Peranan Rumah PerlindunganPendidikan 

Kisah Gadis Dan Rumah Perlindungan

Sepanjang berkecimpung dalam pelbagai aktiviti kajiselidik dan program pembangunan insan, saya banyak berhadapan dengan beberapa kekeliruan dikalangan kebanyakkan masyarakat tentang terma nama tertentu berkaitan ‘shelter homes’ di negara ini. Antaranya banyak ‘misconception’ tentang peranan Rumah Perlindungan dengan Rumah Perantaraan dan Rumah Gelandangan.
Isu Rumah Perlindungan

Apa Itu Rumah Perlindungan

Rumah Perlindungan sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi peluang kedua kepada individu-individu yang terlibat ataupun terjebak dengan gejala permasalahan sosial. Ia kebiasaannya melibatkan individu remaja sama ada lelaki mahupun wanita yang mencari sokongan dan bantuan malah tempat berteduh disebabkan kesilapan yang berlaku dengan hasrat untuk kembali ke pangkal jalan.
Pada kebiasaannya Rumah-Rumah Perlindungan ini dibiaya oleh pelbagai pihak, sama ada kerajaan, NGO, usahawan sosial dan juga individu yang menawarkan ‘unconditional support’ dengan hasrat membantu dengan platform sokongan kepada mereka yang pernah tersasar untuk kembali membina kekuatan diri dan berubah menjadi insan sebaiknya.
Segala usaha membantu adalah untuk kelestarian masyarakat dan bukan atas kepentingan peribadi. Hanya kepada Illahi berserah segala usaha agar beroleh keberkatan dan menjadi sebagai ibadah perjuangan insan yang sempurna.
Isu Rumah Perlindungan

Kisah Gadis, Keluarga Dan Rumah Perlindungan

Dalam isu pembangunan sosial, kami pernah diberi kepercayaan menemubual seorang wanita tentang bagaimana beliau membina semula kekuatan diri dan hidayah dengan sokongan Rumah Perlindungan. Berikut saya kongsikan coretan kisah hidupnya untuk kesedaran dan peringatan bersama.
Natasya (bukan nama sebenar) gadis berusia 19 tahun, bekerja sebagai operator pengeluaran telah tertarik dengan seorang lelaki bernama Azhar (bukan nama sebenar) yang bekerja di kilang yang sama. Cinta mereka akhirnya berputik mekar berbunga.
Dipendekkan cerita, hubungan mereka tidak dipersetujui ibu bapa kerana abang Natasya mengenali latarbelakang Azhar. Abang Natasya menentang sekeras-kerasnya perhubungan mereka dan memberitahu ibu bapanya yang Azhar sering terlibat dengan perjudian dan broker lumba haram. Sumber diperolehi dari rakan-rakan abang Natasya yang mengenali Azhar.
Namun, perhubungan intim mereka berdua akhirnya membuatkan Natasya mempercayai sepenuhnya lelaki yang dicintai itu. Kesepakatan dicapai untuk mereka bersama-sama lari ke tempat lain dan memulakan kehidupan baru mereka sendiri. Namun, kebahagiaan yang Natasya impikan berakhir dengan igauan ngeri sepanjang hidupnya.
Isu Rumah Perlindungan
Peranan Rumah Perlindungan Dalam Isu Natasya
Natasya datang ke rumah perlindungan dengan kerelaan hati sendiri atas bantuan seorang kenalan. Sewaktu ketibaan Natasya ke Rumah Perlindungan, beliau tidak keseorangan kerana mengandungkan anak luar nikah yang samar-samar tidak diketahui anak siapa.
Menurut penceritaan, 3 bulan beliau bersekedudukan kerana percaya janji manis Azhar. Disebabkan kesempitan wang, Azhar menangguhkan hasrat bernikah dan berusaha mengumpul wang. Azhar sering tidak pulang ke rumah atas alasan berkerja lebih masa. Namun, atas kepercayaan Natasya, hidup mereka persis suami isteri.
Kisah hitam bermula pada satu malam apabila Azhar pulang bersama-sama beberapa lelaki ke rumah. Azhar kelihatan dibelasah dengan muka yang bengkak dan keadaan yang tidak terurus. Menurut Natasya, Azhar berhutang RM15,000 dengan sekumpulan samseng dan telah bersetuju menyerahkan Natasya sebagai penebusan hutangnya.
Malam itu Natasya diratah bergilir-gilir oleh 6 lelaki yang tidak dikenali. Beliau pada mulanya diikat kerana melawan akhirnya akur dengan keadaan yang berlaku. Kisah seterusnya menjadi titik hitam yang cukup aib untuk dikongsi. Azhar menghilangkan diri sejak malam kejadian itu, hinggalah 3 minggu kemudian Natasya menyedari dirinya mengandung.
Sudah jatuh ditimpa tangga, rumah yang diduduki tamat tempoh deposit penyewaan membuatkan Natasya perlu berpindah. Ibu dan bapanya yang amat kecewa langsung tidak mahu menerima keadaan Natasya disebabkan malu. Mujur kenalan bekas sekerja Natasya sanggup membantu.
Isu Rumah Perlindungan
Penjelasan Lanjut Peranan Rumah Perlindungan
Akhirnya, Natasya diperkenalkan dengan sebuah Rumah Perlindungan yang sudi menerima keadaannya. Maka di Rumah Perlindungan itulah, Natasya diberi kesembuhan, kekuatan diri dan disuntik dengan kekuatan agama dengan sebaiknya.
Sesungguhnya, isu Rumah Perlindungan ini bukanlah isu sensasi yang seronok diceritakan. Ia satu isu tertutup yang ditulis untuk memberi kefahaman kepada pembaca yang dihormati terutama para pengkaji sosial, tentang dunia yang jarang kita faham dan perlu dibantu dengan hati yang ikhlas dan minda yang bersih.
Isu Rumah Perlindungan dan bagaimana kita dapat membantu akan saya kongsikan pada artikel-artikel mendatang. Mudah-mudahan menjadi pengisian bermanfaat dibulan mulia ini dalam membina kelestarian sosial yang sejahtera… aamiin.
Antara jurnal kesedaran dan pembangunan insan:
>> Sepetang Bersama Perogol
>> Kisah Pemuda HIV Positif
>> Nafsu Dan Dadah Membawa Padah

Related posts

4 Thoughts to “Kisah Gadis Dan Rumah Perlindungan”

  1. selamat hari raya..maaf kan kesilapan saya dala tutur kata di blog atau ruangan komen..

  2. kesiannya kadang-kadang baca cerita perempuan yang teraniaya ni. tapi tu la masalah certain manusia. terlalu percaya dengan kata-kata manis lelaki macam ni. padahal abang sendiri/saudara sendiri dah keras bagitahu orang tu perangai macam mana

  3. aduhai..pagi-pagi dah saya baca kisah sedih begini..yang hairan mengapa anak sanggup tidak dengar kata ibubapa sedangkan melawan kata orangtua membawa malapetaka

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.