INTICHANGE 05 ICAD INTIPendidikan Portfolio 

INTICHANGE 05 Serlahkan Potensi Bakat Pelajar Fesyen

INTICHANGE 05 Serlahkan Potensi Bakat Pelajar Fesyen – Industri fesyen Malaysia semakin mendapat perhatian dan pengiktirafan antarabangsa yang meluas sejak kebelakangan ini. Antaranya disebabkan kuasa media sosial dan faktor generasi muda kini (Gen Z) yang semakin ramai terdorong menceburi bidang kerjaya unik seperti ini.

Bagi mengiktiraf potensi, peningkatan minat terhadap usaha kreatif dan kecenderungan Gen Z dalam industri fesyen, INTI telah merangkumi pelbagai pengalaman praktikal melalui kurikulum seperti projek bersama majikan dan pertandingan bersama berbagai rakan industri. INTICHANCE 05 ini juga merupakan pendedahan dan platform pelajar menyerlahkan potensi kerjaya dalam industri fesyen.

INTICHANGE05 bakat pelajar fesyen ICAD INTI, Paradigm Mall PJ,

INTICHANGE 05 Serlahkan Potensi Bakat Pelajar Fesyen

Pada petang Jumaat, 11 Januari 2019, saya berpeluang menghadiri INTICHANGE 05 bertemakan ‘Chance’ (Peluang). Acara bagi tahun ke-5 ini mempamerkan bakat karya 11 pelajar tahun akhir jurusan Diploma Reka Bentuk Fesyen dari INTI Centre of Art and Design (ICAD). Ia mengetengahkan koleksi 4 pakaian asal dari setiap pereka, khusus dengan pilihan tema dan kreativiti masing-masing yang tersendiri.

Acara berlangsung di Paradigm Mall, Petaling Jaya, dan diadili para ahli industri fesyen tempatan terkenal seperti Hatta Dolmat, seorang pereka fesyen terkenal yang beberapa kali mereka pakaian artis antarabangsa Yuna; Rico Rinaldi, pereka fesyen yang telah beberapa kali memenangi anugerah, juga telah dicalonkan untuk Best Bridal Gown dalam 1st International Bridal Awards 2017 oleh Elle Spose; dan Khooi Hooi, pereka fesyen tempatan dan pemenang Elle Magazine’s 2017 Malaysian Designer of the Year dan Red Carpet Designer of the Year awards.

INTICHANGE ICAD INTI, Paradigm Mall PJ,

Ang Tong Yin, Dekan ICAD di INTI International College Subang menjelaskan, “Pameran Fesyen INTICHANGE membolehkan para pelajar mempamerkan karya asal mereka, disamping mendapat maklumbalas dan bimbingan bernilai daripada para industri tentang penggayaan terkini, idea dan kecekapan yang diperlukan untuk terus maju dalam bidang perniagaan yang kian pesat berkembang ini. Para pelajar juga turut aktif dalam pelbagai platform lain dalam mempelajari bagaimana cara menggayakan fesyen agar lebih menarik dan berjaya untuk pasaran ‘mass market’.”

INTICHANGE 05 ICAD INTI, Paradigm Mall PJ,
INTICHANGE 05 ICAD INTI, Paradigm Mall PJ,

Kesemua 11 pelajar dalam INTICHANGE 05 ini adalah sebahagian usahasama bersama Royal Demure, iaitu salah satu platform Pembiayaan Awam (crowdfunding) atas talian untuk para peminat fesyen tempatan. Antara paling terserlah, Delia Goh, salah seorang pelajar telah berjaya memenangi tempat ke-2 tertinggi Pertandingan Reka Fesyen INTI & Zalora pada tahun 2007.

Pelajar juga akan bersaing untuk Best Crafted Design (Anugerah Reka Bentuk Terbaik), kepada pelajar yang mempunyai kemahiran kesenian dalam bidang reka bentuk berkreativiti tinggi, dan anugerah Best Ready to Wear (Pakaian Tersedia Terbaik), iaitu anugerah yang diberikan kepada pelajar yang telah menunjukkan hasil kreativiti cemerlang dalam rekaan bentuk dan nilai komersil.

INTICHANGE 05 Bakat Pelajar Fesyen, ICAD INTI, Paradigm Mall PJ,

INTICHANGE 05 Perkasa Modal Insan Industri Fesyen

Penglibatan dalam INTICHANGE 05 juga merupakan satu penghargaan buat diri ini atas kepercayaan memperkasa info sosio-pendidikan dan aspirasi pembangunan insan dalam era digital kini.

Berdasarkan kaji selidik Gen Z 2015 oleh INTI International University & Colleges mendapati 42% Gen Z cenderung melakukan sesuatu yang baru sebagai pilihan kerjaya, 37% berharap dapat menjadikan hobi sebagai satu kerjaya dan 31% berminat menjadi usahawan. Justeru, INTICHANGE05 ini juga merupakan antara inisiatif berterusan memperkasa pelajar dalam industri fesyen.

Tahniah diucapkan kepada pemenang INTICHANGE 05 dan ICAD dalam usaha memartabatkan industri fesyen melalui pendidikan dan bimbingan sebagai satu bakat kerjaya berpotensi dan profesionalisme yang mampan buat generasi muda masa kini.

Info lanjut layari https://newinti.edu.my

Baca lagi artikel terkait;

INTICHANGE04 Fashion Show Tema Multi-Theme Pereka Muda Malaysia.

Unravel INTICHANGE03 Perkasa Bakat Pelapis Industri Fesyen.

Related posts

15 Thoughts to “INTICHANGE 05 Serlahkan Potensi Bakat Pelajar Fesyen”

  1. mana tau 1 hari nnt mereka jd pereka tersohor mcm zang toi

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu Anies.. dgn usaha dan bimbingan yg betul mmg tidak mustahil.

  2. AvatarMarzuki

    Program spt ini secara tak langsung mematangkan pelajar dalam membina landasan kerjaya yg baik.. idea yg strategik bila diadakan melalui pendedahan industri spt ini. Semoga terus berjaya!

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Setuju.. pembelajaran dgn industri adalah satu pendedahan yg sgt baik apatah lagi dlm era kemajuan teknologi mcm sekarang ni. Satu pembelajaran praktikal.
      Khir Khalid recently posted…WordPress Meetup Suntik Inspirasi MenulisMy Profile

  3. Tahniah buat para pemenang INTICHANGE 05 dan ICAD. Bagus adanya pertandingan seperti i sebab boleh asah bakat serta menaikkan semangat para pelajar atau masyarakat yang minat bidang fesyen.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul ti Ana.. malah dengan bakat dan didikan yg ada dpt digilap lagi dgn pendedahan dan pengalaman industri spt ini. Moga mereka terus berjaya.
      Khir Khalid recently posted…WordPress Meetup Suntik Inspirasi MenulisMy Profile

  4. wow…sungguh menarik nie..

    bakat anak muda boleh pergi jauh lagi
    mrhanafi recently posted…15 Petanda Ajaib Untuk Lelaki Segera Ke Alam PerkahwinanMy Profile

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu.. dgn platform dan pendedahan yg betul, tak mustahil boleh pergi jauh lagi
      Khir Khalid recently posted…WordPress Meetup Suntik Inspirasi MenulisMy Profile

  5. AvatarZumal

    Semoga graduan bidang fesyen ini menjadi pereka fesyen terkemuka dunia

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Sama2 kita berharap agar dpt mengharumkan nama negara dalam industri fesyen sehingga ke persada antarabangsa
      Khir Khalid recently posted…WordPress Meetup Suntik Inspirasi MenulisMy Profile

  6. AvatarFidah Shah

    Boleh menjadi platform untuk menyerlahkan bakat belia2 kita..

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu.. melalui kerjasama spt ini, potensi menyerlahkan bakat mmg luas
      Khir Khalid recently posted…WordPress Meetup Suntik Inspirasi MenulisMy Profile

  7. Avataretuza

    Asalam..lama tak ke sini,paparan blog sangat bagus..banyak perkara yang KK boleh tampilkan..tahniah ada ja job

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Terima kasih sudi singgah cikgu Etuza.. mmg agak sedikit padat beberapa hari ni. Sekadar berkongsi perkara bermanfaat utk inspirasi pembaca 🙂
      Khir Khalid recently posted…WordPress Meetup Suntik Inspirasi MenulisMy Profile

  8. mereka dah peroleh ilmu. selepas ini terpulang kepada mereka untuk mencorakkan ilmu tersebut. selamat berjaya semua

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.