Kenapa Content Marketing Penting Untuk Laman Web

Kenapa Content Marketing Penting Untuk Laman Web – Sudah menjadi lumrah bagi setiap individu yang berhasrat memperkasa kerjaya atau perniagaan melalui potensi pasaran digital memerlukan platform online bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Sama ada mendaftar akaun media sosial sebagai lapangan ‘sales funnel’, mendaftar laman blog untuk ruangan menulis atau membangunkan laman web yang lengkap, kesemuanya memerlukan pengisian agar hasrat yang disasarkan tercapai.

Maka, saya terpanggil berkongsi secara ringkas maksud pengisian yang dinamakan sebagai pemasaran kandungan (content marketing) dalam membantu menyokong kredibiliti kerjaya melalui laman web dan sales funnel anda.

Kenapa content marketing penting untuk laman web

Kenapa Content Marketing Penting

Kebanyakkan kita pasti meluangkan masa melayari internet. Sama ada media sosial atau mencari maklumat melalui enjin carian, kita sentiasa disajikan pelbagai maklumat dengan pantas dan mudah.

Kini masyarakat juga semakin bijak menilai apabila sering diperingatkan agar sentiasa memastikan kesahihan sesuatu maklumat. Selain maklumat yang ‘entah apa-apa’, kita juga adakala terganggu dengan iklan ‘hard sell’, malah ada yang menjengkelkan.

Apa jua alasan, iklan tetap iklan dan promosi tetap promosi. Atas faktor tersebut, content marketing telah menjadi antara kaedah pemasaran digital pilihan terbaik masa kini. Ia bukan sahaja terbukti meraih jualan tetapi mampu memberi manfaat ramai.

Justeru, kenapa content marketing itu penting?

Berdasarkan Content Marketing Institute, ia diertikan sebagai;

A strategic marketing approach focused on creating and distributing valuable, relevant and consistent content to attract and retain a clearly-defined audience – and, ultimately, to drive profitable customer action.”

Secara jelas, content marketing bukan bertujuan beriklan atau mempromosi jenama, tetapi merupakan strategi jangka panjang yang memfokuskan dalam membina hubungan erat dengan audien sasaran melalui kandungan berkualiti secara konsisten.

Melalui content marketing yang konsisten dapat membantu meningkatkan kepercayaaan, membina reputasi dan kredibiliti pasaran yang membantu ‘conversions’. Malah juga membantu membina ‘loyalty’ (pelanggan setia) terhadap anda walaupun terdapat pilihan pesaing dalam industri yang sama.

Ini kerana, informasi yang anda kongsikan memberi manfaat dan membuatkan mereka percaya kepada anda. Selain itu, ia juga membantu membina ‘authority pasaran’ sebagai pihak yang layak dalam industri yang diceburi secara strategik.

Screenshoot di bawah menjelaskan lagi secara mudah;

Membina Content Marketing Untuk Laman Web

Membina content marketing untuk laman web adalah memanfaatkan bahagian blog dengan pengisian artikel ‘storytelling’ berinformatif selaras dengan niche perniagaan.

Sebagai contoh, sekiranya anda terlibat dalam takaful dan membangunkan laman web sebagai komitmen kerjaya, pengisian blog anda tidak hanya menjurus mempromosi takaful semata-mata, sebaliknya berkongsi pelbagai informasi terkait bagaimana ia dapat membantu kehidupan yang lebih baik.

Ia boleh dikaitkan dengan pelbagai tips, panduan dan realiti yang boleh dijadikan rujukan berguna kepada prospek dan pelanggan anda dalam konteks pasaran anda.

Artikel tersebut juga boleh dikongsikan di pelbagai platform media sosial, malah turut menarik pengunjung organik enjin carian bagi menggantikan kos beriklan dengan informasi berguna untuk manfaat jangka panjang.

Content marketing ibarat kita berkongsi ilmu dalam fokus yang diceburi sebagai komitmen membina kepercayaan pelanggan dengan hubungan akrab dan berpanjangan.

Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan

12 Thoughts to “Kenapa Content Marketing Penting Untuk Laman Web”

  1. Strategi pemasaran digital patut dimanfaatkan n memang terkini

    1. Moga ia membantu memberi nilai tambah dlm mencapai apa jua hasrat melalui potensi digital, in shaa Allah

  2. Content marketing ni macam kita iklankan produk kita menlalui penulisan yang mana semua diterangkan secara lengkap dan berterusan.

    1. Ya PC.. perkara yg diterangkan sbg storytelling dlm artikel2 blog yg selaras dgn niche sesebuah website secara berterusan

  3. penuh beriformasi dan saya enjoy membaccanya
    mrhanafi recently posted…Rumah adalah maruah seorang suamiMy Profile

    1. Terima kasih tuan, mudah2an ada manfaatnya, in shaa Alllah

  4. tak sangka saya baca entri ni dari awal sampai habis…perkongsian bermanfaat yang disampaikan dengan menarik dan mudah difahami oleh sesiapapun, tak kira peringkat umur mahupun daya fikir, itu kuncinya kan…terima kasih, insya’Allah mahu cuba mencari pembaca yang konsisten di blog sendiri juga.

    1. Terima kasih kerana sudi membaca, mudah2an ada manfaatnya utk kebaikan semua, in shaa Allah.

  5. website dah bagus tapi satu perkara… jangan laa COPY idea orang… kalau terdesak sangat, berilah kreadit / minta izin…

    1. Setuju tu Anies… bukan shj tak beretika, klu dpt bisnes hasil dari idea copy paste tanpa izin tu serupa makan hasil mencuri juga

  6. Antara strategi pemasaran yang penting di zaman teknologi…
    Penulisan yang baik akan memberi kesan di hati pembaca..

    1. Betul tu.. penulisan yg baik bukan untuk enjin carian, tp lebih penting utk pembaca yg tertarik utk jadi pelanggan dan membina hubungan yg long term.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.