Sesiapa yang mengalami sakit sendi kronik pasti tahu betapa bisanya sendi bila ia menyerang terutamanya ketika cuaca sejuk atau disebabkan kepenatan kerja, bersukan atau berjalan jauh.
Saya juga antara pengidap sakit sendi kronik dibahagian lutut kanan sehinggalah diperkenalkan jus GlamoHealth oleh rakan dan tertarik mencuba kerana kandungannya yang berasaskan botani dan semulajadi. Terdapat pelbagai kebaikan untuk kesihatan termasuk mengurangkan sakit sendi.
Terpanggil nak kongsikan pengalaman menggunakan jus GlamoHealth kepada pembaca.
GlamoHealth Berkesan Hilangkan Sakit Sendi Kronik
Jus GlamoHealth ini memang dikenali ramai sebagai jus pemecah batu karang. Pelbagai testimoni orang ramai yang terbukti berkesan memecahkan batu karang dalam hempedu, buah pinggang dan juga saluran atau pundi kencing.
Pelbagai lagi kebaikannya yang akan saya kongsikan, tapi sebelum tu nak cerita dahulu bagaimana jus GlamoHealth dapat membantu saya merawat sakit sendi kronik yang dihadapi. Selain itu, ia saya diamalkan sebagai ikhtiar mencegah penyakit, in shaa Allah… dalam usia 41 ni, kesihatan memang dah mula kena beri perhatian sebaiknya.
Sakit sendi kronik boleh dihidapi melalui pelbagai cara. Ada yang disebabkan kekurangan nutrien atau liquid pada ‘joint’ sendi kerana faktor usia. Ada disebabkan terlalu aktif bersukan atau seumpamanya semasa muda dan memberi kesan kepada otot-otot bahagian sendi tertentu bila usia mula meningkat, dan ada juga disebabkan kemalangan.
Sakit sendi yang saya hidapi disebabkan kemalangan masa bersukan semasa di tingkatan 4. Saya seorang atlit sekolah dan aktif bermain hoki. Malangnya, saya mengalami kemalangan pada satu perlawanan. Kepala lutut kanan saya beralih, otot joint terkoyak dan lutut terkehel teruk.
Sejak itu, saya tidak boleh bersukan terlalu berat kecuali sekadar berlari dan tidak terlalu banyak melibatkan pergerakan lutut yang berat seperti melompat tinggi dan seumpamanya.
Ada masa lutut sakit terutama bila sejuk, tetapi sejak usia mula mencecah 35 tahun, sakit sendi lutut semakin terasa… ada kala sangat bisa hingga memberi kesan kepada sendi lain seperti buku lali dan lengan… bisa tau. Hanya sapu minyak panas bagi meredakan sakit sendi bila ia menyerang.
Selepas beberapa hari amalkan jus GlamoHealth, saya sedar tiada lagi sakit-sakit sendi terutama di lutut kanan. Tambahan waktu artikel ini ditulis, negara kita sedang mengalami cuaca sejuk yang luar biasa. Biasanya akan buat sendi lutut bisa… alhamdulillah, tiada sakit sendi terasa sekarang.
GlamoHealth Rahsia Alam Untuk Kesihatan
Jus GlamoHealth Pemecah Batu Karang merupakan minuman botani ‘Village Formula’ yang mempunyai pelbagai fungsi khas dalam membantu memecahkan batu karang. Selain itu, ramuannya juga dapat membantu pelbagai lagi penyakit termasuk masalah jantung dan pedih ulu hati.
Ia diadun daripada formula petua tradisional amalan turun temurun dan disediakan dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diamalkan. Bagi yang menghidapi masalah batu karang, ramuan jus GlamoHealth ini bertindak meleburkan ketulan-ketulan batu karang dan melarutkannya ke dalam air kencing sehingga tidak terasa pedih sedikit pun ketika ia keluar daripada badan pesakit.
Kebaikan formula jus GlamoHealth;
- Memecahkan batu karang dalam hempedu, buah pinggang, saluran atau pundi kencing.
- Mencuci sistem perkumuhan.
- Mengatasi masalah kencing tak lawas dan tak boleh kawal.
- Menghentikan cirit-birit dan sembelit.
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
- Mencegah pengerasan arteri apabila berlaku stress seperti tekanan darah tinggi.
- Membantu melegakan pedih ulu hati.
- Membantu memulihkan penyakit berkaitan hati, jantung dan hempedu.
- Membantu mengurangkan sakit-sakit sendi; sakit lutut, sakit pinggang, lenguh-lenguh badan dan lain-lain.
Cara penggunaan pun sangat mudah. Amalkan 30ml (1 penutup) sebelum tidur dan jangan dibilas selepas minum. Selain itu, jangan lupa banyakkan minum air jarang pada waktu siang untuk melancarkan proses pemecahan batu karang dan membantu khasiat yang lebih mujarab untuk badan.
Bagi ibu mengandung, tidak digalakkan mengamalkan jus GlamoHealth kerana dikhuatiri berlaku alahan kepada ibu. Ibu yang menyusu anak boleh mengamalkan jus GlamoHealth.
Umur yang sesuai untuk mengambil GlamoHealth ialah seawal usia 11 tahun ke atas.
Kandungan pati ramuan jus GlamoHealth terdiri daripada adunan botani seperti buah lemon, ubi bit merah, daun dukung anak, selasih, madu, kurma, buah delima, daun durian belanda dan daun pegaga. Pelbagai manfaat dalam satu botol untuk manfaat jangka panjang kesihatan.
Amalkan Jus GlamoHealth Untuk Kesihatan
Bagi saya, jus GlamoHealth membantu menghilangkan sakit sendi kronik di lutut kanan dan sebahagian sendi lain. Selain itu, ia juga melancarkan pembuangan urine dan lebih lawas selepas beberapa hari mengamalkannya.
Selain merawat penyakit, ia juga bagus diamalkan sebagai pencegah penyakit. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari merawati. Ia diperakui sah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MeSTI, juga ditanggung halal JAKIM. Boleh amalkan tanpa was-was.
Jus GlamoHealth boleh didapati secara online dengan harga RM120.00 sebotol. Maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial GlamoHealth yang saya sediakan di bawah;
Website: www.glamohealth.com
Facebook: Glamohealth Sdn Bhd
Instagram: Glamohealth Sdn Bhd
Twitter: Glamohealth Sdn Bhd

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Produk yg baik untuk menjaga kesihatan ni mesti ramai yg berminat mengamalkannya.
Mmg berkesan produk ni utk saya kak.. mmg boleh diamalkan, in shaa Allah.
Alhamdulillah serasi dengan Tn KK..seronok dan bersyukur bila jumpa penawar yang serasi dengan kita…
Alhamdulillah.. ya mmg betul tu PC. Cara nak amalkan pun mudah, cuma minum je.
Jus GlamoHealth yang sangat baik untuk diamalkan… Kebaikan "Membantu melegakan pedih ulu hati" ni LeYa rasa nak beri kan pada Otomen. InsyaAllah dengan apa yang kita usahakan berhasil dengan jayanya.
In shaa Allah, cubalah bagi.. mudah-mudahan berkesan dan sembuh seperti saya.
nice sharing
Thanks bro.
Wahh ada banyak khasiat produk ni. Terbaik.
Mmg banyak khasiat dari bahan2 botani.. selamat dan tiada bahan kimia.
produk yg baik memang perlu diwarwarkan…
Betul tu Anies.. mudah2an membantu kpd sesiapa yg memerlukan, in shaa Allah.
banyak nya manfaat jus ni kan..
Betul tu Aida.. bnyk manfaat dan mudah diamalkan.
Dah lama rupanya accident tu skrg sakit semula eh..nasib baik ada jus ni..alhamdulillah
Alhamdulillah.. makin usia meningkat, sakit tu makin terasa terutama bila waktu sejuk. Tp ok lepas minum ni lepas beberapa hari, sendi tak rasa bisa mcm kebiasaannya klu sejuk.
Bila usia dah semakin meningkat..memang harus mencari suplemen dan makanan kesihatan
Betul tu.. makin lama makin tua.. kena dptkan bantuan supliment dah.
Wowwwwww,abg khir atlet sukan… Hebat abg khir ! InshaAllah, moga terus sembuh tau. Menarik jugak Jus Glamohealth ni ye.
Dulu2 je atlit sekolah hehee.. In shaa Allah, t kasih atas doanya. Mmg jus Glamohealth ni bagus.