Kesenian sebagai medium dakwah islamMotivasi 

Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah

Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah – Siapa yang tidak menyukai seni dan kesenian? Sama
ada seni lukis, seni suara, seni lakon termasuk seni penulisan kreatif. Seni dan kesenian membuatkan dunia ini subur dengan kehidupan yang meriah dan menceriakan.
Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah

Seni Membentuk Keperibadian Insan

Melalui pemerhatian, seni adalah elemen penting dalam kehidupan. Secara umumnya ia menggambarkan sesuatu keperihatinan, kehalusan dan keindahan. Ada yang dapat membentuk kelembutan akhlah serta menjauhi sifat kasar dan ada juga yang mengarah kepada sebaliknya. Seni dan kesenian dapat membentuk keperibadian insan.
Islam tidak pernah menolak seni seandainya ia bersesuaian dengan fitrah dan bertepatan dengan syarak. Ia bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi ia adalah keperluan bagi setiap manusia normal yang mempunyai citarasa. Sebagaimana keperluan tubuh kita terhadap makanan dan minuman, begitu juga keperluan seni kepada jiwa. Namun, jika makan dan minum boleh membahayakan kesihatan, seni juga mampu membahayakan jiwa dan pemikiran sekiranya tidak menepati tatacaranya.
Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah

Menyuburkan Wadah Kesenian Ummah

Seni yang sesuai dengan Islam seharusnya dipergiat sebagai alternatif kepada seni yang melalaikan serta berbaur maksiat. Semua bidang seni mampu menyumbang kepada pembentukan nilai murni serta mengajak peminatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Malah seni juga dapat berperanan sebagai penguat kepada perpaduan dan persaudaraan. Catatan Ibnu Sina ada mengatakan bahawa seni itu pengubat terapi diri. Seni yang dilakukan secara berkumpulan dapat mendidik ahlinya melakukan kerja berpasukan dan cara kerja yang berdisplin.
Aku berpendapat, Islam sememangnya mempunyai gaya terapi tersendiri dan salah satunya melalui bidang kesenian. Ia melatih peminatnya berfikir akan maksud disebalik lukisan, lirik dan nada lagu, lakonan termasuk penulisan-penulisan kesusasteraan. Kesemua itu mempunyai sentuhan rasa yang dapat melahirkan peringatan, kesyukuran, ketenangan dan keasyikan yang dapat menyampai kepada Maha Pencipta. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa, Al Quran juga menggunakan bentuk penceritaan dengan bahasa yang tinggi dan sebaiknya dibaca dengan alunan suara yang merdu mengikut hukum, tartil dan tajwid yang betul.
Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah
Seni Sebagai Antidot Penyakit Sosial
Marilah kita renungkan betapa indahnya seni anugerah Allah swt melalui minda dan bakat manusia. Marilah bersama kita hargai seni yang mampu membawa kepada dakwah Islamiah. Seni yang tidak melalaikan tanpa mengira bentuk seni asalkan perlaksanaan dan persembahannya tidak bertentangan dengan syarak. Kesenian yang sentiasa menjaga akhlak serta bersesuaian dengan tarikan jiwa insan dalam arus kemodenan.
Apa yang penting, seni itu tidak melalaikan dan mampu menjauhi perkara syirik, mungkar dan yang bertentangan dengan akidah. Kesenian yang bukan didasari untuk bermegah tetapi disampaikan dengan niat untuk menyeru umat manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran… in shaa Allah.
Salam Hormat, Salam Berkat.

Related posts

46 Thoughts to “Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah”

  1. Terima kasih atas perkongsian, mama blogwalking sini.

  2. Sejak azali lagi kita telah didedahkan dan dianugerahkan dengan seni dan bakat…
    Tak kira dari aspek mana …cuma cara dan pembawakkan nya hendaklah selaras dengan batas2 …terutama bagi kita umat islam…

    wallahu'alam…

  3. seni ini indahkan bro khir, memng boleh dijadikn salah satu medium berdakwah dan terapi..
    πŸ™‚

  4. seni memang unik.memang bermanfaat..lya menabung cne πŸ™‚

  5. islam itu penuh dgn kesenian…..indah segalanya…

    1. menabung lactacyd untuk En.Khir…salam khamis

  6. Berdakwah menggunakan seni mudah untuk mendekati orang bukan Islam…

  7. salam rabu abng khir..jemput datang ke aswara 31 mei dan 1 jun, ada pementasan teater eksperimen. ija jemput ni. jemputan khas. di aswara, black box. 8.30 malam.

    1. Wah.. alhamdulillah… nmpaknya masa mcm suntuk.. in shaa Allah akan diusahakan.. T kasih atas jemputan tu.. amat2 sy hargai… πŸ™‚ πŸ™‚

  8. salam khamis…hihihi..sampai lupa tarikh

    1. Salam Khamis juga.. πŸ˜€

  9. dulu.. sy anti lagu nasyid.. sbb lagu yg slow n mcm x bermaya…
    tp bila lagu nasyid diperbaharui.. lebih rancak n bertenaga,,
    barulah berjaya mencuri hati sy..
    bak kata lagu raihan "berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah.."

  10. Betul tu bro khir..seni itu indah dan boleh dijadikan sebagai santapan rohani tapi jangan sampai khayal dan lalai… Seni tu jugak dapat membentuk dan sebagai terapi jiwa seseorang insan…seni juga boleh menjadikan seseorang itu teliti dalam melakukan sesuatu kerja… pengkongsian yang baik bro… πŸ˜€

  11. kesenian salah satu cara menarik minat org skrg untuk mendekati Agama tapi setiap satu yang kita kerjakan ada batas2 yang perlu kita pegang supaya ia masih berada di landasan yang betul

  12. ya , seni itu indah . malah seni adalah medium yg paling digemari generasi y asalkan ianya tidak melalaikan dan melanggar kehendak syarak . 2x lactactyd

  13. Bersederhana adalah yg terbaik..tak salah berseni selagi tak tersasar.. Tepuk dada tanya iman. Thanks for sharing tuan..

  14. Seni sebenarnya merupakan satu cabang yang luas…ia mampu mengpegaruhi masyarakat sama ada dari sudut negetif ataupun positif…menabung electrolux sini…

    Regards,
    -Strider-

  15. Salah satu dakwah melalui seni.. emmm mungkin golongan muda akan tertarik

  16. dalam tu boleh dilakukan dalam banyak cara ..kreatif itu perlu πŸ™‚

  17. cara terbaik untuk menarik remaja ke arah yang lebih sihat..seni khat sangat cantik kalam Allah..

  18. biasa dengan senilah kita boleh menarik minat seseorang
    kalau ianya tak bertentangan dengan syariat, teruskan sahajalah
    betul dak? =)

  19. sesuatu yg bermanfaat harus diteruskan…

  20. Seni Sebagai "Antidot" Penyakit Sosial. Antidot ni apa khir?

    Nway seni ni kalau dijadikan medium dakwah sebenarnya kita rasa lebih mudah coz "hiburan" lebih senang untuk di absorb berbanding hardcore ceramah.

    1. Antidot tu adalah penawar atau pengubat.. saja tulis perkataan yg berseni sikit hehee.. thanks Raudzah.. πŸ˜€

    2. baru nak tanya …raudzah dah tanya…antidot…hehehehe

  21. Tidak dinafikan sekarang ini seni dan hiburan menjadi pilihan dan diminati ramai. Cara berdakwah juga perlu mengikut perkembangan semasa jika tidak ianya tidak akan diendahkan. Penulisan jiga satu cabang kesenian dan ianya dekat dengan kita sebagai seorang blogger. Oleh itu berblogging sambil berdakwah boleh kita lakukan….seperti yang anda lakukan ini. Good article! πŸ™‚

    1. Sedekah dihari jumaat… πŸ™‚

  22. seni yg membawa kebaikan..huhu

  23. Seni itu adalah fikrah manusia dalam meniru perkara sekelilingnya. Alam ciptaan Allah SWT adalah amat indah dan manusia menghargainya melalui medium seni sebagai salah satu cara luahan dan cetusan dari hati nurani.

  24. saya suka tengok seni tulisan khat… sangat cantik….. πŸ™‚

  25. ayat baru "antidot"..
    thanks info yg menarik dan berseni..

  26. AvatarAnonymous

    hmm..tangan harus berseni,apatahlagi untuk menghasilkan karya khat sebegini..

  27. Salam Jumaat Khir…

    Anak muda nie kalau dia nak buat apa aktiviti pun.. biarkan saja… jangan di halang/tegur selagi ianya tidak melangkaui batas2 agama dan kemanusiaan sokong saja… πŸ™‚

  28. Seni kebanyakan masa mmng sentiasa indah utk dihayati. Dakwah yg berseni juga halus memujuk jiwa hingga akhirnya insan itu bisa jatuh cinta pd agama. Salam jumaat Khir.

  29. wahhh
    qila pun rasa mcm nak nyanyi nasyid uncle khir ekeke πŸ˜€
    tapi seriously, patut jadi dakwah!!! πŸ˜€

  30. Berdakwah boleh disampaikan dengan lebih berkesan melalui seni..

  31. Berdakwah byk cabang dan kaedahnya…

  32. mereka ni semua kreatif dan berseni.. kena teruskan..

  33. Seni dan generasi muda berpisah tiada. Apa yg diharapkan agar apa jua landasan seni yg dipraktikkan dlm kehidupan, bisa membawa generasi muda kita ke jalan yg diredhai Allah insyaAllah.

    Terima kasih atas perkongsian ini abg khir :))

  34. Oooo… pernah tengok band AlFarabi tu main live… 2 kali…

    best best!

  35. Islam adalah agama yang sempurna tetapi mudah. Walaupun ia membenarkan seni, tetapi kita juga tidak boleh berlebih-lebihan. Sayapun suka seni!!

Leave a Comment

CommentLuv badge