  28. Avatarmemmetlenggeng

    Ini program muzik underground ke? Dulu masa muda2 minat juga, sekrang masih minat, tapi tak sesuai dengan umur dan tanggungjawab…Elok juga untuk memberi kesedaran pada remaja sekalian

    1. Lebih kurang mcm tu.. underground tp lebih berkonsepkan "positive mind attitude" yg berteraskan elemen straight edge.. muzik keras sebagai elemen membunuh gejala negatif.. 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.