Pendidikan 

Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional

Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding bahu dalam usaha mempersembahkan bakat baru memainkan peralatan muzik dan tarian Melayu Tradisional.
Persembahan dan pertandingan telah berlangsung di Dewan pelbagai guna kampus, setelah beberapa bulan para penuntut menjalani latihan bersama jurulatih dalaman dan luar. Ia merupakan sebahagian mata pelajaran Pengajian Umum bagi syarat kelayakan pra-universiti yang telah ditetapkan kepada semua universiti swasta di Malaysia.
INTI University Nilai,
Persembahan dan pertandingan alat muzik serta tarian Melayu Tradisional ini telah disertai seramai 360 pelajar tempatan yang sedang menjalani jurusan Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, serta 100 pelajar antarabangsa yang sedang menjalani jurusan Pengajian Malaysia.
Kesemua peserta telah mempamerkan persembahan penuh semangat dan kreativiti kepada ahli fakulti, keluarga dan rakan-rakan dalam usaha mengetengahkan bakat kemahiran tersendiri agar beroleh kejuaraan dalam kategori persembahan masing-masing.
INTI University Nilai,
Kategori yang dipertandingkan adalah Gamelan dan Angklung, Cak Lempong dan Kompang serta tarian Melayu Tradisional. Antara lagu tradisional yang dimainkan adalah Perang Salinan dan Love Me Tender dari Elvis Priestley menggunakan Angklung.
Persembahan tarian tradisional diiringi lagu Sebarkan Ke Seantero Dunia, tarian Joget dengan lagu Burung Tiong serta 2 lagu rakyat Lenggang Kangkung dan Tepuk Amai-amai.
Para pemenang telah dianugerahkan hamper yang mengandungi produk Agromas yang ditaja oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), bernilai antara RM50 hingga RM100.

Related posts

13 Thoughts to “Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional”

  1. Asalam KK, tahniah..begitu hebat blog KK, memaparkan infor sebegini, nampak antarabangsa tinggi mutunya santero Dunia..Bagi Etuza paparan blog sebegini nampak sangat bernilai dan mahal kualitinya.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Alhamdulillah, terima kash cikgu Etuza. Mudah2an memberi manfaat buat pembaca semuanya.

  2. Ini merupakan salah satu langkah memartabatkan alat muzik dan lagu-lagu tradisional di zaman moden.Menghidupkan rasa sayang dalam jiwa anak muda berkaitan tradisional ini tidak mudah kerana ada kesenian yang perlu dijaga.

  3. Tahniah siswasiswi INTI berjaya memertabatkan seni muzik tradisi dgn persembahan bergaya

  4. Tahniah kepada menjyakan… Program2 mcm ni sgt bagus . Ia memertabatkan adat tradisi kita

  5. dah pandai menari pasni kenalah belajar alat muzik tradisional pulak 😉

  6. Bagus juga ada syarat kelayakan macam ni. Sekaligus dapat memartabatkan alat muzik dan kesenian Melayu yang semakin hilang di telan arus kemodenan.

  7. Bagus juga jika pelajar diperkenalkan kepada pelajar seni tradisional ini.

    apa yang saya pernah dengar, sekiranya dendak menjatuhkan sesuatu bangsa hapuskan sejarahnya.

    Alatan tradisional ini saya yakin ramai remaja hari ini tidak kenal…

  8. Muzik melayu mempunyai alat-alat muzik dan persembahan yang amat unik yang penuh dengan budaya. Kita perlu kekal dan kembangkan budaya yang bernilai ini.

  9. AvatarZumal

    Program yang hebat dan terbaik buat pelapis muda

  10. AvatarMuhammad Khairuddin Lim Bin Abdullah

    Tahniah

Leave a Comment

CommentLuv badge