Pendidikan 

Kisah Pemuda HIV Positif AIDS

Kisah Pemuda HIV Positif AIDS – Tiada siapa tahu ketentuan yang telah ditetapkan untuk kita. Tiada siapa mahu kehidupan ini berakhir dengan derita apatah lagi menerima berita dihidapi HIV positif mahupun AIDS.
Inilah bingkisan hidup yang diceritakan oleh seorang insan kepada saya dalam pertemuan di Surau Dalam Institusi Pemulihan Dadah, Penjara Jelebu sekitar 2010. Walaupun sudah hampir 5 tahun berlalu sewaktu artikel ini ditulis, pertemuan singkat itu amat terkesan buat KK sehingga hari ini.
HIV Positif, AIDS

Kisah Benar Pemuda HIV Positif

Rahmat (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemuda berusia 25 tahun yang menjalani hukuman penjara disebabkan penyalahgunaan dadah. Namun apa yang lebih mendalam adalah kisah yang sanggup
dikongsikan sebagai peringatan agar sesiapa jua tidak mengikuti jejak
langkahnya. Akibat kesilapan memilih gaya hidup sosial beliau dihidapi HIV positif.
Segalanya bermula selepas tamat SPM. Rahmat tidak lagi berhasrat untuk belajar dan bekerja di sebuah kilang sebagai pembantu setor. Bermula di situ, beliau mengenali beberapa rakan sekerja yang mengajaknya untuk tinggal di rumah bujang bersama. Namun alangkah terkejutnya Rahmat setibanya di rumah tersebut kerana mendapati ada beberapa perempuan remaja tinggal bersama.
Pelik tapi benar.. itulah kenyataannya. Setiap hari Rahmat melihat rakan-rakan serumah mereka tidur bertukar-tukar pasangan. Akibat penangan nafsu, Rahmat juga mula hanyut dengan hidangan dunia yang baru dikenali ini. Semenjak itu beliau mula mengorak langkah berbekalkan ‘tips rabak’ bersama rakan-rakan serumah memburu ‘bohsia’ yang berkeinginan untuk dijadikan teman seks.

Angkara Nafsu Mengundang HIV Positif Dan AIDS

Lebih 5 tahun kehidupannya berlarutan seperti itu. Tujuan kerja dan kehidupan hanyalah untuk keseronokan semata-mata. Sehinggalah
satu masa Rahmat berkenalan dengan sekumpulan wanita yang sedang bersadai di luar salah satu pusat membeli belah. Ibarat seorang yang profesional mengenali karakter wanita bersesuaian… dengan mudah mengajak mereka pulang ke rumah.
Perkenalan Rahmat dan rakan serumah dengan kumpulan wanita ini pasti diingati selamanya kerana ia membawa lagi kepada pengalaman baru. Wanita-wanita tersebut mencadangkan penggunaan dadah jenis ganja dan ice agar lebih ‘happening’ dan ‘tahan lama’ katanya… Berhibur dan terus berhibur, ketaksuban hedonisme hingga dunia pun entah ke mana…
Gaya hidup sosial bebas yang mengundang AIDS
Hinggalah selepas dua minggu, rumah mereka telah diserbu polis. Asal serbuan bukanlah disebabkan dadah mahupun seks bebas. Tetapi disebabkan beberapa kes sindiket curi motorsikal yang telah dilakukan
oleh salah seorang rakan serumah tanpa pengetahuan yang lain.
Ibarat jatuh ditimpa tangga, serbuan tersebut telah menemukan barang larangan dadah serta membunuh kehangatan pesta seks yang sedang berlangsung dengan ghairahnya…
Rahmat bersama-sama semua yang ada di rumah tersebut dibawa ke balai polis kerana secara tidak langsung terkait dengan pelbagai kesalahan yang ada. Ketika dalam lokap, pemeriksaan air kencing dan darah telah dilakukan hinggalah beberapa hari selepas itu Rahmat telah dipanggil oleh pegawai bertugas dan diberitahu bahawa beliau adalah HIV positif.

Bencana HIV Positif Membawa Penyesalan Diri

Astagfirullah… sesalnya jiwa Rahmat ketika itu namun segalanya sudah terlambat. Hanya penyesalan kepada Illahi jua dipanjatkan sehingga kini.
Bersadarkan penghakiman mahkamah, Rahmat didapati bersalah atas
kesalahan memiliki dan menyalahgunakan dadah serta dipenjarakan selama 6 tahun. Beliau tinggal berasingan bersama-sama penghuni HIV / AIDS lain dengan penuh penyesalan. Punca dari siapa HIV Positif itu tidak beliau ketahui… apa yang pasti bukanlah disebabkan dadah tetapi disebabkan gaya hidup sosial dan nafsu seks bebas yang telah berlanjutan sekian lama.
Penyesalan HIV Positif dan AIDS
Itulah sketsa kehidupan… Kalau baru-baru ini kita telah diberitakan kembali tentang kisah Sufiah Yusuf… bagi saya banyak lagi kisah yang jauh
lebih teruk dari itu pernah saya tahu berlaku dalam masyarakat kita sendiri. Pesan Rahmat masih diingati. “Mengikut hawa nafsu memang tak ke mana… bila dah kena baru tau apa tu kesal…” Kisah hitam sepertimana yang diceritakan kepada saya ini tidak mampu untuk Rahmat ceritakan kepada ibu bapanya sendiri sampai bila-bila pun.

Bersama kita mendoakan agar diberi ketabahan kepada
pemuda ini dalam mengharungi kehidupan sebagai pengidap HIV Positif. Semoga Allah jua mengampunkan segala dosa-dosanya… aamiin.

Kisah pemuda HIV Positif AIDS ini amat terkesan dalam diri ini, lantas saya panjangkan dengan izinNya sesuai dengan tujuan asas wujudnya blog ini sebagai iktibar peringatan bersama. Tidak dapat dibayangkan bagaimana reaksi sendiri jika menempuh kehidupan sosial seperti itu ketika usia baru menempuh alam remaja. Semoga kita dan kesemua insan yang kita sayang dan cintai sentiasa dijauhkan dari noda kehidupan seperti ini…
Penghargaan :
Ustaz Sjn Aziman
Unit Halaqah, Surau Dalam,
Institusi Pemulihan Dadah Jelebu
Jabatan Penjara Malaysia
Gambar hiasan : Google

Related posts

41 Thoughts to “Kisah Pemuda HIV Positif AIDS”

  1. alahai…x tau nk kata… benarlah, agama itu panduan hidup. jika kena dengan didikan agamanya, x ada laa sia2 hidupnya…

  2. Mudah-mudahan perkongsian dari tuan Khir ini menjadi pedoman dan sempadan pada kita semua.
    Pada saya sesuatu masaalah itu berawal dari didikan dalam rumah. Didika agama dah pasti tapi lebih jauh
    itu bagaimana memupuk kesedaran sosial dan tanggungjawab kepada anak-anak supaya mereka tidak
    tersalah langkah bila berada di luar sana. Selamat berwacana kembali Khir.

  3. zaman sekarang ni imu agam penting sebagai benteng diri. boleh ambil iktibar dari kisah yang bro kk kongsikan ni ^^

    1. kisah yang memberi teladan buat kita semua

  4. sekarang ini musim bala di negara kita…macam2 akibat kelalaian manusia..

  5. semoga menjadi iktibar buat kita semua.

    1. no wonder lah abe MKL Top 1 heee

    1. bagi JM Al-Quran dan Al-Sunnah panduan yang SEJATI tetapi ramai yg x jadikan ia sbg rujukan dan panduan huhuh

  6. ramai remaja di luar sana yang telah terlibat dengan dadah, paling terkejut masa praktikal di sarawak dulu, ada sorang pelajar tingkatan 2 berani menjual dadah di sekolah !

  7. Ya Allah. Minta mintalah dijauhkan daripada semua ni. TQ for sharing this KK. At least boleh beri peringatan kepada semua!

  8. AvatarAnonymous

    Moga kita dan ahli keluarga kita di lindungi Allah dari perilaku seumpama ini..

  9. Semoga menjadi pedoman buat kita semua.
    Sesal dahulu pendapatan

  10. Tapi sayang juga ya. Umur masih muda belia. Sepatutnya umur yg sebegitu sedang berusaha mencapai kejayaan dalam kerjaya, serta menjadi aset penting dalam masyarakat dan negara.

  11. 3 perkara yang boleh merosakkan anak muda iaitu Dadah,Arak,Dan Seks bebas,,kisah benar ini cukup menarik untuk di renungi thanks KK berkongsi kisah ini pada kami semua 🙂

  12. aduhai..terima cash kat dunia..itu tanda Allah SWT sayangkan kita lebih 100%

    Jumpa lagi dan salam blogwalking dari admin blog Hero Borneo

  13. Satu kisah yg boleh kita jadikan iktibar dalam menempuhi liku2 kehidupan..moga beliau tabah dan sentiasa ingat Allah..semoha dosa2nya diampunkan Allah..Sama2 mendoakan yg baik2

  14. Kisah yang boleh menjadi tauladan untuk kita semua…terutama anak2 muda..

    1. Mintak dijauhkan dari terjadi kepada anak cucu kita…terima kasih KK atas perkongsian ini..

  15. Salam singgah sini KK…semoga pemuda itu dapat menempuhi sisa2 hidupnya…terima kasih atas perkongsian ini KK ..semoga kita semua mendapat pengajaran dari kisah ini…

  16. terkedu sekekjap, sedih kerana hawa nafsu boleh jerumuskan seseorang ke kancah itu. ija doakan moga rahmat kuat menghadapi ujian ini, kerana disebalik dugaan ini ada seribu rahmat yang allah berikan.

  17. sbg iktibar kepada semua masyarakat di luar sana…dan semoga Rahmat diberi pengampunan olehNYA…

  18. Kisah yang boleh dijadikan iktibar. Remaja sekarang suka berseronok tanpa memikirkan kesan

  19. Virus HIV tu, surely diperoleh kerana aktiviti seks bebas yang beliau lakukan. Takat ganja tu, habis kuat jadi ketagih teruk je la. Ice yang paling merosakkan.

    Tapi tu lah, sayang sebab kalau dah terkena positif HIV ni, nak berubat untuk pulih memang dah takda harapan lagi.

  20. Berpeganglah dgn tali agama.. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Mungkin itu salah satu cara Dia menyedarkan hambaNya daripada terus hanyut dan segera bertaubat sebelum ajal dtg menjemput. Mmg ptt menjadi iktibar pd semua.. Terima kasih en. Khir atas perkongsian…

  21. kita jadikan tauladan dari cerita ini.. berpegang pd agama kita

  22. tersentuh membaca kisah ini, satu perkongsian yang membuka mata tentang betapa hinanya najis dadah dan seks rambang… jauhkan anak-anak kita en khir..

  23. Kisah yang memberi kita pengajaran…belajar erti hidup yang sebenar…jangan pernah lupa pada pegangan kita sebagai umat islam…kita doa kan yang baik2…

  24. Allahu..dugaan buat dia dan pengajaran untuk kita.. Apa pun semoga dia sempat meminta ampun daripada Allah atas dosa-dosa silamnya.. begitu juga kita yang juga banyak buat silap.. Moga dijauhkan perkara ini daripada diri kita, dan keluarga..

  25. Seorang pemuda yang telah beristeri baru-baru ni disebelah kampung SP baru meninggal akibat AIDS. Meninggalkan isteri yang juga menghidap penyakit tu dan anak-anak yang masih kecil..

  26. Takut bila dengar kehidupan sosial yang terlalu bebas macam ni.

  27. "Walaupun sudah hampir 5 tahun berlalu sewaktu artikel ini ditulis" – memang kuat daya ingatan Bro KK..JM ni kisah yg berlaku semalam pun dah hampir lupa jalan ceritanya..iikan pula 5 tahun berlalu sudah lama berkubur pastinya 🙂

  28. subhanallah..jika keimanna di dalam diri LEMAH beginilah jadinya..itu lemah..jika tiada keimanan dalam diri lagi PARAH jadinya..huhuh…peringatan buat diri sendiri juga dan mohon Allah pelihara dari melakukan perbuatan yg terlarang

  29. sama-samalah jauhkan diri dari perbuatan macam ni…. bila sekali dah termasuk, susah nak keluar… takutnya dengar. tapi benda dah jadi, xley nk wat pe dah

  30. bohsia ni bermula di zaman remaja saya . sbb saya sekolah di pekan , maka tak tahu lah pasal kewujudan bohsia ni sehinggalah lepas spm saya berhijrah ke bandar . syukurnya saya krn dikelilingi kawan2 yg patuh agama dan ibu bapa . alhamdulillah … education uk peramah petang ni …

    1. Waalaikummussalam… dipersilakan tuan. Moga membawa kebaikan buat semua, in shaa Allah. Salam ukhwah.

Leave a Comment

CommentLuv badge