Daulat Tuanku – Telah berlangsung Istiadat kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden yang diadakan di Istana Besar Johor pada 23 Mac 2015. Bersempena kemahkotaan tersebut, Sultan Ibrahim turut berkenan memberi gelaran baharu kepada isteri baginda Raja Zarith Sofia Sultan Idris sebagai Permaisuri Johor yang merupakan gelaran pertama kali digunakan di negeri Johor. Sebagai insan yang lahir dan dibesarkan di negeri Johor, saya turut berbangga atas pertabalan kemahkotaan ini.
Kemahkotaan Sultan Ibrahim, Sultan Johor

Kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baginda merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik kepada Sultan Iskandar bersama bundanya, Josephine Ruby Trevorrow, seorang berbangsa Inggeris. Mereka berdua bertemu ketika Sultan Iskandar (sebelum itu Tengku Mahmud) melanjutkan pelajaran di England. Trevorrow kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar nama kepada Kalsom binti Abdullah dan berkahwin dengan Tengku Mahmud.
Sultan Ibrahim telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Julai 1981. Pernah menjadi Pemangku Sultan Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika ayahandanya, Sultan Iskandar dimahsyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-8. Baginda sekali lagi dilantik sebagai pemangku sultan ketika laporan perubatan rasmi mengenai kemangkatan Sultan Iskandar belum disahkan lagi. Sultan Ibrahim dimahsyurkan sebagai Sultan Johor yang baharu setelah kemangkatan Sultan Iskandar pada 23 Januari 2010 berdasarkan Undang-undang Tuboh Kerajaan Negeri Johor 1895 dengan gelaran Sultan Ibrahim.

Sejarah Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor

Sejarah Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor telah diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yang pertama iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 selepas baginda mendapat ilham dari lawatan ke Empayar British dan Empayar Uthmaniah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada raja-raja Melayu yang kemudiannya diikuti oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor pada 10 Februari 1960 di Istana Besar Johor Bahru – gambar mstar.com
Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyampaikan perkenan baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. Kali terakhir istiadat tersebut berlangsung sewaktu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim ialah pada tahun 1960. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat kemahkotaan buat dirinya.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor ini menterjemahkan tradisi diraja Johor Moden yang mempamerkan tradisi gabungan Melayu, Islam dan Barat. Bagi menyerikan lagi Istiadat Kemahkotaan ini, sekurang-kurangnya sembilan istiadat utama dan keraian di seluruh negeri Johor yang dijangka berlangsung selama 3 bulan.

Gambar Keluarga DiRaja Johor 2015

Sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor ini, setem pos yang direka khas dalam denominasi 60 sen, 80 sen dan RM 1:00 serta sampul surat hari pertama kemahkotaan dicetak dan dijual oleh Pos Malaysia bermula 23 Mac 2015. Medallion emas bersempena kemahkotaan juga turut dijual oleh Bank Negara Malaysia.

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Kemahkotaan Sultan Johor
Sultan Ibrahim, Sultan Johor
Patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor sempena Istiadat Kemahkotaan Baginda. Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku dan semoga negeri dan rakyat Johor sentiasa dirahmati Allah swt dibawah pemerintahan Tuanku… aamiin.

22 Thoughts to “Kemahkotaan Sultan Ibrahim Ismail, Sultan Johor Kelima”

  1. AvatarKisahati Wanie

    Daulat tuanku..im proud to be Johorean.. ^^

  2. Bangga warga Johor hari ini! Hari bersejarah dengan liputan meluas. Seronok pulak tu…dapat cuti… hehe

  3. Daulat Tuanku. Tak sempat tengok liputan sebab kerja..

  4. nanti tengok full story pasal Sultan Ibrahim dalam Majalah Tiga. Sy tolong Norzie Pak Wan Chek buat research.hehehe.tapi muka saya takdelah keluar TV. 😉

  5. Zumal rasa sayang sangat tak dapat ikuti siaran langsung pertabalan tadi kerana faktor kerja…

  6. Memang bangga sangat la warga Johor kan..:)

  7. Daulat Tuanku ! ,. saya lihat ada komen dari sahabat di atas akan ada siaran di majlah tiga kan,.boleh tengok ni hehe,.

  8. AvatarLynn Munir

    Saya masih orang Johor. Daulat Tuanku.

  9. AvatarSylarius Yusof

    Daulat Tuanku!

  10. AvatarNurul Hidayah

    Bangga juga walau sekadar menumpang kat bumi Johor ni.. heeee :))

  11. malam tadi dapat jugak tengok kt tv3..pepagi isnin sempat jugak tengok siaran langsung di tv1..nak pergi tengok live macam tak larat nak pergi…anyway..berbangga jadi anak johor…

  12. daulat tuanku ! CN tengok dekat majalah 3 mlm tadi, mmg awesome sultan johor ni 😉

  13. AvatarCetusan Minda

    byknya acara … baru tau wpun dah lama jadi org johor … boleh la guna digi ni utk cari lbh bykmaklumat di internet

  14. Avatarmemmet lenggeng

    Tahniah kepada Sultan Johor…Lama saya tak BW

  15. Daulat Tuanku…
    Saya bangga jadi anak jati Johor..
    Luaskan Kuasa mu….. 🙂

  16. AvatarIja Rased

    daulat tuanku

  17. AvatarAnonymous

    Tak dapat nak pergi sebab awal sangat klu nak gerak dari kota. Tengok dlm tv je. Tahniah ..Daulat Tuanku.

  18. dpt tgk sekejap je hari tu…

    daulat tuanku

  19. Daulat Tuanku…Sultan Johor hemsem!

  20. saya tak berpeluang melihat instiadat ini secara langsung
    kalau tak silap malam ni ada di tv3
    nak tengok =)

  21. Akhirnya walau tak dapat lihat live dapat juga lihat di majalah 3,menarik sekali 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.