Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
 
Kenangan Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2 – Sambutan Hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2, Rawang, Selangor telah diadakan pada Sabtu (18/10/2014). Ia melibatkan penyertaan 3 orang anak saya yang bersekolah di sini. Maka, kami sekeluarga kecuali anak sulung yang berada di asrama, telah hadir menyokong aktiviti sukan tahunan ini.
 
Acara bermula jam 8 pagi yang menyaksikan kehadiran ramai termasuk guru, ibu bapa dan ahli keluarga pelajar SK Tasik Puteri 2. Namun, disebabkan beberapa perkara yang perlu saya lakukan pada awal pagi, Puan Mem telah pergi terlebih dahulu membawa anak-anak dengan kereta. Lagipun jarak sekolah tidak jauh dari rumah dan saya datang sekitar jam 9 pagi dengan berjalan kaki.
 
Hujan lebat yang melanda pada malam sebelumnya telah melecakkan seluruh padang. Namun ia tidak menjadi penghalang kemeriahan acara sukan tahunan ini. Malah, kelecakkan padang menjadi satu keriangan terutama kepada pelajar yang hadir. Biasalah… zaman sekolah dahulu pun paling seronok bila padang lecak… lagi seronok bersukan. Sambil bersukan, sambil bermain lecak hehee…
 
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
 

Kenangan Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2

 
Saya sempat merakamkan beberapa gambar kenangan sukan tahunan SK Tasik Puteri 2 berlangsung. Oleh kerana banyak waktu dihabiskan dengan berbual bersama yang lain, maka tidak banyak gambar menarik yang dapat dirakamkan. Hanya beberapa gambar dapat dijadikan sebagai kenangan untuk diabadikan di sini.
 
 
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Suasana yang meriah dengan kehadiran ibu bapa, bersantai walaupun panas
 Kenangan Sukan Tahunan
Meja urusetia dan khemah berteduh untuk yang hadir
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Puan Mem dengan anak kedua yang semakin kembang huhu..
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Anak bongsu yang turut menyertai acara sukaneka
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Selfie dengan anak ke 3 pulak.. 😀
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Acara pertandingan tarik tali
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Menerima pingat tempat kedua pertandingan tarik tali
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Bersama member kamcing Puan Mem di Bandar Tasik Puteri
 

Acara Sukan Olahraga Ibu Dan Bapa SK Tasik Puteri 2

 
Acara menjadi bertambah meriah apabila ada acara sukan olahraga yang melibatkan penyertaan ibu bapa dan guru. Kali terakhir saya menyertai olahraga sekolah menengah pun lebih 20 tahun yang lalu. Bila melihat generasi muda beraksi dalam pelbagai acara, sedikit sebanyak ‘mood’ olahraga datang. Maka, sebagai salah seorang bekas atlit sekolah yang hebat, tentunya saya tidak melepaskan peluang menyertai acara 100 meter untuk bapa dan guru. Namun, jarak larian telah dipendekkan kepada 60 meter sahaja. Maklumlah, ramai yang dah pancit bila bergelar bapa… 😀
 
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Fuhh kiri, fuhh kanan… ambil nafas… semangat
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Berlari dengan penuh semangat juang.. mana kaki saya sebelah lagi eh?.. 😀
 Sukan Tahunan, Bandar Tasik Puteri,
Hanya berjaya menduduki tempat ketiga.. ada yang lagi hebat berlari sepantas peluru…
 
Alhamdulillah, acara berakhir sekitar jam 1 tengah hari dengan lancar dan meriah. Walaupun kepenatan, kali ini saya berasa puas dan seronok. Selain menunaikan tanggungjawab bapa dalam menyokong anak-anak untuk aktiviti positif seperti ini, saya juga berpeluang melibatkan diri dalam acara sukan. Ia membuatkan saya terasa muda kembali… teringat kembali zaman kegemilangan alam persekolahan… 😀
 
Akhir kata, syabas kepada SK Tasik Puteri 2 atas penganjuran sebagai kenangan Sukan Tahunan yang meriah buat semua. Semoga terus maju dan berjaya hendaknya… aamiin.
 
 

33 Thoughts to “Kenangan Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2”

  1. Belog Santai

    Merih..teringat zaman sekolah…Acara tahunan macam pesta..masa tu lah nak bakat kan..he..he

  2. Mardiah Diana

    Salam singgah sini KK…wahh…meriahnya hari sukan tahunan SK Tasik Puteri 2…lebih meriah dengan kehadiran ibubapa para pelajar…padang yang lecak tak di peduli dah sebab gembira walaupun terasa penat….

  3. Vee Sandi

    sadis tu bersukan di atas padang yg lecak . kasut basah stokin dan seluar kotor . mem dah sama tinggi dgn bujang tu … heh heh … 2x rhb di sini .

  4. Bertuah anak dapat seorang bapa penyayang macam KK ni..;)

  5. Mengeratkan lagi ukhwah..guru..ibu bapa dan pelajar..

  6. zaman sekolah dulu mesti juara ek abang KK..hehe.nanti email alamat dekat salbiahm85@gmail.com ye. nak hantar ole-ole top commentator

  7. Hehehe seronok tgk bila hari sukan mak ayah pon dapat turut serta bersama anak2 .. Seronok kan dapat luangkan masa bersama camni ..Kita suka anak2 lagi suka…Wah wah wah dapat adiahh la kita nak jugak ..Jelesss…Takpe la tak dapat no 1 pon janji berjaya jugak jadi salah sorang dari yang menang ,..All the best KK..Seronok tgk gambar Puan Mem dan anak2 KK..Salam ukhuwah Foillah utk Puan Mem ya KK

  8. Yumida Huda

    meriah dgn kehadiran org ramai. padang tu nampak becak sikit. teringat masa kecik dulu, time sukan sekolah paling suka, coz dpt byk hadiah

  9. Ayie Abas

    asslamualaikum.

    dah besar tinggi dah anak khir kn..hehe. Untung mereka ada mak ayah mcm khir dan isteri yg turun padang dan ambil bahagian utk support aktiviti anak2.

  10. meriahnya… teringat zaman sekolah duli…

  11. Kegiatan yang paling best semasa sekolah dulu. CP paling sibuk walaupun tak masuk mana-mana acara. Sibuk bantu cikgu je hehe

  12. Bagusnya..ibu bapa tetap komited utk support aktiviti sekolah anak2

  13. Anonymous

    alamak..lecak nyer…sian budak²..habis baju dan kasut kotor..

  14. meriahnyer ! tp best la kk, mmg parent yang sporting 😉

  15. ah..lama tak dengar pasal sukan sekolah..jarang-jarang sekali dapat tengok cikgu pakai seluar track

  16. Meriah yer sesekali ada acara sukan camni… Dulu time zumal sekolah jarang family datang tengok 😉

  17. Ija Rased

    wah seronoknya. teringat zaman sukan sekolah dulu. nice sharing

  18. kesiannya main masa lecak2… tapi budak2 mmg suka lah kan… rindu pula zaman sekolah…

  19. satu keluarga participated tu! seronoklah ye
    bukan sellau dapat peluang gini kan
    bab padang leceh tu, memang betullah
    lagi leceh, lagi seronok dan bersemangat! =)

  20. Lynn Munir

    Memang seronok bersukan sambil main lecak ni…huhhu

  21. becak tu la penambah perisi bla time bersukan ni hehehehe

  22. wah, abang KK pun join juga rupanya.. haha. okay la tu dapat hadiah gak ^^,

    bestnya acara macam ni! dah lama x tengok..

  23. acik idah

    waahhh… cayalah khir… laju sangat lari tu sampai hilang kakiii… kekekeke

  24. acik idah

    setuju sangat… idah zaman sekolah main hoki… ahhhaa… main lecak tu la rasanya heaven… hahaha…

  25. Meriahnyaaa… Dengan Mr. Khir sekali join… heee tahniah Mr. Khir walaupun dpt tempat ketiga 🙂 Rindu pulak zaman kecik2 dulu… Sukan2 macam ni seronok! 🙂

  26. Eshamz Halim

    Aktiviti sekeluarga yang menyeronokkan… dah besar gak anak2 bro khir ni.. dah sama tinggi dengan wife bro.. Tahniah sbb dapat nombor 3 tapi aku tahu bro bagi can jer kat team lain tu kan…kalau tak mesti dah juara dah kan…..ekekekekekeke… 😀

  27. mmg seronok bila dapat join aktiviti begini bersama anak2

  28. Sesekali melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat merehatkan minda tetapi juga dapat menjalinkan ukhuwah sesama peserta kan…

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.