Kemelut sosial jiwa remaja
Baru-baru ini saya terlibat dalam kerjasama menjayakan kajiselidik sosial tentang mengenalpasti punca berlaku kemelut sosial jiwa remaja. Maklumlah, sebagai bapa kepada beberapa anak remaja, saya turut terkesan dengan tugasan ini. Selain mendapatkan ‘first hand information’ mengenai fakta terkini, ia juga menjadi peringatan buat diri juga sebagai pengetahuan bermanfaat buat sahabat pembaca yang dihormati sekelian.
Kajiselidik sosial

Fenomena Kemelut Sosial Jiwa Remaja

Fenomena anak-anak remaja bergaul bebas lelaki perempuan sambil melepak, merempit, atau membuang masa berpeleseran dengan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah pada dasarnya menyatakan golongan seperti ini sememangnya benar-benar berada dalam kemelut jiwa dan keserabutan fikiran.
Memang tidak dinafikan sebahagian besar masyarakat mudah menuding jari kepada golongan remaja diatas dengan mengatakan merekalah menjadi punca masalah masyarakat (society illness). Remajalah golongan yang kuat memberontak dan mudah mengambil tindakan tidak wajar sehingga berlaku permasalahan kritikal seperti menyuburkan budaya hedonisme, gangsterisme, rogol, jenayah hinggalah penyalahgunaan dadah.
kajiselidik sosial

Kenalpasti Punca Keserabutan Dan Kemelut Jiwa Remaja

Persoalannya, mengapakah anak-anak remaja ini menghadapi pelbagai masalah sosial dan siapakah sebenarnya yang mewujudkan permasalahan ini serta dari manakah punca masalah ini tercetus?
Hasil pemerhatian dan pengkajian mendapati punca utama golongan remaja bermasalah adalah disebabkan jangkitan penyakit sosial daripada golongan lain sebelum ia tersebar dikalangan rakan sebaya. Golongan lain yang dimaksudkan ialah lingkungan tempat golongan remaja membesar dan mengenali dunia.
Ia adalah hasil kelemahan institusi kekeluargaan, institusi pendidikan, institusi pembangunan yang secara amnya merangkumi seluruh sistem masyarakat dan para pentadbirnya. Fenomena yang merosak dan gejala sosial yang berlaku dalam gaya hidup golongan remaja itu pada hakikat adalah pantulan daripada keadaan atau kealpaan masyarakat itu sendiri.
kajiselidik sosial

Pandangan Ilmuan Islam Tentang Penyakit Remaja

Rujukan tokoh ulama dunia Dr Muhammad Said Al-Buthi turut menyatakan bahawa golongan remaja pada asalnya tidak menghadapi sebarang masalah, tetapi mereka telah dijangkiti oleh masalah yang sudah terlebih dahulu ada dalam masyarakat tempat tinggal mereka.
Antara kata lain, jika baik masyarakat itu maka baiklah, dan jika buruk maka rosaklah golongan remajanya. Justeru, penyakit yang wujud pada golongan remaja adalah kesan dan akibat yang datang secara langsung atau tidak langsung disebabkan kealpaan masyarakatnya.
Pencegahan sebaiknya perlu dimulai ibu bapa, keluarga dan keperihatinan masyarakat seluruhnya. Kita perlu sedar agar tidak ketandusan pemimpin masa hadapan yang cemerlang dunia dan akhirat… wallahualam.

14 Thoughts to “Menyelami Punca Kemelut Sosial Jiwa Remaja”

  1. Masalah ini sangat serius bro KK..PC sendiri pernah melalui alam remaja…namun mungkin kurangnya kami terdedah kepada teknologi dan pergaulan luar biasa…maka agak dapat meminimumkan permasalahan sosial..cukup anak "bersahabat" dengan ibu bapa dan cukup sekadar "berkawan" dengan rakan sebaya..sesiapa pun berpotensi untuk terjebak dalam kecelaruan emosi dan masalah sosial in sya Allah kalau landasan awalnya kukuh mereka akan 4…5 kali fikir untuk lakukan kesalahan.

  2. ini yang saya paling risau 🙁 saya ade anak lelaki dan perempuan..hmm..serius benda ni kene amik kisah sangat-sangat! kene bina sasiah diri anak dgn baik elok-elok supaya tak lari dari landasan. *takut!*

    http://www.nurul-izwa.blogspot.my/2016/04/kusut-gembira.html

  3. Saya memang risau nak besarkan anak sekarang dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan budaya sosial barat, semoga kita berjaya mendidik anak-anak megikut jalan yang telah ditentuka oleh Agama Islam

  4. BEKALKAN ANAK2 DGN ILMU AGAMA SECUKUPNYA..PANTAU SEGALA PERGERAKAN MEREKA..KENALI KAWAN2 MEREKA..INSYA ALLAH GEJALA NEGATIF DAPAT DIHINDARI..

  5. Orang dewasa yang lebih berfikiran matang harus memberikan teladan dan bimbingan kepada para remaja..

  6. mmg takut tengok remaja sekarang…takut juga berjangkit pada anak2 kita….harap kita sbg ibu bapa mampu membentuk anak2 kita mengikut jalan yang sepatutny…

  7. MASALAH REMAJA SUKAR DIJANGKA JUGA SBB MUSABABNYA CUMA LENGKUNGAN KELUARGA DIMANA REMAJA ITU BERADA BERPERANAN BESAR JUGA YG SELEBIHNYA PENGARUH RAKAN SEBAYA..SEBELUM SEHALANYA TERLAMBAT PERMASALAHAN JIWA REMAJA PERLU DITANGANI SEGERA…

  8. AvatarSumber Informasi

    ibu bapa perlu kenal kawan anak2 mereka . di mana mrk tinggal dan siapa ibu bapa mereka . kalau mahu keluar bersama kawan , ibu bapa perlu keluar bersama sebagai pemerhati … itu lebih selamat .

  9. Salam perkenalan daripada keladi…www.keladionline.com,keladi tertarik singgah ke sini sebb blog ni banyak memberi kebaikan dan suntikan semangat baru…macam entri yang dibincangkan ni…realitinya memang keadaan ni semakin berleluasa, pergaulan bebas diantara lelaki dan wanita, gaya hidup seks bebas, anak luar nikah, entah apa lagi budaya yang dianggap luar biasa suatu ketika dulu kini menjadi biasa dikalangan rakan-rakan kita, ataupun adik-adik kita, thks wujudkan blog sebegini…keladi sentiasa menyokong blog ini.

  10. saya ada anak lelaki dan perempuan, memang risau juga dengan keadaan sekarang

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.