Kepercayaan Itu Satu AnugerahMotivasi 

Kepercayaan Itu Satu Anugerah

Kepercayaan Itu Satu Anugerah – Kepercayaan adalah tunggak keharmonian kehidupan manusia di muka bumi ini. Kepercayaan kekasih terhadap pasangannya, ibu bapa terhadap anak-anaknya, masyarakat terhadap pemimpinnya, insan terhadap insan yang lain dan sebagainya.
Kepercayaan adalah peluang dan tanggungjawab untuk kita maju didalam kerjaya mahupun kehidupan sesama insan demi mencapai matlamat untuk kebaikan bersama. Apabila kepercayaan ini dipersenda atau dikhianati, pasti akan berlaku pelbagai musibah… tertipu atau ditipu, menganiaya atau teraniaya, dendam dan juga kebencian… pasti ada yang terguris hatinya, musnah harapannya.

Bercerita tentang kepercayaan

Saya berpeluang berkongsi pandangan tulus dari insan yang saya hormati, yang telah bertahun-tahun menyumbang bakti dalam aspek koreksional pemulihan insan. Sememangnya ada insan-insan yang melanggar batas kepercayaan dari pelbagai sudut kehidupan. Ada juga yang sewaktu melakukan kesalahan, tidak menyedari akan kesan yang akan mereka tanggung dan menerima hukuman di dunia mengikut bahagian masing-masing. Ada yang bertaubat, menginsafi dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang lalu… berusaha berubah dan mengharapkan “peluang kedua”.

Tembok Penjara Kajang, Jabatan Penjara Malaysia
KEPERCAYAAN…
Tembok penjara menjadi memisahkan antara dunia kita dan mereka.
Sungguhpun begitu, ada juga diantaranya yang sengaja memperlekehkan kepercayaan yang diperolehi diatas nama “peluang kedua” ini. Mengkhianati kepercayaan tanpa memikirkan usaha penat lelah insan-insan lain yang bersusah payah membantu diatas nama kasih, cinta dan sayang. Ada diantara mereka yang sanggup mengulangi kesalahan lalu. Tidak langsung peduli untuk memulangkan kembali kepercayaan itu sama ada kepada ibu bapa, keluarga, isteri, kekasih, sahabat atau sesiapa jua insan yang sanggup memberikan, sebagai satu tanda ikhlas penghargaan sepenuh keinsafan.
Tidak kurang juga, ada yang semudahnya mengharapkan lebih tanpa berusaha membuktikan bahawa mereka sesungguhnya boleh dipercayai. Dengan keegoan bisikan syaitan, menunggu kepercayaan dan peluang itu sekadar datang bergolek dengan angkuh dan sombong… Perkara-perkara sebegini mungkin juga banyak berlaku dikalangan kita atas nama kecurangan… sama ada dalam percintaan, persahabatan, kekeluarga dan dalam pelbagai rencah kehidupan.

Ingatlah… tanpa kepercayaan tidak akan ada kehidupan

Turunnya nabi Adam a.s kebumi disebabkan melanggar kepercayan amanat yang diberi. Kepercayaan adalah anugerah yang Allah kurniakan kepada kita, menembusi ruang akal, hati dan jiwa… terbit melalui perasaan dan firasat antara insan kepada insan yang lain. Jangan sesekali kita mempersenda atau mengkhianati setiap kepercayaan baik yang diberikan di dunia ini kerana peluang kedua hanya hadir diatas ihsan kemaafan dan bukannya satu keistimewaan.

Kepercayaan itu satu anugerah

Kepercayaan itu keimanan

Menghargai kepercayaan yang diperolehi diatas tujuan kebaikan adalah ibadah yang mampu menjemput keberkatan dan memudahkan kehidupan kita di dunia walau apa jua rintangan yang melanda. Tidak akan ada lagi “peluang kedua” di alam kubur mahupun di akhirat kelak… wallahualam. Menjadi peringatan buat diri sendiri juga…

Di sini ingin juga aku bertanya pendapat dari sahabat pembaca sekelian, perlukah sebenarnya “peluang kedua” itu wujud di dunia ini?…

Related posts

36 Thoughts to “Kepercayaan Itu Satu Anugerah”

  1. Salam Isnin Khir. Semua orang pernah melakukan kesalahan, Peluang kedua adalah masa yang terbaik untuk memperbaiki diri. Cuma kadang-kadang ada manusia yang mensia-siakan peluang yang diberi dan akhirnya kemabali melakukan kesalahan yang sama. Yang penting sesiapa sahaja yang diberi peluang perlu benar-benar ikhlas untuk berubah…

  2. Rebutlah peluang kedua dengan sebaik-baik mungkin…Amin, insyallah.

  3. kita selalu sangat diberikan peluang..dan banyak juga yang tekah kita sia-sia kan..

  4. Selagi nyawa dikandung badan, peluang kedua sentiasa menjenguk kita. Kita saja yang perlu mengambil dan menggunakan ia sebaik2nya. Allah tidak suka dengan hambaNya yang berputus asa. Maka, rebutlah kesempatan yang ada ….. semoga peluang kedua ini dapat memimpin kita ke jalan yang baik untuk kita di dunia dan di akhirat. Wallahualam….

  5. pada pandangan aiza, sebagai seorang manusia biasa pasti kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam hidup ini.. jadi wajarlah diberikan peluang kedua.. apa yang penting gunakanlah peluang kedua itu dengan sebaik-baiknya..
    namun apa yang aiza perhatikan dalam realiti kehidupan kita, contohnya jika seorang penagih dadah telah ditangkap dan dimasukkan ke pusat serenti untuk pemulihan.. hasil dari pemulihan itu tentunya dia telah insaf, tapi apabila dia keluar saja keluarga dan masyarakat seolah-olah tidak mahu memberikan peluang kedua kepada dia.. dia akan dipulaukan seumur hidup walaupun terbukti telah insaf dan berubah menjadi baik.. yang akhirnya dia akan terjebak kembali ke kancah dadah.. begitulah mentaliti kebanyakan orang dalam masyarakat kita terhadap mereka..
    menabung inti&sony.. 😀

  6. Salam Khir…terima kasih di atas perkongsian ini…bagi Izan peluang kedua perlu ada dalam kehidupan di dunia ini, supaya kita bangkit menjadi insan yang lebih baik…kita yang memberi peluang kedua pada seseorang insan itu perlu sama membimbingnya, jangan dibiarkan insan itu tercari cari hala tujunya sendiri kerana kelak dia akan leka & kembali melakukan kesalahan yang lain atau mungkin juga kesalahan yang sama…
    kita nak sangat orang yang di beri peluang kedua itu ikhlas untuk berubah…adakah kita juga benar benar ikhlas memberi peluang kedua itu padanya…
    lumrah manusia yang mudah menghukum manusia lain…sedangkan kita sering terlupa bahawa Allah itu maha mengetahui segala galanya…

    Maaf jika ada yang tidak senang dengan komen Izan…ini adalah berdasar pemerhatian Izan sendiri serta pengalaman yang pernah dilalui…
    *PEACE*
    =)

  7. memang kita patut diberi dan memberi peluang kedua…kerana sesungguhnya tiada insan yg sempurna…. have a nice day….

  8. assalamualaikum..khir 🙂

    kepercayaan elemen penting dlm kehidupan..memang dititik beratkn dlm agama juga disebut sbg amanah.

  9. tiada manusia yang sempurna..mungkin setelah peluang diberi bbrp kali baru berubah..

  10. peluang kedua yang diberikan sepatutnya digunakan dengan sebaiknya kerana payah untuk menyakinkan orang untuk memberi peluang ketiga dan seterusnya..:)

  11. Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Jika kita diberi peluang kedua, maka kita gunakan lah dengan sebaik mungkin dan janganlah kita sia-sia kan peluang itu….

  12. mcm orang kata jgk lah kn, sekali hilang kepercayaan tu susah dh nak dapatkan balik. 🙂

  13. peluang kedua tu perlu.. tapi ramai yang salah gunakan peluang yang ada..

  14. kite bkn la manusia yg sempurna,
    setiap org ada melakukan kesilapan..bila dpt peluang kedua guna la sebaik2 yg mungkin…

  15. Peluang ke 2 tak selalu hadir…Maka rebutlah ia andai diberi hidayah untuk berubah…

  16. bak selagi mana ada peluang kedua, selagi itu ada harapan..

  17. peluang kedua tu memang ada, cuma bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengubahnya.. itupun kalau masih diberi pelung kedua..

  18. Dalam hdup kita memang kita tak lari dari buat kesalahan dan kesilapan dari sekecil zarah hingga sebesarnya.. dan setiap manusia seharusnya di beri peluang untuk sentiasa membaiki diri..sedangkan Allah sentiasa memberi peluang pada kita walaupun berkali-kali kita buat kesilapan… inikan kita manusia

  19. salam bro khir..
    bagi saya peluang kedua sekiranya..diberikan..
    haruslah digunakan sebaiknya..
    jangan persiakan2 pluang yg diberi 🙂
    jgn meragut kpercayaan yg dibei buat kali kedua

  20. bg yumida, semua org mudah leka, mudah tergoda n sering melakukan kesalahan
    peluang ke-2 wajar diberikan..dri pengalaman pertama akan menyemai sikap menghargai sesuatu peluang
    namun x semua org blh berfikir sebegitu
    ada yg sambil lewa..
    hmm bila membabitkan kepercayaan..sekali tercalar, akan diingati sampai selamanya..
    eh tetibe terpanjang..mcm buat sinopsis novel..hikhik

  21. semestinya perlu.. kita adalah manusia biasa yang Allah mmg ciptakan untuk melakukan kesilapan… tp jgn jadikan itu satu alasan untuk sentiasa melakukan kesilapan.. kita kene perbaiki diri & bertaubat… peluang kedua drpd Allah yg paling penting.. sbb x semua manusia ada hati yg baik untk bg peluang kedua kpd seseorang… 🙂

  22. sokong sangat2 En.khir…..Kepercayaan itu mampu menjadi air yang menyuburkan hati yang sering gersang.Kepercayaan ialah satu elemant yang sangat diperlukan.Jadi bajalah kehidupan kita kita kepercayaan inshaaAllah bakal turun kedalam hati..:)

  23. Allah Maha Pengampun.. tiada pernah putus peluang yang diberikan.. Percayakan Allah,InsyaAllah..

  24. kalau kepercayaan itu d main2kan memang tdk leh nak terima…tapi memang patut lah d berikan peluang kalau kepercayaan itu d mainkan….

  25. betul tu.. sekali kalau orang tak percayakan kita.. smpai bila2 orang tak dpt terima kita..

  26. kepercayaan itu umpama kertas, sekali direnyuk pasti sukar untuk kembali ke bentuk asal. Bagi saya mungkin kadang2 memberi peluang ke-2 itu tak salah. Tapi jika peluang ke-2 itu dikhianati kembali, mungkin perlu berfikir sedalam-dalamnya untuk memberi peluang ke-3, ke-4 dan seterusnya.. bagaimana pun cuba lah hargai peluang pertama kerana tak semua org akan dapat merasai peluang ke-2.. 🙂

  27. Boleh terima kepercayaan sebagai satu anugerah – tapi lebih tepat lagi ia sebenarnya satu penghargaan. 🙂

  28. Kepercayaan mengambil masa yang lama untuk terbina tapi mengambil masa hanya beberapa saat untuk dimusnahkan. Jadi sekali orang dah percaya, cubalah dihargai. Perkongsian yang bagus ni Khir.

  29. kepercayaan itu bukan satu benda yang mudah untuk didapati..tapi sekali dah dapat jangan cuba untuk berkrompomi kerana sekali ia hilang, sukar untuk kita mendapatkanya balik..

    Regards,
    -Strider-

  30. AvatarAnonymous

    tengok pada tempatnya juga khir..memberi dan diberi peluang itu kena sesuai pada masanya..

  31. Perlu peluang kedua..tpi pasti kita akn lebih berhati2 kn lpas tu…

  32. If you've been given a 2nd chance, it means that people still have faith and trust in u. Use it wisely because if u fail again, your world will be dark for the rest of your life. My 2 cents…

  33. Jika ada peluang pertama mengapa kita harus persiapaknnya. Untuk peluang kedua untuk orang yang benar-benar insaf dan taubatnya sungguh-sungguh untuk berubah. Jika tidak, berilah seberapa banyak peluang pun, langsung tiada nilainya.

  34. gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge