Perunding Pemasaran Malaysia, Khir Khalid,

Kerjasama Modul Kesedaran Modal Insan Usahawan – Tahun ini sudah mula menampakkan beberapa amanah yang perlu dilaksanakan. Salah satu adalah memperkasa input realiti keusahawanan melalui kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebahagian intipati rujukan modul dan program kepada para usahawan generasi kini.

Alhamdulillah, ada beberapa pengalaman kerjaya yang terkait dengan SSM telah diberi perhatian untuk dijadikan input rujukan keusahawanan. Antaranya berkaitan penerbitan saham terbitan, status pensyarikatan dan directorship serta cabaran krisis pengurusan dan sosioekonomi yang berkaitan.

Perunding Pembangunan Insan, Khir Khalid,

Pemerkasaan Input Kesedaran Modal Insan Usahawan

Bagi pembaca yang mengenali terutama yang pernah sama-sama dalam sektor korporat pasti tahu realiti yang pernah saya hadapi. Kesan kealpaan pemfailan teknikal dikalangan lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi dalam urus selia penerbitan saham preferen syarikat kepada SSM telah memberi impak yang mendalam dalam percaturan kerjaya dan kehidupan ini.

Ia secara keseluruhan mengambil masa lebih dari 10 tahun untuk saya memulihkan kembali situasi kerjaya dan kehidupan dengan cara sendiri. Berkat doa serta sokongan keluarga, saudara dan sahabat serta pihak-pihak yang mempercayai, termasuk pihak SSM, akhirnya satu persatu dapat dileraikan.

Salah satu adalah berkaitan penerbitan saham preferen syarikat. Semasa krisis, usia saya baru mencecah 25 tahun dan menyandang Head of Marketing berdasarkan beberapa portfolio syarikat kumpulan yang berjaya direalisasikan. Saya paling muda berbanding B.O.D dan pengurusan lain dengan beza jarak usia paling dekat 15 tahun. Walaupun itu bukan faktor utama, tetapi ia turut memberi pengajaran dan mengubah persepsi diri.

Ada dikalangan kami yang berusaha memulihkan situasi, namun ada juga yang terus menjalankan urusan perniagaan sedia ada lain seperti tiada perkara serius berlaku. Bila perselisihan faham mula kritikal, perkara pun jadi bertambah rumit… super complicated… hingga berakar memberi kesan kepada perkara-perkara dan pihak-pihak lain.

Sektor Korporat Malaysia

Penerbitan Saham Preferen (Preferred Stock)

Peristiwa ini telah membawa kepada siasatan kes dan perundangan. Saya tidak terkecuali melalui proses siasatan terperinci hingga buat saya tidak lena tidur malam untuk beberapa bulan. Syukurlah atas keperihatinan SSM, saya digugurkan kes kerana bukan punca pelanggaran akta ini berlaku.

Sungguh pun begitu, dari situ sahaja saya terpaksa terima hakikat kehilangan sebahagian kepentingan modal sendiri bernilai lebih RM300,000 bagi tujuan membangunkan sebahagian entiti berhad ini, kesan daripada kealpaan teknikal, perselisihan dan pergolakan dalaman.

Saham preferen syarikat tersebut mula diterbitkan dengan nilai RM10 juta keseluruhan sebelum lembaga pengurusan merangka meningkatkan lagi penilaian modal bagi merealisasikan pengapungan syarikat kepada status awam apabila sampai tempoh masa selayaknya.

Pengisian terperinci sedang disiapkan dan akan update status ini setelah diarkibkan. Boleh dapatkan pencerahan realiti dari saya melalui perbincangan intervensi mengikut aturan pekeliling WP1.8 bagi sektor kerajaan dan yang terkait.

Semoga segalanya terus dipermudahkan serta memberi nilai tambah yang bermanfaat dalam pemerkasaan pembangunan insan.

Baca lagi ekspresi terdahulu:

Kisah Aku Dan Keusahawanan Sosial

8 Thoughts to “Kerjasama Modul Kesedaran Modal Insan Usahawan”

  1. AvatarMarzuki Rmn

    Bagus pengisian spt ini sbb ada perkara yg tak dpt dikupas dari segi teori shj, kena ada reality kes study utk rujukan usahawan dan para pengurusan korporat juga. Semoga lancar segalanya, amiin.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      In shaa Allah, terima kasih tuan.. begitulah harapannya, mudah2an.. aamiin.

  2. apa yg menyebabkan masalah tu berlanjutan smpi 10 thn? sbb hal2 perundangan?

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Yup Anies.. isu ni membawa kpd hal2 lain spt masalah antara bod hingga terkait dgn pelabur dan bank negara juga. Waktu saya dah involve kerja2 lain, hal ni tak habis lagi.. tp skrng semua dah berlalu.

  3. sekarang ni undang2 semakin ketat kan tuan. saban tahun ada je update yang kita kena amik tahu. lagi2 bila berjawatan di sesebuah syarikat. tp masih ramai
    yanh tak amik pusing. alhamdulillah kes tuan akhrnya selesai.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu Ana, especially bila melibatkan pihak lain, tenaga kerja dan dana, mmg tak boleh ambil mudah. Perundangan bila dah terbelit dan melibatkan banyak pihak mmg ambil masa nak selesai.. alhamdulillah, moga ia jadi pengisian yg baik utk rujukan realiti kini dan masa hadapan, in shaa Allah.

  4. Moga kesilapan jadi iktibar walau mahal harganya ygperlu dibyr….semakin sukses hendaknya

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Mmg mahal.. sbb tu isu ni bukan main2, bukan boleh nak cakap2 hebat shj tp bila hangus 10 ribu pun dah gigil. Terima kasih kak, juga kpd ssm atas perhatian sbg kesedaran, pencegahan dlm rujukan realiti keusahawanan, in shaa Allah.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.