INTI Royale Demure Usahawan FesyenPendidikan 

INTIxRoyale Demure Lahirkan Usahawan Industri Fesyen

INTIxRoyale Demure Lahirkan Usahawan Industri Fesyen – Bermula dengan pemilihan material, rekaan, strategi harga sehinggalah sesi fotografi dan aktiviti pemasaran, seramai 10 pelajar Diploma in Fashion Design, INTI Centre for Art and Design (ICAD) telah dipilih dalam kolaborasi INTIxRoyale Demure. Ia merupakan platform ‘crowdfunding’ pertama global untuk koleksi fesyen.

INTIxRoyale Demure juga merupakan kolaborasi industri-akademik yang memberi pendedahan pelajar terhadap cabaran realiti industri fesyen disamping mengasah bakat, serta memanfaatkan potensi media sosial dalam mengetengahkan hasil rekaan fesyen pelajar ICAD yang merangkumi penawaran kreativiti dan inovasi dalam persaingan deras arus industri fesyen masa kini.

INTI Royale Demure Usahawan Fesyen

INTIxRoyale Demure Lahirkan Usahawan Industri Fesyen

Melalui pertandingan yang dianjurkan, kesemua 10 pelajar tahun akhir perlu memilih reka bentuk dan prototaip salah satu pakaian daripada koleksi graduasi untuk dijual di platform Royale Demure.

Setiap usaha pelajar disokong dengan bimbingan daripada pakar Royale Demure, tentang pandangan serta nasihat pilihan material, penawaran harga, elemen reka bentuk, koordinasi fotografi dan mengatur profil (designer profiles). Pelajar seterusnya perlu mempromosi hasil reka fesyen tersebut bagi memperolehi jaminan crowdfunding sebanyak 10 pledge agar reka fesyen mereka boleh dikilangkan untuk dijual.

Media sosial menjadi medium memasarkan hasil produk, setiap pelajar berusaha mencari kaedah paling kreatif bagi mendapatkan sokongan rakan dan follower masing-masing. Sesetengahnya juga mendapatkan bantuan influencer Instagram bagi mencapai hasrat yang disasarkan.

INTI Royale Demure Usahawan Fesyen

Marcella Mia Lomoljo telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan dengan reka fesyen klasik Polar Boatneck Blouse, yang telah menerima review menggalakkan daripada para juri disamping berjaya memperolehi 10 pledge bagi membolehkan ia diproduksi.

Reka fesyen tersebut juga sebahagian koleksi graduasi beliau bernama ‘Maharlika’, iaitu blouse yang diinspirasikan daripada pakaian tradisional Filipina, “baro’t saya”. Marcella menghasilkan reka fesyen versatile moden ‘boatneck blouse’ yang selesa dipakai waktu siang atau malam malah bergaya.

Marcella turut menerima token berjumlah RM500 daripada INTI, dan memperolehi 40% saham keuntungan daripada setiap produk yang dijual di platform Royale Demure.

Selain menyediakan platform keusahawanan fesyen, Royale Demure juga komited memperkasa wanita dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi seperti ibu tunggal, suri rumah, wanita kategori B40, termasuk wanita kurang upaya dengan beroleh pendapatan melalui kerja-kerja menjahit.

INTI Royale Demure Usahawan Fesyen

Kolaborasi Industri-Akademik INTIxRoyale Demure

“INTI amat berbangga dengan kolaborasi bersama Royale Demure. Kami yakin ia mampu memberi pendedahan sewajarnya kepada pelajar dengan pengalaman dan skill yang releven kepada industri. Ia juga merupakan ‘passion project’ yang kami harapkan dalam menyediakan peluang kepada pelajar berkongsi visi, kreativiti dan inovasi, memperkasa modal insan” – Ang Tong Yin, Dekan INTI Centre for Art and Design.

INTI bekerjasama dengan lebih 450 rakan industri dalam pelbagai inisiatif pemerkasaan pelajar selaras persaingan kerjaya. Melangkaui pembelajaran dikelas, setiap pelajar didedahkan dengan employer projects, workshops, internships serta pertandingan untuk pasaran pekerjaan.

Pada 2017, seramai 99% graduan INTI berjaya membina kerjaya dalam tempoh 6 bulan selepas graduasi, 91% beroleh pendapatan lebih tinggi dari average pasaran, manakala 60% menerima tawaran pekerjaan sebelum graduasi. Ia disahkan oleh BDO, menjadikan INTI satu-satunya institusi pengajian tinggi swasta yang mengesahkan kebolehpercayaan kerjaya di Malaysia.

Baca lagi artikel terkait:

INTICHANGE 05 Serlahkan Bakat Pelajar Fesyen.

Related posts

11 Thoughts to “INTIxRoyale Demure Lahirkan Usahawan Industri Fesyen”

  1. AvatarPerdu Cinta

    Membina keyakinan dan menjadikan sesorang itu kreatif untuk menghasilkan sesuatu rekaan.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Yup.. keyakinan yg diperolehi dari penglibatan mmg berbeza dari sekadar belajar teori di kelas.

  2. memang hebat kalau sudah 99% boleh mendapat kerja selepas graduasi..

    ternyata sistem pendidikan berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran kerja

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Setuju.. bukan senang nak dpt kerja sekarang, especially freshie. Pembelajaran spt ini mmg selaras dgn tuntutan pasaran pekerjaan kini.

  3. Tahniah siswi2 hebat n berbakat

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Tahniah!

  4. memang hebat.. 🙂

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Menginspirasikan 🙂

  5. moga kehadiran mereka kelak akan memeriahkan lagi industri fesyen negara

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Ya betul.. moga industri fesyen kita juga terus dimartabatkan setaraf persaingan antarabangsa

  6. AvatarFidah Shah

    Tahniah kepada prmenang.
    Sekarang, peluang terbuka luas utk kembangkan bakat masing dgn bimbingan para professional.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.