Kilang Roti Mokhtar bersama Tuan Hj Mokhtar

Assalamualaikum. Terpanggil untuk saya menulis pada kelapangan masa kali ini tentang Kilang Roti Mokhtar semasa saya dan isteri ke Slim River. Tujuan utama kami ke sini tidak lain sekadar breakfast ride pada masa terluang disamping meronda mengabadikan suasana di Slim River dalam video jurnal The 2Wheeler.

Banyak lokasi menarik di Slim River, malah menyimpan sejarah yang mungkin sebahagian kita tidak tahu, antaranya seperti sejarah The Battle of Slim River yang menyaksikan kemenangan tentera jepun ke atas tentera British, sekali gus melemahkan harapan British untuk mempertahankan Tanah Melayu. Begitulah terdapat Tugu Memorial Tentera Jepun yang dibina sempena kemenangan Jepun yang kini terbiar usang di tepi jalan Slim River – Trolak.

Selain itu, Slim River juga terkenal dengan Kilang Roti Mokhtar.. roti lagend di Slim River. Sebuah perniagaan warisan dengan sejarah hampir 100 tahun yang terus kekal sehingga ke hari ini. Lebih istimewa, kaedah pembakaran roti ‘fresh from oven’ di sini masih menggunakan cara tradisional, iaitu dibakar menggunakan kayu dan tempurung di dalam ketuhar batu bata.

Kilang Roti Mokhtar Slim River

Kilang Roti Mokhtar Slim River

Sebagai salah seorang yang meminati sejarah, pengaruh dari arwah bapa yang merupakan bekas guru sejarah, saya tertarik dengan pelbagai peninggalan sejarah yang terdapat di Slim River ini. Selain The Battle Of Slim River, terdapat juga Plaza Tol Pertama di Malaysia yang sebenarnya adalah di jalan Slim River – Tanjung Malim yang bermula pada tahun 1964. Oleh itu, Plaza Tol pertama di Malaysia adalah di Slim River dan bukan Lebuhraya PLUS.

Kilang Roti Mokhtar pula menyimpan kisah perjalanan perniagaannya yang tersendiri. Apa yang lebih menarik, sehingga kini pembuatan roti dari kilang ini tidak mempunyai jenama khas, tetapi diberi nama oleh pelanggan sendiri dengan pelbagai gelaran seperti Roti Babu, Roti Benggali, Roti Sedap dan bagi saya, saya suka menamakan Roti Mokhtar ini sebagai Roti Lagend Slim River.. roti sedap dan ia memang roti legend!

Kilang Roti Mokhtar Slim River
Kilang Roti Mokhtar Slim River
Kilang Roti Mokhtar Slim River

Saya juga berpeluang mengenali dan berbual dengan Tuan Hj Mokhtar selaku pemilik kilang roti ini… ramah dan humble orangnya. Beliau turut berkongsi info tentang lokasi makan yang sedap-sedap yang terdapat di Slim River ini. Begitu juga dengan ahli keluarga Tuan Hj Mokhtar yang turut menjadi tulang belakang perniagaan kilang roti ini. Semua ramah buat kami rasa seperti dah lama kenal hihii. Terima kasih!

Kilang Roti Mohktar antara lokasi yang anda patut singgah jika ke Slim River. Rasalah sendiri pelbagai variasi roti yang ada dan jangan lupa tapau bawa pulang sekali untuk di makan di rumah.

Perjalanan ke Slim River merupakan pengalaman yang simple tapi istimewa buat kami. Ia menjadi satu lagi jurnal yang dapat kami abadikan buat tontonan bersama di YouTube. Video jurnal ke Slim River boleh anda tonton di sini > Ride Slim River, Menjejaki Sejarah Dan Roti Lagend.

Baca lagi: 7 Tempat Menarik Bandar Taiping

3 Thoughts to “Kilang Roti Mokhtar, Roti Legend Slim River!”

  1. paridah ishak

    SELAMAT SAMBUT AIDILADHA MAAF ZAHIR BATIN DIK KK..roti legen cara sedia memang sedap

    1. Salam Aidiladha dan maaf zahir batin juga kak PI. Mmg sedap.. klu ke Slim River bolehlah singgah sini kak, tapau roti 🙂

  2. Bolehlah saya singgah jika ke Perak, terliur pulak tengok roti banyak2 tu hehe

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.