Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik
Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.
![]() |
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik |
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, “Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada
para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik.”
![]() |
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan |
“Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 – RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami.”

SIC PARVIS MAGNA ~”Greatness from small beginnings”
I’m into e-commerce, content writing and motovlogging.
My Bio > PROFILE & BIO
Alhamdulillah, semoga kita dapat menjana tenaga alternatif dengan banyak
bagus program macam ni..menyebarkan serta memberi kesedaran kepada orang ramai
Janji Kita
Menyemai kesedaran..moga membantu..
Bagi masyarakat desa amat berhemat dgn penggunaan eletrik n program sebegini mningkat kfahaman kpd penggunanya
Dari muda muda dah di ajar dengan prinsip hidup yang baik
Terima kasih saudara KK kerana berkongsi artikel ni di blog.
Jom #SupportTeamEcoPanglima
"When i was young, I was afraid of the dark, now when i get my electric bill I'm afraid of the light"…
silap penggunaan/method brgan elektrik ni, konfem melambung bil TNB
Program yang sangat berguna bg memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjimatan elektrik.
jimat masalah elektrik ini memang sangat perlu apalagi sekarang kebutuhan sangat banyak
Jimat elektrik terutama masa puncak akan beri manfaat kepada bonus tahunan kakitangan tnb
Bolehlah joli
Hehe
Tapi berjimat dan tak membazir memang sikap mulia
Nagus program macam nih diadakan utk timbulkan kesedaran
Typo la….
*Bagus jadi nagus adoiii
usaha yg baik dan perlu diteruskan
Alhamdulillah… usaha yang murni dan patut diteruskan
Bagus, program Kembara Jom Jimat Elektrik dari team ECO dapat mendidik masyarakat bermula dari anak muda kepentingan penjagaan alam sekitar melalui penjimatan penggunaan elektrik.