Kelab Skateboard MalaysiaPendidikan 

Kelab Skateboard Malaysia

Kelab Skateboard Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2011 bertujuan menggalakkan peminat sukan lasak “skateboard” dalam memupuk bakat melalui peluang dan galakan yang baik agar dijauhi dari sebarang anasir-anasir sosial yang negatif. Ia merupakan kelab yang pertama didaftarkan dibawah Majlis Sukan Negara dan aktif  bekerjasama dengan kumpulan peminat sukan skateboard melalui acara-acara yang kerap diadakan. Malahan turut mengundang penglibatan kelab-kelab luar negara dan mempertandingkan peserta yang berpotensi ke peringkat antarabangsa.

Senario Skateboard Di Malaysia

Senario skateboard sebenarnya sudah bertapak di Malaysia sejak era 80an dan 90an dengan penglibatan terutamanya remaja melalui pengaruh trend seluruh dunia. Malangnya ia dahulu pernah dilihat oleh sesetengah pihak bukan sebagai satu sukan, tetapi merupakan isu permasalahan remaja. Pernah satu ketika dizaman persekolahan dahulu, aku terlibat menjadikan
sukan ini sebagai aktiviti riadah bersama rakan-rakan, namun ia seolah-olah menjadi satu kesalahan yang boleh menyebabkan aku dilabelkan sebagai budak nakal. Itulah persepsi sesetengah masyarakat waktu itu yang memandang serong tanpa melihat secara positif walaupun skateboard hanyalah salah satu pengaruh trend sukan yang ada di seluruh dunia sepertimana sukan bolasepak, futsal, badminton, permotoran, basikal dan lain-lain lagi.

Pandangan Serong Sukan Skateboard

Aku tidak menyokong pendapat serong itu tetapi bersetuju ia boleh menjadi faktor yang mengheret remaja ke arah budaya sosial yang tidak sihat sekiranya tiada bimbingan dan sokongan yang betul sepertimana sukan-sukan yang lain juga. Kita mengetahui gelaran dalam segmen masyarakat kini seperti “mat rempit”, “mat lepak” atau sebagainya adalah satu gejala yang tidak sihat. Pelbagai usaha pencegahan cuba diusahakan untuk mengelak sebelum ia menjadi permasalahan perundangan. Namun tiada lagi label “mat skateboard” dijadikan setaraf dengannya. Paling tidak, peminat skateboard ini hanya digelar sebagai “budak skate” atau “skaterboy” walaupun yang bermain itu orang dewasa seperti aku huhu.. 😀

Khir Khalid

Menyokong Usaha Kelab Skateboard Malaysia

Kini aku tidaklah terlibat secara terus dengan aktiviti-aktiviti pertandingan yang diadakan. Tetapi sebagai salah seorang yang meminati sukan ini dari usia 14 tahun, aku  menyokong dan menghargai segala usaha yang diketengahkan oleh Kelab Skateboard Malaysia. Syabas juga kepada sahabat-sahabat skateboarders diatas usaha pengorbanan yang berterusan membimbing dan memartabatkan sukan ini ke arah yang positif.

Kepada sahabat pembaca yang meminati atau mempunyai ahli keluarga, saudara atau sesiapa yang dicintai, sangat mengemari sukan lasak ini, bolehlah melibatkan diri bersama-sama Kelab Skateboard Malaysia. Minat dan bakat yang ada pasti akan disokong oleh mereka-mereka yang berkelayakan dan berpengalaman.
Syabas Sk8ter boys!

Related posts

83 Thoughts to “Kelab Skateboard Malaysia”

  1. bagus usaha ni Khir…setidak nye.o
    masyarakat tidak lagi memandang serong pd mereka yang gemar aktiviti skateboard ni…terima kasih berkongsi info =)

    1. Betul tu Izan.. mereka klu yg dah minat sukan ni mmg susah nk tinggalkan.. mmg perlu dibimbing.. T kasih kembali.. 🙂

  2. kat tempat saya banyak skateboy nie. dari kecik ke besar. hihi tapi sayangnya takde tempat khas untuk main skateboard -.- btw, saya pun tak setuju jika permainan nie dianggap kesalahan sebab mereka tak ganggu orang pun..

    1. Sepatutnya dah boleh disediakan tempat oleh pihak yg bertanggungjawab klu satu tempat tu dah cukup corum skateboardersnya.. suruhlah mereka request kat tok penghulu (jkkk) cepat2.. syok tau klu ada mini skatepark kt situ.. 🙂

  3. kat tempat saya jarang jumpa budak berskateboard ni.

    1. mungkin yg ada dah join geng2 di sini kot.. 🙂

  4. It's free style and you can do it ur own way..Pada Fidah, ia adalah sukan yg memerlukan kreativiti, kemahiran dan komitment masa utk berlatih. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan menggalakkan anak2 kita ke arah sesuatu yg lebih sihat.

    1. Mmg betul tu.. kebanyakannya juga bagus dlm pelajaran & perlu dibimbing agar tidak terpengaruh dgn gejala sosial yg x betul je.. apa pun, ia sememangnya aktiviti yg mencabar & menyeronokkan.. 🙂

  5. saya pun jarang berjumpa dengan orang sakeboard dah……salam blogging

    1. Skrng kebanyakkannya sudah disediakan tempat utk beraksi.. kurang bersepah di tepi2 kaki lima dah.. salam blogging juga.. 🙂

  6. Macam best jer..Abak tak pernah lagi main ni… teringin nak main..huhu

    1. Klu dah dpt temponya, susah nk tinggalkan permainan ni Abak.. 😀

  7. org kita mmg suka pandang serong,
    xtvtv ni lagi baik dari mereka duduk mengumpat,
    shark kategorikan skaters n bmx ni sebagai kreatif,
    mereka berani dan kreatif dalam membuat aksi,
    pernah jugak dulu merasa main skate nie,
    tapi sekadar mengikut trend shaja,
    hehe..

    1. betul tu Shark.. trend tu x semestinya memburukkan jika kita tahu arah tujunya kan.. 🙂

  8. Aktiviti yg bagus untuk remaja2 skrg ni… kat TV skrg asik kuar berita pasal remaja jer..remaja tu lah…remaja ni lah… merempit lah.. kena selalu buat aktiviti2 begini…saya dulu pon pernah gak main skateboard masa zaman2 sekolah dulu……

    1. Wahh.. pernah jadi skaterboy juga lah ni.. :D. Mmg betul tu saudara Eshamz.. remaja skrng lagi mcm2.. game mcm ni x pernah x de peminatnya, cuma perlu bimbingan yg lebih dlm arus zaman skrng ni…

  9. tak salah nak main asal tidak lupa kewajipan yg lebih utama dan jangan terlalu obses dgn minat kita tu.
    aktiviti luaran ni bagus juga sebagai riadah….tapi kalau sampai ia membahayakan….itu harus difikirkan hehee

    1. Mmg betul tu kak Ozie.. mmg perlu ada bimbingan & jngn smpi memudaratkan diri & org lain.. 🙂

  10. sukan yang pada satu masa dulu mungkin dianggap membuang masa.. namun pada masa kini ianya berjaya diterima oleh semua golongan masyarakat.. sekurang-kurangnya dengan adanya aktiviti sebegini dapat membendung gejala suka melepak dan berpeleseran di kalangan remaja pada masa kini.. menabung inti.. 😀

    1. Betul tu.. skateboarders kini dpt menambah wawasan kehidupan disamping berkenal2 dgn yg lain dari pelbagai negara melalui aktiviti bersama2 kelab.. tambahan dgn media sosial yg ada spt skrng, dpt menambah kawan mcm blogger2 juga mcm tu.. T kasih Aiza.. 😀

    2. betul tu.. sama-sama khir.. tambah tabungan churp2.. 😀

  11. pernah juga terbaca mengenai budak2 skateboard yang dilebel sbg budak2 jalanan.. Tahniah kepada Kelab Skateboard Malaysia. Diharap semoga dapat dijadikan wadah dan aktiviti yang sihat kepada para remaja dan belia. 🙂

    1. Mudah2an minat2 mereka terarah ke jalan yg bermanfaat, in shaa Allah.. 🙂

  12. zaman muda remaja dulu anggap lelaki main skate ni so cool.. still feel the same now.. 🙂

  13. aku dulu time form 3 pernah gak main2 ngan hangout dengan skaters..tapi sekarang dah kurang dah..tapi anak buah aku skunk tengah giler skate..nanti boleh laa aku share entry ini ngan dia…tq bro..

    Regards,
    -Strider-

    1. Pernah jugalah merasa jadi skaterboy ye Strider.. :D.. bagus tu utk anak buah tu sbb skrng ni mcm2 pertandingan ada & klu berpeluang boleh smpai Asian X games & olimpik.. boleh kenal ramai skaters dlm & luar negara mcm blogger juga.. 🙂

  14. mcm best je main skateboard ne…tp takut jatuh..hahaha..tp suka tengok orng main ne

    1. Boleh jatuh terduduk tu.. sakit :D.. tp mmg seronok klu tengok org main terutama yg dah pro..

  15. perghh…abg skater la! hehehe 😀

    1. Abg skater pencen dah huhu.. 😀

  16. dari dlu sampai skrg tringin sangat nak main pmainan ni..
    tapi apakan daya..stay kawasan kmpung..so game ni..
    memng jarang-jarang skali la nak jmpa org main.. 🙁
    skrg kalau main pun main dkat ps ,,

    1. main kat ps pun seronok cuma x keluar peluh je lah.. x pe bro Sobri, nnti klu berpeluang utk tengok pertandingannya sekali-sekala ok juga.. 🙂

  17. bagi kenit, kenit tak pernah melihat ia sebagai sesuatu yang buruk. Malah kenit jeles dengan kebolehan budak2 ni main skateboard, bukan senang kita nak balance atas papan selaju beroda dan abuat aksi begitu! Can we??? so kita jgn pandang serong sebaliknya ini satu aktitviti sihat compare to those yang suka hadap tap dan laptop.

    1. Mmg betul tu kenit.. tp kita semua ni pun jenis yg suka hadap tap & laptop huhu.. 😀

  18. Saya membaca dan melihat entri tulisan di blog Tuan Khir berpotensi untuk diperkembangkan untuk siaran media cetak. Isu yang dibawakan menarik. Cuma perlu diperkemaskan sedikit lagi gaya penulisan dan panjang tulisannya. Cubalah hantar ke media cetak. Saya suka kalau ada rakan blogger yang minat menulis dan tulisannya dapat dibawa ke media cetak pula.

    1. Alhamdulillah.. t kasih diatas galakan & dorongan cikgu Helmi. Mmg ada jug hasrat tu, in shaa Allah akan diusahakan & mudah2an dipermudahkan. T kasih.. 🙂

  19. AvatarAnonymous

    sangat menarik tapi kalau kathy di bagi free pun tak berani nak try..hehehe..

    1. Hehee.. baik tengok je.. lebih seronok 😀 😀

  20. wahhh menarik,
    kat campus ika ramai juga pelajar lelaki yang aktif sukan skateboard ni

    1. Wahh best.. pasti akan ada acara yg dipertandingkan tu lambat laun nnti.. 🙂

  21. Kita pernah cuba khir tapi memang agak sukar nak balance..ice skating better..tapi kita suka tengok gaya-gya diaorang…

    1. Ice skating boleh juga, mcm in line skating (rollerblader).. best juga tu.. 🙂

  22. isi tabung kat sini khir….

  23. aefa kurang minat nk tgk skate2 ni. huhu

    1. hahaa… jom kita tengok drama korea main skateboard.. 😀 😀

    2. hahaa.. boleh jugak cmtu.. takpun suh artis korea yg main skate. lame2 duk tgk dorg main pun tak kisah hikhikk

  24. hihi….
    apa yang penting minat kita je 🙂

    1. Betul tu cik akak.. minat asalkan tidak sehingga memudaratkan.. 🙂

  25. En khir pun main skate dulu eh..hebat2…sya pun pndai main skate..tp bkn berdiei..sya ddk atas skate tu..pastu kayuh pelan2.hehehe…

    1. Suka nyorok2 shoutbox tu eh..wah…slmt mlm en khir..dan slmt bercuti 🙂

  26. Saya setuju sangat anak-anak muda melibatkan diri dalam bidang yang berfaedah. Dari melepak-lepak ditepi pasaraya, nak buat apa…Harap-harap saya dapat mendidik anak dengan jayanya. Doakan saya ye

    1. Aamiin.. mudah2an kita semua dpt mendidik anak2 diatas jln yg betul, in shaa Allah.. 🙂

  27. pernah dulu masa kecik2 teringin nk main benda alah ni.. tengok mcm best je orang putih dok main dlam tv.. tapi dulu masa kecik2 dok kampung je.. mna nk cari skate board ni.. kalau ada org beli kasut roda pun, tu dah kira dari family kaya dah…

    1. Lebih kurang sama lah tu kita, Pha Is.. ada diantara mereka yg dari keluarga berada & mampu utk membeli semua peralatan, tetapi kurang bimbingan dlm minat yg mereka ada. Itu juga salah satu tujuan kelab ini ditubuhkan.. 🙂

    2. owh.. bagus2.. smoga dapat terus menyumbang manfaat untuk masyarakat.. 🙂

  28. Tgk org main seronok… Main sndr x brani…

    1. hehee.. mainan ni mmg senang jatuh.. sakit pulak tu.. 😀

    1. Mmg klu salah step senang terjatuh.. klu tersembab silap2 boleh patah gigi pulak.. 😀

  29. sukan yg baik dr dok merempit tak ketahuan hala tu..

    1. Betul tu pn Maria, cuma perlu bimbingan dari sumber yg betul.. 🙂

  30. ish.. tak pandai betul main skateboard.
    mayb sebb takut jatuh kot ye .hihi

    1. Mmg klu jatuh sakit.. klu tersembab boleh patah gigi pulak.. 😀

  31. fewitt…harap Tony Hawk Malaysia akan muncul selepas ini..ehhehe…salam kenal bro

    1. hahaa.. salam kenal juga Montana.. 😀

  32. suka tengok orang main skateboard… jatuh, bangun dan terus mencuba… respek..!!

    1. Ada juga yg dah patah kaki pun masih syok nk bermain lagi.. 😀 😀

  33. Di tempat saya skaters bermain di kaki lima rumah kedai yg kosong. Dan benar separuh dr skaters ni mempunyai pencapaian yg cemerlang dlm plajaran. Sesekali memerhati mereka meluncur dr tangga ke tangga dgn yakin seolah menyaksiknan perlawanan profesional antara mereka.

    1. Mmg betul tu kak Lynn.. perhati dari sudut positif mmg nmpak bakat & semangat yg ada, cuma persepsi bermain di kaki lima & kedai2 kosong tu yg buat sesetengah org melihat sebagai masalah sosial.. klu bola sepak dimainkan di kawasan sebegitu pun akan jadi spt itu juga pandangannya.. wallahualam. Semoga lebih banyak taman2 permainan merangkumi kemudahan skate dpt dibina nnti utk kebaikan msykt seluruhnya.. 🙂

  34. Suka tengok orang main skateboard. Macam stail. 🙂

    1. Mmg seronok tengok, terutama klu pro yg bermain.. terpukau dgn stailnya.. 😀

  35. deno suka tengok org main skateboard ni… tapi takut bila tengok diaorang jatuh… hehe

    1. Mmg betul tu Deno.. silap2 jatuh boleh patah gigi pulak.. 😀

  36. teman baru tau yang hubby teman pun dulu main skateboard.. kesian dengo citer dia camne dia kumpul duit nak beli skateboard tu..

    1. Ohh.. hubby TB pernah jadi skaterboy eh.. best. Mmg klu dah minat sukan ni, mmg semangat utk memiliki papan sendiri.. 🙂

  37. bestnya kalau dpt main.. tak pernah pun main. teringin juga

    1. Klu dah cuba & dpt tempo, mmg susah nk tinggalkan game ni Nina.. 🙂

  38. Dulu minat juga nak main. Tapi tak pandai. Tengok orang main, macam seronok ja.

    1. Mmg seronok tengok org main, terutama klu yg "pro".. seronok.. 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge