Gaya Hidup 

Kempen Infaq RM10 Madrasah Darul Uloom Al Mustafa

Pada artikel ini saya ingin memanjangkan perkongsian saham akhirat daripada sahabat kepada pembaca sekelian. Mudah-mudahan ada manfaat kebaikan buat kita semua dalam menyokong pembangunan ummah di dunia dan akhirat, in shaa Allah.

Madrasah Darul Uloom Al Mustafa berhasrat mengumpulkan 100 ribu individu yang sudi berkongsi usaha membangunkan sebuah institusi ilmu dengan menjadi penyumbang sebanyak RM10.00 sahaja bagi pembelian tanah Madrasah. Ia merupakan sebuah pusat tahfiz dan pengajian kitab-kitab yang mempunyai 40 pelajar daripada golongan kurang berkemampuan.

Kempen Infaq RM10 Madrasah Darul Uloom Al Mustafa,

Kempen Infaq RM10 – Bantuan Dana Segera RM 1 Juta

Madrasah Darul Uloom Al Mustafa beroperasi di Lot 3266, Jalan Tempayan Emas 2, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor, di sebuah rumah banglo atas tanah berharga RM1.2 juta, seluas 0.4 hektar atau 35,000 kaki persegi.

Hasrat untuk membeli tanah tersebut sedikit tertangguh apabila Allah lebih menyayangi hambaNya yang telah hadir dan menginfakkan deposit sebanyak RM170 ribu. Deposit tersebut telah berjaya diserahkan kepada pemilik tanah melalui firma guaman pada Oktober 2017.

Oleh itu, demi pembangunan madrasah ini, kempen mengumpul 100 ribu penyumbang dan infaq RM10 telah dilancarkan bagi mencapai jumlah angka sasaran diperlukan untuk pembelian tanah tersebut.

Bersama kita membantu menjayakan kempen ini dengan menyumbang sekurang-kurangnya RM10 seorang melalui mana-mana akaun tertera di bawah. Semoga dengan pembelian tanah madrasah ini, Allah kurniakan ganjaran pahala yang besar atas infaq dan kebaikan yang dilakukan.

Infaq RM10 boleh disalurkan ke akaun bank berikut;


DARUL ULOOM AL MUSTAFA
MAYBANK: 5627 4013 7854


DARUL ULOOM AL MUSTAFA
CIMB: 8600 5904 60


DARUL ULOOM AL MUSTAFA
BANK ISLAM: 1228 9010 0181 74

Semoga amal jariah ini berpanjangan manfaatnya buat semua para penyumbang… aamiin.

Kami mewakili warga madrasah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan keperihatinan anda semua.

Syukran jazakallahu khairan khathira.

Madrasah Darul Uloom Al Mustafa

Lot 3266, Jalan Tempayan Emas 2,
Kampung Paya Jaras Dalam,
Sungai Buloh, Selangor.

Untuk Pertanyaan: 019 208 1191 / 016 361 1740

Fb: facebook.com/DarulUloomMustafa/
Website: www.darululoomalmustafa.com

Jom infaq RM10 seorang!

Baca juga;
> Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Related posts

8 Thoughts to “Kempen Infaq RM10 Madrasah Darul Uloom Al Mustafa”

  1. Semoga usaha mengumpulkan dana ini dipermudahkan. Aamiin…

  2. Thanks for the info Khir. Moga dapat menjadi saham akhirat kelak..in shaa Allah.

  3. INSYAA ALLAH MOGA SAHAM AKHIRAT KITA BERTAMBAH

  4. Kempen infaq (derma) RM10 untuk Madrasah Darul Uloom insya-Allah akan mencapai sasaran dengan kesedaran yang ditimbulkan semua pihak melalui perkongsian seperti yang tuan bangkitkan ini dan pihak lain yang turut sama mengusahakannya. Alhamdulillah.

  5. teringat ustazz sy ckp, kalau nak infaq, salurkan kpd sekolah, surau, masjid atau mana2 badan atau institusi yg manfaatnya boleh kembali kpd masyarakat agar pahala tersebut terus mengalir smpi kita meninggal kelak… wallahu 'alam…

  6. Terima kasih atas perkongsian.
    In Sha Allah semoga dipermudahkan.

  7. Masih sempat nak rebut ganjaran bergandA bulan Zulhijjah ni kan tuan. Terima kasih atas perkongsian. InsyaAllah sama2 kita berinfak.

  8. 1 perkongsian yang sangat baik.. semoga sama2 kita ambil peluang..

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.