Invisible Women Dan Akta Kesamarataan Gender – Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2018, saya terlibat dalam pemerkasaan kempen Invisible Women yang menonjolkan kisah-kisah wanita yang mengalami diskriminasi gender di Malaysia.
Invisible Women merupakan pameran seni usahasama Women’s Aid Organisation (WAO) dan Leo Burnett dengan sokongan British High Commission, sebagai kesedaran kepada orang ramai terhadap diskriminasi gender dan Akta Kesamarataan Gender. Ia telah diadakan pada 8 hingga 18 Mac 2018 di White Box Theatre, Publika.
Invisible Women – Pameran Seni Kisah Wanita Tersisih
Sejak tahun 1982, Women’s Aid Organisation (Pertubuhan Pertolongan Wanita – WAO) menyediakan rumah perlindungan dan sokongan krisis secara percuma kepada para wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan.
WAO menyokong wanita serta anak-anak dengan membina semula kehidupan setelah mereka mengharungi keganasan rumahtangga, rogol, pemerdagangan dan keganasan-keganasan lain. Mempelajari daripada pengalaman wanita, WAO berusaha mengukuhkan dasar awam serta meningkatkan kesedaran masyarakat seluruhnya.
Saya ada berkongsi beberapa pengisian sebelum ini yang turut dijadikan rujukan pembentangan sesi intervensi kesedaran sosial kepada institusi pengajian. Ia bertujuan meningkatkan pengetahuan generasi kini terhadap realiti pemerkasaan wanita di Malaysia.
Antaranya boleh dibaca di bawah;
Empowering Women in the Workplace dan Akta Kesamarataan Gender
Sempena pelancaran, turut diadakan diskusi bertajuk ‘Empowering Women
in the Workplace’, yang berkongsi perspektif tentang diskriminasi gender dan Akta Kesamarataan Gender.
in the Workplace’, yang berkongsi perspektif tentang diskriminasi gender dan Akta Kesamarataan Gender.
Panel diskusi diwakili oleh;
- H.E. Vicky Treadell (British High Commisioner to Malaysia).
- Adi Wira Abdul Razak (Head, Supply Chain, Sime Darby Property).
- Meera Samanther (Vice-President of WAO).
- Yu Ren Chung (Acting Executive Director of WAO).
- Pia Dhaliwal (Copywriter of Leo Burnett).
- Michelle Tan (Mangsa diskriminasi di tempat kerja).
Ia merupakan antara inisiatif WAO menggesa kerajaan dalam menetapkan
batas waktu untuk pembentangan Akta Kesamarataan Gender bagi melindungi wanita daripada diskriminasi gender.
batas waktu untuk pembentangan Akta Kesamarataan Gender bagi melindungi wanita daripada diskriminasi gender.
Ini juga rentetan daripada komitmen Y.B. Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengumumkan di Parlimen bahawa kementerian beliau sedang bergiat bagi mengusulkan Akta Kesamarataan Gender pada November 2016.
WAO dan Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) telah bekerjasama dengan kerajaan untuk merangka Akta Kesamarataan Gender. Kini kami mahu mengetahui apakah langkah selanjutnya dan bila ia akan direalisasikan sepenuhnya.
Akta Kesamarataan Gender sangat diperlukan lebih-lebih lagi kerana wanita yang berada di sektor swasta tidak dilindungi daripada diskriminasi
gender. Apabila wanita didiskriminasikan di tempat kerja, mereka mempunyai sedikit atau tiada pilihan langsung memperoleh keadilan.
gender. Apabila wanita didiskriminasikan di tempat kerja, mereka mempunyai sedikit atau tiada pilihan langsung memperoleh keadilan.
Secara realiti, diskriminasi di tempat kerja masih banyak berlaku sama ada dicatatkan melalui rekod perundangan atau didiamkan begitu sahaja. Ia termasuk kes-kes pemerasan, pemerkosaan, pemerdagangan wanita dan juga kes-kes penganiayaan yang lain.
Bagi diskriminasi di tempat kerja, ramai yang menderita dan berdiam diri, meninggalkan pekerjaan mereka atau didesak meletak jawatan. Akta Kesamarataan Gender mampu mengubah situasi ini.
Akta tersebut bukan sahaja melarang diskriminasi gender, tetapi juga memastikan wanita yang mengalami diskriminasi boleh memperoleh keadilan dengan mudah tanpa perlu menjalani proses yang panjang, meletihkan dan kos yang mahal.
Malaysia juga mempunyai kewajipan antarabangsa untuk menggubal Akta
Kesamarataan Gender. Akta ini penting untuk memastikan kesamarataan gender yang bersesuaian dengan adat dan budaya di Malaysia.
Kesamarataan Gender. Akta ini penting untuk memastikan kesamarataan gender yang bersesuaian dengan adat dan budaya di Malaysia.
Konvensyen Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita
Pada 2006, Jawatankuasa CEDAW Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menggesa Malaysia untuk menggubal Akta Kesamarataan Gender dan pada 2018, jawatanjuasa PBB sekali lagi menekankan panggilan ini.
Wanita Malaysia telah menunggu selama 12 tahun. Ini adalah masa untuk kita bertindak melindungi ramai wanita yang telah menderita selama ini. Apa tujuan menandatangani Konvensyen tetapi tidak menyerapkannya ke dalam undang-undang Malaysia untuk melindungi wanita.
CEDAW adalah ‘Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita’ (Convention on the Elimination of all form of Discrimination Agains Women) yang ditandatangani Malaysia pada 1995.
Justeru, pelancaran pameran Invisible Women yang berlangsung dari 8 hingga 18 Mac 2018 di White Box Theatre, Publika ini merupakan satu lagi usaha berterusan kepada orang ramai terutama wanita untuk bersuara terhadap diskriminasi gender dan Akta Kesamarataan Gender.
Layari maklumat lanjut di www.invisiblewomen.com.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
menarik kempen ni
Sebuah program yang amat bagus untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang nilai kemanusia yang perlu diberi penekanan terutama kepada golongan yang selalu dinafikan hak dan diskriminasi – kaum wanita. Semoga kempen invisible women yang dinaungi WAO ini terus berkembang.
sedihnya dengar wanita tersisih..terasa di lubuk hati ni..
Sesuai buat event macam ni.dapat beri kesedaran pada semua.ramai org dpt manfaat dan dpt celikkn mata dengan situasi org lain
zaman sekarang semuanya mahukan kesamarataan. baik yang buruk mahupon yang baik. Sy rasa kesamarataan gender untuk ini adalah satu gerakan yang baik kerana wanita juga ada haknya dalam aspek tertentu dan bukannya lelaki sahaja. semoga objektif gerakan ini tercapai.
wah ini adalah satu perkara yang bagus, at least dengan adanya saluran sebegini, wanita-wanita yang memerlukan bantuan dapat ditegakkan hak mereka. Ketika negara-negara maju lain pon sedang lantang dalam menjaga hak dan kesamarataan para wanita, ini adalah langkah yang bagus dalam mengikut serba sedikit jejak mereka untuk kebaikan para wanita.
Bagi saya, tak kisah jantina apa semua ada kelebihan tersendiri. Cuma macam mana kta gunakan kelebihan tu untuk benda yg baik.
cukup menarik dan memang betul jika berlaku unsur diskriminasi terhadap wanita..
isu ini agak terpencil pada perkiraan saya kalau di Malaysia namun pada peringkat global saya masih belum ada pendedahan yang menyeluruh
Jauh lagi nak sampai kesamarataan gender ni. Tengok gaji je dah tahu. Rata-rata lelaki dibayar lebih tinggi gajinya berbanding perempuan walaupun untuk post yang sama. Diskriminasi gender di tempat kerja memang satu perkara yang sangat lazim.
Oh this is great! Wao, the organization that I personally went and help out. There really need volunteers though.
I really need to attend this, I feel the pressure, once you get pregnant at workplace, things seems to change, that's pretty normal, you'll hear gossips like woman are not as good as men etc this is a great campaign.
kempen iniperlu dibuat pada skala yang lebih besar. memberi pendedahan dan berkongsi kisah dr pengalaman personal terutama wanita yg bergelar ibu dan masih mahu berkejaya…
Yes, i hope more of this awareness to the public. Gender equality is something we should look forward to in the society
Bagus kempen macam ni sekaligus meningkatkan martabat wanita dan membangunkan nasib wanita yang ditindas. Kalau diberi pulang nak turut serta dalam kempen macam ni
Hahhaha…start pregnant anak 1st saya jadi hilang hati nak kerja sebab dek dengar mcm2 cakap kt belakang…ye lah bukan nak mintak time pregnant alah teruk..warded…mc semua tu..tapi tu lah..berlarutan sampai bersalin kena pulak sakit pinggan yg teruk sampaikan decide nak berenti kerja..now da legaa takdak rasa tension or whatever dah
kalu betul2 mahu menghapuskan diskriminasi terhadap wanita, maka ia seharusnya dibenteras dr akar umbi lg…
Bagus ada kempen macam ni.sekurang kurangnya nasib wanita dan kanak kanak yang teraniaya dan terabai terbela
perlukah bila ada anak kena lepaskan pekerjaan tu agak sentap disitu… tapi anak tu kan amanah tak boleh nak abaikan masa yang berkualiti dengan mereka.. memang jaga anak sendiri yang masih kecil terhad nak ke sana sini tapi tak pe la berkorban.. nanti bila dah besar bawa travel sesama ehheeh
sebuah ekspresi kisah yang baik untuk diteladani. Dalam kehidupan ini, setiap jantina yang dilahirkan mempunyai tugas-tugas yang mereka boleh laksanakan dan perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Jadi, dalam menempuh negara ke arah pemodenesasi ini, tidak perlu lagi rasanya ada unsur-unsur diskriminasi sesama gender. Perlu tolong menolong antara satu sama lain untuk membentuk sesebuah organisasi yang berjaya. Eh! Panjang pula mengomen di sini.. Hehehe…
malaysia needs to host more of this kind of programs and encourage women to be more proactive. Just because women has the softer spot, it doesn't mean it can be used against themselves. To excel in whatever, both men and women should put equal efforts.
Kempen ini mmg sangat bagus untuk masyarakat kita skang. 🙂
dunia semakin berevolusi termasuklah peranan wanita yang sudah kurang terikat dengan diskriminasi sisiobudaya..
program macam ni sangat bagus untuk masyarakat masa akan datang..