Pertandingan kawad kaki
Kesempatan dari kelapangan waktu pada pagi Rabu (25/6/14), aku telah hadir dan menyaksikan acara Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di SMK Seri Kundang, Rawang.
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Selangor

Pertandingan kawad kaki sekolah rendah ini bermula pada jam 9 pagi selepas pendaftaran pegawai pertandingan, petugas, peserta dan pemeriksaan pakaian selesai. Ia melibatkan pelbagai pasukan beruniform sekolah rendah seperti TKRS, Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Puteri dari sekolah-sekolah rendah yang terpilih mewakili daerah masing-masing di seluruh negeri Selangor.
Tujuan kedatangan kami adalah untuk memberi sokongan moral kepada 2 orang anak dan pasukan sekolah SK Tasik Puteri 2 yang menyertai pertandingan tersebut. Kami tiba sekitar jam 10 pagi diwaktu pertandingan sedang rancak berjalan. Suasana kelihatan meriah dengan pelbagai imej pasukan beruniform dan formasi kawad yang dipersembahkan manakala panel juri penilai juga terdiri dari anggota beruniform yang berkelayakan dalam aktiviti kawad. Sempat juga mengambil beberapa gambar-gambar kenangan…

Gambar-gambar Kawad Kaki

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Pengalaman Kawad Kaki Dan Kenangan
Apabila melihat aktiviti pertandingan seperti ini, kepala aku pun teringat-ingat kembali suasana sewaktu zaman persekolah dahulu. Aku juga merupakan salah seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti pengakap. Sejak dari sekolah rendah, banyak aktiviti perkemahan termasuk pertandingan kawad kaki peringkat sekolah, daerah, Korobori dan Jambori telah aku sertai. Bila mengenang kembali, ia menjadi pengalaman manis yang masih segar sehingga ke hari ini.
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor, SK Tasik Puteri 2, Rawang
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor, SK Tasik Puteri 2, Rawang
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor, SK Tasik Puteri 2, Rawang
Disebabkan pengalaman nostalgia itu juga, aku tidak menghalang anak-anak untuk menyertai badan-badan beruniform seperti ini di sekolah. Aku yakin, ia dapat membentuk keyakinan dan displin diri disamping memperkasa ilmu melalui penyertaan aktiviti ko-korikulum yang lain. Mudah-mudahan membawa kebaikan kepada mereka dan juga kepada semua yang menyertainya… aamiin.
Syabas kepada SK Tasik Puteri 2, Rawang… J
P/s: Ada tak anak-anak sahabat blogger atau pembaca dihormati sekelian yang menyertai pertandingan kawad kaki ni eh?..
Salam Hormat & Salam Ceria
Khir Khalid
 
 

36 Thoughts to “Kawad Kaki Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor”

  1. AvatarFizi Zaidi

    dulu masa lawan peringkat negeri habis hitam muka..hohoh

  2. Avatarchegu zam

    PKBM Sekolah chegu hanya dpt tempat ketida daerah. Banyak yg perlu dibuat kalau nak ke peringkat negeri. Tapi anak tuan dpt ke Peringkat negeri satu pekara yg amat bangga sebab penyertaan / markah koko sangat diperlukan unuk pengajian seterusnya. Tahniah.

  3. AvatarEshamz Halim

    Mesti panas giler berkawad skrg kan dengan cuaca yg terik skrg ni….Syabas kepada SK Tasik Puteri 2 …hihihihi .. 😀

  4. Kat Penang pon smlm prngkt ngri sek men, bawa budak pi, kesian depa frust x menang, huhuh

  5. skolah CN dpt tempat ketiga kawad kaki krs peringkat negeri, tapi tak perasan lak lawan kat mana 😉

  6. kemahiran sosial dapat dipupuk di sini.

  7. Mula2 blaja kawad, kaki tangan kanan bole lak seiring…mcm katun…hehe

  8. Pcl masa mula masuk kerja kerajaan dah kena paksa kawad hari merdeka..bertabur langkah dibuatnya sebab last sekali hentak kaki kawad zaman sklh rendah dulu.. Kenangan sungguh time tu kena marah dgn pelatih ; askar wataniah..garang giler..! Kecut perut dgr dia jerit…

  9. AvatarRDZ Z

    Suka tengok dia orang dalam uniform…smart…

  10. AvatarRDZ Z

    Nissan Almera for your breakfast…

  11. bgusnya khir hadir bg sokongan pada anak2..

  12. AvatarSylarius Yusof

    Lama dah tak berkawad. Dulu masa sekolah rendah, ayah saya rajin train saya kawad kaki. Padahal preparation untuk kawad perbarisan hari sukan sekolah je. Hehe

  13. AvatarNaniey Jemiey

    teringat zaman sekolah..kena kawad untuk badan uniform..selalu salah step..haha

  14. AvatarYumida Huda

    beznye nengok anak sendiri sertai pertandingan
    dah besar anak abg khir..alhamdulillah
    besar jugak sekolah tu..nampak cantik dari jauh
    dulu2 yumida pun gemar pertandingan unit beruniform
    part latihan kawad kaki ada lemah sikit..hihi..x suka berada bwh panas
    dulu selalu tukar unit uniform..mula2 pbsm, then ke st. john ambulance
    konon2 nak pilih unit uniform yg kurang aktif..lawak betul..hihi

  15. ala hai dah lama tak berkawad…
    teringat lak masa sek dulu2…

  16. Avatarikhwan yusuff

    mmg seronok berpeluang tgk kawad kaki ni…Alhamdulillah ad jgk pengalaman berkawad masa ikuti PLKN dulu sbb di skolah saya memilih pasukan pancaragam skolh jadi kawad dia pon dah lain..hihihiihihi

  17. memang seronok kalau berkawad kerana inilah peluang untuk berlatih nilai disiplin dan kerja berpasukan!

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

  18. seronok tengok kawad kaki nie,tapi masa sekolah dlu,bila sruh kawad kaki,memang tak suka sbb panas…hehe

  19. teringat palak zaman berkawd dlu..sampai naik hitam la berkawad..kalau ada ptandingn..
    pkongsian yg menarik bro khir..tahniah utk sk tasik puteri 2

  20. AvatarVee Sandi

    berkawad di bawah terik matahari … menyertai aktiviti menjadikan mrk lbh disiplin … promoted content jer di mlm hari

  21. Avataracik idah

    Husband idah pengakap dari sekolah sampai sekarang… sekarang dia ASC WPKL… dia tensen sebab sekolah anak idah pengakap hanya untuk lelaki… hehehe…

  22. Saya suka tgk org berkawad… Sbb tu dpt askar gak nye… Hehe… Nmpk kemas dan berdisplin…

  23. AvatarKucing Hitam

    salam ramadan dr KH hehe

  24. Best jgk tengok anak2 bermain kawat seperti ini.

  25. Dua orang anak2 bunda memang aktif dalam pasukat berunifom pengakap…

    Selalu pergi bertanding peringkat sekolah… anak yang perempuan tu sampai berbelang muka kena cahaya matahari berkawad tengah panas…

  26. nad dulu masa sekolah menengah pun aktif masuk kawad..sampai menang masuk kebangsaan..tapi kalah dekat situ sebab tak alert ketua bagi arahan..hehe..nad dalam PBSM..

  27. since aku takde anak jadi tak dapat laa nak share…tapi aku sendiri dulu pernah join Pertandingan kawad Kaki peringkat KL ini mewakili badan uniform "Pasukan Kadet Bersatu Malaysia"..dapat naib johan jer….

    Regards,
    -Strider-

  28. Terkenang masa berpengakap dulu2…

  29. SA x pernah experience pertsndingan kawad kaki…setakat pertandingan tarian dan koir sekolah yes…hihi..SA more to seni music…salam ramadhan buat khir khalid…

  30. seronoknya kawad kaki..dah lama x berkawad kaki..kali terakhir masa di uitm dulu 🙂

  31. Segak memasing dgn uniform. Masa skolah dulu jer lah masuk kawan kaki. Itu pon masa sukan…hehehe…

  32. terkenang masa zaman sekolah dulu..suka join kawad ni.bagus untuk disiplin

  33. dah lama tak singgah sini, blog ni dah lain
    suka font besar, senang baca =)

    saya dulu pun aktif kawad kaki
    sekolah saya penah jadi johan peringkat kebangsaan =)

  34. AvatarAnonymous

    anak dara kathy pun pernah wakil dari peringkat sekolah hingga ke daerah ni..tapi nasib tak menyebelahi Kota Tinggi walau diorang johan peringkat sekolah..

  35. teringat masa sekolah2 dulu…siap ada buat macam2 bentuk…

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.