ISIS JakimFeatured Pendidikan 

Isu Negara Islam Iraq Dan Syria – ISIS

Isu Negara Islam Iraq Dan SyriaIslamic States of Iraq and Syria (ISIS) merupakan isu keganasan global masa kini. Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi turut menerima percikan bara ISIS ini. Maklumat tepat perlu disampaikan dengan jelas agar masyarakat dapat memahami kedudukan kita dalam kemelut peperangan yang berlaku.
Isu Negara Islam IS

Bicara Eksekutif Negara Islam Iraq Dan Syria (IS)

Pada Selasa (16/12/2014), saya berpeluang bersama Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) menghadiri program Bicara Eksekutif JAWI anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang membicarakan tentang Isu Negara Islam Iraq Dan Syria – ISIS. Ia berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam Malaysia, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Program Bicara Eksekutif ini juga merupakan salah satu program intervensi Parol WPKL dengan sokongan JAWI.

Pendirian Malaysia Dalam Isu Negara Islam (IS)

Seminar yang bermula jam 8 pagi mengupas isu ISIS secara ilmiah. saya hadir sedikit terlewat. Ketika itu YBhg En Hamizan Hashim dari Bahagian Keselamatan Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri sedang menyampaikan maklumat tentang perkembangan ISIS.
Antara intipati yang disampaikan adalah pendirian kerajaan Malaysia terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tidak menyokong segala aktiviti militan dan terorisme Negara Islam (Kumpulan IS) ini. Beliau turut menjelaskan kenyataan menteri-menteri luar ASEAN yang melahirkan kebimbangan serta komitmen kepada perlaksanaan ASEAN Convention on Counter Terrorism and the ASEAN Comprehensif Part of Action on Counter Terrorism. Selain itu, profil Abu Bakar Al-Baghdadi selaku pengasas IS juga turut diperkenalkan.
YBhg En Hamizan Hashim, Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria
Program Bicara Eksekutif JAWI diteruskan dengan perkongsian pendapat oleh YBhg Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar dari Jabatan Pengajian Antarabangsa Dan Strategik Universiti Malaya. Antara yang disampaikan menjelaskan bahawa kuasa Barat sebenarnya semakin hilang punca dan tiada isu untuk menyatukan rakyatnya.
Justeru, mereka perlu mencari musuh dan perpecahan bangsa Arab dengan sumber kekayaan minyaknya menjadi medan terbaik menguji kecanggihan senjata dan ketenteraan mereka demi mengukuhkan kepentingan politik, perpaduan bangsa dan kuasa ekonomi Barat.
Berdasarkan pengkajian, beliau menyimpulkan kemungkinan bahawa Kumpulan IS ini pada mulanya mendapat tajaan serta rangsangan Barat seperti mana yang telah terjadi kepada Osama Laden, Al Qaeda, Hesbollah dan juga Taliban. Apabila kumpulan IS ini berjaya mengukuhkan pengaruh hingga diluar kawalan dan mengancam kuasa Barat, mereka mula memeranginya atas nama keganasan global sebelum ‘senjata makan tuan’.
Prof. Dato' Mohamad Abu Bakar, Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria
Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria
Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria
Prof. Dato Mohamad Abu Bakar juga tidak menafikan keikhlasan Kumpulan IS dalam perjuangan mereka, namun kita di sini perlu melihat isu ini dari perspektif yang lebih luas. Kumpulan IS tanpa mereka sendiri sedari telah terjerat dalam satu percaturan konspirasi ciptaan kuasa Barat itu sendiri sebagai asbab untuk mereka merealisasikan agenda menguasai Tanah Arab dan dunia dengan teknik yang cukup halus.
Maka kita sebagai negara kerdil yang menerima tempias tekanan juga kesedihan serta pelbagai lagi perasaan perlu menangani kemelut ini secara ‘damage control’ melalui pendekatan bijak dan cerdik. Peranan kita amat penting demi memelihara imej masyarakat Islam disamping menjaga kestabilan, keharmonian dan keamanan negara di rantau Asia Tenggara ini. Seminar berakhir sekitar jam 12 tengah hari dengan input minda yang mengesankan jiwa.
Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria
Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria

Kuasa Barat, Negara Islam (IS) Dan Keganasan Global

Semoga pengisian dalam program Bicara Eksekutif JAWI ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada jemaah yang hadir tentang isu Negara Islam Iraq dan Syria – ISIS dalam kemelut keganasan global. Sebagai mukmin, bersamalah kita berdoa agar dikurniakan jalan penyelesaian terbaik demi
keamanan dan kesejahteraan. Mudah-mudahan bersama-sama kita semua beroleh perlindungan Allah swt di dunia dan akhirat… aamiin.
Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya
jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh di rujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Related posts

61 Thoughts to “Isu Negara Islam Iraq Dan Syria – ISIS”

  1. kita semua memang kena ambil tahu jugak hal hal ni 🙂

    1. Betul tu.. kita kena ambil tahu sbb ia tempias juga kepada kita semua kan.. Semoga negara kita dilindungi dari konspirasi atau perancangan jahat mereka2 yg berniat jahat… aamiin.

  2. izin membaca dan menyimak artikel nya ya mas 🙂

    1. Ya, bisa aja deh.. makasih Ipah.. 🙂

  3. pd sy x kira apa perjuangan mereka, tolonglah… jangan letak perkataan ISLAM tu! gunalah nama lain!

    1. Itu yg membuatkan Islam menjadi perhatian sbg pengganas global.. Tak pasti siapa yg asalnya membenarkan nama tu… wallahu a'lam…

    1. Alhamdulillah… mudah2an bermanfaat MF…

  4. KK baru lepas solat Jumaat ..etuza sampai rumah baca lagi untuk kedua kali ..ini kena baca dan fahamkan tul2…terbaik entry tu KK

    1. Mmg kita semua perlu faham kan… Terutama ttg kedudukan kita dlm kancah pergolakan dunia ni.. T kasih cikgu.. 🙂

  5. Kuasa Barat perlu sedar semua ini bermula dari kekejaman mereka juga… Setiap negara yang tertindas pasti wujud kumpulan-kumpulan tertentu yang ingin memperjuangkan hak mereka…

    1. Betul sgt tu Zumal… setuju. Dahulu pejuang tanah air kita pun mereka kata penentang. Masa tu belum ada perkataan pengganas je lagi mcm sekarang… wallahu a'lam..

  6. Salam Jumaat Khir , great info 🙂

    1. Salam hari minggu Nurul… alhamdulillah… mudah2an bermanfaat buat kita semua, in shaa Allah..

  7. Good info..sekarang ni..macam-macam ada.
    Harus lebih berhati-hati

    1. Betul tu… kita kena buka mata hati kan.. wallahu a'lam..

    1. Salam hari minggu Fidah.. 🙂

    1. Sama2 Haslinda.. mudah2an bermanfaat..

    1. Thanks Niesa.. mudah2an bermanfaat buat kita semua.. 🙂

  8. terima kasih atas info khir…barat sudah berjaya mengajak dunia untuk memerangi ISIS…cuma kita sendiri tidak pasti akan kebenaran kejahatan/kezaliman ISIS tu sendiri…

    1. Itulah… manusia klu diperangi pasti nak perang semula.. cuma bila sebelah pihak berkuasa dlm undang2 & ekonomi… mmg susahlah. Kita perlulah bijak dlm mentafsir & mengatur rancangan sendiri juga kan sis.

  9. KK terima kasih info yang menarik ini..

    1. Semoga menjadi peringatan buat kita Bunda… aamiin.

  10. Thanks Khir..semuanya sudah boleh diagak. Cuma kadang-kadang perjuangan orang islam sendiri kurang jelas. Sebab itu sedang di manupulasi…

    1. Itulah yg kita perlu perhatikan.. mereka bijak mengatur strategi berzaman2 lagi.. kita semakin leka & bila tersedar kdg2 boleh hilang arah disebabkan agenda mereka tu.. T kasih Raudzah.. 🙂

  11. Ada yang kata IS ciptaan amerika dan yahudi.. Betul ke KK?

    1. Mengikut apa yg dikatakan kebanyakan pejuang yg lahir spt IS ini asalnya mmg ditaja AS bagi membantu menghalang puak arab lain yg menentang mereka. Spt Taliban bagi membantu menetang Hezbollah. Tapi bila yg ditaja mula melebarkan kekuatannya, AS mula memerangi mereka… Mmg AS & yahudi yg mencipta & membekallan mereka senjata2 semua tu.. wallahua'lam…

    1. Semangat tahun baru Fidah hehee.. 😀

  12. ehh KK memang beribah wajah ckit ka..
    ka saya silapbtgk sebelum ni…
    nmpk mcm lain ckit…

    1. Berubah dah.. blog salin baju hehee.. 😀

  13. hmmmm.. x sure la nak salahkan siapa sebenarnya… kumpulan IS dengan orang Barat tu. kalau ikutkan, orang Barat memang pandai putar belitkan keadaan sampai kita boleh tertipu. lepas tu nnti kita yang disalahkan. kita yang nampak berdosa di mata dunia. ke kita yang terlalu buta sampaikan mudah terpedaya dengan semua benda yang berlaku depan mata?

    1. Tulah.. bnyk faktor yg kita perlu lihat kan.. Berdoa jelah agar Allah kurniakan perlindungan & jln yg terbaik buat kita semua… aamiin.

  14. eh, lupa lak nak cakap. dah nampak lagi versatil lah blog abang KK. saya suka sidebar. nampak lagi tersusun. kaler pun lawa. hijau. abang KK suka kler hijau ke? lecturer saya cakap, orng yang suka kaler hijau ni, kalau kat tempat keje, dia selalu bawa tuah or rezeki dekat orang sekeliling dia. hehe

    1. Alhamdulillah… mmg suka juga warna hijau ni hehee.. suka yg light.. 😀
      In shaa Allah… mudah2anlah Amy.. T kasih.. 🙂

  15. Alhamdulillah sama2 kita ambik tahu dan jalankan peranan kita untuk menyebarkan mana yang BETUL ..Kadang2 kita dengar sebelah pihak jer tanpa mengkaji …Seelok2nya kaji dulu mana yang betul mana yang salah … Nicesharing KK..Template baruuuuuuuuuuuuuuu……………!!!!!!!!!!!!!! Suka suka suka lagi cantik la blog ni ..Tolong buat camni jugak untuk blig Lya boleh ???..Hehehehe

  16. Yang kat bahagian tepi dah takde semua dah turunkat bawah dah ..Nampak lagi kemas la macam ni ..Menarik sangat ..

    1. Alhamdulillah.. paparan responsive jugak.. tapi yg ni mcm lebih responsif ikut kesesuaian gadget kita.. t kasih Lya.. 🙂 🙂

    2. Sama2 KK …Ok la tu ikut kesesuaian ..TERBAIK !!!

  17. Wah! Template baru yer…lebih kemas dan teratur. Hijau…sejuk mata memandang.

    1. T kasih Bunda… ku lihat hijau.. 🙂

  18. penjelasan kena betul biar semua orang faham

    1. Mmg betul tu BL.. kena tahu juga asas mana kita nak berjuang ni kan…

  19. thanks atas info dan perkongsian yg menarik ni

  20. ISIS ni memang masalah global. Ini yang jadi masalah bila ada sesetengah pihak yang mentafsirkan Islam secara literal.

  21. Terima kasih KK atas perkongsian untuk mereka yang tidak berpeluang hadir termasuk CP

  22. hala tuju ISIS yang tersasar jauh dan melampau menyebabkan nama baik nama ISLAM tercemar.

  23. Sebenarnya penglibatan kumpulan IS ini muncul secara mendadak juga. Kita sendiri kadang-kala terkeliru yang mana satu pejuang Islam yang sebenar. Semoga info yang diberi dapat membantu kita membuat penilaian yang betul.

  24. saya takut dengan kumpulan ni
    cara mereka bergerak tidak langsung melambangkan islam itu sendiri
    ramai mengatakan kumpulan ni adalah tajaan pihak tertentu
    apapun moga kita semua terlindung dari keganasan mereka ni

  25. Kuasa Barat menggunakan Islam sendiri untuk menjatuhkan Islam. Kita perlu bijak menangani krisis ini agar kita tidak menjadi boneka kpd sesiapa.

  26. terima kasih berkongsi KK…info yang sangat bermanfaat…

  27. terima kasih dia tas perkongsian ni..baru lah tahu

  28. Insya ALlah, Negara Islam akan menjadi solusi bagi Indonesia atas segala keterpurukan yang terjadi saat ini, http://transparan.id

Leave a Comment

CommentLuv badge