Assalamualaikum. Tahun 2022 telah pun berlalu dengan pelbagai kenangan pahit manis. Begitu juga buat diri ini dan alhamdulillah diberi ruang memulakan satu lagi langkah baru dalam mengintegrasi penglibatan digital dan personal interests melalui jurnal video. Sehingga kini channel The 2Wheeler telah pun melangkaui tahun pertama sejak dimulakan penghujung 2021.
Asas memulakan channel motovlog ini juga tidak sama dengan aspirasi penglibatan dalam pengurusan digital industri, perhubungan media agensi mahu pun penglibatan menulis blog dan media online sejak 2011 dulu. Ia lebih kepada minat diluar kerangka penglibatan rasmi digital.
Kini setelah usia pun beberapa tahun lagi nak memasuki siri ke 5, keberadaan channel ini lebih kepada minat mengabadikan jurnal peribadi sebagai kenangan yang mempunyai nilai ‘personal value’ disamping menjadi pemangkin mengasah secebis pengetahuan dalam video editing.

Alhamdulillah, tahun 2022 membuka lembaran baharu. Lebih 60 video jurnal sepanjang 2022 dapat diabadikan buat tontonan bersama. Tujuan asal sekadar meminati karya motovlog dan terpanggil membangunkan sebuah niche dalam mengabadikan jurnal marhaen buat yang meminati.
Apa pun terima kasih atas sokongan rakan-rakan industri dalam membantu merealisasikan perkara ini. Tahun 2022 mencapai hasrat asas channel The 2Wheeler dengan pengalaman perjalanan yang istimewa. Terima kasih juga semua yang subscribe termasuk rakan-rakan motovlog dan rider atas ukhwah perkenalan dan berkongsi pengalaman bagi menyemarakkan lagi minat bersama.
Perjalanan masih kerdil dan channel pun masih picisan. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan diteroka. Semoga tahun 2023 membuka ruang yang lebih luas lagi. Terima kasih!

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
tahniah dah ada channel jurnal pengembaraan bermotor moga terus sukses usahanya
[…] juga telah menjadi salah satu destinasi pilihan kami untuk merakam perjalanan motovlog The 2Wheeler beberapa bulan lepas. Jarak perjalanan dari Selangor hanyalah sekitar 195km, dan kami telah […]
Menarik tuan.. bagus ada platform berkongsi minat sendiri selain platform perniagaan.. structured. Dah subscribe dan salam sukses selalu!
[…] kerana dapat berkunjung melihat keunikan senibina Masjid Buluh pada jurnal videografi perjalanan couple ride dari KL ke Kota Bharu disamping mengabadikan pengalaman ke sini sebagai sebahagian pengisian buat […]
[…] ke sini menjadi antara destinasi persinggahan kami dalam merakam siri perjalanan ‘on the road’ ke pelbagai lokasi menarik untuk diabadikan di channel The 2Wheeler di YouTube. Ini juga merupakan […]