The Beat Of Youth 4UTC – Pada 8 – 9 November 2014, saya telah terlibat dalam program The Beat Of Youth 4UTC anjuran oleh Kementerian Belia Dan Sukan bertempat di Y-Center, UTC Pudu Central, Kuala Lumpur. Saya terpanggil mengabadikan sebahagian acara pada pagi 8 November yang bertenaga dan menyihatkan bermula sekitar jam 9 pagi.
Pengisian The Beat OF Youth
Menyelami rentak remaja dalam acara The Beat OF Youth, bermula dengan perlawanan futsal jemputan yang disertai oleh barisan media dan artis menjadi penyeri acara pagi. Antara yang bertanding adalah pasukan futsal KBS, barisan Artis, Astro Awani dan Suria FM. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan futsal Astro Awani yang mempamerkan persaingan yang hebat.
Selain itu, terdapat juga acara yang ditunggu ramai iaitu Zumba… Beramai-ramai kita berzumba!! Sememangnya meriah dan menyeronokkan. Tidak ketinggalan juga acara yang mempamerkan bakat hebat remaja dalam skill menimbang bola ‘freestyle football’ serta persembahan Yoyo oleh sekumpulan remaja berbakat Yoyoskeel Malaysia, diketuai oleh bro Shakeel yang telah beberapa tahun menjuarai pertandingan yoyo di peringkat antarabangsa.
Gambar-Gambar Acara The Beat Of Youth
Merakamkan beberapa aksi pada acara pagi The Beat Of Youth 4UTC yang meriah. Aktiviti mencabar ‘wall climbing’ juga turut diadakan. Pada awalnya saya berhasrat untuk menyertai ‘wall climbing’ ini, namun tiba-tiba boleh timbul perasaan gayat pulak hehee. Apa pun, jom kita layan beberapa gambar yang sempat dirakamkan sepanjang acara berlangsung.
 |
Perlawanan futsal jemputan |
 |
Kepada peminat Black.. dia tengah tengok kamera tu… |
 |
Antara yang sedang menyaksikan perlawanan futsal |
 |
Bro Radhi OAG… layan jamming macam dolu-dolu.. 😀 |
 |
Acara Zumba yang ditunggu ramai |
 |
Wall climbing yang turut mendapat sambutan |
 |
Persembahan ‘freestyle football’ yang kreatif dan menarik |
 |
Persembahan yoyo dari Yoyoskeel Malaysia |
 |
Bro Shakeel… pengasas Yoyoskeel Malaysia |
Hargai Belia Dengan Bimbingan Sosial Yang Positif
Acara yang diadakan ini sememangnya menghidangkan pelbagai aktiviti-aktiviti padat dengan pengisian yang bertenaga serta menyihatkan. Ia secara langsung dapat dijadikan sebagai bimbingan dan platform mencungkil bakat remaja buat generasi belia dan golongan dewasa seluruhnya. Semoga kemeriahan acara The Beat Of Youth 4UTC ini dapat menyuntik semangat gaya hidup positif demi membentras gejala sosial ke arah masyarakat yang sejahtera.
Saya kongsikan persembahan ‘Yoyoskeel by Shakeel’ yang telah di’upload’. Banyak lagi acara dan program yang akan ‘upload’ di youtube pula nanti. Jom layan…
A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Memang meriah la KK. Beruntung dapat turut serta memeriahkan acara..
Alhamdulillah… mmg menyeronokkan. Terasa spt muda remaja pulak hehee.. 😀
meriahnya
best je nampak
Meriah sgt.. forever young.. 😀
Nampak meriah…
semoga segala pengisian dpt memberi manafaat…
Mmg meriah Fidah… mudah2an memberi galakan yg baik kpd golongan belia ke arah yg positif.. 🙂
meriah sungguh
Mmg meriah.. 😀
saya suka freestyle football. minat sangat,
Saya pun suka juga… syok tengok mereka timbang bola dgn pelbagai style.. 🙂
smart template baru ni
Alhamdulillah.. dah lama juga saya tukar. T kasih KH.. 🙂
meriahnya .. sempat snap² lagi yer khir..
Meriah… hehee.. snap2.. 😀
seronoknya tuan KK dapat berselfie dengan artis..
tu la untung dpt selfie ngn retis hehe
Hehee… asyik jadi blogger je, sesekali nak rasa juga jadi retis huhu.. 😀 😀
salam singgah sini KK…wahh..memang terserah kegembiran dan kemeriahan sambutan The Beat Of Youth 4UTC…
Waalaikummussalam Diana… alhamdulillah.. mmg meriah.. seronok.. 😀
Seronoknya kalau boleh melibatkan diri bersama dalam program camni 🙂
Mmg seronok Zumal… sekali sekala terkeluar juga jiwa remaja belia ni hehee.. 😀
Meriah sungguh dengan bimbingan, pengisian dan aktiviti yang padat disamping mencungkil bakat remaja…semoga aktiviti begini dapat mendekatkan lagi dengan golongan remaja…
Alhamdulillah mmg meriah Bunda… mmg itulah yg diharapkan agar golongan remaja sentiasa terdorong ke arah yg positif.. 🙂
suka join aktiviti begini tetapi i'm not youth huhuhhu…aha…radhi OAG lah…lama dah x muncul di kaca tV kan ke JM yg x perasan
Samalah kita JM.. youth at heart jer hehee… ada juga Radhi sesekali kluar tv juga.. 😀
sangat best! rugi sesapa yg tak join. yg dok jauh pedalaman ni terasa ja nk join 😀
Hehee… mmg best.. seronok. Mana tahu nanti ada dianjurkan di seluruh tempat.. pergilah.. T kasih Umi Nazrah.. 🙂
woah,, bestnya! haritu dah teringat dah nak ajak kawan, lupa pula. -.- sebab kat uniten pun ngah ada aktiviti ni.. youthfest. hee
Oh… mana2 pun ok je hehee.. lain kali klu ada lagi, dtg lah.. 🙂
Xtvt hujung tahun kat sekolah sy juga ni…
teringin nak cuba wall climbing..
Wah meriah..Wall climbing tu memang favorite dulu-dulu. walaupun gayat..he..he
Promoted content for the weekend…
Waahhh… macam2 aktiviti niee… huhuhu Zumba pun adooo… 😉
promoted content 4 u bro
meriahnya..tapi sayang tak dapat nak datang menjenguk.
Beruntung Khir dapat selalu menyertai dan memeriahkan program yang begini.
Titew jealous tau hehe….
Bergaul dengan remaja mesti terasa diri muda remaja juga kan…KK 🙂
wah…bergambar dengan retis tu! hehe
program yang bagus untuk belia..aktiviti pun memang menarik…. wah!!.. dah pandai bergambar dengan artis sekarang tapi bro KK pon retis jugak kan…ekekekekeke.. 😀
kelab 1m4u slalu ada event..best kan
ehh silap…
Meriah nya.