Kadar Bayaran Penceramah Tidak Setanding Selebriti – Baru-baru ini ada pertikaian dari kalangan sesetengah penceramah bebas dengan perunding dan pengurus program tentang rate bayaran.
Ia disebabkan kadar bayaran selebriti yang lebih tinggi berbanding penceramah bertauliah bila artis-artis ini diundang menjayakan program atau intervensi ke sekolah mahu pun IPTA/IPTS. Perkara ini turut menjadi perbualan di status Fb hingga keluar label ‘penceramah mata duitan’ haha.
Tak sangka topik ini jadi ‘hot’ dikalangan yang terlibat. Maka saya pun terpanggil beri pendapat melalui status Fb secara berseloroh . Pendirian saya simple je… santai-santai sudahlah.

Kadar Bayaran Penceramah
Kesempatan menulis isu ini, terpanggil untuk saya terlebih dahulu ketengahkan sumber kadar bayaran penceramah bebas yang saya tahu.
Bagi sesi program dari agensi kerajaan, semua penceramah undangan sama ada penjawat awam berstatus pegawai tetap, kontrak atau sementara, termasuk penceramah swasta (bukan penjawat awam) adalah layak dibayar saguhati berdasarkan pentauliahan dan kelayakan.
Undangan program boleh dibuat oleh setiap agensi melalui kelulusan ketua jabatan dibawah pekeliling seliaan jabatan kewangan kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Kadar bayaran ini berbeza mengikut kumpulan perkhidmatan dan status penjawat awam/swasta mengikut pekeliling WP1.8.
So, banyak ke sikit?… ini asas kadar standard pekeliling peruntukkan kerajaan.
Kadar Bayaran Penceramah Sektor Kerajaan


Maka secara kasar, jika seorang penceramah bebas bertauliah dengan kelayakan Sarjana, beroleh RM600 untuk 2 jam sesi. Jika ada penglibatan pihak lain seperti persatuan PIBG, kelab-kelab atau organisasi yang turut menyumbang, kadar bayaran yang diperolehi lebih kurang RM1000.
Namun sekiranya sesuatu program diluluskan berdasarkan tender, maka kadar bayaran penceramah juga berbeza mengikut persetujuan atau peruntukan diluluskan. Ini termasuklah program-program seperti seminar, team building, program sekolah dan lain-lain yang antaranya sampai beberapa hari.
Kadar Bayaran Penceramah Sektor Swasta
Ia juga berbeza bagi sektor korporat, swasta dan IPTS, dimana kadar bayaran penceramah biasanya lebih tinggi. Ia tidak terikat dengan pekeliling tetapi mengikut piawaian industri, organisasi dan institusi.
Ada sektor korporat dan swasta yang mahukan selaras antarabangsa dari segi pengisian program namun diiktiraf oleh kerajaan selaras dengan piawaian tempatan.Pada kebiasaannya, kelayakan kadar bayaran penceramah diukur bukan sahaja dari kelayakan akademik tetapi juga portfolio dan testimoni terkait dalam sesuatu topik yang disampaikan.
Bagi sesi perundingan dan pengurusan program pula, kebanyakkan agensi kerajaan dan swasta lebih memilih bekerjasama berdasarkan tender atau kontrak tahunan kerana ia memudahkan pengisian dan pembangunan modul jangka panjang yang terancang.
Sekiranya perunding atau pengurus program juga dipilih sebagai salah seorang penceramah bebas. Maka mana-mana kadar bayaran di atas turut terpakai kepada mereka.

Kenapa Bayaran Selebriti Lebih Tinggi
Tetapi kenapa rate selebriti lagi berganda-ganda tinggi berbanding penceramah bebas?
Saya ada beberapa pendapat berdasarkan fakta realiti dan penglibatan kerjaya.
Pertama sekali, disebabkan aura ke’popular’an mereka. Itu pun sudah cukup menjadi kayu ukur ‘kenapa’ yang melangkaui pekeliling atau kadar bayaran penceramah biasa.
Pengaruh yang ditempiaskan oleh para selebriti kebiasaannya memberi impak berbeza. Malah, bukan hanya subjek (peserta) yang termotivasi, tetapi penganjur, pengurus program, perunding, penceramah, pensyarah, guru-guru serta sesiapa jua yang terlibat pasti turut terinspirasi.
Keduanya; undangan selebriti pada kebiasaannya dibuat melalui proses tender sebagai penglibatan ‘ikon istimewa’. Walaupun ada 10 penceramah lain yang arif dalam bidang masing-masing, penampilan selebriti dalam program yang sama tetap memberi satu perbezaan… aura retis!
Cuma tak semua artis macam tu… ramai sebenarnya tidak suka-suka menetapkan kadar bayaran tinggi kecuali atas tawaran penganjur, sumbangan persatuan berkaitan atau sumber penajaan komersil.

Keutamaan Impak Penyampaian Kepada Subjek
Jika berdasarkan pengalaman dalam beberapa pengisian intervensi pembangunan insan bersama selebriti seperti Sham Kamikaze, Yasmin Hani, Radhi OAG, Ameng Spring, Caprice serta beberapa ikon Underground dan Straight Edge, mereka pun tak berapa kisah soal kadar bayaran.
Bagi mereka, apa yang penting adalah hasrat yang mereka ketengahkan dapat dijadikan pegangan dalam menyokong usaha membangunkan masyarakat yang lebih baik.
Cuma, ada sebahagian yang nak demand harga tinggi tapi track record pun sendu… susah juga.
Apa pun, semuanya rezeki masing-masing. Moga kita semua sentiasa dilancarkan usaha dan dilimpahkan rezeki yang diberkati dengan sepenuh kejayaan… aamiin.
Jom baca lagi;

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
1 isu yang menarik.. artis datang sekali pakej “popular” dan ramai peminat. mungkin penyampaian mereka akan lebih diikuti terutamanya dari peminat mereka sendiri.
mungkin kalau penceramah tu pun popular, boleh demand tinggi sikit sebab datang dengan pakej popular juga., disamping ilmu dan pengalaman semestinya melebihi artis.
Klu penceramah tu popular pun mmg kadar dia akan lebih tnggi, cuma kebanyakkan org bandingkan selebriti popular dgn penceramah biasa2.. tu yg ada tak kena di situ. Bukan senang nak dptkan crowd terutama yg boleh pengaruh utk contoh2 yg baik2.. populariti pun sesuatu yg membantu, sbb tu ada harga termasuk ilmu dan pengalaman juga. Setuju dgn bro.
Kadar kerajaan nmpknya masih sama spt 10 tahun dulu, cuma klu seminar tu mngkin berbeza sbb biasanya akan ada penglibatan sektor swasta sbg program manager. Tetapi ada juga penceramah yg dpt hasil dari sumbangan org ramai spt ceramah agama. Duit tu pun biasanya disaluran utk membiaya madrasah2. Kupasan yg bagus.
Terima kasih kongsi pandangan berharga yg tiada dikupaskan kat artikel ni. Ya mmg betul, kebanyakkan penceramah agama pun atas dasar pembangunan ummah cuma kebiasaan tak melalui kerajaan atau industri.. organizer pun bantu fundraising atas dana org ramai utk sesuatu tujuan.. mmg input yg sgt baik.. t kasih sekali lagi tuan.
Masing-masing membawa peranan berbeza n rezeki masing2 Allah tentukannya…artis n penceramh bertauliah xperlulah dipertikaikan kadar bayaran sekiranya mengundang mereka…sekiranya penceramah mahu bayarannya setaraf artis terkenal mrk juga harus jadi penceramah seleberiti…tapi kalau tenguk kepada bayaran yang ditetapkan kepadapenceramah memangteramat rendah.
Betul kak.. sbb tu ramai yg tertumpu pada sektor korporat dan swasta, bukan sbb duit semata2 tp utk kelestarian kerjaya dan prestasi industri.. cuma, betullah, klu nak tinggi usahalah jadi penceramah selebriti atau berpengaruh yg bukan biasa2. Ni setakat bagus bagi tips je, tp portfolio sendiri pun sendu, lagi guna track record org atas alasan team work.. hhmm mcm2…
Artis ni lebih kuat tarikan dia tuan. Tapi skrg penceramah pun tak kurang hebatnya. Masing2 ada aura dan peminat mereka tersendiri. Tp lg bagus kalau niat utk berkongsi ilmu tu di utamakan dr bayaran.
Saya setuju dgn pendapat tu.. ya, masing2 ada aura tersendiri. Kembali kepada niat utama menceburi bidang spt ini utk menyampaikan ilmu, in shaa Allah, rezeki akan ttp ada… aamiin
walaupun ada yg x tetapkan bayaran, kita jgn lah pula ambil kesempatan kan…
teringat sy satu artikel, dia temuramah dr. masyitah ibrahim. salah 1 soalan yg dikemukakan adalah, apa pengalaman yg dr. x dpt lupakan sepanjang bergelar penceramah?
dr. jwb, sy diberi sebatang bunga telur sebagai bayaran
hahaha…
Hahahaa.. mendalam sungguh jawapan dia tu.. penceramah yg biasa2 pun org tau hargai, apatah lagi penceramah spt dr masyitah tu. Mmg tak hargai betul, mngkin juga organizer takde bajet kot, tapi nak juga buat ceramah huhu.. anggap positif jelah 😀
Kadar bayaran tu bergantung kepada kredibilti, ilmu dan juga “nama”. Tapi penceramah yang sudah di kenali ramai dan juga POPULAR, sudah pastinya mereka ini akan “demand” untuk apa event motivasi dan sebagainya.
Betul tu tuan, mmg ada yg demand especially klu yg ada lantik pengurus sendiri atau bernaung dibawah organisasi tertentu.. cuma, ada juga sebahagian yg kerap terlibat dgn aktivis sosial yg tak berapa nk demand.. tengok program juga.