INTIChangePendidikan 

INTICHANGE 04 Fashion Show – Tema Multi-Themed Pereka Muda Malaysia

Mengilhamkan sesebuah persembahan seni fesyen dengan tema ‘Kepelbagaian’ (multi-themed) merupakan satu cabaran yang besar bagi kebanyakkan Pengarah Seni Fesyen. Ia melibatkan idea dan penggunaan pelbagai sumber dengan bijak serta persediaan yang rapi.
Atas aspirasi tersebut, 10 pelajar pereka fesyen tahun akhir dari INTI Centre Of Art & Design (ICAD) telah menyahut cabaran dalam membuktikan keupayaan dan kreativiti mereka menerusi persembahan ciptaan rekaan akhir tahun berdasarkan inspirasi tersendiri dalam INTICHANGE 04 Fashion Show anjuran INTI International University & Colleges.
INTICHANGE 04 Fashion Show, INTI Centre Of Art & Design (ICAD),

INTICHANGE 04 Fashion Show Bertemakan Kepelbagaian

Pada 2017, saya pernah berkongsi aspirasi > Unravel INTICHANGE 03 Fashion Show
Justeru, tahun 2018 ini diteruskan lagi dengan INTICHANGE 04 yang membawa peralihan dari persembahan seni fesyen konvensional yang kebiasaan hanya 1 tema utama kepada kepelbagaian sebagai tema rekaan fesyen berdasarkan pengalaman dan inspirasi gaya tersendiri pelajar.
Antara koleksi yang dipersembahkan termasuk rekaan bertema mitos Ireland, Samurai Jepun, sifat kewanitaan, tingkap kaca berwarna atau pun tema bermuzikal Drakula. Ini membuktikan bahawa rekaan dan fesyen berkeupayaan menceritakan apa sahaja dari pelbagai perspektif.

“Kami menggalakkan pereka muda untuk berfikir luar dari kebiasaan dalam menghasilkan persembahan yang mampu menginspirasikan pelbagai jenis penonton yang menyaksikan. Oleh itu, kami memastikan pelajar bukan sahaja bersedia untuk kerjaya dari segi teknikal, tetapi juga berupaya membuat perbandingan melalui analisis serta mengartikulasikan berbagai variasi tema sebagai ciri utama pereka fesyen berjaya” – Ang Tong Yin, Dekan ICAD, INTI International College, Subang.

INTICHANGE 04 Fashion Show, INTI Centre Of Art & Design (ICAD),

INTICHANGE Platform Pemerkasaan Pereka Fesyen

Persembahan Fesyen INTICHANGE diadakan pada setiap tahun agar ia mampu menawarkan platform kepada pelajar untuk mempelajari dan bertemu para pemimpin berpengaruh dalam industri fesyen. Ini juga membantu pelajar dalam menjadi pereka fesyen berjaya di abad ke-21.
Antara yang mengadili INTICHANGE 04 adalah Lina Esa, Penerbit Cloe Malaysia; Cassey Gan, pereka fesyen dari seremban dimana hasil rekaannya telah dipersembahkan di Vogue Italia; Hatta Dolmat, pereka fesyen tempatan tersohor yang telah beberapa kali merekabentuk fesyen pakaian artis antarabangsa seperti Yuna; Yang Mei Ling, penerbit Female Magazine dan juga Bill Keith, pereka fesyen ‘couture’ tempatan yang terkenal.
Turut hadir bersama adalah para ahli industri yang dihormati seperti Yang Mei Ling, Penerbit majalah Female dan Ed Voon Wei dari Cleo Malaysia.
INTICHANGE 04 Fashion Show, INTI Centre Of Art & Design (ICAD),
Persembahan Fesyen INTICHANGE menawarkan peluang kepada pereka Fesyen muda yang akan melalui peralihan dari alam kolej ke alam pekerjaan. Melalui kolaborasi bersama 450 rakan industri, termasuk dalam bidang Seni dan Pereka fesyen tanahair serta luar negara, INTI telah mencatatkan peratusan kebolehpasaran graduan yang amat cemerlang.
Seramai 99% graduan INTI berjaya mendapat pekerjaan dalam masa 6 bulan setelah graduasi; 83% berjaya mendapat pendapatan lebih tinggi dari nilai pasaran dan 43% dari graduan INTI berjaya mendapat pekerjaan walaupun sebelum graduasi. – Hasil peratusan disahkan oleh BDO.

Related posts

4 Thoughts to “INTICHANGE 04 Fashion Show – Tema Multi-Themed Pereka Muda Malaysia”

  1. Pereka fesyen muda dgn ide mrk yg amat menarik

  2. Boleh menjadi platform untuk memperkenalkan bakat2 muda

Leave a Comment

CommentLuv badge