Pusat Rawatan Al-Qayyum
Jin, Iblis, Syaitan Dan Kepercayaan Tahyul – Pernahkah anda mengalami situasi yang pelik dan sukar untuk diterangkan malah dirungkai dengan logik akal manusia? Paling menghampakan bila ada pula yang sangsi dengan apa yang kita lalui bila bercerita dengan mereka. Sesungguhnya, kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib dan halus ini adalah salah satu dari Rukun Iman.
Berdasarkan Al-Quran juga banyak terdapat keterangan tentang wujudnya makhluk halus yang tidak boleh kita pandang ringan. Ia juga menjadi perjuangan Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk kesejahteraan ummah.
 
“Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaitan dan iblis laknatullah”
 
Pusat Rawatan Al-Qayyum
www.facebook.com/alqayyum2u
 

Pengalaman Tentang Tahyul Dan Kurafat

Setelah membaca beberapa artikel dari blog Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum terutama berkenaan Symptom-Simptom Terkena Gangguan Jin (Sihir, Saka, Lintasan atau A’in), ingatan saya kembali menyoroti satu kisah kenangan sewaktu alam remaja tentang makluk halus serta amalan tahyul dan kurafat.
OK… dahulu saya pernah aktif dalam persatuan silat sama ada di sekolah atau di luar. Selain mempelajari ketahanan fizikal, pengaruh rakan telah mendorong saya untuk mencuba pelbagai kaedah spiritual yang kurang jelas pucuk pangkal asalnya bila difikirkan kini. Hanya istigfar yang mampu diungkapkan bila mengenang kembali pengalaman zaman remaja tersebut… kerja tahyul, mengarut dan kerja gila…
Persatuan Silat SMK Sri Perhentian, Pontian - Batch 1992
Kenangan Persatuan Silat Sekolah
Disebabkan obsess dengan dunia persilatan, pernah satu ketika dahulu saya bersama rakan ‘bertapa’ di tanah perkuburan lama di Muar, Johor, kononnya untuk menyeru semangat panglima dahulu kala. Ya.. hampir sama seperti cerita Bujang Lapok. Apa yang membezakannya ialah, kami berempat melakukannya secara berasingan di sekitar perkuburan tersebut. Perasaan takut memang ada tetapi darah muda ingin tahu itu lebih tinggi menutup gementar yang ada dalam diri.
Jampi mentera yang entah betul atau tidak kami baca sepanjang malam untuk menyeru semangat kepahlawanan. Menuntut ilmu penggerun, ilmu penyeri dan ilmu ketangkasan yang semuanya telah saya lupa jauh sekali mengamalkannya… nauzubillah. Suasana perkuburan yang menyeramkan namun kami pulang sebelum subuh tanpa sebarang kejadian pelik. Tiada sesiapa mengetahui tentang kegiatan tahyul ini kecuali kami berempat sahaja.

Terkena Gangguan Jin, Iblis Dan Syaitan

Malam berikutnya, saya mula merasakan perubahan ketika masuk waktu maghrib. KK beberapa kali terperasan kelibat terutamanya sewaktu mendirikan sembahyang, bermain-main di tepi pandangan mata. Perkara tersebut berlaku selama 2 minggu dan semakin memburukkan. Kelibat wanita berambut
panjang… kelibat lelaki berpakaian ala-ala karakter Laksmana Sunan karya Ramlee Awang Mursyid merenung tajam memerhatikan saya terutama bila berseorangan.
Jin, iblis dan syaitan
Gangguan lembaga, makhluk-makluk dan wajah wanita yang amat menyeramkan muncul menjengah di tingkap bilik dalam mimpi berlapis mimpi. Saya dihempap sewaktu tidur dan paling mengesankan apabila ibu saya sendiri mengalami pelbagai kejadian aneh di rumah seperti mendengar suara orang berbual, barang-barang dialihkan ke tempat lain dan bermacam lagi yang sukar untuk diceritakan.
Berat badan saya susut dan berwajah seperti ‘zombie’ atau penagih dadah kepada yang melihat. Ketika itulah ada yang memberitahu bahawa saya dikatakan terkenan badi orang mati… wallahualam. Saya telah dibawa berubat di masjid dan Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, saya berjaya pulih dan bersemangat kembali.
Namun, rupa-rupanya kejadian mistik ini telah juga menyerang salah seorang rakan sehingga meninggal dunia. Di saat-saat akhir kehidupan, abangnya menceritakan yang arwah asyik bermuram, termenung dan bercakap sendirian. Arwah pernah memberitahu, ada puteri cantik berkali-kali datang mengajaknya untuk berkahwin.
Makhluk Halus Dan Rawatan Islamiah Al-Qayyum
Peristiwa tersebut merupakan salah satu asbab utama saya terpanggil untuk bersama-sama Pusat Rawatan Al-Qayyum menyebarkan risalah kebenaran untuk kebaikan masyarakat seluruhnya. Mungkin ada diantara kita yang sengaja mencari pasal, namun ada juga yang terjebak tanpa disengajakan atau disebabkan penganiayaan orang. Di sini saya kongsikan 2 link berkaitan untuk pengetahuan dan rujukan pembaca yang dihormati sekelian.
Permasalahan berkaitan makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan ini janganlah ia dipandang ringan. Usahlah berasa berat hati, khuatir atau malu untuk merujuk kepada mereka yang pakar sebagai ikhtiar mencari jalan penyelesaian. Saya sarankan agar anda berhubung sendiri Pusat Rawatan Al-Qayyum melalui maklumat yang saya sediakan di bawah ini.
Pusat Rawatan Al-Qayyum
Laman Blog
Facebook Page
Mudah-mudahan usaha dan ikhtiar yang anda lakukan menjadi ibadah serta beroleh kesembuhan dengan sepenuh keberkatan dari Allah SWT… aamiin.
Pusat Rawatan Al-Qayyum
B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara, 52200
Kuala Lumpur
Jin, Iblis, Syaitan Dan Kepercayaan Tahyul
Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaitan Dan iblis laknatullah
EKSKLUSIF . MENYELURUH . SISTEMATIK . TERBUKTI
Pusat Rawatan Al-Qayyum
Salam Hormat
Khir Khalid

56 Thoughts to “Jin, Iblis, Syaitan Dan Kepercayaan Tahyul”

  1. Ija Rased

    info yg menarik.tq KK

    1. Alhamdulillah.. mudah2an membawa kebaikan.. 🙂

  2. Beraninya kk pergi brtapa d kuburan..lya baca pun dah seram semacam

    1. Masa tu mmg tak berfikir Lya.. skrng mmg tak berani lah.. 🙂

  3. Untu insan2 kat luar sana !! Jangan ler buat benda2 yang takde faedah huhuhu ..Takutnyerr dengar bab2 makhluk halus ni ..Bukan takut apa takut kita terbawak2 dalam amalan harian kita …Mintak jauh la benda2 mcm ni …KK memang berani la ..BERTAPA tu ..

    1. Betul tu Lya… Perkara2 mcm ni biasanya terjadi dlm perubatan. Kena pastikan tak ada unsur2 yg mensyirikkan… nauzubillah. Mmg takut klu fikirkan balik kisah ni… syukurlah, masih diberi kehidupan…

  4. Singgah pagi KLIK2 Rhb bank kat sini

  5. wajah zombie itu yang buruk dan kasihan…

    1. Nasib baik belum ada movie zombie kg pisang lagi zaman tu.. klu tak pasti saya boleh jadi pelakon tambahan.. 😀

  6. Pernah mengalami gangguan jin, Alhamdullilah dah sembuh. Apa yang penting ialah kita perlu berubat dengan perubatan Islam bukan dengan jumpa bomoh yang karut. Takut jadi syirik

    1. Mmg betul tu CP.. itulah tujuannya. Semoga kita semua dijauhkan dari dosa syirik.. nauzubillah..

  7. Mardiah Diana

    Salam singgah petang KK….seram pula kan…terima kasih atas pegalaman yang KK kongsikan ni…

    1. Walaikummussalam Diana.. mudah2an ada manfaatnya buat iktibar semua.. in shaa Allah..

  8. pernah pergi majlis silat…memang diakui ada sesetengah (bukan semua) yang mengamalkan pemujaan sebelum mula bertanding…agak menakutkan jugak masa tu…masa tu cikgu yang ajak tengok…huhu

    1. Tulah… secara teknikal, silat ni mmg bagus sama mcm taekwando, karate & yg lain2. Tp amalan pembawakan seseorang tu yg kdg2 jadi tak betul… kurafat…

  9. Kita memang percaya dengan gangguan makhluk halus ni namun kenalah berubat dengan pengamal perubatan yang berdasarkan kepada ajaran agama supaya tak tersesat.

    1. Mmg setuju sgt SP… biarlah perubatan yg kita lakukan berlandaskan atas jln yg diredai. Itulah yg sebaik2nya kan..

  10. Alamak sampai bertapa kat kubur yer. Zumal nak melepasi kawasan tu memalam pun takut. Hehe…

    1. Klu skrng di sesetengah tempat, kubur menjadi sarang penagih.. Hantu pun takut dgn mereka.. 😀

  11. saya pernah dengar cerita kalau bersilat ni
    memang ada amalkan benda tahyul tu, tapi tak pasti kebenarannya
    apapun nice sharing =)

    1. Secara teknikal, silat merupakan antara teknik mempertahankan diri yg berkesan & diiktiraf antarabangsa. Tetapi amalan sampingan yg karut marut ni mmg tak lari dgn org kita & silat. Berdasarkan pengalaman KK akui yg ia mmg wujud. Cuma skrng dah bnyk diserapkan amalan2 Islamiah ke dlmnya. Klu pertubuhan silat yg berdaftar skrng mmg tak ada masalah.. kebanyakkan ditumpukan dari aspek buah pukulan & lain2 teknik sahaja. Tak taulah klu ada individu2 yg memandai nak test amalan anamisme kuno… wallahualam..

  12. masyaallah..
    siap bertapa tu,hish hish…
    mmg hebat..

    1. Ishh.. klu tak betul nak berkongsi utk kebaikan, saya sendiri pun malu nak cerita kisah mengarut ni.. 😀

  13. Belog Santai

    My brother pun terlibat dalam silat. Ngeri dengar cerita dia…Nway benda-benda halus ni akan wujud kalau kita benar-benar yakinkan..kaau masa sekolah histeria paling famous..ada aje yang tersampuk..he..he

    1. Belog Santai

      Promoted content for you..

    2. Betul tu Raudzah.. jngnlah diseru2. Histeria tu sekolah sy pun ada juga kejadian2 tu.. thanks Raudzah.. 🙂

  14. pernah dengar kalau bersilat tu mesti ada yang menurun, tapi ingatkan dalam drama je hehe 😀

    1. Mmg ada Anim, tp bukan salah silat tu. Silat sebenarnya telah dimartabatkan sbg ilmu mempertahankan diri antara yg berkesan di persada antarabangsa. Cuma pengaruh amalan anamisme nenek moyang yg tak betul je yg ada sesetengah kita yg masih juga nak buat… Baik2 nak belajar silat, tak pasal2 belajar ilmu dukun kurafat pulak.. nauzubillah.
      Drama pun kdg2 bila silat je, ilmu hitam hhmmm… kesian silat.. Silat tak bersalah.. percayalah.. 😀

    1. Mmg seram bila difikirkan balik… syukurlah masih ada peluang selamat…

    1. Tak sampai pulak saya nak garukan gatal tu bro huhu.. T kasih.. 😀

  15. Bunda pun pernah dengar dari pengalaman mereka2 yang pernah terkena gangguan2 ni…

    Memang kena berubat/buang….berjumpa dengan pakar rawatan islam yang bertauliah…

    1. Betul tu Bunda… iblis & syaitan ni mmg suka klu kita sesat. Itulah mainan mereka kan..

  16. hebat juga minat KK sewaktu muda..suka cabaran yang bukan-bukan

    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    1. Mmg bukan2.. klu tak kerana utk kebaikan, segan saya nak bercerita..

    1. T kasih sudi singgah. Salam kenal juga.. 🙂

  17. Kita hidup nie hanya menumpang….
    Belajar menghormati kerhidupan lain…
    Cik akak nie…berkali-kali kena….seram memang seram….
    Mudahan kita sentiasa dilindungi

    1. Pasti cik akak pun bnyk pengalaman kan. Betul tu, benda2 mcm ni tak usahlah nak dicari2 klu ilmu tak cukup…

  18. Cheq Eem

    banyak benda nak komen nih… ekekeke….

    1) tak payah susah2 cari gambar KK dalam gambar silat tuu… 😀
    2) tak sangka berani mati pergi bertapa.. jiwa muda lah katakan..
    3) nasib baik baca entri ni bukan lewat malam.. kalau tak mau meremang bulu roma… hahahah…

    ok.. dah.. itu jer.. 😀

  19. Lynn Munir

    Hero rupanya Khir ni dulu-dulu…hehe..

  20. Fuhhh

    Gua dulu pun bersilat juga… jurulatih muda lagi…

    Tapi gua hanya betapa atas katil je… paling lama pun kul 5 petang baru bangun. Sampaikan tak boleh nak bezakan dunia realiti ke dunia fantasi.. Sebab kepala ting tong he..23x

    http://www.broframestone.com

    1. Hehee.. mesti hebat silat Bro ni.. jurulatih muda tu.. 🙂

  21. Bro KK terkena badi org mati..ya Allah.. seramnye dgr..alhamdulillah syukur kerana berjaya di ubati

  22. Anonymous

    semangat jiwa muda memang selalu ingin mencuba..memang menyeramkan pengalaman KK..takut kathy di buatnya…

  23. Masa remaja memang masa nak mencuba tanpa berfikir panjang. Namun ianya menjadi kenangan dan pengalaman pahit manis yg tidak dapat dilupakan.

  24. Eshamz Halim

    Wah.. bukan calang-calang orangnya bro khir ni…. siap gi bertapa lagi…ekekekekeke… aku pun ramai gak kawan2 yang sama kes ngan bro..disebabkan terlalu obsess dengan perkara2 begini..bermacam2 cara dicubanya sehinggalah termasuk ke dalam istilah tahyul.. Pengalaman yang pasti akan diingat seumur hidup…

    p.s : Ada sebut "Cobaaannnn" tak atau ada Nampak hantu gigi tak…ekekekekeke… 😀

  25. Seram plak baca. Thanks for sharing. Beraninya bro KK. Siap gi bertapa tu.

  26. Menarik sebenarnya perubatan Islam ni tapi ilmu didada kena la ada, mudah sangat tersimpang apabila keyakinan kita sedikit dipesong..

  27. silat ni bila part ilmu batin, mmg akan berdepan dengan makhluk2 ni, yg penting iman yang kuat dan tidak terpesong akidah

  28. […] perubahan fizikal, sikap dan tingkah laku beliau mula dirasai oleh seluruh ahli keluarga. Ia membuatkan bapa gadis […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.