Kisah Aku Dan Keusahawanan Sosial
Kisah aku dan keusahawanan sosial,


Kisah aku dan keusahawan sosial – ‘Social Entrepreneurship‘… dalam kehidupan banyak juga pancaroba yang dilalui. Secebis pengalaman yang ada mengajar saya untuk benar-benar menghargai kehidupan. Saya berkongsi bukan bermaksud riak jauh sekali berbangga… demi Allah tidak, kerana ramai lagi insan yang lebih hebat pengalamannya. Ia hanya kerana saya merasakan amat perlu dikongsikan. Kepada yang mengenali pasti tahu kisah ini.

Kerjaya, Keusahawanan Dan Kehidupan

Kisah saya banyak berlagu dalam kerjaya… Sedari awal remaja, selain menghargai aliran seni dan muzik, saya meminati perniagaan. Saya memilih jurusan pemasaran sewaktu pengajian dan menjadikannya sebagai aset terawal kerjaya menceburi bidang pelaburan (asset management) sebelum memilih jalan perniagaan sendiri.
Kisah aku dan aktiviti sosial
Berkelana di kota Paris
Hasil keusahawanan, saya berjaya memiliki hartanah, beberapa kereta jenama mewah model terbaru, lokasi pejabat di tengah ibu kota, mengendali urusan jutaan ringgit dengan pendapatan mencecah 5 angka sebulan pada usia 25 tahun.

Namun merasa dipolitikkan, dicantas, ditikam belakang, ditipu… blacklist dan muflis tersungkur ke longkang… Semua saya hadapi pada lingkungan usia 20an dan masih mentah dalam mainan kerjaya. Sungguh pun begitu saya tidak pernah terfikir untuk lari atau membalas. Saya hadapi dengan niat yang baik kerana ianya realiti percaturan kerjaya juga kehidupan.

Alhamdulillah, saya dibesarkan dengan nilai agama dan kekeluargaan walaupun mungkin tidak semantap sesetengah yang lain. Berkat izin Allah swt,
perkahwinan usia saya 23 tahun pernah mengharungi kehidupan susah disamping membesarkan anak-anak. Kini kami mempunyai 4 orang anak yang meningkat remaja. Kehidupan kami Alhamdulillah.. syukur..
Keusahawanan Sosial, Khir Khalid Resources,
Program Jelajah Sihat KKM, Putrajaya
Pada 2006 saya diperkenalkan oleh sahabat tentang ‘CSR’, ‘NGO’ dan keusahawanan sosial. Pada mulanya saya terlibat sebagai antara pengurus acara untuk pelbagai program berkaitan termasuk majlis amal dan ‘fund raising’ bagi badan-badan NGOs.

Ia menjadi sumber pendapatan perniagaan yang dapat membantu memulihkan kerjaya juga kehidupan sehingga menubuhkan sebuah firma perunding acara Prima Iklan Sdn Bhd. Saya komited setiap kali mereka memerlukan perkhidmatan dan berusaha menjadi agen vendor terbaik. Dari situ juga saya beroleh cabang peluang yang lain.

Keusahawanan Sosial Tapak Pengukuhan Modal Insan

Lama kelamaan, aktiviti pembangunan sosial ini meninggalkan kesan mendalam. Pada 2011, saya mengambil keputusan melibatkan diri sepenuhnya dalam keusahawanan sosial berkaitan pembangunan sosial. Penglibatan ini membuatkan matlamat hidup lebih jelas.

Saya lebih terinspirasi bila dapat terlibat membantu menyuntik motivasi insan. Cukup banyak yang dipelajari, malah ada yang melalui pengalaman lebih teruk dari yang saya lalui. Ada juga yang seperti tidak logik akal… tetapi ia benar berlaku.

Syarikat lama bertukar tangan dan saya menubuhkan firma kecil Khir Khalid Resources dengan lebih berlapang dada. Hidup terasa lebih bermakna, meninggalkan jauh pesaing-pesaing niaga dan perbetulkan fokus untuk kejayaan sebenar.. in shaa Allah.
Keusahawanan Sosial, Khir Khalid Resources,
Parol & Perkhidmatan Komuniti WPKL
Melalui keusahawanan sosial, saya mengenali cabang platform pengkajian, institusi koreksional, pusat pemulihan akhlak, rumah-rumah perlindungan dan mereka yang bertungkus-lumus untuk kebaikan insan termasuk Parol dan Perkhidmatan Komuniti Kuala Lumpur.

Memberi segmen, peluang dan harapan kepada jiwa-jiwa insan sewaktu banyak pihak tidak ambil kisah dan ada sebahagiannya hanya mencemuh dan mengaut keuntungan atas misi peribadi tersirat atas nama ‘membantu’.

Kami mencungkil permasalahan dari akar umbi, masuk ke segenap lembah hina, lorong-lorong dusta, lubuk-lubuk kota… menarik jiwa yang termampu diselamatkan, melangkaui perbezaan agama, bangsa, politik.. atas nilai-nilai tuntutan agama dan persaudaraan insan.

Keusahawanan Sosial Mengikut Arus Zaman

Sebagai seorang yang pernah berkecimpung dalam bidang muzik, pertemuan dengan pendakwah kontemporari yang aktif dengan cara tersendiri memberi inspirasi. Coreten tersebut boleh dibaca di sini> Motivasi Sebagai Satu Platform Kejayaan.

Beliau antara pendakwah terawal saya kenali dan memberi inspirasi bagaimana menyuntik modal insan dengan cara tersendiri mengikut arus zaman. Mungkin mereka yang popular ada cara penyampaian yang berbeza, tetapi percayalah semuanya atas tujuan
yang sama.

Keusahawanan Sosial, Khir Khalid Resources,
 Bersama Jabatan Penjara Malaysia
Selagi diberi keizinanNya, akan saya terus memperkasa segala yang termampu dalam membantu menyuntik modal insan sebagai satu jalan kebaikan. Khir Khalid Resources adalah perunding ‘social empowerment provider’, menerusi modul SocioEDU, menekankan elemen sosio pendidikan dan pembangunan modal insan terutama kepada remaja dan belia.
Semoga dapat terus menyokong pemerkasaan generasi kini agar membangun sebagai pemimpin masa hadapan yang berintegriti, prihatin, cemerlang dan berdaya maju.

76 Thoughts to “Kisah Aku Dan Keusahawanan Sosial”

  1. * OZIE MAHSA

    Tentu banyak pengalaman K.K….. Terasa semakin kecil akak ni hehee…. Apapun semoga segalanya direstui Allah. Selamat berkhidmat!

    1. T.kasih Ozie…mudah2an. Kita semua insan kerdil, menurut keinginan hati untuk membantu sekadar mampu… In shaa Allah..:)

  2. Cik Mun

    banyak dugaan yg K.K dah lalui,,

    1. Bahagian masing2 di dunia…syukurlah…ada lagi yg lebih teruk…wallahualam…

  3. Cheq Eem

    terbaeekkk……!! teruskan sharing dan sharing dan sharing…. 😀

  4. Huny eda

    pengalaman mengajar erti sebuah kehidupan supaya lebih gigih dan tabah dlm menghadapi semua rintangan.. wah….wish the best ur life khir..

    1. In shaa Allah.. T kasih Eda.. 🙂

  5. Ija Rased

    kagum dengan semangat abang khir. bukan mudah untuk berjaya, alhamdulilah, abang khir harungi dengan tabah. semoga terus bahagia dunia dan akhirat.

    1. Mudah2an kita semua beroleh kejayaan yang diberkati.. aamiin. T kasih Ija 🙂

  6. semoga usaha murni Khir terus berjaya & dapat membantu masalah sosial di negara kita ini…amin.

    1. In shaa Allah Izan.. mudah2an.. aamiin..

  7. pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan membolehkan kita terus maju dalam kehidupan insyallah,asalkan kita tidak mudah mengalah…apa pun tindakan khir dalam bidang sosial nie amat lah bagus dan patut di contohi.semoga khir terus success dalam mengejar impian.insyallah

    1. T kasih Aida.. semoga dipermudahkan & diberkati usaha kita semua agar tercapai apa jua yg dihajati.. aamiin..

  8. BM

    Pengalaman mendewasakan kita, pengalaman memberi kita ilmu dan pengalaman mengajar kita bersyukur. Semua itu hanya berlaku jika kita belajar dari pengalaman. Dengan pengalaman anda dan dengan niat yg murni, jujur dan ikhlas…Insyaallah, anda akan beroleh apa yg anda hajati selagi ada usaha, doa dan tawakkal…

    1. In shaa Allah.. aamiin. t kasih diatas nasihat & doa BM.. semoga bersama kita semua beroleh keberkatan.. aamiin.

  9. wow teruja plak bila baca.. 🙂

    1. Sekadar berkongsi kisah…mudah2an membawa kebaikan kepada kita semua…aamiin..t.kasih..:)

  10. Yumida Huda

    alhamdulillah
    segala ilmu, pengalaman digunakan sebaiknya
    moga saudara khir sekeluarga sentiasa dirahmati olehNya

    1. Semoga kita semua beroleh kejayaan & keberkatan.. aamiin. T kasih Yumida. 🙂

  11. Lynn Munir

    Itulah namanya asam garam kehidupan , ditikam, di'termufliskan', merangkak dari bawah semula bukan bererti kita telah gagal sebaliknya pengalaman yang dikutip jauh berharga dari kegagalan dan kekecewaan yang kita tempuhi – we never know how strong we are until being strong is the only choice we have (….and i will do it my way 😉 )

    1. Mmg betul tu kak Lynn.. semoga membawa kebaikan juga kpd semua, in shaa Allah.. T kasih 🙂

  12. Nur Fahz

    Asam garam kehidupan..ada jatuh bangunnya..kegagalan semalam adalah untuk kebaikan hari ini..

    1. Subhanallah.. t kasih Fahz.. 🙂

  13. Macam-macam pengalaman dilalui. Pengalaman mematangkan kita, kan.

    Seronoknya join aktivis sosial. 🙂

    1. Mmg betul tu.. bnyk yg kita pelajari juga.. T kasih 🙂

  14. Selamat Maju Jaya….Yang penting, ingatlah bahawa kita beribadah kepada Allah SWT. Ini juga peringatan buat diri saya yang seringkali lalai dan alpa terhadap pencipta kita. Moga kita mencari bekal yang cukup untuk jalan pulang ke kampung halaman kekal. Tabik Spring untuk artikel yang sangat menarik ini.

    1. Bersamalah kita ingat mengingati utk kebaikan kita bersama.. aamiin.. T kasih 🙂

  15. menarik gak kisah hidup ko nie khir..semoga ia menjadi inspirasi kepada golongan remaja di luar sana..truskan usaha murni anda dan jangan mudah mengalah..chaiyok!!!!

    Regards,
    -Strider-

    1. In shaa Allah.. mudah2an bukan shj membawa kebaikan kpd diri shj, malah kpd kita semua juga.. T kasih Strider.. 🙂

  16. banyaknya pengalaman Khir..pengalaman mengajar dan mematangkan kita…sungguh tinggi nilai pengalaman itu..dan Khir antara yang bertuah memiliki pengalaman yang hebat tu..:)

    1. In shaa Allah, semoga dpt membawa kebaikan bersama semua.. T kasih Sura.. 🙂

  17. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    hebatnya khir.. berjaya bukan hanya dalam bidang perniagaan, tetapi juga berjaya menyumbang bakti kepada sosial juga.. tahniah di atas usaha murni itu.. hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan itu.. menabung sony dan digi.. 😀

    1. In shaa Allah.. mudah2an membawa kebaikan utk diri & kpd semua.. aamiin. T kasih Aiza.. 🙂

  18. Assalamualaikum sejak pertama kali masuk ke blog ini memang penuh dengan kelainan yang blog lain tak ada ,acik respect dengan bro khir dan terima kasih untuk perkongsian ini

    Bro khir acik nak minta tolong boleh tak , bro khir ada fb untuk di hubungi ? acik ada tugasan perlu di lakukan

    1. Alhamdulillah, t kasih kembali Acik.. mudah2an membawa kebaikan buat semua, in shaa Allah..
      Ada, tp fb jarang aktif hehee.. boleh je, in shaa Allah.. apa2 yg boleh dibantu..

  19. wah…. deno sangat kagum dengan uncle khir!!! 🙂

    1. T kasih Deno.. alhamdulillah.. T kasih 🙂

  20. like-liku kehidupan yg banyak mengajar kita cara untuk terus hidup di muka bumi Allah ni…hehehe…anyway, best of luck utk kehidupan!! ^_^

    1. Mmg betul, bnyk yg kita dpt belajar.. T kasih Sally.. 🙂

    1. bagus la.. kawan dunia luar ramai, kawan dunia maya pun ramai.. 🙂

    2. Alhamdulillah, usaha menjalin silaturrahim.. T kasih juga Pha Is kerana sudi jadi kawan saya.. 🙂

  21. Byk pngalaman en khir ya 🙂

    1. Boleh lah yana.. mudah2an perkongsian dpt membawa kebaikan kpd kita semua.. T kasih 🙂

  22. Raudzah Z

    Tahniah Khir..Belajar dari pengalaman adalah sesuatu yang sangat berharga..jatuh bangun semua dah rasa dia..Moga terus menyumbang bakti untuk masyarakat kerana itulah saham diakhirat kelak…

    1. In shaa Allah.. mudah2an membawa kebaikan bersama semua.. aamin. T kasih Raudzah..

  23. Untuk berjaya itu memang tak senang.. tapi tak mustahil kan.. harap saya pun akan punya semangat seperti En.Khir.. Terima kasih atas perkongsian.. Semoga terus sukses ye.. 🙂

    1. Mudah2an kita semua beroleh kejayaan yg diberkati.. aamiin. T kasih wawa.. 🙂

  24. untuk berjaya memang tak senang, tapi tak mustahil kan.. harap saya pun akan punya semangat seperti En. Khir.. Terima kasih atas perkongsian. Semoga terus sukses ye.. 🙂

  25. berkhidmat untuk negara…
    insyaallah berkat dunia dan akhirat

    1. In shaa Allah.. aamiin. T kasih Haslinda.. 🙂

  26. Luas pandangan, jauh perjalanan, bertambah pengetahuan, pengalaman…:)

    1. Subhanallah.. t kasih Fidah.. 🙂

  27. salam bro khir..
    saya doakan dipermudahkan urusan bro..
    saya setuju dalam hidup ni memng banyak tikan menikam..
    kadang kawan mkan kawan.. semata-mata mengejar sesuatu..
    saya yang baru nak mulakan hidup ni tak tau la mcm mana 🙂
    diharapkan dibrikan kekuatan dan dipermudahkan 🙂

    1. Waalaikummussalam Sobri.. t kasih diatas doa. Semoga bersama2 kita semua beroleh kejayaan & keberkatan didlm kehidupan & tercapai apa yg dihajati.. aamiin

  28. Anonymous

    khir sangat hebat..dah sampai ke mekah dan paris..(tempat idaman nak pergi),anak2 kita pun hampir sebaya kan?

    1. Alhamdulillah Kathy, x hebat manalah.. Pasti anak2 kita hampir sebaya sbb kita pun x jauh beza umur juga.. T kasih.. 🙂

  29. Mudanya kawen.. umur 23 dah kawen yea…

    Kagum dengan keikhlasan dan sumbangan khir dlm setiap yang khir ceburi..

    1. A ah.. setahun lepas grad terus kawen hehee.. T kasih 🙂

  30. Asmaroni Rahman

    satu yg sy dapat…. hidup mesti ada tujuan dam matlamat, trima kasih =)

    1. In shaa Allah.. mudah2an membawa berkat.. T kasih 🙂

    1. T kasih Jie.. sekadar berkongsi utk iktibar bersama.. 🙂

  31. wah.. hebat jugak mcm tu. bukan semua orang berani ambil risiko dan buat bisnes. 🙂 congrats. and keep motivating us ye. 🙂

    1. T kasih Licha… mudah2an membawa kebaikan kpd kita semua.. in shaa Allah.. 🙂

  32. memmetlenggeng

    Perkara yang baik harus diteruskan. Tidak semua orang ada keberanian, keupayaan dan kemahuan untuk menceburkan dalam bidang macam ini. Sesekali terlintas juga nak bawa anak-anak pergi ke rumah anak-anak yatim supaya mereka faham kesusahan orang lain. Tapi mungkin bukan tahun ini, mereka kecil sangat. Kalau tak ada orang yang sanggup nak meneruskan perjuangan macam ni, susah juga. Semoga kamu beroleh segala kebaikan dan jagalah rumahtangga itu sebaik-baiknya. Kalau tak mampu menjadi seorang Mahathir atau seorang Mahatma Ghandi atau seorang Nelson Mandela, maka jadilah seorang Khir yang sangat berguna kepada negaranya. Amin

    1. Subhanallah.. sungguh besar inspirasi kata yg diberikan itu.. in shaa Allah.. Mudah2an dpt membawa kebaikan selagi terdaya kpd semua. Semoga juga kita semua beroleh kejayaan.. Aamiin. T kasih..

  33. Hebatnya Tuan Khir. Kagum saya dibuatnya.

    1. T kasih cikgu Helmi diatas penghargaan tu.. x sehebat mana pun, sekadar berusaha utk ke arah kebaikan, in shaa Allah.. 🙂

  34. Vee Sandi

    banyak sungguh pengalaman hidup serta jatuh bangunnya . Sebenarnya satu kebaikan bila berlaku pada usia 20an . Jadinya , bila masuk ke usia 30an , penyusunan semula kerjaya itu jadi lebih terperinci . masuk usia 40an dah relaks jer . Apa pun masalah yg dtg , dah tak heran lah org kata … bila niat nak membantu , jgn berkira dgn rm , insha Allah akan dpt lbh dr yg dijangka … my kakak baru jer habis satu ceramah hari ni . dia tak letak byrn pun tapi alhmadulillah , bkn setakat dpt rm malah dpt hamper lagi … bila Allah nak memberi …

  35. Vee Sandi

    tertinggal lah pulak heh heh … 2x lactacyd n libresse .

  36. Sumber inspirasi leya untuk terus maju jaya. Inilah abg khir khalid yg sgt hebat dan sering leya dan otomen jadikan inspirasi utk kejayaan akan dtg.. Tq sharing pengalaman yg sgt berharga ini

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.