Kisah PKW MHI TV3Portfolio 

Kisah PKW Wanita Hari Ini (WHI-TV3)

Kisah PKW Wanita Hari Ini (WHI-TV3) – Kisah pengajaran untuk iktibar dan peringatan bersama. Pada Khamis (2/10/2014), saya bersama Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur telah ke Sri Pentas untuk segmen Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dalam program Wanita Hari Ini (WHI) yang diadakan ‘live’ pada jam 12:00 tengah hari. Program tersebut mengetengahkan informasi dan kesedaran untuk iktibar masyarakat.
Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3), TKPj Abdul Aziz bin Mohamad
Program Wanita Hari Ini di TV3 banyak mengetengahkan perkongsian isu kepenjaraan dan pada kali ini, segmen yang diadakan meliputi aspek koreksional dan pemulihan di luar penjara.


Penjelasan berkenaan PKW telah disampaikan oleh TKPj Abdul Aziz bin Mohamad dari Ibu pejabat Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti bagi memperjelaskan peranan Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan Perintah Kehadiran Wajib (PKW). Untuk pengetahuan lanjut, saya pernah berkongsi tentang PKW di sini >>>> Perintah Kehadiran Wajib (PKW).

Perkongsian Delilah Dalam Wanita Hari Ini

Delilah (bukan nama sebenar) adalah seorang Pesalah Kehadiran Wajib berusia 20 tahun yang mempunyai 6 orang adik beradik. Disebabkan penceraian kedua ibubapa, beliau terpaksa menamatkan persekolahan sewaktu di tingkatan 3 untuk membantu ibu dalam menyara keluarga dengan bekerja di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu kota.

Kini, adik lelaki beliau yang masih menuntut di tingkatan 4 juga terpaksa bekerja selepas waktu persekolahan demi membantu menyara kehidupan keluarga. Lebih mengharukan apabila dua orang adik kembarnya terpaksa diserah dan dibesarkan oleh keluarga angkat disebabkan kesempitan hidup yang beliau sekeluarga alami.

Bekerja dalam usia yang muda pasti banyak cabaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, trend sosial dan perasaan ingin mencuba. Hanya disebabkan pengaruh rakan, Delilah akhirnya ditangkap oleh pihak pengurusan pusat membeli belah kerana mencuri seluar berjenama di pusat tersebut. Apa yang lebih malang, beliau bukan sahaja diberhentikan kerja tetapi telah dilaporkan kepada pihak polis sebagai peringatan kepada pekerja-pekerja yang lain.


Delilah disabitkan kesalahan mencuri dibawah seksen 381 Kanun Kesiksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara 2 tahun. Namun disebabkan kesalahan pertama serta beberapa faktor yang diambilkira, Delilah dijatuhkan hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama 4 jam setiap hari untuk tempoh 3 bulan oleh pihak mahkamah.
Perintah Kehadiran Wajib, Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
Sebagai Pesalah Kehadiran Wajib, Delilah ditempatkan ke sebuah rumah amal orang-orang tua di pinggir kota. Beliau ditugaskan mengurus orang-orang tua termasuk memberi mereka makan di sana. Ia menginsafkan Delilah tentang realiti kehidupan dan menyesali perbuatan yang dilakukan.
Pengakuan telus beliau yang pada mulanya tidak menyangka bahawa kesalahan yang dirasakan kecil sebenarnya memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada dirinya, malah ibu dan seluruh keluarga yang bergantung kepadanya untuk menyara kehidupan.
Beliau menyatakan tidak mahu ibunya ditempatkan di rumah amal orang-orang tua satu hari nanti hanya kerana kesilapan yang dilakukan olehnya sebagai anak sehingga tidak berpeluang menjaga ibunya sendiri. Beliau juga bertekad untuk lebih berhati-hati dalam soal berkawan agar kesalahan seperti ini tidak akan berulang lagi.

Gambar-Gambar Sekitar Program Wanita Hari Ini (WHI-TV3)

Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
Sesi perbualan PKW bersama TKPj Abdul Aziz dan Pegawai Parol, Jabatan Penjara Malaysia
Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
PKW bersama Pegawai Kehadiran Wajib, KIP Kasim Sharif sebelum acara bermula
Perintah Kehadiran Wajib, Wanita Hari Ini, TV3, TKPj Abdul Aziz
Menunggu sebelum acara WHI bermula
Wanita Hari Ini, Khir Khalid, KIP Kasim Sharif
Kenangan di belakang tabir bersama pengacara WHI, PKW dan Pegawai Parol
Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
TKPj Abdul Aziz bersama pegawai bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti,
Jabatan Penjara Malaysia

PKW Sebagai Peluang Kedua

Berdasarkan usia yang masih muda, Delilah masih bernasib baik kerana tidak dikenakan hukuman penjara atas kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman Perintah Kehadiran Wajib telah membuka mata hatinya untuk tidak mudah menerima ajakan kawan semata-mata kerana peluang keseronokan walaupun diketahui ia sesuatu yang salah.

Kesan dari perbuatan tersebut bukan sahaja ditanggung oleh si pelaku, malah turut memberi kesan kepada mereka yang disayangi terutamanya keluarga. Kini, beliau bercita-cita mendalami kemahiran memasak sebagai satu jalan memajukan diri dan kehidupan keluarganya. Mudah-mudahan segala hasrat yang baik dipermudahkan jalan oleh Allah SWT… aamiin.

Semoga perkongsian Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI – TV3) ini dapat dijadikan peringatan,
iktibar serta pengajaran untuk kebaikan kita semua.
Wanita Hari Ini (WHI-TV3), TKPj Abdul Aziz Mohamad, KIP Kasim Sharif, Khir Khalid
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah
berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini :
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Related posts

37 Thoughts to “Kisah PKW Wanita Hari Ini (WHI-TV3)”

  1. Avatarmemmet lenggeng

    Selamat Hari Raya Korban En Khir..All the best

  2. AvatarMardiah Diana

    Salam singgah sini KK….terima kasih atas perkongsian ini…semoga dapat memberi kesedaran dan keinsafan buat kita semua…

  3. AvatarMardiah Diana

    Salam singgah sini KK….terima kasih atas perkongsian ini…semoga dapat memberi kesedaran dan keinsafan buat kita semua…

  4. AvatarVee Sandi

    selalunya remaja belasan tahun mmg mudah tersesat sbb salah pilih kawan . sebab itu institusi kekeluargaan itu sgt penting dlm mendidik anak2 yg bersahsiah murni … kesan penceraian begini sering berlaku . my kakak selalu bercerita ttg anak2 muridnya yg keluarganya cerai berai … 2x pegi rhb dgn iriz … mantop !

  5. WHI ni rancangan yang best tau
    tapi untuk wanita yang bekerja cam YY tak berpeluang nak tengok
    nak tengok kat internet, memang tak dapatlah dengan line yang semput tu
    anyway nice info KK

  6. Satu artikel yang menarik untuk kita kongsikan bersama2 ..Thanks KK atas perkongsian ini .. Semestinya kalau dah masuk kat WHI mmg Lya tgk ..sebab Lya salah sorang peminat rancangan nie..

  7. artikel yang menarik KK..semoga menjadi teladan dan iktibar buat kita semua..

  8. Menarik utk dibi cangkan ni khir
    Saya dah lama x bincangkan tentang sistem dan penjara.. syabas brother

  9. X berpeluang nak tgk…
    Semoga memberi keinsafan pada semua..

  10. Semoga kita mendapat iktibar daripada semua ini..

  11. AvatarBelog Santai

    Alhamdulillah. Hikmah ujian Dari Allah kan Khir. Moga-moga peluang yang diberi dimanafaat sebaik mungkin…

  12. Avatarain diyana

    bagusnyer.
    sgt informative.
    and PKW ni lebih kepada memberi peluang selain menghukum kalau sy baca apa yg abg khir sampaikan ni lah.. betul x?

  13. Avataracik idah

    Sedihkan mengenangkan nasib adik Delilah ini… kemiskinan dan desakan hidup banyak membuatkan manusia hilang arah… baik dalam social mahupun agama… rasanya banyak lagi yang senasib dengan adik Delilah ini… faktor kemiskinan perlu ditangani segera jika tidak kadar jenayah akan terus meningkat…

  14. budak2 zmn skrg.harapnya delilah ni betul2 insaf lah

  15. Zumal pun ada tengok WHI masa cerita tentang PKW tu tak sangka bro KK pun ada yer ^_^

  16. Satu pendedahan berani. Tahniah kerana kuat…dan semoga ianya dapat dijadikan iktibar agar tidak melakukan perkara yg sama.

  17. mmg x dan nk tgk… kalu tgk pun bla cuti jatuh pd weekday

  18. muka khir masuk TV tak? klu masuk..tambah glemer la khir…:)….btw…realiti hidup di bandar…semoga Delilah diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan…setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya…

  19. ada HP pavilion la kat sini 🙂

  20. Bunda selalu tengok WHI ni…rasanya yang ini pun bunda tengok…slot mesej dari penjara..

  21. AvatarLynn Munir

    Dari hari tu nak komen pasal entri ni guna G+ tak boleh2. Jenuh dicuba. Guna Mozila pun xmo.
    Tak tau apa halnya. Pendedahan yang berani oleh Delilah.Moga jalannya lebh terang dan tenang
    selepas ni.

  22. AvatarEshamz Halim

    Pengkongsian yang berguna bro… semoga kisah Delilah dapat dijadikan iktibar kepada pembaca diluar sana…. makin femes nampaknya bro KK ni… 😀

  23. ada masa sempat dan selalunya tidak sempat menonton WHI kerana kerja waktu pagi

    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

  24. AvatarIja Rased

    thanks abg khir kerana berkongsi sesuatu yang bermanfaat.pengajaran untuk kita semua. tapi sy kesian dngn delilah.kesempitan hidup menjadikan dia terdesak.moga delilah terus semangat untuk keluarganya.

  25. rasanya niesa ada tgk WHI pasal ni hari tu..hihi..nice sharing bro..

    1. nk tergelak bila baca komen abe MKL ni

  26. tak silap CN, pkw ni ada dibuat di negara luar macam usa kan? pernah tengok cerita, pesalah tak dipenjarakan tapi dihukum utk buat kerja amal dalam tempoh tertentu..betul tak?

  27. mencuri seluar berjenama?..maybe dia minat sgt seluar tu tapi x mampu…sanggup mencurinya..semoga beliau mendapat kesedaran selepas manjalani hukuman tu ye…doakan yg terbaik buat delilah

  28. x sempat pula nak tengok yang ni… alhamdulillah. peluang yang ada jangan sia-siakan. and bagi peluang sekali dekat orang lain untuk berubah… orang boleh buat apa je bila dah terdesak or it involves his/her family.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.