Kenangan Sambutan Hari Penjara ke-206

Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia. Hari ini ingin aku kongsikan serba sedikit
pengalaman sempena Sambutan Hari Penjara ke-206 yang berlangsung pada 1 hingga
3 November yang lalu. Ia merupakan hari-hari yang amat bermakna buat aku.
Seawal jam 4:00 pagi pada 1 November, aku bertolak menikmati perjalanan awal
pagi ke Dataran Sejarah Air Keroh, Melaka.
Sambutan Hari Penjara
Selama 3 hari yang sarat dengan pelbagai acara,
cukup dengan dugaan bahang terik aura panas matahari, hujan dan juga ribut yang
silih berganti… namun ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Sepenuh
penghargaan buat isteri yang turut sudi membantu, juga buat sahabat yang
berbesar hati sudi menumpangkan kami berteduh di kediamannya sepanjang tempoh
sambutan… orang Melaka memang sungguh baik hati.. J

Acara Sambutan Hari Penjara 

Dalam kemeriahan dan kesibukan Hari Penjara dengan pelbagai
acara rasmi, aku juga sibuk dengan usaha aku sendiri. Menjalin ukhwah demi
merialisasikan cita yang terbuku di hati. Inspirasi dari nasihat dan
perkongsian ilmu sahabat-sahabat blogger, sahabat kerjaya dan juga sahabat
aktivis sosial yang lain.
Sambutan Hari Penjara ke-206
Laman blog dan FB Page aku ketengahkan bukan untuk
meraih publisiti… tetapi sebagai tapak dan benteng untuk aku mencebur nasib
sebagai seorang blogger dan motivator kesedaran sosial.
Aku berhasrat menyahut seruan hati untuk bergerak secara bebas dibawah
rancangan sendiri. Aku tidak terikat dengan agenda dan protokol dari mana-mana pertubuhan,
tetapi pasti akan memberikan kerjasama dan khidmat yang terbaik kepada semua,
sama ada sektor awam, swasta atau pun badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Sambutan Hari Penjara ke-206
Mudah-mudahan ia dapat membantu aku untuk pergi
lebih jauh dalam kerjaya disamping membantu membasmi kemiskinan sivik dalam pembentukan minda modal insan positif kepada golongan sasar. Membasmi
kemiskinan material dikalangan masyarakat adalah satu usaha yang murni bagi mereka yang
berkemampuan, tetapi membasmi kemiskinan sivik minda insan dalam menangani
gejala permasalah sosial adalah satu aliran yang tidak sama. Itulah cabaran
yang ingin aku sahut dan berkongsi pengalaman dari perspektif tulus kepada
semua.

Penghargaan Sambutan Hari Penjara

Sekalung penghargaan tanpa jemu aku pahatkan kepada
Parol dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala
Lumpur
diatas kepercayaan dan sokongan serta ruang yang diberikan. Tanpa
sokongan dan berkat keizinan Allah swt, perkara ini tidak mungkin akan dapat
direalisasikan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian
Dalam Negeri
diatas sokongan dan peluang serta penganjuran sambutan yang penuh
dengan pengajaran dan ikhtibar.
Sepanjang 3 hari yang penuh berkat ilmu dan kesedaran
itu, objektif aku juga tercapai… Alhamdulillah. Terima kasih.
–         
           Gambar untuk waktu perasmian
boleh dilihat di SINI
** Disertakan sedikit gambar sepanjang sambutan Hari Penjara ke-206
 Pameran dan Gerai Jualan

Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Persembahan Unit K9 Jabatan Penjara Malaysia
Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Persembahan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Program Intervensi
Sambutan Hari Penjara ke-206
Persembahan konsert
Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Acara Tarik Tali
Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Acara Gusti Lengan
Sambutan Hari Penjara ke-206
Kenangan Sahabat Seperjuangan
Sambutan Hari Penjara ke-206
Sambutan Hari Penjara ke-206
Semoga dipermudahkan segala niat yang baik.. Aamiin
Salam Hormat, Salam Berkat. 
    

Related posts

62 Thoughts to “Kenangan Sambutan Hari Penjara ke-206”

  1. Avatar* OZIE MAHSA

    ujian …datangnya memang tak terduga… apapun bersyukur kerana segalanya telah berlalu.

    1. Alhamdulillah.. t kasih Ozie.. semoga dgn cara ini dpt menyumbang utk kebaikan diri, keluarga & msykt semuanya… in shaa Allah.. Aamiin.. 🙂

  2. AvatarBM

    Dapat juga buat promosi… 🙂
    Semoga usaha murni ini ada kesinambungannya dan di permudahkan urusan…amiin

    1. Hahaa.. alhamdulillah BM.. 😀
      Mudah2an membawa kebaikan utk semua, in shaa Allah.. aamiin.. 🙂

  3. Avatarmemmetlenggeng

    Saya menyokong semua usaha baik Khir. Saya belum mampu nak bergiat dalam bidang kebajikan sosial ni. Tp saya akan cuba buat dalam penulisan saya mana yang termampu, terutamanya untuk bangsa kita

    1. Alhamdulillah.. t kasih. Semoga bersama kita semua beroleh kebaikan & kejayaan.. teruskan usaha juga, semoga Allah jua yg membalas dgn segala kebaikan dunia & akhirat.. aamiin.. 🙂

  4. AvatarHuny eda

    tdk apalah..banner itu penting utk mempromosikan kerja…alhamdulillah dah habis pun sambutan hari penjara dgn selamtnya..dpt tambah kenangan lagi..

    1. Alhamdulillah.. betul tu Eda.. kenangan & inspirasi yg baik.. in shaa Allah.. t kasih 🙂

  5. AvatarYumida Huda

    bagusnye..byk manfaat dri program ni..moga sentiasa mendpt sambutan meluas..tringin jugak nak pg..tp agak jauh..hehe
    yumida olwes support aktiviti berfaedah mcm ni..all d bez saudara khir

    1. T kasih Yumida.. mudah2an membawa kebaikan buat kita semua, in shaa Allah.. aamiin.. 🙂

  6. AvatarLynn Munir

    Nampak meriah event yang Khir sertai, tahniah pada penyertaan dan kejayaannya.
    Moga banyak lagi entri berkaitan event seperti ini di masa akan datang dapat dipost ke blog Khir.

    1. T kasih kak Lynn.. in shaa Allah, mudah2an membawa kebaikan.. aamiin 🙂

  7. AvatarRaudzah Z

    Meriah Khir and tahniah ya.kerana.telah berjaya merealisasikan sebahagian impian yang pastinya bukan mudahkan..semoga usaha murni ini di permudahkan…Amiin…

    1. T kasih Raudzah.. in shaa Allah.. semoga dipermudahkan & membawa kebaikan kpd semua.. aamiin. 🙂

  8. Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan dan niat murni abg Khir untuk menjadi seorang aktivis sosial yang dapat menyumbang kepada masyarakat. Syabas abg khir dan keep up the good work (^_^)

    1. Alhamdulillah.. t kasih Kenit.. mudah2an dpt membawa kebaikan utk diri, keluarga & msykt semuanya… in shaa Allah.. Aamiin.. 🙂

  9. Alhamdulillah…. Semoga Allah permudahkan niat murni En Khir….

    1. In shaa Allah.. t kasih Hanisah.. semoga dpt membawa kebaikan utk diri, keluarga & msykt bersama… Aamiin.. 🙂

  10. AvatarMizz Aiza (Dunia Kecil)

    tahniah khir.. semoga niat baik dipermudahkan oleh Allah.. 😀

    1. Aamiin.. T kasih Aiza.. 🙂

  11. alhamdulilah 🙂 wahh sangat meriah sekali event nie 🙂 semoga ALlah memberkati usaha murni bro Khir

    1. T kasih Acik.. mudah2an membawa kebaikan kpd semua.. aamiin 🙂

  12. Alhamdulillah…tahniah diatas kejayaan & usaha murni itu…semoga Khir terus berjaya di masa akan datang…

    1. T kasih Izan.. in shaa Allah.. mudah2an membawa kebaikan.. aamiin.. 🙂

  13. alhamdulilah.. kerja yang baik tak payah disorokkan, harus diwar-warkan lg..ok la, sekuranganya orag ramai tahu bgaimana nak hbungi bro khir.. teruskan usaha.. 🙂

    1. Alhamdulillah.. t kasih Sobri.. semoga bersama2 beroleh kebaikan & kejayaan.. aamiin.. 🙂

  14. Semoga usah murni en khir dapat diteruskan ya..dan alhmdulillah utusan en khir di melaka berjln dgn lancar 🙂

    1. Alhamdulillah.. semoga membawa kebaikan.. T kasih Adrianna.. 🙂

  15. Tahniah….bersyukur di atas segala-galanya.

    1. Alhamdulillah.. T kasih sahabat.. 🙂

  16. alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar..blog dan pages memang bagus utk ketengahkan service yang ko tawarkan..

    Regards,
    -Strider-

    1. Alhamdulillah Strider.. mudah2an dpt membawa kebaikan bersama, in shaa Allah.. T kasih 🙂

  17. AvatarAnonymous

    niat yang baik pasti akan di berkati..tahniah khir…

    1. T kasih Kathy.. aamiin.. 🙂

  18. wah memang hebat lah awak khir…hihi…
    tahniah tau…dapat event sebesar nie….syukur dan semoga dipermudahkan 🙂

    1. T kasih cik Akak.. aamiin.. 🙂

  19. Wah hebat… ada jual barangan hasil kerja pertukangan banduan tak khir?

    1. Ada… ada hasil tenunan, ukiran & kraf, perabot besi, kayu & batu utk taman pun ada.. menarik juga & harga pun agak berpatutan dari yg biasa dijual.. T kasih PCL.. 🙂

  20. AvatarMohd Selim Zainal

    Assalammualaikum…khir,

    mselim3 dulu pernah gi hari penjara dan pernah gi masa penjara air molek di buka kepada umum….
    Pameran hasil kraftangan banduan ada yg baik2 dijual pada harga murah dan turut menawarkan perkhidmatan mencuci karpet,toto dan pakaian. mselim3 juga sempat menyaksikan demo (video) orang kena sebat sempat pegang rotan tu…rotan besar hooo..

    mselim3

    1. Waalaikummussalam mselim3.. mesti seronokkan pengalaman mcm tu.. dpt pegang rotan lagi hahaa.. mmg banyak produk penghasilan banduan yg bagus & boleh diketengahkan.. harap menjadi skill kpd mereka bila dibebaskan nnti utk tidak tercebur ke lembah yg tidak baik lagi.. in shaa Allah.. 🙂

  21. Tahniah En. Khir.. nampak mmg mcm menarik.. semoga success selalu ye.. 🙂

    1. Alhamdulillah, t kasih wawa.. semoga bersama kita semua beroleh kejayaan.. aamiin.. 🙂

  22. Nampak meriah!!! kalau dekat ni mesti deno abah ma pergi.. abah deno dulu polis, bhgn FRU.. mesti dia suka program mcm ni 🙂

    1. Oh begitu.. mesti abah deno banyak pengalamannya dlm berkhidmat.. sy pun pasti dia mesti suka program2 spt ini.. 🙂

  23. AvatarCheq Eem

    kalau ada buat dekat sekitar Kuala Lumpur hebahkan lah eh… teringin gak nak pergi event macam nie.. mesti banyak kisah di belakang tirai besi yang kita tak tahu dan patut ambik tau.. me sokong 100%….!!

    1. In shaa Allah, pasti akan dihebahkan.. mudah2an membawa kebaikan buat kita semua.. T kasih 🙂

  24. AvatarIja Rased

    nanti boleh lah jemput abng khir untuk bagi talk kat student ija.

    1. In shaa Allah boleh.. t kasih Ija 🙂

  25. Salam Khir..Sura berharap Khir terus maju dengan segala apa yang Khir usahakan..tumpang gembira dengan kejayaan Khir..:)

    1. T kasih Sura.. mudah2an membawa kebaikan buat kita semua.. in shaa Allah.. 🙂

  26. AvatarAefa Aerisya

    semoga niat murni ni tercapai dan dipermudahkan segala urusan.. kalau Aefa ada kat melaka mase tu kan best. boleh attend sambutan ni..

    1. In shaa Allah.. aamiin. Mmg seronok cuma waktu ni cuti & jalan raya sekitarnya agak sibuk je.. T kasih Aefa.. 🙂

  27. AvatarNoe

    Salam Khir…tahniah dan semoga usaha murni Khir ni akan berterusan dan dipermudahkan…

    1. Waalaikummussalam.. T kasih Noe.. in shaa Allah.. aamiin.. 🙂

  28. Avatarain diyana

    ruginyerrr tak pergi!!!!,,, ada K9 show….. sukeeeee

    1. Mmg best K9 show tu.. dua hari diaorg buat show.. mmg seronok.. 🙂

  29. Tengok dalam gambar pun dah nampak kemeriahannya. Kalau dapat sertai pasti lebih dirasai.

    1. Alhamdulillah cikgu Helmi.. walaupun kepenatan tp mmg bnyk yg dpt dipelajari.. berbaloi.. 🙂

    1. Alhamdulillah.. mmg meriah & berbaloi penatnya hehee.. 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.